Menantu Datin Izzah

Menantu Datin Izzah
Hendak beli MDI dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 30 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM33 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577

MDI II : PSMS Bab 21


PSMS BAB 21

“Kenapa aku kena tunggu di sini?”  Soal Syidah dengan nada marah.

“Er…..”  Ain Safiah teragak-agak menjawap di hujung talian.

“Hurmmmm…”  Syidah mendengus.   Ain Safiah ajak dia keluar untuk beli makanan tengahari.  Ain Safiah malas masak untuk makan tengahari pada hari ini.  Banyak perkara yang Ain Safiah kena buat lakukan kerana  ada tetamu di rumahnya.  Tadi pagi AIn Safiah menyediakan  banyak makanan untuk sarapan pagi.  Agaknya untuk tengahari AIn Safiah sudah tidak menang tangan untuk sediakan.  Dia hendak uruskan rumah dan Fatin Nabila lagi.   

Lagipun selepas ini Ain Safiah akan hantar Syidah ke hospital untuk daftar masuk wad.  Dia kena jalani beberapa pemeriksaan sebelum dia di bedah keesokan pagi.  Ain Safiah ajak Syidah keluar  sekejap untuk beli makanan. Tinggalkan mak Cik Khamsiah, Pak Teh dan Fatin di rumah. Ain Safiah bawa Syidah beli makanan di sebuah kedai makanan melayu yang menjual ikan bakar terletak di luar Menara Atlan.   Selepas parking kereta mereka, Ain Safiah ajak pula SYidah minum kopi dulu di  Gloria Jean's Coffees yang terletak di dalam Menara ATlan.  Bila Syidah bersungut-sungut marahkan Ain Safiah kerana membawa dia melencong untuk mengkopi pulak padahal mereka keluar untuk beli makanan.  Ain Safiah sarankan Syidah duduk sahaja dalam sampai di dalam café tersebut sementara Ain Safiah pergi belikan makanan tengahari.

Setelah menunggu beberapa ketika, Syidah mula naik geram.  Kenapa Ain Safiah bawa dia ke sini.  Kenapa dia kena tunggu seorang diri di sini.  Syidah terus telefon Ain Safiah.

“Mak Su… Kejap Mak Su.”  .”

“Ain beli makanan ke, Ain masak makanan?”

“AIn tengah beli makanan ni.  Orang ramai ni Mak Su.”

“Dah tahu ramai orang kenapa kita datang sini.  Beli aje fast food ke?”

“Mak Su… mana opah makan fast food.  Kejap aje  lagi Mak Su.  Tunggu ye.”

“Tunggu!  Tungggu….!”  Syidah bersungut sendiri.  Ain Safiah sudah tamatkan perbualan mereka.  Kenapa Ain Safiah macam kalut sahaja.  Macam ada sesuatu yang dia hendak sembunyi dari Syidah.  Semua ini buat Syidah jadi geram sangat.  Ain Safiah bukan tidak tahu yang SYidah tidak suka menunggu.

“Arghhh….”  Keluh Syidah sambil meraupkan wajahnya.  Dia asyik naik angin sahaja sejak akhir-akhir ini.  Semua perkara, semua orang semua keadaan membuatkan dia naik darah.  Dia kena cuba kawal dirinya.  Dia selalu marah-marah di pejabat, dia selalu marah-marah di rumah..sekarang pun di kelayakan ramai pun dia masih hendak marah-marah.Syidah kena berubah.  Memang susah tetapi dia kena cuba untuk berubah.  Dia tidak boleh salahkan hormone setiap kali dia naik darah, setiap kali dia marahkan kakitangannya atau marahkan sesiapa juga.  Terutama sekali ketika dia sedang menderita kesakitan.   Syidah sudah penat!  Dia hanya mahu semuanya berakhir.  Esok dia akan jalani pembedahan, semoga selepas ini dia tidak akan menderita kesakitan lagi.  

Tetapi dia juga tidak akan pernah dapat zuriat dari darah dagingnya sendiri.  Tiba-tiba Syidah rasa begitu sayu sekali.  Air matanya tergenang di sudut matanya.  Hatinya begitu sebak sekali.  Kalaulah Syidah dapat menimang cahaya matanya sendiri, Syidah akan menjadi seorang ibu yang terbaik sekali.  Syidah akan menyayangi anaknya itu sepenuh hatinya dan memberikan apa sahaja yang anaknya pinta.  Tetapi dia ditakdirkan tidak mempunyai anaknya sendiri.  Kalau diberi peluang sekarang ini, Syidah sanggup buat apa sahaja supaya dia dapat seorang anak!  Seorang sahaja cukuplah.  Tetapi Syidah tidak diberi peluang itu.

Mungkin sebab dia memang tidak layak menjadi seorang ibu.  Mungkin Syidah rasa dia boleh jadi ibu yang baik tetapi sebenarnya dia tidak berupaya menjadi seorang ibu yang baik.  Mungkin dia terlalu panas baran sehingga akan membahayakan anaknya sendiri.  Adakah dia ini padan dengan profail seorang pendera kanak-kanak sehinggakan dia tidak layak untuk menjadi seorang ibu.  Syidah memang garang dan tegas orangnya.  Tetapi dia tetap akan menyayangi anaknya sendiri. 

“Huhhh…. Ini bukan masanya hendak emotional pulak!”  Kata Syidah sambil menyeka air matanya yanag mengancam hendak jatuh dari sudut matanya.   Perasaan sentimental dan emotional begini tidak akan membantu sesiapa dalam menangani masalah.  Dan sekarang bukan masanya untuk Syidah hendak berperasaan begini.  Dia sudah buat keputusan untuk menamatkan penderitaannya.  Dia patut kuatkan dirinya dan tidak boleh berpatah balik dengan keputusannya itu. Lagipun tidak ada sesiapa yang boleh dia kahwini untuk menjadi bapa kepada anaknya itu. Tidak ada sesiapa yang hendak kahwin dengan dia dan tidak ada sesiapa yang sesuai yang dia dapat cari untuk menjadi bapa kepada anaknya. 

Syidah kesat air matanya dari pipinya.  Tidak mahu sesiapa nampak air matanya.  Mesti pelik orang yang lalu lalang Nampak seorang perempuan menangis sendirian di dalam café tersebut. 

Syidah harus beredar dari situ, dia hendak cari AIn Safiah dan balik ke rumah AIn Safiah. Selepas itu mereka akan ke hospital dengan segera.  Syidah tidak mahu menunggu lagi. 

“Boleh saya duduk?”  Tiba-tiba seorang lelaki berdiri di sebelah meja Syidah menyapanya.

Syidah hendak cakapkan tidak boleh, hatinya rasa bengkak.  Ada banyak meja lain kenapa lelaki itu hendak duduk di meja Syidah juga.  Dia angkat wajahnya hendak suruh lelaki itu pergi dari situ tetapi kata-kata dari mulutnya tidak terkeluar. Patutlah dia rasa macam biasa dengar suara lelaki itu.  Lelaki itu ialah lelaki yang paling akhir sekali dalam dunia ini yang dia mahu lihat wajahnya.  Zulfakar!  Zulfakar membawa dulang berisi secawan kopi dan piring berisi dua biji pie. Lelaki yang banyak menyakitkan hatinya dan menyusahkan dirinya.  Lelaki yang dia benci dan yang juga benci akan dirinya. 

