ILM Bab 4
Where are we going actually?” Soal Maximo kepada Damia Zahra.
Mereka di dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Utara.
“We are going to our hometown in the north. Nia and Zaril used to stay there before Nia went to Turin.” Terang Damia Zahra.
“Oh really...” Kata Maximo sambil menegakkan badannya. Damia menjeling ke arah Maximo. Geram juga rasa hati Damia, bila sebut nama Nia ATirah, terus Maximo jadi segar. Baru Maximo tumpu perhatian penuh dengan dengan kata-kata Damia Zahra. Sayang sungguh Maxximo dengan Nia ATirah.
Agaknya kalau boleh dia mahu sentiasa dengan Nia Atirah. Nasib baik untuk perjalanan ini, Maxximo tidak desak untuk naik kereta bersama dengan Nia Atirah. Bila Zaril Ikhwan beritahu yang mereka akan ke utara dengan dua biji kereta dan Zaril akan memandu kereta pertama dimana disebelahnya Nia Atirah dan di belakangnya Hazeril dan pemandu rumah yang memegang Mai Zara, Maximo terus faham. Kereta di hadapan untuk Zaril Ikhwan dan keluarganya. Maximo terus masuk ke dalam kereta kedua yang bersama dengan Damia Zahra. Kereta mereka berdua dipandu oleh pemandu Zaril Ikhwan. Damia Zahra begitu teruja akhirnya dapat duduk bersama dengan Maximo. Sejak Maximo berada di sini Damia Zahra tidak pernah berpeluang berdua-duaan dengan Maximo. Setiap kali mereka bertemu, mesti ada Nia Atirah bersama mereka. Selama ini Damia Zahra tidak berpeluang untuk erbual dari hati ke hati dengan Maximo. Perjalanan ke Perlis selama lima hingga enam jam ini akan memberi peluang untuk dia mengenali Maximo dan Maximo dapati mengenali dirinya. Baru Maximo boleh nampak...Damia Zahra yang sebenarnya tanpa dibayangi oleh Nia Atirah.
Mereka berdua kemudiannya mendiamkan diri. Damia menjeling ke sisi, memerhatikan Maximo yang duduk di sebelahnya. Maximo sedang memandang ke luar tingkap, memerhatikan bangunan-bangunan di sebelah kiri jalan. Damia biarkan sahaja Maximo memandang keluar. Mereka masih lagi di dalam kawasan Bandar Kuala Lumpur dan sedang menuju ke Kepong untuk lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Sungai Buluh. Selepas itu tidak ada banyak bangunan lagi yang tinggi, hanya ada kawasan hutan dan belukar dan ladang-ladang. Masa itu mungkin Maximo akan jemu memandang ke luar dan mereka bolehlah mula berbual. Lagipun Damia Zahra tidaklah mahu kelihatan seperti dia terkinja-kinja hendak becakap dengan Maximo. DIa kenalah tunjuk cool sikit walaupun dalam hatinya terlonjak-lonjak dapat bersama dengan Maximo dalam keadaan begini sehingga sampai di Perlis kelak. Topik apa agaknya yang hendak Damia Zahra bualkan sebagai pembuka bicara? Damia tertanya-tanya pada dirinya sendiri, tersenyum-senyum sendiri berangan dia oleh berbual dengan penuh bijaksana dengan lelaki di sebelahnya, mengipas isu-isu semasa dengan matang. Dengan yang demikian kalau Maximo belum lagi terpikat dengan Damia Zahra, dalam perjalanan ini dia terus jatuh hati dengan kebijaksanaan dan kecantikan Damia Zahra. Kalau pun selama ini Maximo memang sudah jatuh hati dengan Damia, maka dengan menghasbiskan masa bersama lebih-lebih lagi lah mendalam cinta Maximo pada Damia Zahra. Damia terpandang mata Pak Wahid, pemandu Zaril Ikhwan yang memandang wajahnya dari cermin kereta. Pak Wahid nampak macam pelik melihat Damia Zahra tersenyum-senyum sendiri. Cepat-cepat Damia Zahra alehkan wajahnya ke tempat lain, malu ada orang ternampak dia tersenyum sendiri, Damia Zahra menjeling kembali kea rah Maximo. Nasib baik Maximo tidak perasan apa yang berlaku. Kalau Maximo perasan, malu Damia Zahra di buatnya.
