Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

Cum Bab 3

 

BAB 3

MAXIMO terjaga dari tidur. Mulanya dia tidak tahu apa yang membuat dia terjaga. Terasa agak marah kerana tidurnya terganggu. Maximo memandang ke arah jam di tepi katilnya. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, masih awal lagi. Waktu pejabatnya hanya bermula pada pukul 9.00 pagi. Maximo akan berjoging dahulu sebelum bersarapan dan mandi. Pukul 8.30 pagi baru dia bertolak ke pejabat dengan menaiki teksi. Maximo memejamkan semula matanya, ingin menyambung tidur. Bila dia menutup matanya, baru dia perasan apa yang membuatkan dia terjaga tadi. Laungan yang mendayu-dayu itu seperti memanggil-manggil dirinya. Maximo membuka matanya semula, fokuskan seluruh mindanya dengan bunyi laungan yang datang dari luar sana.  

Sejak mula masuk ke apartmen tersebut, Maximo tidak pernah menutup tingkap dan pintu balkoni rumahnya. Dia mahu udara segar keluar masuk di apartmennya. Maklumlah apartmennya terletak di tingkat 20. Tetapi dia pelik juga bila dia fikirkan dari arah mana datangnya bunyi yang mengganggu itu. Bunyinya begitu jelas sekali. Bila ada kesempatan Maximo akan bertanya dengan Houri dan Parvin, jirannya yang berasal dari Iran. Houri dan Parvin dah tinggal di sini sejak dua tahun yang lalu. Houri bekerja di Kedutaan Iran, manakala Parvin merupakan pelajar sarjana di Universiti Malaya. Mereka selalu bertegur sapa dan mengajak Maximo ke rumah mereka. Kehadiran mereka dan penduduk expatriate yang lain membuatkan Maximo selesa dan tidak kesunyian. Mesti Nia dan Zaril telah fikirkan tentang semua itu bila memilih tempat tinggal untuk petugas-petugas yang datang ke Malaysia dalam usahasama mereka ini.

Bunyi laungan itu terus berkumandang. Maximo dapati sukar hendak tidur kembali. Maximo sudah biasa dengan tidur yang cukup sepanjang malam. Bila dia terjaga sangat awal, dia akan rasa mengantuk di tempat kerja. Untuk mengelak keletihan di waktu kerja, Maximo ambil keputusan untuk tidur awal. Ini membuatkan Maximo tidak berpeluang untuk berjaga lewat atau keluar berhibur. Houri dan Parvin telah beberapa kali mengajak Maximo keluar tetapi terpaksa ditolak untuk mengelakkan dia berasa penat dan mengantuk.

Mungkin jika ada kesempatan Maximo akan terima ajakan mereka berdua untuk keluar. Usianya masih muda dan banyak yang dia hendak lakukan bagi mengisi kekosongan dirinya. Nyata Nia Atirah sangat bahagia dengan Zaril Ikhwan. Maximo kena tepati janjinya sendiri. Kalau Nia bahagia, dia akan terima kenyataan itu dan meneruskan kehidupannya. Tiada salahnya Maximo mula berbaik-baik dengan Houri dan Parvin, mungkin mereka boleh memenuhi apa yang Maximo inginkan selama ini. Kedua-duanya cantik. Kalau diperhatikan mereka lebih cantik dari Nia, dengan mata hitam, rambut perang dan hidung mancung mereka. Seperti puteri Persia dalam kisah 1001 satu malam. Tetapi soal hati bukan dapat ditentukan. Kalau hati sudah terpaut, seribu bidadari beratur di hadapannya, hanya Nia juga yang cantik pada Maximo. 

Stop it Maxi!’ Maximo tegur dirinya sendiri. Dia kena hentikan dari berfikir tentang Nia. Sesuatu yang sukar. Dua tahun berjauhan dengan Nia masih susah untuknya melupakan wanita itu. Lagilah sekarang dia berada dekat dengan Nia. Malahan pada hujung minggu ini, dia akan menghabiskan masa bersama dengan Nia dan keluarganya kerana pada hari Isnin nanti ialah hari cuti am. Nia hendak membawa Maximo berjalan-jalan ke kampungnya. Katanya di utara Semenanjung Malaysia.

