ILM Bab 5
Puan Zainon sangat gembira bila Zaril Ikhwan dan Nia Atirah pulang ke kampong kali ini. Dia begitu rindu benar hendak bersama-sama dengan cucu dan cicit kesayangannya. Kalau boleh dia mahu mereka selalu pulang ke kampong tetapi apakan daya, Zaril ikhwan sibuk dengan kerjanya. Puan Zainun lebih gembira lagi kerana Zaril Ikhwan dan Niat Atirah membawa pulang Maximo bersama. Puan Zainun sudah selalu dengar cerita tentang Maximo sehingga dia rasa dia kenal baik dengan Maximo. Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan Maximo, lelaki Italy yang yang menjadi kawan baik Nia Atirah semasa Nia berada di Italy. Nasib Baik Nia ada Maximo bersamanya sebagai sahabat. Maximo juga baik terhadap cicitnya Hazeril. Hasrat Puan Zainon hendak bertemu Maximo dan mahu mengucapkan terima kasih kepada Maximo akhirnya tercapai juga.
Sebaik sahaja sampai di halaman rumah Puan Zainun, Hazeril menarik tangan Maximo dan membawa Maximo ke rumah Puan Zainon, sambil memanggil-manggil nama Wan. Hazeril tidak sabar mahu menunjukkan kawannya dari Italy kepada Puan Zainun. Zaril Ikhwan yang mendukong Maizara, tersenyum sambil memandang ke arah Nia Atirah. Nia Atirah juga tersenyum melihat gelagat anak sulongnya itu. Walaupun masih kecil ketika mereka berpisah dua tahun lepas, Hazeril tidak lupa dengan Maximo dan persahabatannya dengan Maximo.
Maximo terlalu baik kepada mereka berdua beranak. Semasa Nia Atirah di Turin, Maximo sentiasa mengambil berat tentang Nia Atirah dan Hazeril, malahan Maximo sememangnya berhasrat untuk mengahwini Nia ATirah dan menjadi bapa kepada Hazeril. Maximo sangat mencintai Nia Atirah dan ternyata akhirnya cintanya itu juga membuatkan dia melepaskan Nia Atirah untuk bersama dengan orang yang Nia Atirah cintai. Maximo yang telah menyatukan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah. Kalau tidak kerana Maximo, entah-entah Nia Atirah masih lagi di Turin, hidup sendirian bersama dengan Maizara dan Zaril Ikhwan di Malaysia bersama Hazeril. Masing-masing terpisah jauh dari orang yang mereka cintai dan merana.
Seorang yang begitu baik hatinya dan tidak mementingkan dirinya sendiri yang sanggup berbuat seperti Maximo telah lakukan, haruslah dihargai persahabatannya. Sebab itu walaupun kadang-kala terasa ada perasaan cemburu di hati Zaril Ikhwan bila melihat bagaimana wajah Maximo menjadi berseri bila dia terpandang wajah Nia Atirah, Zaril Ikhwan tetap menyimpan perasaan cemburunya itu jatuh ke dalam lubuk hatinya. Sesungguhnya mana mungkin seorang suami yang terlalu mencintai isterinya tidak merasa cemburu bila ada mengetahui ada lelaki lain yang juga mencintai isterinya. Tetapi Zaril Ikhwan tahu yang Nia Atirah sangat mencintai dirinya dan sangat setia kepadanya. Kalau Nia Atirah hendakkan Maximo, sudah lama dia pilih Maximo, bukan sekarang ini. Kalau Maximo boleh dapatkan Nia Atirah, sejak Nia Atirah berada di Turin lagi, Maximo sudah boleh dapat Nia Atirah. Ketika itu Nia Atirah hidup keseorangan bersama Hazeril, dalam serba kekurangan. Kehadiran seorang lelaki kacak yang sangat mencintainya seperti Maximo untuk mengisi kekosongan hati Nia Atirah mestilah sesuatu yang dinanti-nantikan. Tetapi tidak pada Nia Atirah. Hatinya hanya pada Zaril Ikhwan. Selama mereka berpisah, Nia Atirah tetap menjaga dirinya sebagai seorang wanita yang bersuami dan menjaga permata hatinya Hazeril Ikhwan dengan baik. Sebab itu, Zaril Ikhwan buang jauh-jauh perasaan cemburu di hati, malahan kadang-kala Zaril Ikhwan rasa bangga. Maximo memang lelaki yang sangat kacak, mencintai Nia Atirah, tetapi Nia Atirah hanya mencintai Zaril Ikhwan. Siapa yang lebih bertuah? Mestilah Zaril Ikhwan yang lebih bertuah. Dengan mengetahui kenyataan itu, Zaril Ikhwan dapat menerima persahabatan baik antara Maximo dengan Nia. Zaril Ikhwan menaruh kepercayaan kepada kesetiaan Nia Atirah dan juga Maximo.