Kalau bukan sebab lelaki ini pak su kesayangan Ain Safiah, sudah lama Syidah halau sahaja lelaki itu dari situ.  Lagipun mereka di khalayak ramai.  SYidah kena juga menjaga kelakuannya.  Mana tahu ada pegawai kerajaan lain yang mengenali dirinya berada di situ, Nampak kelakuan buruk Syidah.  Malu juga SYidah nanti dibuatnya jika ianya sampai ke pengetahuan Jabatannya.  Jadi Syidah kawal kelakuannya tetapi mulutnya tetap laser macam selalu. 

“Kalau saya kata tak boleh, apa awak hendak buat?” Jawab Syidah, sambil menjeling kea rah lain, lantas dia angkat cawan kopi di hadapannya lalu menghirup dengan gaya diva.

Zulfakar  letakkan dulang ditangannya, tarik kerusi dan duduk di sebelah Syidah.  Buat SYidah geram. Lelaki ini tidak faham betul membaca body language Syidah yang jelas menunjukkan dia tidak suka Zulfakar duduk semeja dengan dia.

“Banyak meja lain yang kosong. Kenapa hendak duduk sini juga?  Infact banyak café lain di Kuala Lumpur ni, awak kena pilih café ini juga ke? Berapa banyak Menara dalam Kuala Lumpur, awak kebetulan berada di sini juga.  Tolonglah!”  Syidah bersungut-sungut, menyatakan ketidakan puasan hatinya terhadap ZUlfakar.

Zulfakar pandang sahaja Syidah.  Kalau bukan niat baik dalam hatinya, memang dia hendak angkat kaki sahaja dari situ.  Apa yang Zulfakar hendak lakukan macam tidak masuk akal langsung.  Macamana dia boleh berada di sini?  Dia tidak suka dengan perempuan ini pun.  Sah-sah  ZUlfakar termakan dengan pujukan Ain Safiah.  Ain Safiah memang boleh pengaruhi pemikiran Zulfakar sehingga dia boleh terdorong untuk berbuat sesuatu yang paling tidak boleh diterima akal.  Tetapi melihat sikap angkuh perempuan disebelahnya Zulfakar sudah rasa berbelah bagi. 

Zulfakar pandang pintu café tersebut.  Ingin rasanya dia berjalan keluar dari pintu tersebut tetapi kebaikan dalam hatinya melebihi rasa geram dalam hatinya.  Jadi Zulfakar senyum sahaja ke wajah Syidah.  Dia angkat cawan dan hirup kopi perlahan-lahan. Mengambil masa untuk cakap apa yang dia hendak cakapkan. 

“Saya tunggu Ain.  Dia pergi beli makana untuk tengahari.”  Kata Syidah setelah mereka berdua diam beberapa ketika.

“Iye saya tahu.”  Jawab Zulfakar makan mula makan  pie di hadapannya.

“Oh… awak tahu?”

“Iye … saya tahu.”  Jawab Zulfakar ringkas.

“Ain rancang semua ini?”

“Tak..saya suruh AIn bawa awak ke sini sebab saya hendak berbincang dengan awak.”

“Oh!  arrrgghhhhh “  Syidah menggenggam kedua tangannya dengan menahan marah. 

“Kawal sikit perasaan tu boleh tak?”  Kata Zulfakar dengan serious.  Dia sudah mula rasa dia akan membuat satu kesilapan besar dalam hidupnya.  Dia sepatutnya angkat kaki dan cabut dari situ secepat mungkin.  Tetapi dia masih lagi duduk di situ.

“Ohhh..   kawal perasaan saya?”   Syidah mula dapat rasa panas dalam dadanya.   Kenapa pula dia yang kena kawal perasaannya?  Lelaki ini yang datang ganggu dia!   Geram betul Syidah dengan Zulfakar.   Tetapi dia teringat akan azamnya untuk mengawal marahnya sebentar tadi.  Mungkin elok Syidah mulakan azamnya itu sekarang juga.   Jadi Syidah tarik nafas dalam-dalam.  Kemudian dia bertanya. “Apa dia yang awak hendak bincang dengan saya?

“Uhhhh….  Saya ada hal penting hendak bincang dengan awak.”

“Look saya tidak boleh fikirkan satu benda pun yang boleh kita bincangkan bersama.”   Kata Syidah, memerli Zulfakar.   Zulfakar berikan pandangan tajam kepada Syidah.  Terkejut jga Syidah melihat wajah Zulfakar, seperti marah.    Dia mengalah.  Dia kan hendak berubah lantas dia cakap, “okayyyyy…. Apa dia?”

“Saya tahu Syidah hendak anak sendiri.”

“Oppp….That is none of your business.   Itu bukan masalah awak.”

“Awak hendak dengar atau tidak?  Soal Zulfakar.  Perempuan ini memang ada satu kebolehan yang tidak ada pada mana-mana perempuan.  Kebolehan menaikkan darah Zulfakar!

“Itu dulu…  Saya taka da apa-apa lagi hendak bincang dengan awak!”

“Dengar dulu cakap saya.   Saya hendak buat tawaran dengan awak.”

“Tawaran?  Tawaran apa?”  Soal Syidah, nada yang angkuh.

Zulfakar tarik nafas dalam-dalam.  Ikutkan hatinya dia tidak mahu teruskan niatnya itu.  Itulah Zulfakar, seorang manusia yang selalu fikirkan tentang orang lain.  Sepanjang malam semalam dia asyik terfikirkan tentang Syidah. Dia rasa kesihan dengan nasib yang menimpa Syidah.  Ternampak-nampak wajah sayu Syidah bila dia cakap tentang dirinya yang sudah tidak berharap lagi untuk mendapat cahayamata. 

Kenapa dia juga yang kena berada di situ untuk menyaksikan kepedihan dan sayunya Syidah dengan nasib yang menimpa dirinya.  Dan dia juga lah yang tahu apa yang SYidah hendak lakukan demi mendapat anak. Dia juga tahu Syidah telah gagal mendapat lelaki yang sesuai untuk menjadi suaminya dan nyaris dirogol dan menjadi mangsa pemeras ugut hanya kerana keinginannya mendapatkan lelaki untuk menjadi bapa kepada anaknya.   Dia jugalah yang Ain Safiah telah pilih sebagai calon yang sesuai untuk membantu Syidah.  Tetapi dia enggan menghulurkan bantuan.   Sepanjang malam dia rasa bersalah sebab dia tahu dia boleh tolong Syidah tetapi dia enggan  berbuat demikian.

Bila dia fikir-fikirkan semula,  Ain Safiah memang betul, bila dia katakan  Zulfakar adalah calon yang paling sesuai yang boleh membantu Syidah.  Zulfakar masih bujang.  Zulfakar tidak ada niat untuk membolot harta Syidah.  Zulfakar juga ada keinginan untuk mempunyai anak tetapi tidak mahu terlibat dengan soal cinta.  Cinta dan mencintai adalah  sesuatu yang mungkin sudah tidak mungkin bagi Zulfakar lagi sebab sampai sekarang dia tidak masih tidak jumpa sesiapa yang sama seperti Fikah.  Tidak ada sesiapa yang dapat mengantikan tempat Fikah.   Walaupun dia ada ramai teman wanita seperti Dato marissa dan Syafinar tetapi tidak ada perasaan cinta langsung di hati Zulfakar untuk mereka semua.  Hatinya seperti sudah dibawa pergi bersama Fikah.  Tidak ada apa-apa yang tinggal untuk orang lain.     

