ILM Bab 6
Maximo tertanya-tanya di mana dia berada. Dia pandang sekeliling. Dia pernah ke tempat itu sebelum ini. Dia pernah melihat bahagian interior tempat itu. Dia berada dalam masjid terapung Al Hussain, Kuala Perlis! Maximo mendongak ke siling. Ada chandelier yang tergantung di siling dan terdapat ukiran-ukiran indah di bahagian dalam kubah yang berwarna biru. Bila dia memandang sekelilingnya, dia dapat ramai orang duduk di sekelilingnya. Maximo jadi pelik. Zaril Ikhwan duduk di sebelahnya. Nia ATirah juga ada bersama tetapi dia duduk jauh sikit dari Maximo, dikerumumi oleh kaum perempuan. Maximo dapati di berada di tengah-tengah kumpulan orang itu. Semua orang sedang memandang dirinya. Maximo dapati sedang duduk bersila dan berpakaian serba putih.
Tiba-tiba ada seorang lelaki yang memegang tangannya. Maximo jadi panic. Apa yang sedang berlaku. “What is happening?” Soal Maximo.
“Well! This is the time... Go and do it... Bless you my brother.” Jawab Zaril Ikhwan, sambil tersenyum memandang kea rah kaum perempuan. Maximo ikut Zaril Ikhwan memandang kea rah di mana kaum perempuan duduk. Nia ATirah pun ada di situ tadi. Maximo tidak faham apa yang sedang berlaku. Dia duduk bertentang dengan seorang lelaki yang berjubah dengan berkupiah putih. Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Maximo dan Maximo menyambut tangan lelaki itu. Tangan Maximo di pegang dengan kemas dan kejap. Maximo memandang kea rah Nia ATirah semula. Maximo ternampak seseorang wanita yang berpakaian serba putih. Seperti dirinya juga. Upacara apakah ini? Ini seperti majlis akad nikah. Nia Atirah kah yang akan berkahwin dengan dia? Tapi macamana dengan Zaril Ikhwan. Tidak mungkin Zaril ikhwan lepaskan Nia ATirah untuk jadi miliknya. Terasa begitu gembira sekali hati Maximo kalau itu yang terjadi. Tidak mungkin. Atau dia dalam upacara untuk menganut ugama islam? Maximo pandang semula ke arah perempaun yang yang berbaju serba putih itu untuk mendapat kepastian. Bila Maximo memandang wajahnya....
Maximo terjaga! Pada mulanya dia tidak pasti di mana dia berada. Kemudian baru dia perasan yang dia berada di rumah nenek Zaril Ikhwan. Maximo bermimpi rupanya. Mimpinya itu begitu jelas sekali. Maximo bermimpi dia berada di Masjid terapung yang mereka lawati semalam. Maximo tidak pasti apakah upacara yang hendak dijalankan. Adakah dia bermimpi yang dia berkahwin atau .... Dan kalau Maximo mimpi dia berkahwin, Maximo tidak nampak dengan jelas dengan siapa dia akan berkahwin. Yang Maximo tahu Nia ATirah ada di situ. Ketika itu Maximo rasa gembira sangat.
Rupa-rupanya semua itu hanya mimpi Maximo sahaja. Mungkin sebab semalam dia melawat di masjid terapung di Kuala Perlis dan kebetulan ketika berada di sana, ada majlis akad nikah yang dijalankan. Ini pertama kali dia melihat pasangan pengantin di nikahkan di masjid. Pengalaman yang menarik buat Maximo sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Maximo mengeluh panjang. Maximo memeriksa jam yang terletak di dinding. Dia terjaga pada waktu yang sama, setiap pagi dia akan terjaga pada waktu ini. Iaitu lebih kurang 10 hingga 15 minit sebelum waktu subuh.