Perhatian Zaril Ikhwan kemudiannya dituju ke arah Damia Zahra. Zaril Ikhwan lihat Damia Zahra mengekori Maximo dari belakang. Muka Damia Zahra nampak berseri-seri memandang Maximo yang berjalan di hadapannya, sedang memasuki rumah Puan Zainon. Zaril Ikhwan mengerutkan dahinya, baru dia perasan, sejak dari pagi tadi, Damia asyik mengekori Maximo sahaja. Malahan bila mereka berhenti makan tengahari di R & R Tapah, Damia Zahra asyik menghimpit Maximo sahaja. Bila duduk makan pun, Damia Zahra duduk sebelah Maximo dan duduk rapat-rapat dengan Maximo. Wajahnya begitu berseri memandang Maximo, mendengar setiap patah perbualan Maximo. Bila mereka berhenti di kawasan R&R Gurun pun, Damia Zahra mengekor ke mana sahaja Maximo pergi. Cuma yang Damia tidak ikut hanyalah mengikut Maximo masuk ke dalam bilik air. Selepas itu bila duduk makan pun, dia duduk dekat-dekat dengan Maximo.
Zaril Ikhwan mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak perasan selama ini, rupa-rupa Damia Zahra sudah buat hal sekali lagi. Kini objek pujaannya bukan lagi artis atau bintang sukan. Kali ini idolanya ialah Maximo. Zaril Ikhwan pernah jadi idola pujaan Damia Zahra satu ketika dahulu. Tapi ketika Damia Zahra masih kecil, tidak mengapalah kalau dia ikut sahaja idola pujaannya dengan wajah penuh kasih sayang. Masa itu cute sangat rupa Damia Zahra dan semua orang suka dengan gelagatnya. Bila Damia Zahra menyatakan kepada semua orang yang dia akan kahwin dengan Zaril Ikhwan bila dia dewasa nanti, semua orang ketawa dan menganggap Damia Zahra begitu comel sekali. Tetapi sekarang, Damia Zahra sudah berumur sembilan belas tahun, perasaan cinta monyetnya itu bukan sesuatu yang cute lagi tetapi sesuatu yang harus diawasi. Damia Zahra sudah dewasa dan sudah boleh kahwin. Dia tidak boleh berkelakuan seperti anak-anak lagi. Zaril Ikhwan harap Damia Zahra dapat kawal perasaan cinta terhadap maximo. Selalunya Damia Zahra tidak dapat berbuat demikian. Oleh kerana dia cantik, Damia selalu rada dia akan dapat apa yang dia hendak. Dia akan kejar Idolanya sehingga dia jatuh cinta dengan orang lain pula. Sekarang ini objek yang menjadi tumpuan Damia Zahra, ialah Maximo. Macamana agaknya Maximo menangani cinta monyet Damia Zahra.
Zaril Ikhwan memerhatikan Damia Zahra masuk ke dalam rumah, selepas Maximo. Puan Zainon menunggu mereka di muka pintu. Kelihatan Damia Zahra menyapa dan kemudian memeluk neneknya, selepas Maximo.
“Apa yang Abang geleng-geleng kepalanya ni?” Soal Nia Atirah, dia menghampiri Zaril Ikhwan, mengambil Maizara dari dukongan Zaril Ikhwan.
“Tak ada apa-apa, Sayang.” Jawab Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan senyum memandang wajah Nia, kemudiannya memeluk bahu Nia Atirah dan sama-sama mereka berjalan menuju ke rumah Puan Zainon.
********************************8
Damia bersungguh-sungguh mahu membuat Maximo rasa selesa di rumah neneknya. Dia cuba menjadi ‘the perfect host’ kepada Maximo. Tidak mahu buat Maximo rasa kekok berada di rumah Puan Zainon. Maklumlah inilah pertama kali Maximo tinggal bersama keluarga orang melayu. Mesti Maximo tidak biasa dengan masakan orang melayu. Memang Nia Atirah dan Puan Zainon menyediakan makanan yang sesuai untuk selera Maximo tetapi mesti Maximo rasa canggung juga. Sebab itu Damia Zahra mesti buat Maximo seselesa mungkin.