Sebab itu Zulfakar rasa dia yang sesuai untuk tolong Syidah.  Dia dapat membantu seorang perempuan yang terlalu ingin mendapat anak. Pada masa yang sama dia tidak perlu menjalinkan apa-apa hubungan dengan perempuan itu.  ZUlfakar masih boleh jalani kehidupan bebas seperti yang dia jalani sebelum ini.  Ianya macam win win situation.  Yang penting mereka berdua patuhi syarat perjanjian perkahwinan mereka dan tidak minta lebih dari apa yang telah mereka tetapkan.

“Saya tahu selama ini awak cari seseorang yang boleh menjadi bapa kepada anak awak.  Sebab itu saya Nampak awak keluar dengan beberapa orang lelaki dan hamper kahwin dengan kakitangan awak yang bernama…”  Zulfakar memetik-metik jarinya cuba mengingatkan nama kakitangan Syidah.

“Ahh… Khairul!"

"Mana awak tahu tentang Khairul?"  Soal Syidah.   " Ini mesti Ain punya mulut.  Mulut tempayan betul!"   hari ini sudah beberapa kali dia rasa hendak seligi AIn Safiah.

"Lain kali sahaja kita bincang pasal Khairul Okay.. Hari ini saya hendak bincang pasal lain."  Kata Zulfakar dengan tegas.  "Boleh saya sambung?"

Syidah anggok kepalanya.  Nampak begitu serious wajah Zulfakar.  macam marah dengan Syidah.

"Kalau tidak salah saya, tujuan awak keluar dengan Adrian juga atas sebab yang sama.  Apa yang awak buat adalah sangat merbahaya.  Adrian seorang yang ganas dan tidak berhati perut!  Dia akan perah awak hingga kering!”

“Oh… awak hendak saya mengaku, saya salah?”

“Memang awak salah pun.  Nasib baik Ain Safiah bertindak cepat untuk dapatkan kami tolong awak.”

“Ooo… sekarang ini awak menuntut saya ucap terima kasih ke? Nak mengungkit atas pertolongan awak tu.  Bukan saya minta awak tolong saya.”

Zulfakar kecilkan matanya, menahan geram dalam hatinya.  Perempaun ini seorang yang ego dan angkuh.  Elok sahaja dia angkat kaki dan belah dari situ.  Tetapi belum sempat dia bergerak, Syidah menyambung kata-katanya.

“Oklah… oklah… Saya hendak minta maaf di atas kekasaran saya tempoh hari.  Saya salah faham dan ingat awak yang berbuat jahat pada saya.  Sepatutnya saya ucapkan terima kasih tetapi saya pukul awak pulak.  Saya minta maaf.”

“huh… boleh pun awak bercakap baik-baik.” Kata Zulfakar.  “Permintaan maaf awak saya terima.  Pertolongan yang kami berikan itu kerana AIn Safiah yang minta.”

“Iyalah,  awak buat semua itu sebab Ain.  Tetapi saya tetap kena ucapkan terima kasih.  Okay… Settle?”  Kata Syidah.  “Kalau takada apa-apa lagi.  Saya hendak minta diri.”

“Tunggu dulu… Saya belum habis lagi.  Ini tentang hajat awak berkehendakkan anak.”

“Oh… okay…… Itu dulu.  Saya sudah batalkan hajat saya.  Esok saya akan jalani hysterectomy.  Jadi tak ada apa-apa lagi yang hendak dibincangkan.  Saya tahu apa yang saya hendak buat itu tidak betul.  Tak payahlah  awak hendak cakap lagi dengan saya.  Saya pun bukan hendak kahwin sangat.  Awak ingat saya desprate sangat hendak berlaki.  Bukan saya tak tahu. Tapi orang tak tahu sebenarnya saya hendakkan anak dari darah daging saya sendiri.  Okay itu sahaja.  Dan esok, saya akan jalani hysterectomy,  The end.”

Zulfakar pandang tepat mata SYidah.  Memang kata-katanya tegas  tetapi Zulfakar dapat lihat matanya bersinar bila dia sebut anak dari darah dagingnya sendiri.  Zulfakar dapat rasakan disebalik wajah keras Syidah, terlindung rasa sedih.  Timbul rasa simpatinya lagi dan Zulfakar rasa dia harus menawarkan pertolongan untuk perempuan ini.

“Untuk pengetahuan awak.  Ain memang minta tolong saya.  Bukan sahaja untuk selamatkan awak dari Adrian.  Ain minta saya kahwin dengan awak dan jadi bapa untuk anak awak.  Anak yang awak inginkan.”

“Huh…. !  Ain suruh awak?”   Ujar Syidah.  Geram betul dia dengan Ain Safiah.  Ain minta lelaki sengal ini kahwin dengan Syidah.  “Eiiii…..  “ Geram betul rasanya. “Ain ni… gila betul.  Awak mesti fikir saya ini desperate sangat.  Jangan perdulikan Ain.  Mesti awak kata semua ini gila punya idea.”

“Memang saya kata macam itu.  Saya memang tak mahu dengar langsung cakap Ain selepas itu.   Pada saya, idea Ain memang tak boleh pakai langsung.   Macamana dia boleh fikir macam itu.  Kita berdua adalah macam langit dan bumi.”

“Yeah… macam anjing dan kucing.”  Sampok Syidah, tidak dapat dia tahan dirinya dari tersenyum,  bila dia cuba bayangkan anjing dan kucing yang bergaduh bila sahaja bertemu.  Macam itulah dia dan lelaki sengal yang dihadapannya itu.  Kahwin, berantakan rumah tangga nanti jadinya. Macamana Ain Safiah boleh dapat idea yang mereka berdua patut berkahwin. Mentang-mentanglah dia anak dara lanjut usia dan Zulfakar bujang terlajak.  Nanti bila dia dapat tangkap AIn, dia seligi Ain cukup-cukup.  Ke mana AIn menyorok sekarang ini agaknya?”

“Tetapi bila saya fikir-fikir, ada logik juga dalam apa yang Ain katakan.  Awak hendak anak, bukan suami.  Saya berada dalam kedudukan yang boleh membantu.  Saya pun ada juga keinginan hendak mempunyai zuriat tetapi saya tidak bersedia untuk beristeri dan bekeluarga.”

“Maksud awak apa?”

“Maksud saya, saya sedia untuk bantu awak dalam hal ini.  Kahwin dengan awak  supaya awak dapat penuhi hajat awak untuk mendapat anak.”

“Huh?  What?  Kenapa?  Kenapa awak hendak buat macam tu?  Awak tak perlu buat macam tu.  This is so ridiculous.  Ini semua Ain punya kerja.  Saya tak mau dengar lagi.  I am not going to listen to all this.”

“Syidah!   Memang saya tak perlu.  Tetapi saya ingin tolong awak kali ini.  Jadi awak elok buang sikap ego awak tu dan terima apa yang saya tawarkan.”

“Tapi kenapa awak hendak berbuat demikian?   Buat apa saya hendak kahwin dengan awak? Awak bukan suka saya pun.  Takkan tiba-tiba pula awak hendak katakana pada saya awak suka saya?”

“memang saya tak berapa suka awak.  Tetapi kita kahwin bukan untuk hidup bersamakan.  Ain cakap cuma untuk membolehkan awak buat IVF.”

“Tapi mesti ada sebab kena awak hendak buat semua ini? 

“Memang ada. Macam saya cakap, saya akan punyai zuriat tanpa ada masalah hendak bercinta-cinta lagi, saya sudah lepas tahap-tahap itu.  Saya suka dengan hidup saya bebas tanpa kena menjawab apa yang saya lakukan setiap hari kepada seorang isteri.   Saya tahu awak Cuma hendak anak dan tidak akan ganggu hidup saya.  Selepas sahaja awak mengandung, kita bebas untuk hidup cara kita sendiri.”