Seperti biasa bila dia terjaga pada waktu ini, kedengaran ayat-ayat yang Maximo ketahui kini ayat-ayat suci al Quran dibacakan dengan jelas. Begitu jelas sekali dia mendengar baris-baris ayat-ayat itu dibacakan. Terasa masuk sehingga jauh ke dalam lubuk hatinya. Dingin terasa di dalam hati Maximo. Khusyuk Maximo mendengar ayat-ayat alquran dibacakan sehingga dia rasa seperti dia faham maksud ayat-ayat tersebut. Maximo rasa begitu sayu syahdu sekali. Tidak lama kemudian kedengaran suara azan yang berkumandang. Maximo sudah biasa dengan bunyi azan yang berkumandang setiap pagi, oleh yang demikian dia tidak lagi rasa geram dan marah kerana terjaga terlalu awal. Maximo baring dan mendengar sahaja azan berkumandang sehingga tamat. Entah kenapa hatinya begitu sayu mendengar azan pada pagi ini. Setelah tamat azan, suasana menjadi sunyi sepi semula. Tiba-tiba kedengaran pintu di tutup dan bunyi tapak orang berjalan di laman. Maximo bangun dan mengintai di tingkap. Ada seseorang sedang berjalan di laman, kemudian buka pintu pagar dan berjalan keluar. Dalam kesamaran sinaran lampu dari porch, Maximo dapat kenal pasti siapa yang sedang berjalan itu dari susuk tubuhnya..
“Zaril Ikhwan!” Zaril Ikhwan memakai songkok berbaju melayu dan berkain pelikat. Maximo agak Zaril Ikhwan mesti ke masjid untuk sembahyang. Kagum juga Maximo lihat Zaril Ikhwan yang sanggup bangun pagi-pagi dingin begini semata-mata untuk pergi sembahyang di masjid. Bukan Zaril Ikhwan sahaja tetapi semua yang berugama islam yang mengerjakan sembahyang lima waktu setiap hari sepanjang hidupnya. Mesti seseorang itu mempunyai displin yang kuat untuk lakukan ibadah rutin sebegini setiap hari atau mempunyai satu kepercayaan, kecintaan dan kesetiaan kepada penciptanya untuk patuh kepada semua perintah dan hukumNya. Maximo yang pergi ke gereja seminggu sekali pun berat. Inikan untuk lakukan 5 waktu sehari hari hingga akhir ayat. Itu hanya baru bab sembahyang yang wajid, banyak lagi ibadat-ibadat lain seperti berpuasa, mengerjakan haji, mengeluarkan zakat. Semua maklumat ini Maximo tahu sedikit dengan membaca buku semasa dia berkawan dengan Nia Atirah di Turin. Tetapi bila dia duduk di Malaysia, baru dia betul-betul dapat lihat bagaimana kehidupan sebenar seorang muslim. Bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang muslim, bukan seperti yang Maximo sangka. Dulu dia ingat dengan menjadi seorang muslim sahaja, dia dan Nia Atirah boleh berkahwindan mereka akan hidup ‘happily ever after’. Itu sahaja yang dia tahu. Yang lain-lain tentang hukum hakam menjadi seorang muslim tidak dia ambil tahu sangat. Sebab di Italy dia tidak nampak sangat perbezaan antara orang muslim dan orang bukan muslim kecuali dari segi pemakanan mereka sahaja. Di Italy dia tidak pernah dengar suara azan berkumandang lima kali sehari, apatah lagi melihat orang bersembahyang. Maximo tidak tahu pun di mana masjid di Turin, tempat dia tinggal selama ini. Bila Nia Atirah cakap ada masjid di Turin baru Maximo tahu. Baru membuka matanya tentang islam dan penganut Ugama islam di Turin. Selama ini Maximo tidak tahu pun ada lebih dari sejuta penganut islam yang tinggal di Italy.
