ILM Bab 3
Maximo terjaga dari tidur. Mulanya dia tidak tahu apa yang membuat dia terjaga. Terasa agak marah kerana tidurnya terganggu. Maximo memandang ke arah jam di tepi katilnya. Nampaknya masih terlalu awal lagi. Jam menunjukkan pukul 5.50 pagi. Di luar keadaan masih gelap lagi. Selalunya Maximo akan bertolak dari rumahnya pada pukul 8.30 pagi untuk ke pejabat. Waktu pejabatnya bermula pada pukul 9.00 pagi. Maximo selalunya bangun awal dan kemudian dia akan berjogging di sekitar kawasan apartment tersebut, kemudian baru dia bersarapan dan mandi baru dia akan ke pejabat dengan menaiki teksi. Selalunya dalam masa dua puluh minit dia akan sampai ke tempat kerja. Tetapi waktu ini masih terlalu awal untuk dia bangun dan bersiap-siap ke pejabat. Maximo memejamkan semula matanya, ingin menyambung tidurnya. Bila dan menutup matanya, baru dia perasan apa yang membuatkan dia terjaga tadi.
Laungan yang mendayu-dayu yang yang telah mengejutkan Maximo dari tidur. Laungan itu seperti memanggil-manggil dirinya. Maximo membuka matanya semula, fokuskan seluruh mindanya dengan bunyi laungan yang datang dari luar sana.
Sejak dari mula masuk ke apartment tersebut, Maximo tidak pernah menutup tingkap dan dan pintu balkoni dia rumahnya, Dia mahu udara segar keluar masuk di apartmentnya itu. Maklumlah apartmentnya terletak di tingkat 20. Tetapi dia pelik juga bila dia fikirkan dari mana datang bunyi yang menganggunya itu. Bunyinya begitu jelas sekali kedengaran. Adakah bunyi itu datang dari salah sebuah apartment jirannya yang sama ketinggian dengan apartment Maximo. Siapa yang begitu tidak bertanggungjawab yang memasang radio atau cd dengan volume yang begitu kuat sehingga menganggu jiran-jiran yang lain. Bila ada kesempatan Maximo akan bertanya dengan Houri dan Parvin, sepasang wanita Iran yang dia kenali pertama kali dia sampai di apartment ini. Mereka yang melambai kea rah Maximo ketika Maximo, Nia dan Zaril bersama keluarganya berada di balkoni. Pasangan Houri dan Parvin dan tinggal di sini sejak dua tahun yang lalu. Houri bekerja di Kedutaan Iran, manakala menurut Parvin pula, dia merupakan pelajar Sarjana di Universiti Malaya. Mereka berdua begitu baik dengan Maximo selalu menegur Maximo bila bertemu dan selalu mengajak Maximo ke rumah mereka. Apa yang membuat Maximo senang tinggal di situ ialah kerana ada terdapat expatraite yang tinggal di situ dan ini membuat Maximo rasa selesa tinggal di situ dan tidak kesunyian. Semua orang begitu peramah dan baik dengan Maximo. Mesti Nia dan Zaril telah fikirkan tentang semua itu bila memilih tempat tinggal untuk petugas-petugas yang datang ke Malaysia dalam usahasama mereka ini.
Bunyi laungan yang menganggu Maximo itu terus berkumandang. Baru Maximo sedar bunyi ini yang membuat dia tersedar awal sejak seminggu yang lalu. Selama ini Maximo ingat dia tersedar begitu awal dengan sendiri bukan sebab diganggu. Terasa panas hati Maximo. Bunyi laungan yang mendayu-dayu ini rupa-rupanya yang menggangunya selama ini. Dan selepas itu Maximo dapati dia sukar hendak tidur kembali. Membuatkan Maximo kena bangun awal setiap hari. Maximo sudah biasa dengan tidur yang cukup sepanjang malam. Bila dia terjaga sangat awal, dia rasa mengantuk di tempat kerja. Untuk mengelakkan Maximo keletihan di waktu kerja, Maximo ambil keputusan untuk tidur awal. Dengan yang demikian pada hari berkerja, Maximo tidak berpeluang untuk berjaga lewat atau keluar berhibur. Houri dan Parvin telah beberapa kali mengajak Maximo keluar minum-minum pada waktu waktu malam, tetapi Maximo terpaksa menolak kerana dia rasa amat penat dan perlu berehat.