“Maksud awak kita berpisah?”

“Tidak semestinya.  Cuma kita boleh hidup bebas dengan cara kita sendiri.”

“Lain sebab?” 

“Kenapa mesti ada lain sebab lagi?   Mesti ada sebab lain lagi.  Kalau hendak anak sendiri, kahwin sahaja dengan mana-mana perempuan lain”

“Entahlah saya tidak puas hati dengan  penjelasan awak.”

“Okay… saya akan telus dengan awak.  Selain membantu awak dan saya juga dapat anak,  berkahwin dengan awak juga akan menyelesaikan masalah saya sekarang.”

“Masalah?”

“Iye masalah yang saya hadapi sekarang.  Ada dua perempuan yang saling berebut hendak berkahwin dengan saya.”

“Kahwinlah dengan salah seorang dari mereka. Pilih yang awak cinta.”  Kata SYidah, menyampah dengan kayta-kata Zulfakar, eksyen ramai perempuan yang hendakkan dia. Menunjuk-nunjuk dengan Syidah lah tu.

“Masalahnya saya tidak ada  perasaan cinta itu dan tidak akan ada lagi.   Dua orang perempuan itu tidak akan benarkan sayakahwin dengan salah satu dari mereka.  Kalau saya kahwin seorang, saya kena kahwin dengan seorang lagi.  Jadi lebih baik tidak payah.  Dengan dua-dua pun tak payah.  Masalahnya mereka sering mendesak saya.  Mereka begitu cemburukan satu sama lain.   Suruh pilih salah seorang dari mereka tetapi mengugut jika saya kawin salah seorang dari mereka. Saya kena kahwin dengan yang satu lagi.  Mereka lebih rela saya kahwin dengan orang lain.   Jadi bila saya sudah kahwin dengan awak. Mereka tidak akan ganggu saya lagi.”

“Oh  awak hendak gunakan perkahwinan ini untuk lindung diri dari dia orang?”

“Lebih kurang macam tu lah.  Win win situation.  Awak ada sebab dan saya ada sebab untuk berkahwin.”

“Kahwin tapi kita bebas?”

“Yup… Tak ada orang akan Tanya lagi.. bila hendak kahwin?  Kenapa tak kahwin-kahwin lagi?”  Kata Zulfakar.

“Orang tak boleh lagi cakap, memilih sangat tu sebabnya tak kahwin-kahwin lagi.”  Sampok Syidah pulak. 

Mereka berdua menganggokkan kepala. Masing-masing sudah selalu mengalami keadaan yang serupa. 

“Kawin tetapi hanya kawan.  Sebab kita akan anak yang mesti dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.  Saya mahu dia tahu saya ayah dia. Saya juga kena bertanggung jawab atas dia dari segi tanggungan nafkah.  Adakalanya saya hendak habsikan masa dengan anak kita.  Kalau awak setuju dengan keadaan begitu. Itu sudah cukup buat saya.”

“Bab kewangan untuk menanggung perbelanjaan anak, awak tak payah risau.  Saya tida akan minta apa-apa dari awak.  Saya tahu awak tidak ada pekerjaan tetap.  Malah saya sanggup bayar awak sebab awak sanggup buat semua ini.”  Kata Syidah.  Dia tidak mahu menjadi seorang yang meminta-minta.Dia tidak mahu membabankan lelaki itu.   Dia mahu ZUlfakar tahu, dia hanya mahu anak dan sanggup bayar untuk semua itu.

“Walaupun saya tidak mampu, tidak kaya seperti awak, sebagai suami dan bapa kena juga beri nafkah walaupun sedikit.  Itu sudah tanggung jawab.”

“Awak ni… selepas saya dapat anak, awak boleh tinggalkan saya.  Saya sudah tidak kisah.   Saya sudah dapat anak.  Boleh kita buat perjanjian begitu?”

“Maksud awak kahwin kontrak?  Tidak… bukan itu yang saya tawarkan.  Saya mahu anak kita kenali saya sebagai bapanya.”

“maksud awak kita just remain married?”  Sal SYidah, mengerutkan dahinya.

“Itu tujuan orang berkahwin.  Tapia pa kata kalau satu hari nanti awak jatuh cinta, kali ini betul-betul hendak kahwin.”

“Saya rasa tidak mungkin, tetapi jika tuhan takdirkan saya jatuh cinta, apa masalahnya saya kahwin. Lelaki boleh kahwin sehingga empat orang.  Lagipun kita sudah janji, kita boleh hidup bebas.Awak pun takkan hendak cemburu?”

“Tak…memang saya tak kisah pun kalau awak hendak kahwin empat sekali gus!” Perli Syidah.  Geram pulak dengan lelaki yang sengal itu.  “Tetapi itu awak.  Awak boleh buat macam itu.  Kalau saya pula ditakdirkan jatuh cinta dengan lelaki lain.”

“Uhhh   saya ingat selama ini awak cakap awak tak mahu mana-mana lelaki, hendak anak sahaja sudah cukup untuk diri awak.  Sekarang cakap pasal lelaki lain pulak?  Perempuan memang tidak pernah puas hati.”

“Memang saya hanya mahukan anak!  Bukan lelaki.  Tetapi saya cakap…kalau, kalau!  Kalau tuhan yang takdirkan.  Mana kita tahu  masa depan.”

Kalau itu berlaku, awak kena ingat balik janji awak sebelum ini.  Awak juga yang minta hendakkan anak.Seorang pun jadilah.  Awak bukan mahukan suami.  Tak ingat..apa yang awak doakan selama ini.”

Terkedu SYidah mendengar kata-kata Zulfakar   yang memang ada kebenarannya.   Tetapi seketika sahaja.  Bukan SYidahlah kalau dia tidak cakap apa-apa.

“Tapi kan tu tak adil.  Awak boleh pulak kahwin dengan orang yang awak suka.  Saya tak boleh.  Saya kena stay married to you walaupun saya sudah jatuh cinta dengan orang lain.”

“Syidah…. Boleh tak kita settle masalah ini dahulu.  Sebelum hendak fikir masalah yang lain-lain.  Okaylah… kalau awak sudah jatuh cinta dengan lelaki lain. Awak hendak kahwin dengan lelaki itu.  Tidak ada masalah.  Kita boleh bincang untuk berpisah. Yang penting adalah kebaikan anak kita. Okay.”

Syidah menganggukkan kepalanya.  Kemudian terasa geli hati, mereka berbincang macam sudah lama berkahwin.

“Huh kenapa senyum-senyum sendiri pulak tu.”

“Tak de…kita bincang macam old married couple.”

“Jadi awak setujulah ni?”

“Tsk…  Macam inilah....  Sebenarnya saya patut berterima kasih dengan Encik Zul… sebab hendak tolong saya.   Saya memang sepatutnya ambil peluang ini.  Cumaaaa…..”

“Cuma apa pulak?”

“Saya memang sepatutnya setuju kahwin dengan awak, tetapi dengan syarat-syarat yang awak cakap tu. Harap awak akan  ikut perjanjian itu dan tidak harap lebih dari itu.”

“Huh… “ Zulfakar mendekatkan wajahnya pada Syidah.  “Lebih dari itu?  Lebih dari itu, tu apa?”

“Macam awak cakaplah.  Selepas berkahwin, kita bebas hidup cara kita sebelum ini. Hidup macam kita hidup bujang.”