Macam mana hendak diterangkan apa yang bermain di fikirannya, dia rasa bahagia dalam derita bila bersama Nia, Zaril dan anak-anak mereka. Bahagia kerana dapat mendampingi Nia, derita kerana tahu yang dia tidak mungkin memiliki Nia. Dalam masa yang sama dia rasa syukur yang Nia bahagia dengan Zaril. Adakalanya dia cemburu dengan Zaril kerana dia yang Nia cintai, bukan Maximo. Kemanisan yang berduri. Sampai bila harus Maximo menderita begini tetapi dia tidak mahu ke mana-mana, dia tetap mahu berada di sini.

Why am I such a fool?” Kata Maximo lagi.

Allahu Akbar Allahu Akbar... Laillaha illallah...” Panggilan yang mendayu-dayu itu akhirnya berhenti dan suasana kembali sepi. Maximo mengeluh sendirian. Walaupun keadaan sudah sunyi, Maximo sudah tidak boleh melelapkan matanya langsung.  Dia bangun perlahan-lahan, keluar dari bilik tidurnya dan pergi ke arah balkoni. Maximo duduk bersandar di kerusi rotan yang dibelikan khas oleh Nia untuk Maximo bersantai di balkoni. 

We bought this chair specially for you so you can rest here while having your evening tea.” Kata Nia, ketika Maximo baru sampai di apartmen tersebut.

Terasa terharu dengan keprihatinan Nia ketika itu. Nia memang ambil berat sangat tentang Maximo, tetapi yang membuat hatinya rasa bagai dihiris-hiris, sayang Nia kepada dirinya tidak seperti cinta Nia pada Zaril. 

Maximo memeluk dirinya. Angin dingin bertiup perlahan, terasa nyaman dan selesa sekali. Selama setahun yang akan datang ini, Maximo tidak perlu risau tentang perubahan iklim. Cuaca di Malaysia ialah sama sepanjang tahun. Menurut Nia, perbezaannya hanya kalau ada hujan, hujan renyai-renyai, hujan lebat, hujan sangat lebat atau tiada hujan. Maximo memandang sekeliling kawasan apartmen dan nun jauh di sana, ke arah bandar Kuala Lumpur. Keadaan sekeliling masih sunyi sepi. Lampu-lampu jalan masih lagi menyala. Maximo memandang ke arah langit. Di ufuk timur, langit berwarna jingga. Tidak lama lagi matahari akan naik dan hari akan bertukar menjadi cerah. Semua yang sedang tidur akan bangun dan memulakan aktiviti harian. Perlahan perasaan resah Maximo mula menghilang. Dia mula rasa bersedia untuk menempuhi hari yang baru ini.     

Kelihatan bahagian dapur sesetengah apartmen mula terang. Suasana sunyi sepi mula bising dengan aktiviti pagi, menandakan hari baru sedang bermula. Maximo suka dengan kekecohan waktu pagi terutama sekali bila mendengar suara kanak-kanak yang sibuk hendak ke sekolah.

Maximo memandang ke arah apartmen Houri dan Parvin. Seperti Maximo, mereka berdua juga tidak pernah menutup pintu kaca di balkoni atau tingkap.  Hanya bidai buluh sahaja yang dipasang di balkoni untuk menghalang hujan masuk atau menahan kepanasan cahaya matahari dari masuk ke ruang tamu. Apartmen Houri dan Parvin masih gelap gelita. Mereka berdua masih belum bangun lagi. Kemungkinan mereka keluar hingga lewat malam tadi. Mereka ada mengajak Maximo sekali tetapi Maximo terpaksa menolak. Keputusan Maximo agak tepat kerana setelah masuk tidur awal semalam, pagi ini tidurnya sekali lagi diganggu oleh bunyi panggilan yang mendayu-dayu itu.