Tiba-tiba sahaja Maximo menoleh ke arah Damia Zahra dan memberikan senyuman manis kepada Damia Zahra. Terasa ketika itu juga gugur jantung Damia Zahra, lelaki ini terlalu memikat hati.
“Is it far?” Soal Maximo.
“Huh?” Soal Damia Zahra kembali. Dia tidak tangkap apa yang Maximo tanya sebab terlalu terpegun dengan kekacakan wajah Maximo. Bila dekat-dekat begini Damia dapati Maximo mempunyai sepasang mata yang sangat cantik. Matanya berwarna biru, lagi gelap dari warna biru langit. Begitu menawan sekali wajah Maximo.
“How far is our destination?” Soal Maximo kembali. Wajahnya selamba sahaja seperti setiap hari gadis-gadis melopong bila memandang wajahnya. Mesti Maximo sudah biasa gadis-gadis jatuh cinta dengannya. Dia tidak nampak apa-apa yang pelik pun dengan perangai Damia Zahra. Manakala Damia rasa jantungnya berdegup begitu kuat sehingga Damia Zahra rasa Pak Wahid yang sedang memandu kereta di hadapnnya pun boleh dengar.
“Oh... our destination... Quite far..” Damia berpaling ke hadapan untuk bertanya dengan Pak Wahid. “Berapa kilometre ke kampong Wan, Pak Wahid?”
“Dalam enam ratus kilometre. Mungkin kita akan sampai dalam masa 6 jam.” Terang Pak Wahid. Pak Wahid memang seorang pemandu yang berhemah. Dia tidak banyak bercakap, tumpukan penuh perhatian pada pemanduannya. Bila disoal, dia menjawap dengan penuh sopan.
Maxximo mendengar sahaja penerangan Pak Wahid, kemudian memandang wajah Damia Zahra, mengharapkan Damia menterjemahkan kata-kata Pak Wahid.
“Quite far, about 600 kilometres and we should be arriving there in 6 hours.” Terang Damia Zahra kepada Maximo.
“Oh... What a long ride. Luckily I got you to keep me company.” Kata Maximo.
“Oh...” Itu sahaja yang Damia Zahra dapat katakan. DIa tidak dapat berkata apa-apa. Ketika itu Damia Zhara tidak dapat katakan apa-apa yang bijak. Kalau dia cakap, mesti bunyi macam budak bodoh. Dia terlalu terkejut dan seronok bila Maximo kata dia bernasib baik kerana Damia ada bersama untuk menemaninya dalam perjalanan ini. Damia Zahra tersenyum riang. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Damia Zahra ketika itu, dapat duduk berdua dengan Maximo dalam perjalanan tersebut. Damia Zahra mengalehkan wajahnya ke arah tingkap, terus tersenyum-senyum sendiri.
Where we will be staying this weekend?” Soal Maximo setelah mereka diam beberapa ketika. Kini kereta yang dipandu oleh Pak Wahid sudah mula memasuki lebuhraya Utara Selatan.