“Ok.. jer pada saya.  Bermakna saya boleh keluar dengan sesiapa saya suka?  Dan kahwin dengan sesiapa pun saya suka, awak tak kisah?”

“Tak!  Macam yang saya cakap.  Saya cuma hendakkan anak bukan suami.”

“Betul ni… awak takkan harapkan lebih dari itu.?

“Betul… Cuma…”

“Oh…saya tahu, Cuma kalau awak tiba-tiba sudah ada pilihan hati. Awak hendak saya lepaskan awak?

“Bukan macam itu…  .   Saya bukan minta pun untuk bercinta dengan sesiapa pun selepas ini.  Lagipun jika saya berjaya dapat anak, saya mungkin akan jalani hysterectomy juga selepas itu dan saya tidak berhasrat untuk berkahwin lagi.     saya cuma mahu pasal keadilan bagi pihak saya jika saya perlukan.

“Okay… saya tidak masalah dengan permintaan awak itu.  Dari awal lagi saya katakana, saya buat semua ini sebab saya berada di tempat di mana saya boleh tolong dan saya ada sebab saya sendiri untuk berkahwin dengan awak.

“Ok..  hendak protection dari girlfriend-girlfriend awak itu.  Tak masalah untuk saya.”

“awak belum jumpa dengan mereka.  Dia orang agak mendesak juga orangnya.”

“Itu tak ada masalah untuk saya.”  Kata Syidah dengan yakin sekali.

“Jadi awak setuju?”

Syidah menganggukkan kepalanya.  Zulfakar telefon Ain Safiah dan suruh Ain Safiah balik ke rumahnya. 

“Pak SU dan Mak Su akan ke hospital untuk batalkan pembedahan Mak Su esok.” Kata Zulfakar. Syidah hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.  ZUlfakar sambung lagi. “Ain kena siap sedia, sibuk untuk persediaan perkahwinan Pak su dengan Mak Su.  

“Yippeeee!”

Syidah dapat dengar suara Ain menjerit kesukaan dari telefon bimbit Zulfakar.  Dia mengelengkan kepalanya.   

  

MDI II : PSMS Bab 20


PSMS Bab 20

“Hello…Pak Su… Mama kata Pak Su ada di KL hari ni.  Pak Su dah balik ke?”  Soal Ain Safiah.

Zulfakar baru sahaja hidupkan enjin keretanya apabila AIn Safiah menelefonnya.

“Iye..kenapa AIn.”

Pak Su..kena tolong Mak Su.   Pak Su kena datang rumah Ain ni.”

“Alahai AIn, apa lagi ni.   Kan Pak Su dah cakap tak nak dengar Ain cakap pasal Pak Su tolong Mak Su Ain lagi.  Ok.  

“Pak Su… Tolong datang rumah AIn ni.”

“Nak datang rumah Ain boleh tapi nak cakap pasal kahwin dengan perempuan tu tak maulah.”

“Bukan pasal itu Pak Su. Ini hal lain.  Pak Su kena datang dan clear nama Pak Su.  Ain dah cuba terangkan tapi opah tak percaya.”

“Terangkan apa.  APa ni?”

“Pak SU datanglah.  Please… Please Pak Su.  Kesihan Ain tengok Mak Su.”

“Ain…Pak SU dah cakap dengan Ain. Pak Su tak mau kahwin dengan Mak Su AIn.  Tolonglah Ain.  Jangan ganggu Pak Su lagi boleh.  Pak Su tak mahu kahwin dengan dia just sebab dia perlukan seorang lelaki untuk jadikan bapa untuk anak dia.  Idea yang gila!  Perempuan gila! 

“Tak baik Pak SU cakap mak Su gila.  Tak baik macam tu.  Kesian dia Pak Su.  Bukan dia minta jadi macam ni.”

“Apa-apalah.  Pak Su tak mahu kahwin dengan dia.  Bayangkan Pak Su dengan perempuan sengal macam tu.  Hendak dekat pun Pak Su tak sanggup.  Baik dekat dengan Singa lagi bagus.  Imagine jadi suami isteri.  Hehhh… minta simpang.”  Mood Zulfakar tidak berapa baik sangat kerana dia sudah keletihan dengan permintaan Ain dan juga dengan perangai Dato Marissa dan Syafina.  Malahan dia letih dengan semua perempuan. Sepanjang hari ini dia terpaksa melayan permintaan mereka.  Pagi-pagi tadi dia layan permintaan Datin Izzah dan Mak Mah kemudian penat melayan karenah Dato Marissa dan Syafina sampai petang. Zulfakar ingatkan dia sudah bebas untuk hari ini.  Tiba-tiba Ain Safiah pula telefon suruh dia ke rumah Ain Safiah untuk tolong bersihkan nama Syidah.   Zulfakar gelengkan kepalanya.  Dia mahu bebas dari semua karenah perempuan untuk hari ini.  “Tolonglah!”  Keluh Zulfakar sendirian.

Ain Safiah terdengar keluhan Zulfakar, terus sampuk kata-kata Zulfakar.   

“Alah bukan suruh dekat pun.  Suruh nikah dan dermakan sperm Pak Su aje.  Itu sahaja.”  Kata Ain Safiah. Sudah mula geram dengan Pak Su yang bercakap dengan agak angguh tentang Mak Su kesayangannya itu.   “Bukan suruh Pak SU duduk sama pun.”

Mendengar suara Ain Safiah yang agak sinis, Zulfakar terdiam seketika.   Dia rasa menyesal dengan keceluparan mulutnya.    Ain Safiah terus sambung kata-katanya. 

“Don’t worry.. Mak Su pun tak hendak kahwin pun.  Dia pun dah give up untuk mendapat anak.  Besok dia akan masuk hospital.   Lusa..pagi dia jalani pembedahan hysterectomy.“

“Oh!”  Itu sahaja yang Zulfakar dapat katakan.  Dia mula rasa bersalah.    Kemudian dia Tanya Ain, “jadi apa yang Ain hendak Pak Su buat ni?”

“Pak Su kena datang dan clear nama Mak Su depan Opah  dan Pak Teh..”

“Ape pulak.  Opah kat mana?  Pak Teh Ain kat mana?”

“Di rumah Ain.”

“Huh… Tadi dia kata hendak ikut Pak Su pergi rumah Ain. Lepas itu tak jadi. Sekarang dia ada di rumah AIn.  Siapa bawa dia?  Pak Teh Ain?”

“Iya?”

“Kenapa?  Macam urgent sangat ni.  Sampai Pak Teh Ain datang?”

“Sebab tu Pak SU kena datang dan tolong clear nama Mak Su.”

“Sebab apa?  Apa yang berlaku.”

“Hari Pak Su angkat Mak Su masuk ke dalam rumah, ada jiran Nampak dan report pada Opah.  Kak Ainon tu kata AIn kata Mak Su dan Pak Su memang akan kahwin.”

“Ain cakap macam tu dengan jiran AIn.”

“Hari tu, bulan lepas, masa Pak SU datang ambil AIn di rumah Mak Su.  AIn malas layan Kak Ainon tu mengata pasal Mak Su, sudah lanjut umur, sudah patut kahwin.  AIn cakap aje Mak Su memang sudah hendak kahwin.”

“Abis tu, apa kena mengena dengan Pak Su.  Ain clearkan aje lah… nama Mak Su Ain tu.”