Sebelum dia kenal Nia Atirah, Maximo ingat pemakaian tudung hanya sebagai satu fesyen atau hendak melindungi kepala dari cuaca sejuk atau panasSelepas mengenali Nia Atirah baru Maximo tahu yang pemakaian tudung ialah satu hukum yang dikenakan ke atas wanita Islam, bukan sahaja menutup kepala tetapi menutup seluruh badan dan hanya muka dan kedua tapak tangan sahaja yang tidak ditutup. Mesti satu cabaran besar kepada semua wanita –wanita ini untuk menutup aurat mereka sepanjang masa. Terutama sekali dalam keadaan iklim panas yang di alami di Malaysia. Hampir lebih dari separuh dari wanita melayu yang dia temui hari-hari di Bandar Kuala Lumpur memakai tudung. Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan yang Maximo temui setiap hari, terutama sekali waktu pagi semasa mereka hendak ke sekolah. Mereka semua kelihatan begitu comel bila dikenakan tudung di kepala. Suka hati Maximo melihat mereka.
Entah mengapa dia rasa begitu pun Maximo tidak pasti. Padahal sebelum ini dia suka melihat wanita-wanita yang cantik dengan rambut yang panjang mengurai, berwarna hitam, perang kuning keemasan atau merah. Tambahan di Italy, kebanyakan wanita memakai baju-baju dengan fesyen-fesyen terkini dan kelihatan begitu seksi sekali. Sekarang ini citarasa Maximo seperti sudah berubah. Maximo rasa senang melihat wanita-wanita yang bertudung. Mungkinkah kerana mereka mengingatkan dia pada Nia Atirah. Adakah dengan melihat perempuan melayu yang bertudung membuat dia rasa dekat dengan Nia Atirah?
“Huh.....” Maximo mengeluh panjang. “Bukan itu sebabnya?” Maximo menyangkal sangkaannya sendiri. Tetapi Maximo tetap rasa ada perubahan dalam dirinya yang dia juga kurang faham. Dia rasa sejuk mata memandang kesopanan wanita-wanita di sini. Mungkin juga sebelum ini Maximo belum pernah merantau di Negara lain. Seperti kata orang jauh perjalanan luas pandangan, banyak pengalaman. Maximo kini menimba pengalaman baru dan merasai banyak perubahan dan persepsi diri.
Maximo sudah tidak boleh tidur lagi, walaupun hari masih awal lagi. Pada pukul sepuluh nanti mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya Maximo seronok dengan perjalanan mereka ke Perlis ini. Nenek Zaril Ikhwan melayan mereka dengan baik sekali. Walaupun umurnya sudah mencecah lapan puluhtahun dan dia tidak berapa kuat lagi tetapi dia beriya melayan Maximo, dia dan Nia Atirah sibuk menyiapkan makanan istimewa untuk Maximo. Maximo rasa begitu kagum dan hormat dengan Puan Zainon. Pada Maximo, Puan Zainon seorang wanita yang kuat semangat dan bijak orangnya. Puan Zainon boleh berkomunikasi dengan Maximo dalam Bahasa Ingeris dan banyak berkongsi pengalaman mengenai dirinya ketika dia muda dahulu. Sayangnya mereka tidak banyak masa untuk dihabiskan. Tahu-tahunya cuti hujung minggu ini sudah berakhir dan mereka semua akan bertolak balik. Mesti Puan Zainon sedih melihat mereka semua pergi pagi nanti. Puan Zainon begitu menyayangi cucu-cucunya, Zaril Ikhwan dan Nia Atirah. Damia Zahra pula nampaknya mempunyai tempat dalam istimewa dalam hati Puan Zainon, maklum Damia Zahra ialah cucu bongsunya. Begitu manja sekali Damia Zahra dengan neneknya itu.
Agaknya memang begitu perangai Damia Zahra, dia seorang gadis yang manja. Dengan Maximo kadang kala dia keterlaluan, seringkan merapatkan dirinya pada Maximo memeluk lengan Maximo. Sehingga Maximo rasa segan dengan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.