“Lagipun Maximo kena biasa-biasakan diri duduk di rumah Wan. Esok bila mereka sudah berkahwin, kena juga mereka balik kampong selalu terutama sekali waktu raya!” Kata Damia Zahra pada dirinya sendiri. :Kena biasa makan ketupat dan rendang. Tersenyum Damia Zahra bila dia fikirkan ketika dia dan Maximo balik kampong sebagai sepasang suami isteri nanti. Mesti orang kampong heboh berceritakan cucu Puan Zainon yang kahwin dengan lelaki Itali yang kacak. Mesti Damia Zahra menjadi menjadi sebut-sebutan dikalangan penduduk kampong nanti. Damia Zahra memeluk bantal panjang sambil tersenyum sendirian.
“DZ…Buat apa tu? Dah siap ke?” Panggil Nia Atirah di pintu bilik Damia Zahra. Mereka semua menunggu DZ turun ke bawah sejak tadi lagi. Mereka mahu membawa Maximo berjalan-jalan ke Kuala Perlis. Sengaja mahu membawa Maximo mengambil angin laut sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur pada esok hari. Setelah menunggu beberapa ketika akhirnya Zaril ikhwan minta Nia Atirah naik ke atas rumah dan tengok apa yang berlaku pada Damia Zahra. “Entah apa yang dia buat tu? Tak siap-siap lagi.”
Lantas Nia Atirah naik ke atas rumah untuk memanggil Damia Zahra turun. Selepas makan tengahari tadi, mereka semua telah buat rancangan untuk pergi jalan-jalan tengahari ini. Sepatutnya mereka semua siap sedia untuk keluar pada pukul 2.30 petang. Apa agaknya yang Damia Zahra buat sehingga sekarang belum keluar-keluar lagi dari biliknya. Sejak akhir-akhir ini Nia Atirah dapati Damia Zahra seperti dalam awang-awangan. Damia macam berada di langit ke tujuh, bukannya di bumi nyata. Setiap masa Damia seperti sedang berangan-angan. Agaknya begitulah gelagat anak-anak muda ini. Waktu inilah mereka sibuk bercinta atau berangankan masa depan. Lagipun gadis mewah seperti Damia Zahra tidak perlu risaukan tentang apa-apapun bukan mcam Nia ATirah ketika berumur Sembilan belas tahun. Teringat Nia ATirah sepuluh tahun yang lalu, ketika dia berusia seperti Damia Zahra. Begitu banyak perkara yang Nia ATirah terpaksa fikirkan. Dia dapat sambung belajar kerana kegigihan arwah emaknya yang mahu Nia Atirah masuk universiti dan menjadi orang yang berpelajaran. EMaknya tidak mahu Nia Atirah mendapat nasib seperti dirinya. Terpaksa membanting tulang sehingga tua. Nia Atirah juga bernasib baik kerana dapat biasiswa untuk belajar. Tetapi itu tidak juga membuat Nia Atirah lepas dari tanggungjawabnya untuk menjaga adik-adik dan juga arwah emak. Nia Atirah terpaksa mengikat perut semasa dia belajar di Universiti kerana tidak mahu menyusahkan emak. Lagipun ketika itu perangai buruk ayahnya makin menjadi-jadi sehingga mengabaikan mereka semua. Nia Atirah terpaksa membantu emak setiap kali dia pulang bercuti.