Mungkin Jika ada kesempatan Maximo akan terima ajakan mereka berdua untuk keluar pada malam Sabtu malam untuk bersukaria. Maximo masih muda, Banyak yang dia hendak lakukan bagi mengisi kekosongan dirinya. Lagipun dia masih belum berpunya dan nyata Nia Atirah bahagia dengan Zaril Ikhwan. Maximo kena tepati janjinya sendiri. Kalau Nia ATirah bahagia, dia tidak akan mengharap lagi untuk hidup bersama dengan Nia Atirah. Jadi Maximo kena terima kenyataan itu dan teruskan hidupnya. Apasalahnya Maximo mula berbaik-baik dengan Houri dan Parvin, mungkin mereka boleh memenuhi apa yang Maximo inginkan selama ini. Mereka ada apa yang Maximo inginkan. Lagipun kedua-dua perempuan Iran tersebut tidak kurang cantiknya. Memang kalau di perhatikan lebih cantik dari Nia Atirah, dengan mata hitam, rambut perang dan hidung mancung mereka. Seperti puteri Persia dalam kisah 1001 satu malam. Tetapi soal hati bukan dapat di tentukan. Kalau hati sudah terpaut, seribu bidadari beratur di hadapannyanya, hanya Nia ATirah juga yang cantik pada Maximo.
“Stop it Maxi...” Maximo tegur dirinya sendiri. Dia kena hentikan dari berfikir tentang Nia Atirah. Sesuatu yang sukar. Selama dua tahun dia berjauhan dengan Nia ATirah pun sukar dia melupakan Nia ATirah, Inikan dia sudah berada dekat dengan Nia ATirah. Malahan pada hujung minggu ini, dia akan habis bersama dengan Nia ATirah dan keluarganya kerana pada hari ISnin nanti ialah hari cuti am. Nia hendak bawa Maximo berjalan-jalan ke kampungnya. Katanya di Utara Semenjang Malaysia.
Maximo mengeluh sambil memekupkan bantai di kepalanya. Kalaulah dia boleh tidur kembali lupakan lara di hatinya. Tetapi dia sudah tidak mengantok lagi. Matanya sudah terbuka besar. Macamana hendak terangkan apa yang bermain di fikirannya, dia rasa bahagia dalam derita bila bersama Nia Atirah, Zaril Ikhwan dan anak-anak mereka. Bahagia kerana dapat mendampingi Nia Atirah, derita kerana tahu yang dia tidak mungkin memiliki Nia Atirah. Dalam masa yang sama dia rasa syukur yang Nia Atirah bahagia dengan Zaril Ikhwan, adakalanya dia cemburu dengan Zaril Ikhwan kerana dia yang Nia Atirah cintai, bukan Maximo. Kemanisan yang berduri. Sampai bila harus Maximo menderita begini tetapi dia tidak mahu ke mana-mana, dia tetap mahu berada di sini.
“Why am I such a fool.” Kata Maximo lagi.
“Allahu Akbar Allahu Akbar.. Laillaha illallah...” Panggilan yang mendayu-dayunya itu akhirnya selesai dan suasana kembali sepi. Maximo mengeluh sendirian. Walaupun keadaan sudah sunyi, Maximo sudah tidak boleh melelapkan matanya langsung. Dia bangun perlahan-lahan, keluar dari bilik tidurnya dan pergi ke arah Balkoni. Maximo duduk bersandar di kerusi rotan yang khas di belikan oleh Nia untuk Maximo bersantai di balkoni.
“We bought this chair specially for you so you can rest here while having your evening tea.”
Terasa terharu dengan keperihatinan Nia ketika itu. Nia memang ambil berat sangat tentang Maximo, tetapi yang membuat hatinya rasa bagai dihiris-hiris, sayang Nia kepada dirinya tidak seperti cinta Nia pada Zaril Ikhwan.