“Huhhhh....” Maximo mengeluh lagi. Mereka akan menempuh perjalanan jauh hari ini berdua. Risau juga kalau Damia Zahra buat perangai sepanjang perjalanan pulang mereka nanti. Apa yang harus Maximo lakukan? Dia tidak mahu Damia Zahra kecil hati kalau dia cuba mengelakkan dirinya dari Damia Zahra tetapi dia risau juga dengan tanggapan pemandu Zaril Ikhwan nanti. Nanti PakWahid ingat Maximo mengambil peluang ke atas gadis muda. Pening juga kalau difikirkan tentang Damia Zahra. Maximo bukannya malaikat. Dia seorang lelaki muda yang normal. Ada keinginan terhadap wanita tetapi dia tidak mahu mengambil kesempatan atas Damia Zahra kerana dia menghormati Zaril Ikhwan dan Nia Atirah. Lagipun dia dan Damia Zahra bukannya ada apa-apa hubungan.
Tidak lama kemudian terdengar pintu pagar di buka. Maximo menghampiri tingkap dan mengintai keluar. Zaril Ikhwan sudah balik dari masjid setelah selesai sembahyang subuh. Maximo segera beredar dari tingkap, takut-takut ditangkap sedang mengintai Zaril Ikhwan pulang dari Masjid. Dia duduk di sisi katil. Tidak tahu apa yang harus dilakukan sementera menunggu hari siang. Hendak tidur balik pun tidak boleh. Hendak keluar dari bilik, hari masih gelap. Maximo memandang sekeliling bilik. Tidak ada buku atau majalah yang boleh Maximo baca untuk menghilangkan kebosanannya. Maximo duduk di sisi katil, tangannya membuka laci meja sisi katil. Di dalam laci terdapat senaskah buku. Maximo dapat agak buku itu ialah Quran. Bila dai perhatikan betul-betul ianya ialah quran terjemahan dalam bahasa Inggeris. Maximo menghulurkan tangannya untuk menyentuh Quran tersebut tetapi tiba-tiba tangannya terketar-ketar. Maximo terhenti seketika.
“I am not ready for this!” Ujar Maximo dengan tegas pada dirinya sendiri. “Stop it, Maximo!”
Maximo belum bersedia untuk semua ini. Hanya kerana dia berada di rumah orang melayu, kampong melayu dan negeri dan Negara melayu yang berugama islam, tidak bermakna dia harus biarkan dirinya terbawa-bawa sehingga mahu membaca al Quran. Macam dirinya sudah di pukau. Maximo kena kawal dirinya. Dia tutup laci meja itu dengan segera. Dia terus baring semula di katil sambil cuba memejamkan matanya, paksa dirinya tidur semula sementara menunggu siang hari tiba.
*******************************8
“I heard that you are going to further your study in US?” Soalan Maximo di tujukan kepada Damia Zahra. Mereka sedang mengambil angin dengan bersjalan-jalan di tepi batas bendang. Waktu pagi ini masih dingin lagi. Matahari masih belum memancar sepenuhnya. Bendang yang luas menghijau terbentang indah di sebelah kiri dan kanan mereka. Damia Zahra mengetuk pintu Maximo pada pukul tujuh pagi untuk mengajak Maximo bersiar-siar di kawasan sekitar kampong sebelum mereka pulang. Damia Zahra mahu Maximo menikmati keindahan sawah pagi yang menghijau sebelum mereka pulang pukul sepuluh nanti. Manakala Damia Zahra pula hendak orang kampong nampak dia bersama dengan pemuda Italy yang kacak itu. Mesti heboh satu kampong, cucu Puan Zainon dengan teman lelakinya melawat kawasan bendang. Seronok bila memikirkan Damia Zahra menjadi topik perbualan hangat pagi ini satu kampong. Ada beberapa penduduk kampong yang sudah menegur, mengucapkan selamat pagi pada Damia Zahra dan Maximo pagi ini. Sambil berjalan-jalan melihat kehijauan yang luasterbentang, mereka berbual-bual sama sendiri.