Sama sekali kehidupan Nia Atirah tidak sama langsung dengan kehidupan Damia Zahra yang hidup dalam serba kemewahan. Sekarang ini semua perancangan telah di buat untuk Damia Zahra melanjutkan pelajarannya di luar Negara. Damia Zahra hanya perlu cakap sahaja dimana dia mahu belajar, di UK, Australia, Paris atau US, semuanya akan di aturkan oleh Encik Zakuan. Dengar-dengar cerita, sekarang ini Encik Zakuan sedang buat persiapan utnuk menghantar Damia Zahra belajar US. Sengaja mencari variasi kerana Yati belajar di UK, Daniel belajar di Australia, giliran Damia Zahra pulak ke US. Semuanya kini menunggu Damia Zahra buat pilihan. Damia Zahra pula lebih cenderung hendak ke UK, sebab ramai kawan-kawannya belajar di sana. Itulah kelebihan orang kaya raya seperti keluarga ENcik Zakuan. Dengan wang, mereka boleh bat apa sahaja. Damia Zahra pun sebagai anak bungso, agak manja orangnya. Maklumlah selama ini semua kemahuannya akan di turuti oleh kedua ibu bapanya. Bila sudah besar panjang begini, bukan mudah hendak dikongkong lagi, semua kemahuannya mesti dia dapat. Nia Atirah berharap agar kedua anak-anaknya Hazeril dan Maizara nanti akan besar menjadi orang yang lebih rasonal, tidaklah manja sangat walaupun walaupun mereka berdua suami isteri sangat sayang kepada mereak berdua dan mampu untuk memberikan segala kemewahan kepada Hazeril dan Maizara.
Damai Zahra buka pintu biliknya, tersengeh-sengeh kerana malu, kantoi sedang berangan tentang Maximo. Sudah Jauh angan-angan Damia Zahra terhadap Maximo. Dia sudah angan-angankan yang Maximo sudah jadi miliknya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Kalau dia dapat Maximo, Damia Zahra akan membatalkan rancangannya untuk belajar keluar Negara sehinggalah Maximo pulangke Italy. Atau dia boleh minta agar dapat belajar di Perancis, Jerman atau mana-mana Negara yang berdekatan dengan Italy atau belajar di Italy. Dengan itu dia akan dekat dengan suaimnya Maximo...Seronoknya Damia Zahra berangan tentang masa depannya. Satu Impian yang sangat membahagiakan dan Damia Zahra pasti impian itu akan menjadi kenyataan. Damia Zahra seorang gadis yang begitu optimistic. Sepanjang hidupnya dia sentiasa dapat apa yang dia inginkan. Dia telah dimanjakan oleh keluarga kerana dia anak bungso dalam keluarga yang kaya. Sebab itu dalam hal memiliki Maximo, Damia Zahra dapat rasakan dia akan miliki lelaki itu juga walau macamana cara pun. Cuma lambat atau cepat sahaja. Selama ini Damia Zahra buat-buat cool sahaja, tetapi kini sudah tiba masanya untuk dia cuba mendapatkan Maximo. DIa akan cuba habis-habisan, tidak kira apacara pun.
“I will get him!”
“Apa yang DZ buat dalam bilik tu? Kita sudah hendak jalan ni. DZ tak mau ikut ke?” Soal Nia Atirah.
“Eh..nak ikut. Siapa kata DZ nak nak ikut.” Soal Damia Zahra kembali.
“Tak adalah...ingatkan DZ penat. DZ nak take a nap dulu ke?”
“Tak delah...? Hazeril dan Zara ikut tak Kak Nia?” Soal Damia Zahra.
“Dia orang sedang rehat DZ, Biarlah dia orang tidur. Dia orang penat sangat nampaknya. Lagipun bila dia jaga nanti, Bibik ada untuk jaga dia orang.”
Seronoknya Damia Zahra dengar Hazeril dan Zara tidak ikut serta. Bukannya sebab Damia Zahra tidak suka dengan mereka berdua. Damia Zahra sayang sangat dengan kedua kanak-kanak itu tetapi bila kedua kanak-kanak itu tidak ada, bermakna dia dan maximo akan duduk berdua-duaan sahaja di belakang. Boleh dia duduk rapat-rapat dengan Maximo. Makin lama Damia Zahra sudah rasa tidak boleh jauh-jauh dari Maximo. Kalau boleh hendak berkepit sahaja dengan Maximo ke mana sahaja Maximo pergi.
Damia Zahra pasti, makin dia rapat-rapat dengan Maximo, lama kelamaan Maximo mesti akan akan makin tertawan dengan kecantikan dirinya. Mana ada orang lelaki yang tidak terpikat dengan Damia Zahra sebelum ini. Damia Zahra mempunyai ramai peminat sejak dia di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sememangnya Maximo ini agak liat sikit untuk jatuh hati dengan Damia Zahra lagi tetapi Damia Zahra tahu, Damia Zahra yakin, tidak lama sahaja lagi Maximo akan jatuh hati dengan dirinya dan lelaki itu akan memuja dirinya. Damia Zahra hanya perlu memecahkan benteng pertahanan Maximo. Sebelum ini Maximo hanya nampak Nia Atirah, tidak lama lagi hanya Damia Zahra sahaja yang akan ada dalam hati Maximo.