Maximo memeluk dirinya, angin dingin bertiup perlahan, terasa nyaman sekali. Perlahan perasaan resah Maximo mula hilang. Dia mula rasa bersedia untuk menmpuhi hari yang baru ini. Maximo rasa begitu selesa dengan keadaan dingin di pagi hari itu. Selama setahun yang akan datang ini nanti, Maximo tidak perlu risau tentang perubahan Iklim, tidak perlu fikir hendak beli baju untuk musim panas, musim luruh atau musim bunga dan musim sejuk. Cuaca di Malaysia ialah sama sepanjang tahun, menurut Nia Atirah, perbezaannya hanya kalau ada hujan,hujan renyai-renyai, hujan lebat, hujan sangat lebat atau tiada hujan. Maximo memandang kesekeliling kawasan apartment Sri Maya dan nun jauh di sana, ke a rah bandar Kuala Lumpur. Keadaan sekeliling masih sunyi sepi. Tidak banyak kenderaaan yang telah keluar di jalan. Lampu-lampu jalan masih lagi menyala. Maximo memandang ke arah langit. Di ufuk timur, langit berwarna jingga. Tidak lama lagi matahari akan naik dan hari akan bertukar menjadi cerah. Semua yang sedang tidur akan bangun dan mulakan aktiviti harian.
Kelihatan bahagian dapur sesetengah apartment-apartment mula terang. Agaknya para ibu hendak menyediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah. Nanti bila Maximo turun untuk berjogging, ramai kanak-kanak sudah berada di bawah untuk ke sekolah, sama ada menaiki bas sekolah atau dihantar oleh ibu bapa mereka. Suasana sunyi sepi mula bising dengan aktiviti pagi, menandakan hari baru sedang bermula. Maximo suka dengan kekcohan waktu pagi terutama sekali bila mendengar suara kanak-kanak yang sibuk hendak ke sekolah.
Maximo memandang ke arah apartment Houri dan Parvin. Seperti Maximo mereka berdua juga tidak pernah menutup pintu kaca di balkoni atau tingkap. Hanya bidai buluh sahaja yang di pasang di balkoni untuk menghalang hujan masuk atau menahan kepanasan cahaya matahari dari masuk ke ruang tamu. Apartment Houri dan Parvin masih gelap gelita. Mereka berdua masih belum bangun lagi. Mungkin mereka keluar hingga lewat malam, pada malam tadi. Mereka ada mengajak Maximo keluar pada pukul sepuluh malam tadi tetapi Maximo terpaksa menolak kerana dia hendak masuk tidur agak awal semalam. Maximo kepenatan. Keputusan Maximo itu betul kerana setelah masuk tidur awal semalam, pagi ini walaupun tidurnya sekali lagi di ganggu oleh bunyi panggilan yang mendayu-dayu itu, Maximo rasa segar.
Maximo kemudiannya bersiap-siap untuk turun berjogging di sekitar kawasan Seri Maya. Kalau ada masa dia boleh berenang seketika, baru dia bersarapan dan bersiap-siap ke pejabat. Pagi yang tenang dan nyaman. Beginilah cara yang terbaik untuk memulakan hari yang indah ini.
****************************************************
“Are you sure it’s comes from your neighbours?” Soal Nia Atirah. “Describe to me the disturbing sound.” Berkerut dahi Nia Atirah cuba menyelesaikan masalah Maximo.
“A man voice calling out. Something maybe Arabic?”
“Arabic?” Are you sure. Maybe your Iranian friends are having a party?” Teka Nia Atirah. Memang ramai penghuni di situ dari Timur tengah. Mungkin mereka ada buat majlis keramaian sehingga menganggu tidur Maximo.
“You mean Houri and Parvin?” Maximo menyoal Nia Atirah, memandang wajah Nia Atirah. Cuba memastikan sama ada Nia Atirah betul-betul bertanya atau sekadar menyindir Maximo. Adakah Nia Atirah rasa cemburu Maximo berkawan baik dengan Houri dan Parvin.? Tetapi wajah Nia Atirah tidak menampakkan dia rasa cemburu, hanya perihatin terhadap Maximo. Maximo tahu dia hanya membuang masa tetapi kadang-kala hatinya tetap mengharap.
“No… Nia..I told you it was not during midnight. It’s early in the morning. Houri and Parvin are asleep. Their apartment was still dark at that time. Anyway, I rarely sees them entertaining anyone. Most of the time they went out until late.” Terang Maximo. Maximo berada di sebelah Nia yang sedang memandu kereta. Nia datang ambil Maximo untuk di bawa ke rumahnya, kemudian apabila Zaril Ikhwan balik dari pejabat, mereka semua akan bertolak ke Utara.