“Kak  AInon nampak Pak Su pagi tadi depan rumah Mak Su.  Dia bagi tau Opah  boyfriend Mak SU ada di depan rumah.  Opah tengok tengok,  Pak Su yang ada di luar.  Opah  terus telefon Pak Teh.  Kebetulan Pak The dalam perjalanan dari JB hendak balik Kuantan.    Apa lagi.  Opah suruh Pak Teh ambil dia dan bawa dia ke rumah AIn.

Opah bisinglah dengan Ain.   Opah kata, kalau betul-betul Mak Su nak kahwin kenapa senyap-senyapLepas tu buat tak senonoh pulak. Bawa jantan balik rumah. Lepas itu, kenapa Mak Su hendak buat pembedahan buang Rahim pulak?  Iye ke buang Rahim?  Opah dah tak percaya.”

“Lepas tu, bila Mak Su sampai aje rumah Ain.  Dia orang Tanya dia.  Mula-mula ok..lepas tu…  Pak Teh pun naik marah bila Mak Su deny semua tuduhan dia orang.  Pak SU kena datang cepat.”

“Ain sahajalah cakap dengan Opah dan Pak Teh Ain.”

“Dia orang tak mau percaya cakap AIn langsung.  DIa kata Ain ni subahat dengan Mak Su.  Ain hendak cover Mak Su.  Pak SU kena datang sekarang juga.  Kesihan Mak Su.  Esok dia  nak pergi hospital untuk procedure yang dia hendak jalankan tapi dia orang sudah mula tidak percaya cakap dia.  Bukan buang Rahim, entah-entah buang lain.  Cepatlah Pak Su.”

“Nanti silap-silap Pak Su yang kena belasah dengan Pak Teh Ain pulak.”  Zulfakar teringat ketika dia hendak olong Syidah, dia kena belasah dengan Syidah.  Silap-silap dia kena belasah dengan abang SYidah pulak.  Keluarga Ain Safiah ni bukannya  boleh harapk sangat, agaknya dia orang ingat dia orang ni keturunan darah pahlawan.  Asyik nak lawan orang sahaja.

“Jangan risau… kali ini AIn lindungi Pak Su.  Abang Haziq pun ada juga.  Tolong clearkan nama Mak Su aje.  Dia kena drill teruk dengan Pak Teh.  Opah pulak sedih sangat dengan kata-kata Kak Ainon.”

“Baiklah …Pak Su datang sekarang juga.”  Kata Zulfakar.  Dia tamatkan perbualan telefon dengan AIn Safiah. Letakkan telefon dan masukkan gear Drive, lepaskan brek  dan pandu keluar dari parking Subang Parade.

*******************************************8

“Mana ada?  Bila masa pula Syidah bawa balik jantan ke rumah.  Berapa kali orang hendak cakap dengan emak ni?”  Syidah menafikan lagi dakwaan emaknya itu.  Dia meraupkan wajahnya berkali-kali. Kemudian dia bangun dari tempat dia duduk. 

“Tak mau mengaku lagi.  Sejak bila Syidah kawan dengan Zulfakar tu.  Cuba cakap?”  Sharifuddin, abang kepada Syidah bertanya.  Setahu dia Syidah memang tidak berkenan langsung dengan Pak Su Amar Haziq, suami Ain Safiah.  Benci sangat dengan lelaki tersebut.  Kenapa pula kini dia ada skandal dengan lelaki itu.  Itulah kata orang jangan benci sangat dengan seseorang itu, langsung jatuh cinta.

“Mana ada?  Ain kan sudah cakap dengan  Ateh dan emak.  Semua ni salah faham.”

“Ain…!  Ain tu nak cover Syidah sahaja.”  Kata Sharifuddin lagi. Matanya liar mencari kelibat AIn yang menghilangkan diri sejak tadi.  “Mana Ain ni Haziq?” 

“Ain turun bawak sekejap Pak Teh.  Kejap lagi dia naik.”  Jawab Amar Haziq sambil mendokong Fatin.  “Haziq tidurkan Fatin sekejap, Pak Teh, Opah.”   Amar Haziq masuk ke dalam bilik.  Dia tidak mahu Fatin didedahkan kepada suasana tegang yang sedang melanda ruang tamu rumahnya.   Dia juga tidak mahu masuk campur dalam perbincangan keluarga Ain Safiah. 

Amar Haziq geleng kepalanya.  Dia pun terkejut juga bila Pak Teh dan Opah Ain Safiah tiba-tiba sahaja sudah berada di rumahnya petang tadi.  Mereka kemudiannya tunggu sehingga Syidah datang ke rumah Amar Haziq setelah Syidah habis kerja.  Pelik juga Amar Haziq.  Kenapa mereka tidak datang sekali bersama Syidah. 

Rupa-rupanya mereka hendak tanya Ain Safiah dahulu apa yang berlaku.  Tetapi bila AIn Safiah katakana tidak ada apa-apa yang berlaku, mereka jadi sangsi dengan kenyataan Ain Safiah.  Sebabnya AIn Safiah mesti lindungi Syidah.  AIn Safiah dan SYidah memang rapat dengan Antara satu sama lain.  Lepas itu pu;ak {ak Su Haziq sendiri pula yang sudah termasuk dalam cerita sensasi ini.  Biarlah Ain Safiah dan Syidah yang selesaikan kekusutan yang melanda.

“Kalau tak percaya cakap AIn, Opah dan Pak Teh Tanya Mak Su sendiri.”

Bila Syidah sampai di rumah Ain, mereka terus  bertanya pada Syidah apa yang sebenarnya berlaku.  Mulanya Pak Teh  tanya dengan lemah lembut sebab dia tahu sangat sikap Syidah yang kuat melenting.  Tetapi bila Syidah tetap menafikankan semua tuduhan abangnya itu,  Mereka mula bercakap dengan meninggikan suara. “Ahhhhh!”   Syidah  menutup wajahnya dengan tangannya.   Sudahlah dia tension dengan masalah yang dia hadapi dan akan masuk ke hospital besok.  Dia juga  rasa sungguh kecewa kerana harapannya untuk mendapat cahaya mata sudah tiada lagi.  Tiba-tiba kedua emak dan abangnya menyoal siasat Syidah macam orang salah.

Melihat keadaan Syidah,  Mak Cik Khamsiah mula jadi sedih.

“Syidah… !”   Tegur Mak Cik Khamsiah.  “Syidah, Syidah…..Mengaku sajalah.  Emak bukan hendak marah SYidah.”

“Mak…. Orang sudah cakap.  Mana ada apa-apa hubungan dengan Zulfakar tu.  

“Kahwin sahajalah dengan Zulfakar tu Syidah.  Buat apa hendak nafikan dengan kita orang.”  Kata Sharifuddin.

“Astagfirullah AL Azim.   Bila masa Syidah  ada hubungan dengan lelaki tu.  Syidah tak suka dengan dia pun.”   Jawab Syidah.

“Habis tu kenapa dia dan Syidah masuk dalam rumah berdua-duaan.  Kak Ainon kata.  Malu emak.  Macamana emak hendak tunjuk muka emak kalau Syidah tak kahwin dengan Zul.   Orang kat Putrajaya tu dah heboh Syidah bawa boypren balik rumah.   Datin Izzah pun mesti malu.  Sebelum ini Kak Ainnon tak tahu lelaki yang berdua-dua dengan Syidah tu adik ipar Datin Izzah.  Tapi pagi tadi dia Nampak Zulfakar datang rumah kita dengan Mak Mah.  Baru dia tahu boy pren Syidah tu adik ipar Datin Izzah!”