“Yes... but that is what my parents planned for me. Not me?” Jawab Damia Zahra acuh tidak acuh, menunjukkan yang dia tidak berminat untuk belajar di US. Padahal sebelum ini beriya-iya benar dia hendak melanjutkan pengajian di luar Negara walaupun keputusannya bukanlah bagus sangat seperti Kak Yati atau Abang Daniel. Bukannya Damia Zahra tidak pandai tetapi dia terlalu manja dan sentiasa dapat apa yang dia kehendaki. Jadi Damia Zahra sering merasakan yang dia tidak perlu bersusah payah sangat. Lagipun kedua ibu bapanya mampu untuk menyara dia belajar hingga ke mana pun.
“Anyway which course you are taking actually...?”
“I don’t really know.. I just want something simple and not that hard.”
“Why then you need to go to US? You want something simple, might as well you study locally. It is cheaper.” Ujar Maximo. Dia berusaha bersungguh-sunnguh untuk masuk university dan demi untuk mendapat pekerjaan yang baik. Kedua ibubapanya datang dari keluarga berpendapatan pertengahan. Maximo kena bekerja sambil dia belajar untuk menampung perbelanjaan pengajiannya.
“All in my family went to further their studies overseas. So now it’s my turn. Anyway my daddy can afford it. What else they want to do. They have this education plan for me since I was small. So it’s time to use it.” Jawab Damia Zahra dengan selamba. Tidak sedikit pun rasa bersyukur dengan apa yang kedua ibu bapanya sudah rancang untuk dirinya. Pada Damia Zahra, itu semua sudah tanggung jawab kedua ibu bapanya untuk sediakan bagi dirinya.
Bengang Maximo dengar kata-kata Damia Zahra itu. “This is a spoiled kid!” Kata Maximo dalam hatinya. Tetapi itu bukan masalah Maximo. Maximo tidak ada kena mengena dengan Damia Zahra. Hanya setakat Damia Zahra adalah sepupu pada Zaril Ikhwan dan Zaril Ikhwan adalah suami pada Nia Atirah. Itu sahaja! Jadi perbualan mereka itu Maximo anggap hanya untuk mengisi waktu yang terluang dan sekadar menunjukkan dia sebagai seorang budiman. Kalau ikutkan hati malas dia hendak ikut Damia berjalan pagi ini dan mendengar perbualan seorang gadis mentah yang terlalu dimanjakan.
“Anyway..what course you will be taking in US university?”
“Maybe English.. or TESOL”
“Oh you want to become a teacher?”
“Not really... like I said I want the simplest possible and I just want to enjoy myself while I am in US.” Jawab Damia Zahra. “But who says I am going to US? Maybe I don’t event want to go anywhere but stay here in Malaysia. Or maybe I want to go to UK or France.. I can visit you in Italy.” Jawab Damia Zahra lagi, bersinar matanya dengan rasa cinta dengan Maximo.
Maximo buat tidak nampak akan sinar mata Damia Zahra. Dia terus Tanya soalan lain.
“Why taking it easy? Why not doing Medicine?”
“No way!” Jawab Damia Zahra ringkas.
“Why don’t do something meaningful in your life.”
“Like what? Teaching is also meaning full. You help children to learn English.”
“Doing TESOL or TESL is good. But you have no intention of becoming a teacher. Anyway I know you are very smart, why you are not taking a other course that you really want to do, what you really want to be? A doctor, an engineer, a scientist, psychologist, environmentalist. You can help people. Malaysia needs a lot of scientist and professionals, in fact the world need more young and bright people like you.”
“What course did you take last time?
“I took engineering course.”
“Really? Why?”
“Because it’s my passion and I believe I can help people by becoming an engineer. You should also do something which can help others.”
Damia Zahra terkebil-kebil memandang Maximo. Kedua ibu bapanya tidak pernah cakap begitu dengan Damia Zahra. Mereka ikut sahaja kehendak Damia Zahra. Damia Zahra sendiri pun tidak pernah terfikir yang khidmatnya di perlukan. Selama ini dia hanya fikir untuk berseronok sahaja. Damia Zahra tidak pernah risau tentang wang ringgit sebab dia tahu kedua ibu bapanya mampu menyara dirinya dan sebenarnya mereka tiga beradik tidak perlu bekerja kerana kedua ibubapanya adalah orang berada.