Maximo menjeling sekilas ke belakang. Sepupu Nia Atirah, Damia Zahra hanya mendengar perbualan mereka berdua tanpa berkata apa-apa. Maximo memberikan senyuman yang tidak ada apa-apa makna kepada Damia Zahra, hanya tidak mahu kelihatan tidak beradab kerana tidak memperdulikan Damia langsing sejak tadi lagi. Hari ini nampaknya Damia kelihatan begitu cantik sekali dengan memakai tudung bewarna krim. Tetapi Damia tidak banyak bercakap hari ini, Cuma diam dan memerhatikan sahaja Maximo dan Nia Atirah berbual.
Nampaknya ke mana-mana sahaja Nia Atirah akan bawa Damia Zahra bersama. Kadang kala Maximo ingin hanya berdua sahaja dengan Nia Atirah tanpa Damia yang menjadi `chaperone’. Dapatlah dia berbual hal peribadi dengan Nia Atirah. Mungkin dia dapat lebih lagi selami apa perasaan Nia Atirah sebenarnya.
“Oh… early morning? What time was it?” Tanya Nia Atirah lagi. Nia Atirah tidak sedar apa yang bermain dalam fikiran Maximo.
“Yes.. at first, I woke up by the call at around 5.50 in the morning. Somewhere around that.”
“Around 5.50 am…” Nia Atirah kemudiannya ketawa kecil. “It’s already morning. Everyone is already up by that time.” Kata Nia ATirah.
“Well…not me! I usually wake up at 7.30 or 8.00 am, get ready and go to work by 8.30 am.” Terang Maximo lagi. “There’s no need for me to wake up that early and it is still dark.”
“We wake up around that time because we must perform solah.” Terang Nia Atirah. Tiba-tiba dia terfikir.
“Maxi..maybe what you heard is muazim calling for prayer.”
“Uh… really…Muazzim zalling for prayer.”
“You know that muslim pray five times a day. Before that muazzim will call for prayer from the mosque. It is in Arabic.”
“But we have mosleem in Italy, and they pray too but I never heard that call.”
“Of course you never heard the call in public. It was not allowed, unlike here. All mosque and mussola has muazim to call for prayer, through the PA systems. It is also in all the National televisyen and radio. Here we call it as azan.”
Maximo mengerutkan dahinya cuba mengingatkan sama ada selama dia berada di Malaysia dia ada terdengar azan berkemundang di televisyen atau radio atau semasa dia berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Dia betul-betul tidak perasan.
“But anyway, the neighbours should have low down the volume of their radio. The sound woke me up everyday and then I can’t go back to sleep. I gets upset every morning.” Adu Maximo kepada Nia Atirah.
Damia Zahra memandang sahaja mereka berdua dari belakang tanpa berkata apa-apa tapi dalam hati dia geram juga dengan Maximo.
“Sengallah mamat Italy ni…” Rungut Damia Zahra sendirian. “Aku yang bangun pagi-pagi buta, ambil air sembhayang dalam sejuk-sejuk tu dan lepas tu sembahyang subuh, boleh tidur balik dengan senang aje.” Ini tidak boleh tidur balik bila sudah terjaga pun hendak mengadu dengan Nia Atirah.
Nia Atirah terus mengerutkan dahi memikirkan tentang masalah Maximo. Pelik juga jika difikirkan apa yang menganggu Maximo selama ini. Dengan kedudukannya di tingkat 20 dan rekabentuk dan kedudukan apartment Maximo, mana mungkin Maximo dengar radio atau apa-apa bunyi yang datang dari jiran-jirannya. Lagi pun di hadapan apartment Maximo bukan ada apa-apa bangunan lain yang berhampiran. Kemungkinan ada masjid yang terdekat yang mana bunyi azannya di bawa jauh hingga ke bilik tidur Maximo. Nanti Nia ATirah akan tanya dengan Zaril Ikhwan. Semasa mencarikan apartment tersebut, Nia Atirah tidak pernah terfikir pun yang perkara begini akan terjadi dan akan menggangu Maximo. Sebab soal azan di waktu pagi bukan sesuatu yang mengganggu Nia Atirah. Malahan balik sahaja Nia Atirah ke Malaysia, Nia Atirah suka sangat dapat mendengar azan dengan berkumandang di semua ceruk surau dan masjid. Membuat dia rasa tenang dan kini betul-betul telah berada di tanah airnya sendiri yang dia rindu selama ini. Kerana di Turin walaupun ada musolla tetapi semua kegiatan harus di jalankan secara diam-diam teruatama sekali bunyi panggilan bersolat, azan yang di katakan menganggu ketenteraman awam. Menurut brother Fouzi dan Hajer, kawan baiknya semasa di Turin, kawalan menjadi lebih ketat selepas peristiwa 11 September. Rupa-rupa apa satu yang menjadi ketenangan pada dirinya menjadi satu gangguan kepada Maximo. Nia Atirah mengangkat bahunya. “Iyelah...lain orang lain. Bukannya sama.” Kata Nia Atirah dalam hatinya. Dia menjeling ke arah Maximo yang kini diam seketika. Kelihatan belak di bawah mata Maximo.