“Ya Allah…emak.  Dia tu bukan boyfriend Oranglah.  AIn sudah cakap dengan emakkan? Apa yang berlaku hari tu.   Syidah pitam pagi tu.  Zulfakar tolong hantar Syidah balik. Ain pun ada, dia sampai lambat sikit sahaja.  Kak Ainon agaknya Nampak Syidah dan Zulfakar sahaja.”

“Syidah, kalau betul Syidah kawan dengan Zulfakar pun apa salahnya. Mengaku sajalah.”

“Orang dah cakap!!!! Banyak kali dah cakap.....Takkkkk…”

“Apa dia buat pagi-pagi bawa Syidah balik ke rumah.  Mana  Syidah jumpa dia?”    Soal Sharifuddin lagi.  Dia jadi marah bila melihat emaknya yang kelihatan begitu risau tentang adik bungsonya, Syidah.”

“Syidah pitam pagi tu kena apa? Mengandung?  Ini hendak masuk hospital kenapa? Nak gu…”

“Abang Din jangan cakap bukan-bukan.”  Syidah potong, sebelum Sharifuddin menghabiskan  katannya.   Syidah sudah betul-betul marah dengan abangnya itu.  Mereka tuduh dia mengandungkan anak lelaki tak guna tersebut.  Syidah jadi geram dengan  Zulfakar. Sebab Zulfakar dia berada dalam keadaan ini.

“Kalau SYidah tak kahwin dengan Zulfakar, baik SYidah pindah dari situ.  Emak ni dah tak sanggup dengar orang cakap pasal Syidah dengan lelaki tu. 

“Emakk… orang dah cakap… Orang tak de apa-apa dengan lelaki tak guna tu!”

“Syidah!”  Sergah Shariffuddin, geram dengan nada tinggi Syidah. 

“Arrghhh….” Syidah Pun naik geram, di marahi oleh abangnya.  Kenapa mereka semua tidakmahu percaya dengan cakapnya.

“Assalamualaikum… “ Tiba-tiba kedengaran suara di depan pintu.  Mereka semua memandang kea rah pintu.   Tidak lama kemudian pintu di buka dari luar.  Ain Safiah masuk ke dalam rumah, diikuti oleh Zulfakar.

 “Huh!  Ain… apasal lelaki ni ada  di sini?”  Sergah Syidah.  Dia memang sedang geram dengan lelaki itu.   Ingin rasanya dia terkam kea rah Zulfakar dan serang bertubi-tubi.  Sebab lelaki itu, dkeluarganya mensyaki Syidah telah berbuat jahat dengan lelaki itu sehingga mengandung!  Syidah mengandung!  Kedua emak dan abangnya ingat SYidah ini perempuan terdesak agaknya.  Sehingga sanggup buat maksiat di rumah sendiri sehingga mengandung.  Takkan mereka tidak kenal macamana diri Syidah selama ini.  “Suruh dia belah!”

“Mak Su…. “

“Syidah…. “  Tegur Mak Cik Khamsiah.   Memang dia marah dengan perbuatan Syidah dan Zulfakar. Tetapi tidak bermakna Syidah boleh buat sesuka hati dan bercakap kasar dengan orang.  Mak Cik Khamsiah tidak pernah ajar Syidah supaya menjadi kurang ajar.

“Hah eloklah … sudah datang pun.  Boleh kita settle semua ini mala mini juga.”  Kata Shariffuddin dengan suara dalam.  Dia kawal perasaannya. Kalau ikutkan hati mahu dia tumbuk sahaja lelaki yang telah membuat emaknya susah hati.  Dia jeling sahaja Zulfakar masuk ke dalam rumah.  Zulfakar kemudiannya menghampirinya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.  Dengan berat hati, Shariffuddin sambut juga tangan yang ZUlfakar hulurkan, demi menjaga kelakuannya di hadapan emaknya.

Zulfakar kemudian duduk di sofa berhadapan dengan Sharifuddin dan Mak CIk Khamsiah.  AIn Safoah duduk di sebelahnya.

“Mak cik  dan  Encik Din….  Kalau tidak keberatan, biar saya cakap.   Ain sudah beritahu saya apa yang berlaku.!”   Kata Zulfakar, tangannya di tujukan kepada Ain Safiah yang di sebelahnya. 

“Apa yang berlaku?  Apa yang berlaku?” Bentak Syidah.  “Tak ada apa-apa yang berlaku!  Awak jangan nak tokok tambah pulak.”

“Syidah… diam boleh tak!”  Sergah Sharifuddin.  Geram pulak dia tengok perangai Syidah yang  marah-marah dengan Zulfakar.    Manakala Zulfakar pulak begitu baik sekali kata pertuturannya dan hormat kepada orang lebih tua.

Zulfakar jeling sahaja kepada Syidah kemudian dia menumpukan perhatian kepada kedua Mak CIk Khamsiah dan Shatifuddin.   

“Mak Cik,  Encik Din.  Saya memang tidak ada apa-apa hubungan dengan Syidah.   Ain ada beritahu saya yang jiran Syidah ada cakap dia Nampak Syidah dan saya ada masuk dalam rumah Syidah, berdua-duaan. 

“Iye…. Lah.  Ainon cakap macam tu dngan Mak CIk.  Betul ke tidak Zul dan Syidah ada buat macam tu?”   Mak Cik Khamsiah masih berharap yang semua itu tidak berlaku.

  Mak Cik, memang saya ada bawa Syidah masuk ke dalam rumah pada satu hari itu.  Bukan seperti yang mak cik sangka.  Syidah pitam pagi itu,    Ain minta tolong saya bawa Syidah balik dengan kereta Syidah.  Ain pula ikut dari belakang dengan kereta     Ain.  Sampai di depan rumah, Syidah hendak pitam lagi, sebab itu saya kena papah dia masuk ke dalam rumah.  Bukan seperti apa yang jiran Syidah cakapkan.  Dia salah sangka.”

“Betul ni Zul?  Soal Mak Cik Khamsiah. 

“Betul Mak Cik.  Encik Sharifuddin.  Kami tak ada apa-apa hubungan.”

“Betul ni… Abis hari tu Ain cakap dengan Ainon,kau orang akan kahwin tidak lama lagi.  Kenapa?”  Soal Mak CIk Khamsiah.  Kalau di beri pilihan Mak Cik Khamsiah suka juga Syidah kahwin dengan lelaki seperti Zulfakar.  Rupa paras memang segak, Umur lebih tua sikit dari Syidah dan bujang pulak itu.  Memang sesuai sangat dengan SYidah.  Syidah sudah berumur lebih tiga puluh tahun.  Tidak ramai lelaki yang sesuai yang ada untuk Syidah.  Kalau dapat macam Zulfakar itu sudah baik sangat.  Walaubagaimana teringinnya Mak CIk Khamsiah melihat Syidah berpasangan dengan lelaki seperti Zulfakar tetapi bukan begini caranya.  Bukan dengan cara salah.    Kalau betul Zulfakar hendakkan anak daranya itu kenapa tidak buat dengan betul.  Dia mesti terima Zulfakar untuk menjadi suami anaknya itu.

“Alah Opah… AIn tensionlah Kak Ainon tu sibuk-sibuk. Tanya tu ni, macam polis pulak.   Ain hendak cepat keluar masa tu.  Masa tu Mak Su dalam hospital.” 

“Habis tension dengan Ainon, cakap bukan-bukan.  Sekarang Mak Su yang kena interrogate!”  Sergah SYidah sambil mencekak pinganggnya terhadap Ain Safiah.    