“Actually I never thought of that. I don’t even planned to work. I only want to have a degree and enjoy myself studying overseas.” Terang Damia Zahra dengan jujurnya.
Maximo memandang gadis yang 8 tahun lebih muda dari dirinya itu. Mereka sedang berjalan balik ke rumah Puan Zainon.
“After that? What are you going to do?”
“Get married and have kids?” Jawab Damia Zahra. Mereka sudah sampai di pintu pagar kawasan rumah. Zaril Ikhwan dan Nia Atirah sedang duduk di wakaf, memerhatikan Damia Zahra dan Maximo masuk ke laman rumah Puan Zainon.
“Pergi ke mana DZ?” Soal Zaril Ikhwan sebaik sahaja Damia Zahra dan Maximo menghampiri mereka.
“Bawa Maxi tengok bendang.” Jawab Damia Zahra. Terangkat kening Zaril Ikhwan mendengar Damia Zahra menyebut “Maxi”. Nia Atirah hanya mengangkat bahunya kemudian memberikan senyuman pada “Maxi”
“Do you enjoy your walk?”
“Yes Nia, It is a very beautiful place. I love to see miles and miles of the padi fields.
“You must be hangry after you walk. Let’s have breakfast. Wan is waiting for all of us.” Ujar Zaril Ikhwan. Maximo hanya menganggokkan kepalanya, lantas dia ekori Nia ATirah dan Zaril Ikhwan masuk ke dalam rumah, meninggalkan Damia Zahra. Damia Zahra tengok sahaja mereka masuk ke dalam rumah. Geram rasa dalam hatinya, Maximo terus ekor Nia Atirah, tidak pandang belakang sikit pun Damia Zahra yang tercegat di sisi wakaf itu. Geram Damia Zahra juga singgah pada Nia Atirah. Maximo nampaknya lebih suka berada dekat dengan Noa Atirah berbanding dengan dirinya.
“Huhhhhh!” Damia Zahra mengeluh sendirian. Kemudian perlahan=lahan dia berjalan masuk ke dalam rumah, menyertai mereka bersarapan. Kepalanya ligat merancang strategi baru.
****************************8
“Assalamualaikum... “ Encik Zakuan memberi salam di pintu hadapan. Suasana keliling sunyi sepi. Mungkin kerana masih awal lagi.
Tidak ada sesiapa yang menjawab salam ENcik Zakuan.
“Alah abang, kat belakang lah...Mesti dia orang tengah sarapan” Kata Puan Aina. Terbau aroma nasi lemak yang di masak oleh Puan Zainon dan pembantunya. Terasa kecur air liur sesiapa yang terhidunya. Tanpa menunggu suaminya, Puan Aina terus ke pintu belakang dan masuk ke dalam dapur.
Betul tekaannya. Semua orang sedang bersarapan, termasuk Hazeril yang duduk sebelah Damia Zahra dan Maizara yang sedang di dukung oleh penjaganya.
“Mummy...!” Teriak Damia Zahra, terus bangun dan menerpa kea rah Puan AIna. Semua orang menoleh kea rah Puan Aina.
“Daddy mana?” Soal Damia Zahra.
“Ada ...kejap lagi dia masuk. Daddy bagi salam kat depan, tak ada sesiapa jawab. Patutlah semua tengah jamu selera dengan nasi lemak Wan.” Kata Puan Aina. Tanpa di pelawa dia terus duduk di kerusi yang sebelum ini di duduki oleh Damia Zahra.
“Hazeril? Makan nasi lemak... ye.. Sedap tak?” Soal Puan AIna.
“Sedap Wan Chu....” Jawab Hazeril dengan penuh hormat. Begitu comel sekali Hazeril. Puan Aina teringat telatah Zaril Ikhwan ketika dia berumur seperti Hazeril. Memang rupa dan perangai Hazeril sebiji seperti Zaril Ikhwan. Seorang anak yang comel dan baik. Tidak dapat dia tahan dirinya, lantas dia cium dahi Hazeril.