“Uh...” Damia terkejut sekali lagi, bila Maximo memulakan perbualan dengan dirinya lagi. Ramah pulak lelaki Italy ini. Selalunya dia buat tidak perduli langsung dengan Damia Zahra. ENtah-entah betul apa tekaan Damia Zahra, Maximo sudah mula jatuh hati dengan Damia Zahra. Agaknya dalam dia macam acuh tidak acuh itu, dia sudah terpikat dengan Damia Zahra. Mungkin Maximo sudah hilang minatnya pada Nia ATirah sedikit demi sedikt dan sudah mula mencintai Damia Zahra. Maklumlah, kalau dibandingkan rupa Nia Atirah dan Damia Zahra, nyata Damia Zahra jauh lebih cantik. Kulitnya putih melepak, hidungnya yang mancung dan bibirnya yang semulajadi kemerah-merahan. Matanya besar dengan bulu matanya yang panjang dan lentik seperti anak patung. Tidak mustahil, Maximo kini telah dapat menilai antara kaca dan permata. Damia Zahra bagaikan sebutir permata yang bersinar hanya untuk dirinya sahaja. Takkan Maximo boleh gilakan Nia Atirah juga sehingga sekarang. Nia Atirah sudah berkahwin dan sudah ada dua anak. Damia Zahra masih anak dara yang baru mencecah sembila belas tahun. Takkan Maximo hendakkan orang yang lebih tua dari dirinya macam Nia Atirah bila dia boleh dapat anak dara yang muda dari dirinya yang cantik jelita. Damia Zahra makin yakin dengan kelebihan yang ada pada dirinya berbanding dengan apa yang ada pada Nia Atirah. Selama ini Damia Zahra cuba untuk tidak rasa cemburu dengan Nia Atirah. Semuanya ada pada Nia Atirah, semua orang suka dengan Nia Atirah dan orang yang dia suka Nia Atirah yang dapat, macam Zaril Ikhwan. Damia tidak kisah sebab Nia ATirah buat Zaril Ikhwan gembira. Nia Atirah pun sayang dengan Nia Atirah tetapi kali ini dalam hal Maximo, beberapa kali rasa cemburunya timbul dan Damia cuba kawal rasa cemburu itu. Memanglah pada Nia Atirah tidak ada tanda-tanda yang dia juga cintakan Maximo, hanya dia sayang Maximo sebagai sahabatnya tetapi Damia Zahra geram sebab Maximo hanya nampak Nia Atirah selama ini. Sehinggalah hari ini.
Hari ini hanya ada Damia Zahra di depan mata Maximo selama 6 jam. Damia Zahra kena ambil peluang ini dan pastikan bila mereka semua pulang ke Kuala Lumpur. Hari Isnin nanti Maximo jadi milik dia. Ini bukan satu mimpi. Damia Zahra akan usaha sedaya upaya untuk buat semua itu jadi kenyataan.
“Damia?” Soal Maximo. Damia Zahra hanya mendiamkan diri. Bila soalannya tidak berjawab, Maximo panggil nama Damia Zahra. Damia seperti tiada di situ, jauh berangan sampai ke mana-mana. “Memang begitu agaknya perangai gadis remaja seperti Damia.” Kata Maximo dalam hatinya. Maximo sudah biasa bertemu dengan gadis remaja seperti Damia Zahra. Gadis remaja yang memuja dirinya. Maximo sedar sejak dari mula lagi bertemu, Damia Zahra seperti gadis-gadis remaja yang lain, memuja dirinya. Maximo tahu Damia Zahra ingin mencuba untuk memikat Maximo. Tetapi Damia Zahra belum mencuba apa-apa lagi yang drastic, cuma memerhatikan sahaja Maximo. Maximo sudah pernah mengalami keadaan dia diburu oleh gadis remaja, jadi dia agak cool menghadapi karenah gadis seperti Damia Zahra. Dia sudah biasa sangat digilai oleh gadis remaja di negaranya. Mereka akn cuba mendapatkan peluang untuk bercakap dengan Maximo, mendampingi Maximo dan cuba menunjukkan yang merekalah mencintai Maximo dan merekalah yang terbaik untuk Maximo. Macam-macam gelagat yang mereka pamerkan untuk menarik perhatian Maximo. Selain dari itu bermacam-macam benda yang mereka hadiahkan kepada Maximo. Dan bila mereka sedari cinta mereka tidak dibalas, mulalah sessi rayuan dan tangisan. Oleh kerana sudah selalu mengalami keadaan ini, Maximo relaks sahaja menghadapinya. Sememang ramai gadis dan wanita yang jatuh hati dengan Maximo. Rakan sekerjanya juga Monica sangat mencintai Maximo, sudah lebih dua tahun Monica menanti Maximo membalas cintanya. Kalau difikirkan secara logic, Monicalah wanita yang paling sesuai untuk Maximo. Monica lebih muda dua tahun dari Maximo, seorang berbangsa Italy juga, mempunyai latar belakang dan gaya hidup yang sama dan bekerja di tempat yang sama. Monica juga sangat cantik orangnya, mempunyai susuk tubuh seperti seorang model. Tidak ada apa yang kurang langsung dalam diri Monica tetapi Maximo tidak dapat buka hatinya untuk menerima cinta Monica. Ada sesuatu yang tidak ada dalam diri Monica tetapi Maximo tidak tahu apa dia.