Maximo bersiap-siap untuk turun berjoging. Kalau ada masa dia boleh berenang seketika, baru dia bersarapan dan bersiap-siap ke pejabat. Pagi yang tenang dan nyaman. Beginilah cara yang terbaik untuk memulakan hari yang indah ini. 

 

 

ARE YOU sure the noise comes from one of your neighbours?” Soal Nia. “Describe to me the sound.” Berkerut dahi Nia cuba menyelesaikan masalah Maximo.

It was a male voice calling out.  Something maybe in Arabic?”

Arabic? Are you sure? Maybe your Iranian friends were having a party?” Teka Nia. Memang ramai penghuni di situ dari Timur Tengah. Mungkin mereka ada membuat majlis keramaian sehingga menganggu tidur Maximo.

You mean Houri and Parvin?”  Maximo menyoal Nia, memandang wajah Nia. Cuba memastikan sama ada Nia betul-betul bertanya atau sekadar menyindir Maximo. Adakah Nia merasa cemburu dengan Houri dan Parvin? Tetapi wajah Nia tidak menampakkan dia cemburu, hanya prihatin terhadap Maximo. Maximo tahu dia hanya membuang masa tetapi kadangkala hatinya tetap mengharap.

No, Nia. I told you it was not at midnight. It’s early in the morning. Houri and Parvin were still asleep. Their apartment was still dark at that time. Anyway, I rarely saw them entertaining anyone. Most of the time they went out until late.” Terang Maximo. Maximo berada di sebelah Nia yang sedang memandu kereta. Nia datang mengambil Maximo untuk dibawa ke rumahnya. Apabila Zaril balik dari pejabat, mereka semua akan bertolak ke utara.  

Maximo menjeling sekilas ke belakang. Sepupu Zaril, Damia Zahra hanya mendengar perbualan mereka tanpa berkata apa-apa. Maximo memberikan senyuman yang tidak ada apa-apa makna kepada Damia, hanya tidak mahu kelihatan tidak beradab kerana tidak mempedulikan Damia langsung sejak tadi lagi. Hari ini nampaknya Damia kelihatan begitu cantik sekali dengan memakai tudung berwarna krim. Tetapi Damia tidak banyak bercakap hari ini, cuma diam dan memerhatikan sahaja Maximo dan Nia berbual.  

Nampaknya ke mana-mana sahaja Nia pergi, dia sentiasa membawa Damia bersama. Kadangkala Maximo ingin hanya berdua sahaja dengan Nia tanpa Damia yang menjadi chaperone. Dapatlah dia berbual hal peribadi dengan Nia. Mungkin dia akan dapat menyelami perasaan Nia yang sebenarnya.

Oh… early morning?  What time was it?” Tanya Nia lagi. Nia tidak sedar apa yang bermain dalam fikiran Maximo.

Yes. It was around 5.30 in the morning.

Around 5.30 am…”  Nia kemudiannya ketawa kecil.  “It’s already morning, Maxi. Everyone is already up by that time.”  Kata Nia.

Well… not me!  I usually wake up at 7.30 or 8.00 am, get ready and go to work by 8.30 am.”  Terang Maximo lagi.  “There’s no need for me to wake up that early and it was still pretty dark anyway.”   

Well, we wake up around that time because we must perform our solah.” Terang Nia. Tiba-tiba dia terfikir.

Maxi, maybe what you heard is the muazzim calling for prayer.” 

Really? Muazzim calling for prayer?”

You know that Muslims pray five times a day.  Before that, a muazzim will call for prayer from the mosque.  It is in Arabic.

But we have Muslims in Italy. They pray too but I never heard that call.

Of course you never heard the call in public. It’s not allowed, unlike here. All mosques and mussolas have a muazzim to call for prayer, through the PA systems, TV and radio. Here we call it azan. But at 5.30 it’s too early. It’s usually around 5.45 to 5.50 am. It’s okay Maxi, I will talk to Zaril about it. He can explain it better.

Maximo mengerutkan dahinya cuba mengingatkan sama ada selama dia berada di Malaysia dia ada terdengar azan berkumandang di TV atau radio atau semasa dia berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Dia betul-betul tidak perasan.  