“Bila mereka hendak kahwin nanti, mesti Maximo kena memeluk Ugama Islam. Macamana agaknya nanti. Mahu ke Maximo tukar ugama? Damia Zahra mula terfikir.
“Ah...for the sake of love! He will do it!” ujar Damia sendirian. Untuk berkahwin dengan Damia Zahra, mesti Maximo sanggup untuk menukar ugamanya. Damia Zahra ialah seorang gadis yang special dan cantik. “ Tidak ada sesiapa yang boleh tolak Damia Zahra!” Dia tersenyum sendiri sambil mengikut Nia Atirah turun dari rumah menuju ke arah kereta di mana Zaril Ikhwan dan Maximo sedang menunggu dengan sabar.
*************************************8
Kalau tidak kerana kelakuan Damia Zahra, pengalaman balik ke kampong Zaril Ikhwan dan Nia Atirah adalah satu pengalaman yang sangat menarik bagi Maximo. Zaril Ikhwan dan Nia ATirah sempat juga membawa Maximo berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik di Perlis seperti “Taman Ular dan reptilia, Muzeum Kota Kayangan, Pasar Ahad Wang Kelian, Gua Kelam. Walaupun Perlis ialah sebuah negeri yang kecil tetapi terdapat juga beberapa tempat menarik di sini. Hari ini mereka hendak membawa Maximo berjalan-jalan di persisiran pantai, hendak menghirup udara pantai dan makan makanan laut. Ada sahaja makanan yang hendak di perkenalkan kepada Maximo.
Sudahlah Nia Atirah dan neneknya telah asyik menjamu Maximo dengan perbagai jenis makanan masakan melayu. Bila mereka bawa keluar, ada sahaja makanan yang hendak mereka suruh Maximo cuba. Manakala Maximo pula mendapati bahawa hampir semua makanan melayu kena dengan seleranya. Cuma Nia Atirah sahaja yang takut Maximo tidak tahan makan pedas. Macam Nia Atirah tidak tahu, makanan bercili bukan sesuatu yang Maximo tidak pernah makan. Di Italy juga mereka ada makanan yang dimasak dengan cili. Tetapi Maximo sedar Nia ATirah memang sentiasa menjaga kebajikan Maximo. Kadang kala Maximo macam Hazeril pulak dibuat oleh Nia Atirah. Dalam pada itu juga Maximo sebenarnya suka dengan perhatian yang diberikan oleh Nia Atirah terhadap dirinya. Sekurang-kurangnya Maximo tahu Nia Atirah sayang dengan dirinya walaupun Nia Atirah tidak mencintai dirinya.
Yang buat Maximo kurang selesa ialah perubahan kelakuan Damia Zahra sejak akhir-akhir ini. Nampaknya dia kini jadi lebih berani. Damia Zahra sentiasa mengekori Maximo dan akan duduk rapat-rapat dengan Maximo. Ke mana sahaja Zaril Ikhwan dan Nia Atirah bawa Maximo melawat, Damia Zahra akan ikut serta dan begitulah perangai Damia Zahra kini. Walaupun Maximo seorang berbangsa Italy dan selalunya mereka tidak segan silu untuk memeluk dan mencium kenalan wanita tetapi Maximo agak segan dengan Nia ATirah dan juga Zaril Ikhwan. Maximo yang mengenali Nia ATirah sebelum ini tahu bagaimana Nia Atirah menjaga adab sopannya bila dia bersama lelaki lain yang tidak ada kaitan persaudaraan. Maximo tidak mahu Nia ATirah dan Zaril Ikhwan ingat Maximo yang sengaja menyentuh Damia Zahra, sengaja cari peluang hendak rapat-rapat dengan Damia Zahra. Maximo tidak dapat elak, sebab kadang-kala Damia Zahra terlalu rapat dengan dirinya. Damia Zahra sedang mengoda Maximo secara terang-terangan. Mungkin Damia Zahra rasa yang dia telah jatuh cinta dengan Maximo dan sedang cuba hendak mendapatkan perhatian Maximo. Kalau benar apa yang Maximo sangka, Maximo harap perasaan yang Damia Zahra alami itu hanya sementara dan Damia Zahra akan dapat kawal perasaannya. Maximo tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Damia Zahra, dia hanya melayan Damia Zahra dengan baik kerana dia adalah saudara Nia Atirah.