It’s DZ... Not Damia.” Tiba-tiba Damia bersuara, mengejutkan Maximo dari lamunannya pulak.
“What?” Soal Maximo. Kemduian dia tersenyum sendiri, malu dengan dirinya. Tadi dia kata Damia Zahra, tipikal gadis remaja yang suka berangan jauh, rupa-rupanya maximo juga telah jauh melayang fikirannya sehingga kepada Monica yang berada di Turin.
“DZ.... You know.....Everybody called me DZ...” Kata Damia Zahra sambil tersenyum. Dia mahu dia dan Maximo jadi rapat selepas bersama menempuhi perjalanan ini. Selepas ini mereka berdua saling memanggil diri masing-masing dengan nama singkatan, Maximo pula panggil namanya DZ dan Damia Zahra memanggil Maxximo dengan nama yang dia selalu dengar Nia ATirah panggil, Maxi. “You know, I told you from the first time we met, You can call me DZ.”
“I know ... But no... I don’t want to do so.” Jawab Maximo. Damia mula rasa kecewa. Maximo tidak mahu memanggilnya DZ. Agaknya tidak mahu rapat dengan Damia Zahra. Mahu mengekalkan keadaan formal dengan Damia Zahra.
Kemudian Maximo menyambung lagi. “You are too pretty, sweet and smart. For me, you are Damia. So young, so sweet and so pretty like a flower....You are not suitable as DZ.. DZ is like a name for a tom boy...”
“Really...” Kalau sebelum ini Damia Zahra belum jatuh cinta dengan Maximo, sudah tentunya dia terus jatuh cinta dengan Maximo bila mendengar kata-kata Maximo itu. Agaknya memang dalam gen lelaki Italy, pandai memikat wanita dengan kata-kata.
“Seriously....” Ujar Maximo lagi. For me Damia Zahra is someone smart and beautiful like a rose.
Cair rasanya hati Damia ketika itu. Ingin rasanya Damia peluk lengan Maximo dan merapatkan dirinya pada Maximo sambil meletakkan kepalanya di dada Maximo. Maximo mengatakan Damia seorang yang cantik dan manis....dan bijak....
“How do you know?” Soal Damia.
“Know what?” Soal Maximo balik.
“Know that is the meaning of my name, Damia Zahra. Smart and beautiful flower.” Terang Damia Zahra, sambil tersenyum.
“Oh Really. That is the meaning of Damia Zahra. I knew it. It is a pretty name.” Puji Maximo.
“Thank You...” Kata Damia Zahra. “How your name. Maximo is an Italian name? What is meaning of Maximo?” Tanya Damia Zahra.
Maximo hanya tersenyum seketika, kemudian dia soal Damia Zahra balik.” You want to know what Maximo means?
“Yes. I sure want to know?” Jawab Damia Zahra.
“Maximo means the greatest.” Ujar Maximo.
“Oh really... .. Well couldn’t agree more. You are a great person.” Puji Damia Zahra. Damia terus melayari internet melalui telefon Samsung S111, kemudian dia beritahu Maximo apa yang dia telah jumpa dalam internet.