“Sayang cucu nenek ni.” Kata Puan Aina.
“Assalamualaikummmmm.” Kedengaran Encik Zakuan memberi salam.
“Walaikumussalam..”Semua orang kecuali Maximo menjawab salam Encik Zakuan. Encik Zakuan terus masuk ke dapur. Dicapainya kerusi lantas duduk di meja makan. Encik Zakuan terus ambil pinggan dan cedok nasi lemak dan sambal tumis ke dalam pinggan. Puan Aina letakkan timun dan telur rebus ke dalam pinggan Encik Zakuan. Tanpa berlengah lagi, Encik Zakuan makan nasi yang sudah terhidang di depan matanya.
“Kenapa ni Zakuan, pagi-pagi dah sampai sini?” Soal Puan Zainon. “Takkan datang sebab hendak makan nasi lemak aje.”
“Datang ni sebab budak DZ nilah emak. Urusan university dia belum selesai. Minta Zaril tolong uruskan.”
“Iye ke.. ? Apa lagi?” Soal Zaril Ikhwan.
“Toefl belum buat lagi. Urusan VISA.” Kata Encik Zakuan.
“Kenapa yang tak buata di sini? Kenapa kena Zaril yang buat?” Soal Puan Zainon.
“Ai... Ini hah cucu mak ni. Bukan nak balik rumah. Suruh balik dia tak mau balik. Hendak duduk di rumah Zaril juga.”
“Iye ke? DZ... pasal apa tak mau balik balik lagi.” Soal Puan Zainon.
“Tapi tak mengapalah emak... Elok juga dia di rumah Zaril sebab minggu depan kami pun hendak ke sana ada urusan sikit. Lepas tu kita pergi ke Dubai selama dua minggu. Balik sekejap ke Malaysia, dalam dua minggu baru kita akan pergi US sama dengan DZ, ada urusan di sana selama beberapa minggu sambil tengok DZ settle down di sana.”
“Huhhhh... kau orang pun sibuk memanjang. Habis tu urusan DZ ni macamana?”
“Tak mengapa Wan, nantil Aril uruskan.” Kata Zaril Ikhwan. Dia tidak ada masalah untuk menguruskan hal Damia Zahra. Zaril Ikhwan senang dengan adanya Damia Zahra di rumahnya. Teruatama sekali sejak Maximo berada di Malaysia sebab ke mana sahaja Damia Zahra akan menemani Nia Atirah apabila Nia Atirah berjumpa dengan Maximo. Mungkin juga walaupun Zaril Ikhwan cuba mengawal perasaan hatinya, tetapi sebenarnya jauh di sudut hati Zaril Ikhwan, ada perasaan cemburu terhadap Maximo. Zaril Ikhwan memandang kea rah Nia Atirah, isteri kesayangannya. Nia Atirah tidak sedar apa yang terlintas di hati Zaril Ikhwan. Nia Atirah hanya setuju dan menganggok setuju dengan kata-kata Zaril Ikhwan. Nia Atirah juga senang dengan kehadiran Damia Zahra, pertamanya kerana Damia Zahra sayang dengan anak-anaknya dan Damia Zahra juga boleh menemaninya bila dia ada urusan terpaksa bertemu dengan Maximo.
Damia Zahra diam sejak tadi rasa puas hati melihat persetujuan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah. Bermakna kali ini dia masih dapat apa yang dia kehendaki. Kedua ibu bapanya tidak paksa Damia Zahra duduk sahaja di rumah untuk urusan ke luar Negara. Dia masih boleh ikut mereka semua balik ke Kuala Lumpur. Damia Zahra sudah pasang strategi untuk mendapatkan Maximo. Dia kena bertindak segera.
2 comments:
==)))
best sgt. heheh.
tp lama sgt nak tunggu cerita nia dgn zaril.
rasa mcm cuma tgk dorang dr jauh..bukan duduk antara dorang masa baca ni. huhu.
makin best lah..cepat sambung lg..
Post a Comment