Walaupun Maximo pernah jatuh cinta Nia ATirah, bukan bermakna Maximo juga akan jatuh cinta dengan Damia Zahra, hanya kerana Damia Zahra saudara Nia Atirah. Saudara melalui perkahwinan pulak tu, Damia sepupu Zaril Ikhwan, bukan sepupu Nia ATirah pun! Memang di akui Damia Zahra cantik dan tubuh badannya begitu menarik sekali. Lagipun perangai Damia Zahra tidak sama langsung dengan Nia Atirah. Nia Atirah seorang yang begitu manis sekali, pendiam orangnya tetapi bila sudah menjadi kawan Nia ATirah begitu ramah dan baik sekali orangnya. Manakala Damia Zahra terlalu berani orangnya. Maximo agak Damia Zahra seorang yang popular sejak zaman sekolah lagi dan nampak seperti dia sudah biasa dapat apa yang dia hendak. Menurut Nia Atirah, Damia Zahra anak seorang yang kaya. Patutlah Damia Zahra begitu orangnya. Dia ialah seseorang yang sudah terlalu dimanjakan oleh semua orang terutama sekali kelaurganya. Semasa dalam perjalanan ke Perlis mereka singgah di rumah ibu bapa Damia Zahra Alor Star. Dengan melihat rumah kedua ibu bapa Damia Zahra sahaja, nyata sekali Damia Zahra berasal dari keluarga yang kaya raya. Tidak hairanlah Damia Zahra begitu perangainya. Malahan bila kedua ibu bapanya, ENcik Zakuan dan Puan Aina suruh Damia Zahra duduk sahaja di rumah mereka, tidak perlu ke Perlis. Mereka mahu Damia Zahra berada di rumah kerana mahu uruskan tentang pemergian Damia Zahra ke US. Tetapi Damia Zahra enggan. Puas di pujuk pun, dia tidak mahu dengar. Katanya dia mahu bertemu dengan wan. Dia tidak ada masa lain AKhirnya kedua ibu bapanya terpaksa mengalah dengan kehendak Damia Zahra. Terbukti sungguh Damia sudah biasa dimanjakan oleh mereka, maklumlah Damia Zahra anak bungsa dalam keluarga mereka dan sudah biasa hidup dalam keadaan mewah. Bukan macam Maximo yang berasal dari keluarga yang serba sederhana di Itali. Bukan juga seperti Nia Atirah yang berasal dari keluarga susah. Mereka susah kerana perangai bapanya yang suka berjudi dan perempuan.
Semalam Maximo sempat dibawa melawat ke rumah Ani, adik Nia Atirah yang duduk berdekatan dengan rumah Puan Zainon. Disinilah Nia Atirah membesar sebelum ini. Keluarga kecil yang sederhana. Menurut Nia Atirah kehidupan adiknya Ani sudah bertambah baik. Walaupun tidak berpelajaran tinggi tetapi Ani bernasib baik kerana berkahwin dengan Sazali seorang anak muda yang rajin berusaha dan pandai berniaga. Ani juga sudah ada perniagaannya sendiri, perusahaan membuat kerepek. Bijak juga kedua suami isteri itu, sebagai peraih hasil tanaman penduduk kampong seperti pisang, ubi, keladi. Mereka mengembangankan lagi perniagaan dengan berkecimpung dalam bidang perusahaan membuat kerepek. Rumah keluarga Nia yang asal pun nampaknya sudah dibesarkan oleh Ani dan suaminya. Tetapi nyata kehidupan Nia jauh lebih mewah dari kehiduoan ANi di kampong. Walau bagaimanapun kata Nia Atirah.. kehidupan Ani dan keluarganya jauh lebih baik dari kehidupan mereka adik beradik semasa kecil-kecil dahulu. Dapat Maximo bayangkan susah betul kehidupan Nia ATirah pasa satu ketika dulu. Maximo juga dapati ada seorang lelaki yang sudah berusia berada di rumah Ani. Lelaki itu tidak banyak bicara, bila Nia Atirah dan Zaril Ikhwan sekeluarga datang bersama Maximo dan Damia Zahra, lelaki itu macam mahu melarikan diri dari mereka semua. Dia macam segan untuk berhadapan dengan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Tetapi Nia Atirah dan Zaril Ikhwan tetap bersikap baik dengan lelaki tersebut. Cuma tidak banyak perkara yang dapat mereka bualkan kerana Encik Adnan tidak mahu bercakap banyak dengan mereka. Nasib baik ada Hazeril yang mengurangkan ketegangan suasana dengan celotehnya dan persoalannya yang tidak henti-henti ditujukan kepada datuknya. Setelah melayan Hazeril beberapa ketika, Encik Adnan meninggalkan mereka semua untuk ke masjid bagi menunaikan sembahyang asar.