“You know what. Here it says Azim means the greatest.”
“Azim?” Tanya Maximo.
“Yes...Azim.” Jawab Damia Zahra kembali.
“Oh..Nice name. Just as nice as Maximo. Damia, I found that so many of the guys here named as Muhammad something. I know it is like the name of your prophet. What is the meaning of the name.” Soal Maximo.
“Oh Muhammad means praiseworthy. As you know most malay here are muslim and of course as a muslim it is an hounour to have prophet name as their first name.”
“Oh I like that name. So all the names have their own meaning... Like our friend Muhammad Nizam.”
“You like the name Muhammad?”
“Yes.. It has a good meaning. And if I were to have a malay name, what you it should it be? Soal Maximo. Dia melayan sahaja Damia Zahra bersembang untuk menghilangkan kebosanannya. Kalau tidak, Maximo tidur sahaja dalam perjalanan yang mereka hendak tempohi, yang dia dapat tahu satu perjalanan yang begitu panjang.
Kalau dia bersama Nia Atirah tidaklah dia bosan. Mesti banyak perkara yang mereka hendak cerita. Walaupun sudah lebih sebulan dia di sini dan selalu bertemu dengan Nia Atirah tetapi Maximo tidak dapat bercakap dengan Nia Atirah dari hati ke hati. Dia hendak tanya dengan Nia Atirah sama ada Nia Atiah betul-betul bahagia. Pada pandangan mata kasar Nia Atirah nampak bahagia. Tetapi Nia Atirah bahagiakah bila dia balik dan duduk di kalangan keluarga mertuanya yang dulunya tidak menyukainya. Sebagai kawan Maximo ingin juga tahu. Tetapi setiap kali dia bertemu dengan Nia ATirah, ada sahaja orang lain bersama mereka, Zaril Ikhwan, Damia Zahra, Hazeril dan lain-lain lagi. Maximo ingat dalam dengan mengikut Nia Atirah balik ke kampong halaman, dia mungkin ada peluang untuk berbual panjang dengan Nia Atirah. Maklumlah selama empat hari tiga mala mini mereka akan bersama. Tetapi jangkaan Maximo salah, belum apa-apa mereka sudah tidak bersama. Takkan maximo hendak naik kereta bersama dengan Nia Atirah juga, bila Zaril Ikhwan sudah awal-awal beritahu yang mereka sudah sediakan dua buah kerena untuk perjalanan kali ini. Dia kena faham yang Zaril Ikhwan dan Nia mesti hendak bersama dengan anak-anaknya. Jadi tanpa banyak soal Maximo terus menaiki kereta dibelakang bersama Damia Zahra. Dia ajak Damia Zahra berbual kerana dia tidak mahu jemu dalam perjalanan yang jauh ini dan takkan dia hendak berkelakuan perihatin membiarkan sahaja Damia Zahra tanpa berbual langsung. Dia kena juga tunjukkan sifat gentlemannya kepada seorang gadis yang baik seperti Damia Zahra. Lagipun bukan salah Damia kalau Maximo tidak dapat bersama Nia Atirah.
“You ...? A malay name for you. How about Yusof..!” Ujar Damia Zahra. “Yusof will suit you nicely.” Kata Damia, setelah dia puas fikirkan nama yang sesuai untuk Maximo.
“Yusof?” Kata Maximo sambil mengerutkan dahinya. “Why Yusof? Why not Azim?”
“Yusof is a nice name. It’s the name of one of the prophet.” Terang Damia Zahra. Tetapi dia tidak dapat beritahu Maximo kenapa dia rasa nama Yusof sesuai untuk Maximo. Damia Zahra rasa malu. Dia pilih nama Yusof kerana wajah Maximo yang kacak.