Ain Safiah mula menggaru kepalanya.  Dia juga yang disalahkan.  Kena marah dengan Mak Su.  Ain Safiah pandang wajah Zulfakar.  Minta Zu;fakar selamatkan keadaan.

“Betul Mak Cik.  Kami memang tak ada apa-apa hubungan. Semuanya jiran tu salah sangka sahaja.  Ain minta tolong saya bawa Cik Syidah balik sebab dia pitam.”

“Dari mana Zul bawa Syidah balik?”

“Dari hotel Pullman.”

“Dari Hotel!”  Kedua-dua Mak CIk Khamsiah dan Sharifuddin serentak.  “Apa Syidah buat di hotel!”

Syidah jeling kea rah arah Z ulfakar, geram!  BUkannya lelaki itu memudahkan keadaan dia tetapi makin pulak buka cerita Syidah.  Nanti bongkar pula cerita Syidah hampir di rogol oleh Adrian.

“Iyelah, Syidah hadiri seminar di Hotel Pullman, tetapi dia pitam pagi tu.  Mungkin sebab dia tidak sarapan pagi tu.   Kawan-kawan dia panggil Ain minta tolong bawa Syidah balik.  Kebetulan saya ada di rumah, Ain minta saya ikut sebab hendak bawa kereta SYidah balik sekali.  Itu sahaja Mak CIk.”  Terang Zulfakar dengan panjang lebar.  Wajahnya nampak tenang dan selamba sahaja walaupun sah-sah dia sedang menipu.

Tetapi nampaknya Mak CIk Khamsiah dan Sharifuddin terima bulat-bulat cerita  Zulfakar.   Geram Syidah tengok emak dan abangnya mengangguk-anggukkan kepala tanda menerima penerangan yang diberikan oleh Zulfakar tetapi dia tidak boleh buat apa-apa dengan lelaki itu telah menolongnya dari kena marah dengan keluarganya hari ini.  Tetapi dia marah juga sebab Zulfakar  yang membuatkan dia kena marah.   

“Oh..macam itu……”   Kata Mak CIk Khamsiah.   Sharifuddin pun angguk kepalanya tanda menerima cerita Zulfakar.

“Iye..mak Cik…”

“Kan AIn sudah cakap…..”  Celah AIn Safiah.

“Baiklah … Zul.   Terima kasihlah Zul kerana datang sini untuk terangkan semuanya pada kami.  Minta maaflah kerana salah sangka dengan Zul.”  Kata Mak Cik Khamsiah.

“Tulah Ain sudah cakapkan… Pak Teh dan Opah tak mau percaya.” 

Sharifuddin pandang sahaja Ain Safiah, kemudian dia angguk kepalanya, menundukkan pandangannya menunjukkan dia rasa bersalah kerana tidak mempercayai Ain sejak awal lagi.  Dia agak emosional tadi terus jadi marah dengan adiknya Syidah tanpa beri peluang untuk Syidah membela diri.  Tetapi dia naik geram sebab melihat  emaknya begitu susah hati tentang Syidah.  Syidah adik bungsonya yang sering membuat emaknya susah hati.  Sepatutnya emaknya duduk bersama Sharifuddin atau abang Ngahnya tetapi Mak Cik Khamsiah selalu risaukan Syidah yang masih hidup membujang, sebab itu Mak Cik Khamsiah tidak mahu tinggal bersama Sharifuddin atau anak-anak yang lain.  Mak CIk Khamsiah rasa dia perlu menjaga Syidah.  Tetapi SYidah bukannya tahu menghargai Mak Cik Khamsiah.   Lagi Syidah buat Mak CIk Khamsiah susah hati.

Nasib baik kali ini tidak ada apa-apa yang buruk berlaku, Cuma salah sangka sahaja.  Kalau Sharifuddin tidak sabar tadi,  tentu dia susah belasah Zulfakar.  Lagipun AIn Safiah ada sebagai saksi atas apa yang berlaku.   Zulfakar pula begitu baik sekali sebab sanggup datang untuk berdepan dengan mereka semua walaupun dia tidak berbuat apa-apa salah pun.

Kalau di fikir-fikirkan memang elok juga kalau Zulfakar betul-betul ada perhubungan cinta dengan Syidah.  Zulfakar ini calon yang sesuai untuk perempuan seperti Syidah.  Lemah lembut  dan bertanggungjawab sekali orangnya.  Walaupun sudah berumur tetapi masih bujang ;agi.  Sesuai sangat dengan Syidah yang juga sudah meningkat usianya.  Sayang sekali Syidah nampaknya tidak suka betul dengan Zulfakar.  Zulfakar pun nampaknya bukan suka sangat dengan Syidah.  Agaknya dia tolong SYidah selama ini pun hanya semata-mata Ain Safiah yang minta pertolongan darinya. 

“Ini.. yang esok Syidah hendak masuk hospital sebab apa?  Cuba cakap dengan ateh?”

“Syidah kena buat hysterectomy.”  Jawab Syidah, perlahan.

“Huh?  Kenapa?  Bukan kalau SYidah buat macam tu, Syidah tak boleh beranak nanti? Taka da alternative lain ke?”

“Sudah ateh, Syidah sudah fikirkan. Ini adalah untuk kesihatan Syidah.  Dr dah nasihatkan Syidah suruh buat hysterectomy.  Ada fibroid dalam Rahim dan kadar tumbesarannya terlalu cepat.  Doktor tak mau ianya menjadi cancerous  nanti.”

“Yang Syidah sakit-sakit selama ni…  sebab itu?”   Soal Shariffuddin lagi. Dia pandang wajah emaknya, Mak Cik Khamsiah mengangguk kepalanya.   Ain dan Syidah sudah terangkan tentang sakit yang Syidah alami.  Walaupun sukar menerima kenyataan yang anaknya Syidah tidak berpeluang untuk mempunyai cahaya mata selepas ini tetapi Mak Cik Khamsiah terpaksa terima kenyataannya.  Dia tidak sanggup melihat SYidah menanggung kesakitan  atau lebih teruk lagi mendapat penyakit yang berbahaya.

“Taka da cara lain lagi ke?”

“Tak ade Ateh.   Syidah dah tak sanggup dengan sakit yang Syidah kena tanggung setiap bulan disebabkan oleh fibroid ini.  This is the best way.  Syidah kena redha sahaja dengan apa yang Allah tentukan.”

“Syidah mungkin akan kahwin nanti.  Macamana kalau sudah buat hysterectomy. Macamana hendak dapat anak?”

“Sudahlah Ateh.  Tak payah cakap pasal kahwinlah.  Syidah memang sudah terima  nasib Syidah ni.  Cuma……” Kata-kata Syidah terputus begitu sahaja. Cuma dia inginkan seorang anak.  Tetapi dia sudah putus asa.    Dia kena terima ketentuan yang dirinya bukan ditakdirkan untuk berkahwin, mempunyai anak dan mempunayi keluarganya sendiri.  Sudah lama dia berdoa agar dia dapat juga cahaya mata untuk menjadi penyeri hidupnya tetapi mungkin Allah ada rancangan lain untuk dirinya dan dia kena redha dengan ketentuan itu.

Syidah sudah tidak mahu cakap mengenai dirnya yang malang itu terutama sekali di depan lelaki sengal yang berada di depannya itu.  “Baiklah… semua dah settle.  Syidah hendak masuk dalam bilik, hendak sembahyang isyak.”  Syidah bangun dan terus masuk ke dalam bilik tidur.  Mereka yang lain hanya memandang Syidah  beredar dengan penuh rasa simpati.