“My father is a very reticent man. He spend most of his time at the most...” terang Nia Atirah kepada Maximo,takut Maximo hairan dengan kelakuan ayah mereka.
Maximo hanya menganggok menunjukkan dia faham dengan keadaan orang-orang tua. Maximo juga mempunyai ramai pak cik-pakcik dan makcik-makcik yang telah berusia dan dengan berbagai macam perangai.
“The mosque is quite near our house.” Terang Nia lagi. Maximo terus menganggok. Selepas minum petang, mereka semua pulang ke rumah Puan Zainon dengan berjalan kaki sambil menikmati suasana desa dan menghirup udara bersih. Sememangnya mereka jauh dari kesesakan Bandar Kuala Lumpur. Maximo begitu terpikat dengan keindahan desa tempat kelahiran Nia Atirah.
Sepertimana dia terpikat dengan kawasan persisiran pantai Kuala Perlis yang mereka sedan lawati sekarang. Zaril Ikhwan telah bawa mereka makan makanan laut berhampiran dengan pantai. Ikan bakar dan masakan Thai yang terkenal dikawasan Kuala Perlis. Semuanya memikat selera Maximo, walaupun Nia Atirah asyik risau sama ada Maximo boleh makan makanan yang pedas.
Kemudian mereka berjalan-jalan di pingiran pantai, menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat. Keindahan begitu indah sekali, terutama sekali permandangan masjid terapung Kuala Perlis yang tersergam indah. Dari jauh kelihatan cahaya lampu yang mula di pasang dalam masjid tersebut. Angin pantai bertiup lembut dan kedengaran desir ombak yang memukul pantai. Damia Zahra berjalan hampir dengan Maximo, sekali sekala, bila terpijak batu besar, dia hilang keseimbangan, terpkasa Maximo memegang tangannya kerana takut Damia Zahra jatuh. Setiap kali Maximo memegang tangan Damia Zahra, dia tersenyum malu. Damia Zahra gadis yang begitu ayu sekali. Satu hari nanti ada jejaka yang akan jatuh cinta dengannya dan sanggup sehidup semati dengan gadis itu tetapi jejaka itu bukan Maximo. Pada Maximo Damia Zahra terlalu muda buat dirinya.
Maximo ada matlamat lain yang dia harus capai sekarang ini dan ianya bukan untuk mendapatkan Damia Zahra.
Tiba-tiba kedengaran suara azan berkemandang dari Masjid terapung, Kuala Perlis. Terasa begitu merdu sekali bunyi azan itu di tambah pula dengan keindahan senja yang sedang kemerah-merahan. Maximoa rasa seperti ada sesuatu yang membuka pintu hatinya, dingin terasa bila dia mendengar suara azan itu. Keadaan begitu syahdu sekali. Tiba-tiba Zaril Ikhwan terhenti.
“Mari kita ke masjid. Boleh kita sembahyang maghrib di situ.” Saran Zaril Ikhwan. Nia Atirah menganggok kepalanya dan menolah kea rah Maximo.
“You don't mind don’t you. Waiting for us, while we perform out maghrib prayer.” Soal Nia ATirah.
“No problem... I don;t mind waiting. I am hoping, I can visit the mosque, I am sure it is beautiful.” Jawab Maximo.
“Don;t worry...I can wait with you while they pray.” Kata Damia Zahra, terus memeluk lengan Maximo dan berjalan ke arah kereta Zaril Ikhwan, meninggalkan Zaril Ikhwan dan Nia ATirah yang terpinga-pinga melihat keberanian Damia Zahra.
2 comments:
Sorry... memang tak ada private blog lain lagi dah... yang ada public blog sahaja di sni dan di www.ahanovel.com ... akak jarang buat posting sebab sibuk...
best...rindu dgn dorang...
Post a Comment