“Oh really... Yusof....a prophet?” Soal Maximo. Kelihatanya seperti Maximo memberi penuh perhatian kepada Damia Zahra sehingga Damia Zahra rasa akhirnya dia dapat menarik perhatian Maximo pada dirinya. Dia mula rasa bangga dengan dirinya kerana dapat mencari topic perbualan yang menarik buat Maximo sehingga Maximo tumpu seratus peratus perhatian pada Damia Zahra. Damia pula mula rasa lebih yakin dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Damia dapat rasakan bila selesaikan perjalanan mereka pada hari Isnin nanti, Maximo akan menjadi miliknya.
“Damia?” Maximo menyoal Damia. Damia tersedar dari angan-angannya yang tinggi mengunung bila dia Maximo masih memerhatikan dirinya, menunggu jawapan dari Damia. Damia tersipu-sipu menjawab soalan Maximo.
“...Yeah.. Yusof.... I believe... you know him as Prophet ...” Belum sempat Damia Zahra habis bercerita, telefon bimbit Maximo berbunyi. Maximo memandang screen telefonnya dan terus menjawab panggilan telefon tersebut.
“Yes Nia...I am okay.” Kata Maximo. Serta merta Damia Zahra jadi geram. DIa sudah dapat perhatian Maximo terhadap dirinya. Saat itu juga Nia ATirah telefon, menganggu mereka berdua. Macam dia tahu-tahu pulak, Maximo sudah dalam genggaman Damia Zahra. Nia Atirah cemburukah Damia Zahra yang dapat bersama Maximo dan bukan dia? Damia Zahra menjeling ke arah Maximo yang sedang berbual dengan Nia Atirah, tersenyum gembira. Nampak bersinar matanya, begitu gembira dapat berbual dengan Nia Atirah. Damia mahu Maximo kelihatan begitu bila dia bersama dengan Damia Zahra. Kenapa dia tidak berseri sebegitu bila bersama dengan Damia Zahra. Kenapa dengan Nia Atirah, hanya dapat bercakap dengan Nia ATirah melalui telefon pun sudah begitu bermakna kepada Maximo.
Yes.. don’t worry about me. Both Damia dan Pak Wahid take good care of me.” Kata Maximo. Dia memalingkan wajahnya dari Damia Zahra dan memandang keluar tingkap. Seperti mahukan sedikit privasi bila berbual dengan Nia ATirah, tidak mahu Damia Zahra dan Pak Wahid dengar apa yang dia hendak katakan pada NiaAtirah.
Damia Zahra memalingkan wajahnya kea rah berlawanan. Sakit betul hatinya. Dia sudah ‘over confident’ sebentar tadi ingatkan dia sudah dapat menawan Maximo. Baru tadi baru dia lihat bagaimana rupa Maximo bila sudah tertawan. Damia mengeluh perlahan, menarik nafas dalam dalam. Damia Zahra mendapat nafas baru, semangat baru. Dia adalah Damia Zahra. Damia Zahra bukan mudah mengaku kalah. Walaupun sakit hati tetapi Damia Zahra belum mengaku kalah. Damia Zahra masih akan mencuba untuk mendapatkan Maximo. Macamanapun dia yakin dia akan dapat Maximo. Damia seorang yang yakin dengan diri, sepanjang hidupnya dia sentiasa diberitahu oleh semua orang, Damia Zahra ialah seorang gadis yang akan dapat apa yang dia kehendaki dan selama ini dia jarang tidak dapat apa yang dia hajati. Dia anak bungso dalam keluarga. DIa memang dimanjakan. Semasa dalam zaman persekolahan pun Damia Zahra sentiasa dapat apa hajati yang dia hajati. Dia gadis popular dikalangan rakan-rakannya terutama sekali rakan lelaki kerana wajahnya yang cantik jelita dan dia pandai berkawan. Ramai budak lelaki yang jatuh hati dengan Damia Zahra dan Damia boleh dapat sesiapa sahaja yang dia mahukan. Maximo juga bukan satu yang mustahil. Damia Zahra memberikan semangat dan pengharapan pada dirinya. “Tengoklah kalau tak percaya.” Kata Damia Zahra pada dirinya sendiri.