But anyway, the neighbours should have turned down the volume. The sound wakes me up everyday and I can never go back to sleep. I get upset every morning.” Adu Maximo kepada Nia.

Damia memandang sahaja mereka berdua dari belakang tanpa berkata apa-apa tapi dalam hati dia geram juga dengan Maximo.

‘Sengallah mamat Itali ni.’ Rungut Damia sendirian. ‘Aku yang bangun pagi-pagi buta, ambil wuduk dalam sejuk-sejuk tu dan lepas tu solat Subuh, boleh aje tidur balik dengan senang.’ Ini tidak boleh tidur balik bila sudah terjaga pun hendak mengadu dengan Nia. 

Nia terus mengerutkan dahi memikirkan tentang masalah Maximo. Dengan kedudukan apartmen di tingkat 20, mana mungkin Maximo mendengar radio atau apa-apa bunyi yang datang dari jiran-jirannya. Lagi pun di hadapan apartmen Maximo bukan ada apa-apa bangunan lain yang berhampiran. Kemungkinan ada masjid yang mana bunyi azannya dibawa jauh hingga ke bilik tidur Maximo. Semasa mencarikan apartmen tersebut, Nia tidak pernah terfikir pun yang perkara ini akan mengganggu Maximo. Soal azan di waktu pagi bukan sesuatu yang mengganggu Nia. Malahan balik sahaja Nia ke Malaysia, Nia suka sangat dapat mendengar azan berkumandang di semua ceruk surau dan masjid. Membuat dia rasa betul-betul telah berada di tanah airnya sendiri. Di Turin walaupun ada musolla, semua kegiatan harus dijalankan secara diam-diam terutama sekali bunyi azan yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam. Menurut Brother Fouzi dan Hajer, kawalan menjadi lebih ketat selepas peristiwa 11 September dan berlebihan lagi dengan ancaman pengganas yang makin menjadi-jadi. 

Rupa-rupa apa yang menjadi ketenangan pada dirinya menjadi satu gangguan kepada Maximo. Nia mengangkat bahunya. ‘Yelah... lain orang, lain.  Bukannya sama.’ Kata Nia dalam hatinya. Dia menjeling ke arah Maximo yang kini diam seketika. Kelihatan belak di bawah mata Maximo. 

And you know what! What made matters worse, when I realised what woke me up early in the morning. Like you said the azan.  Now I wake up earlier than that.  And I keep hearing voices in...  I don’t know. I think it is in Arabic.

Earlier than that?  What time?”

Around 5.00 am. Sometimes 4.30 am. And I can’t go back to sleep after that!”

That couldn’t be the call for prayer. The call for prayer is around 5.40 to 6.00 am.”  Terang Nia. “Correct me if I am wrong DZ.”  Kata Nia memandang Damia dalam cermin kereta, cuba membawa Damia masuk ke dalam perbualan mereka berdua. Damia menganggukkan kepalanya. Maximo menoleh ke arah Damia seperti mahu kepastian dari Damia.

Is it true, Damia?” Soal Maximo kepada Damia.

Yes. Subuh prayer is around 5.50 am nowadays, it can be 10 minutes earlier or later according the time of the year.” Jawab Damia lambat-lambat. Bila Nia sebut nama Damia barulah Maximo hendak pandang wajah Damia. Kalau tidak, dia jeling acuh tidak acuh sahaja. Maximo hanya mahu menumpukan perhatiannya pada Nia. Hari ini Damia geram sahaja melihat Nia dan Maximo.

‘Apa yang ada pada Kak Nia yang membuatkan Maximo hanya pandang dia sahaja?’ Soalan itu sentiasa bermain dalam fikiran Damia. Keistimewaan apa yang ada pada Nia? ‘Memanglah Kak Nia baik orangnya.’ Damia pun sayang dengan Nia. Tapi di mata Damia, kelakuan Maximo seperti menganggap Nia insan teristimewa. Berseri wajahnya bila memandang wajah Nia.

‘Pelik betul!’ Abang Zaril pun sayang sangat dengan Nia. Damia selalu perasan kalau berjauhan sikit, mata Zaril akan mencari kelibat Nia. Agaknya Zaril takut kehilangan Nia sekali lagi. 