“Yes...Damia ..what did you say?” Soal Maximo.Rupa-rupanya dia sudah selesai berbual dengan Nia Atirah dan mendengar kata-kata Damia Zahra.
“Ah... Oh...” Damia Zahra termalu, kantoi dengan Maximo. “Nothing actually....I was saying something to myself actually.”
“Oh... Sorry... I thought you were talking to me. You were talking in Malay isn’t it.” Soal Maximo.
“Yes... I was talking in Malay.”
“You know what? I must learn Malay language. I will be here for more than a year. I want to learn to speak in Malay.”
“Well you should. Malay language is not that difficult to learn.” Cadang Damia Zahra.
“So... can you help me to learn Malay?” pinta Maximo, menunjukkan wajah meraih simpati dari Damia Zahra. Tidak dapat Damia Zahra katakan tidak kepada Maximo yang berwajah begitu. Dalam masa yang sama Damia rasa begitu seronok sekali. Maximo memerlukan bantuan dari Damia? Mesti ada sesuatu yang terdetik dalam hati Maximo mengenai Damia Zahra. Kenapa dia hendak minta bantuan Damia Zahra? Kenapa dia tidak minta dari Nia ATirah. Damia Zahra jadi teruja kembali. Mungkin apa yang dia katakana sebelum ini tidak jauh dari menjadi kenyataan. Maximo akan jadi milik dia juga nanti.
“Yes I can... infact we can start now. You can learn a lot when we are in my grandmother’s house and in our hometown.”
“Really? Good!” Kata Maximo sambil menggosokkan kedua belah tapak tanganya, seperti tidak sabar mahu belajar bahasa melayu.
“You can start by learning to say Good Morning, Selamat pagi and Good Night, selamat Malam and most importantly learn to saya Thank You. Terima kasih.” Terang Damia Zahra.
“Slowly .... slowly..... Okay....Good Morning.... Selamaaat....?” Maximo memandang wajah Damia Zahra, meminta Damia Zahra bantu dirinya.
“Selamat Pagi...”
“Oh ya.. Selamat Pagi...” Kata Maximo. “Good Night.... Selamaaattt .....”
“Selamat Malam...”
“Okay..selamat malam.... and terima kasih... I got this... I got this.... “ Kata Maximo, terawang tanganya menghalang Damia Zahra dari memberitahu Maximo makna “Thank You”.
“Terima kasih.” Kata Maximo. “Selamat pagi, selamat malam and terima kasih.”
“Good... You are a fast learner. I am sure in few month time, you will be able to speak in Malay fluently.” Ujar Damia Zahra.
“I hope so... So you will help me to learn Malay. Please say yes!”
“Yes... I will assist you.” Jawab DSamia Zahra. Dia menjadi teruja melihat kesungguhan Maximo, disamping seronok Maximo mahu bantuan dia dan bukan bantuan Nia ATirah dalam hal ini. Mungkin Maximo sudah mula nampak kelebihan Damia Zahra, berbanding dengan dari Nia Atirah.
“But promise me... don’t say anything to Nia... I want to suprise her... I wantto see her face ... when suddenly she find out that I can speak malay.” Kata Maximo, begitu gembira sekali, bersinar matanya.
“Nia lagi...” Kata Damia Zahra dalam hatinya... Rupa-rupanya yang membuat Maximo begitu teruja hendak belajar Bahasa melayu ialah untuk buat kejutan pada Nia Atirah. Damia Zahra mengeluh sendirian.
2 comments:
oh so sweet.. hahaha kelakar bila damia jeles ngan nia.... xsabar nak tunggu karya ni lam versi buku.. huhuhu.. mesti best mcm novel AYKT~
wonder...
kenapa jarang sgt watak zaril dalam ni? lebih kpd maxi dgn dz je.
tp ok mcm tu lah. xnak la kalau tetiba ade konflik between the hero-heroin asal..hehe/
Post a Comment