DZ masih ingat lagi kisah Zaril dan Nia. Waktu itu zaman kegelapan bagi Zaril. Zaril belum sembuh sepenuhnya dari kemalangan yang menimpanya. Kalau Zaril waras, sudah tentu dia tidak akan setuju dikahwinkan dengan gadis kampung seperti Nia. Nia dan Zaril telah dikahwinkan atas aturan keluarga. Ketika itu Damia rasa begitu kasihan sangat dengan Nia. Dia seperti menjadi korban dan nampak sangat menderita. Wajahnya cengkung dan tubuhnya kurus melidi. Walaupun hakikatnya cuba disembunyikan, mereka tahu yang ada kalanya Nia teruk didera secara fizikal oleh Zaril. Tambahan pula, Mak Long Hanida asyik mengatakan tindakan Wan mengahwinkan Nia dan Zaril sebagai satu tindakan bodoh. Pada Mak Long Hanida, Zaril memang tidak akan sembuh dan patut diletakkan di rumah pemulihan. 

Tetapi yang ajaibnya berkat usaha Nia, dari hari ke hari nampak perubahan pada diri Zaril. Damia masih lagi ingat betapa seronoknya mereka semua bila balik ke kampung melawat Wan dan mendapati Zaril kian sihat dan sudah mula mengenali mereka.

Tiba-tiba, Nia menghilang begitu sahaja tanpa khabar berita bertahun-tahun lamanya. Damia tidak faham apa sebenarnya berlaku. Kedua ibu bapanya juga tidak tahu apa yang berlaku kerana perpisahan Zaril dan Nia berlaku di Paris. Bila Zaril, Mak Long Hanida dan Pak Long balik dari Paris, mereka semua tidak dibenarkan menyebut nama Nia lagi di hadapan Zaril. Zaril bertukar menjadi seorang yang dingin dan hanya mementingkan kerjayanya. Dia menjauh dari mereka yang menyayanginya. 

Tetapi rupa-rupanya jodoh mereka masih panjang lagi. Entah macam mana Zaril bertemu semula dengan Nia di Turin, Itali. Sesuatu yang tidak disangka. Nia berada di Itali selama ini dan rupa-rupanya Nia telah melahirkan seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan mereka berdua. Nia cuba menyorokkan Hazeril dari pengetahuan Zaril kerana takut Zaril merampas Hazeril dari dirinya. Pada Damia, mereka berdua hanya membuang masa sahaja. Kalau sudah saling sayang menyayang, mengaku sahajalah. Tunjuklah apa yang tersirat dalam hati, buat apa hendak sembunyikan apa yang dirasa sebenarnya. Membawa diri disebabkan tidak ada keyakinan dengan keteguhan cinta masing-masing. Nasib baik mereka tersedar kesilapan masing-masing dan merendahkan ego demi kerana perasaan cinta terhadap satu sama lain dan demi anak-anak mereka.

Sebab itu Damia rasa sifat suka memendam rasa tidak sesuai buat sekarang ini. Kalau sudah suka, luahkan sahaja perasaan itu. Jangan disimpan kerana ianya akan membuang masa. Kalau berkehendakan seseorang, usahalah sehingga berjaya. Buat apa hendak sorok-sorok dalam hati. Rugi nanti. 

And it’s not going to happen to me. I will fight to get Maximo!’ Kata Damia dalam hatinya. Dia menoleh ke arah tingkap memandang keluar.  Dia perlu merancang dengan sebaik mungkin bagaimana hendak membuat Maximo jatuh cinta dengan dirinya. Mereka akan bersama Maximo sepanjang hujung minggu ini nanti. Damia akan mencari peluang agar dia dapat menghabiskan banyak masa dengan Maximo. Yang penting dia perlu alih perhatian Maximo dari Nia. Barulah Maximo akan nampak Damia sebagai seorang wanita yang cukup layak untuk dirinya. Hanya Damia satu-satunya wanita yang layak untuk Maximo. Damia tersenyum sendiri.