“You know! What made matter worse, when I realised what woje me up early in the morning. Like you said the azan. Now I woke earlier than that. I kept hearing hearing voices in ... I don’t know.... I think it is in arabic. ”
“Earlier than that? What time?”
“Around 5.00 am. Sometimes 4. 30 am. An I can sleep back after that!”
That couldn’t be the call for prayer. The call for prayer is around 5.40 to 6.00 am.” Terang Nia Atirah. “Correct me if I am wrong DZ.” Kata Nia ATirah memandang Damia Zahra ke dalam cermin kereta, cuba membawa Damia Zahra masuk ke dalam perbualan mereka berdua. Damia Zahra menganggukkan kepalanya. Maximo menoleh ke arah Damia Zahra seperti mahu kepastian dari Damia Zahra.
“Is it true?” Soal Maximo kepada Damia Zahra.
“Yes... Suboh prayer is around 5.50 nowadays, it can be 10 minutes earlier or later according the time of the year.” Jawab Damia lambat-lambat. Bila Nia ATirah sebut nama Damia Zahra baru Maximo hendak pandang wajah Damia Zahra, barulah hendak bercakap dengan Damia Zahra. Kalau tidak, dia jeling macam acuh tidak acuh sahaja. Macam Damia Zahra ni side kick Nia Atirah. Pelakon tambahan yang hanya perlu dipandang sesekali. Maximo hanya mahu tumpukan perhatiannya pada Nia Atirah.
“Apa yang ada pada Nia Atirah yang membuatkan Maximo hanya pandang dia sahaja.” Soalan itu sentiasa bermain dalam fikiran Damia Zahra. Keistimewaan apa yang ada pada Nia Atirah. “Memanglah Kak Nia baik orangnya.” Nia Atirah juga bijak dan pandai ambil hati orang. Damia Zahra pun sayang dengan Nia Atirah. Tapi di mata Maximo, Nia Atirah seperti terlalu istimewa. Berseri wajahnya bila dia dapat pandang wajah Nia Atirah.
“Pelik betul!” Abang Zaril pun sayang sangat dengan Nia Atirah. Damia selalu perasan walau di mana-mana sahaja kalau berjauhan sikit, mata Zaril Ikhwan akan mencari kelibat Nia Atirah. Agakny Zaril Ikhwan takut sangat NiaAtirah hilang lagi. DZ masih ingat lagi kisah Zaril Ikhwan dan Nia Atirah. Waktu itu zaman kegelapan bagi Zaril Ikhwan. Walaupun Damia masih muda lagi waktu itu tetapi dia dapat rasakan kesengsaraan Zaril Ikhwan dan keluarganya ketika itu. Ibu Bapa Damia Zahra juga turut susah hati dengan dengan keadaan Zaril Ikhwan. Macam tidak ada harapan untuk semboh dan nampaknya bakal dihantar rumah pemulihan sahaja. Damia Zahra juga masih tidak lupa pada hari perkahwinan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah. Memang dia masih remaja lagi tetapi dia tahu apa yang diperkatakan dan di bincangkan oleh Wan,kedua ibu bapanya dan juga Pak Long dan Mak Long Hanida. Ketika itu Damia rasa begitu kasihan sangat dengan Nia Atirah. DIa seperti menjadi korban apabila di kahwinkan dengan Zaril Ikhwan. Damia Zahra tidak dapat bayangkan bagaimana Nia Atirah akan habiskan hidupnya bersama orang seperti Zaril Ikhwan ketika itu. Begitu gelap di rasakan kehidupan yang akan ditempohi oleh Nia Atirah. Pada beberapa bulan berikutnya nyata kelihatan Nia ATirah begitu menderita. Damia Zahra mencuri-curi mendengar perbualan bibik dan mamanya sendiri atau dengan Kak Yati. Walaupun Wan tidak beritahu mereka secara terang-terangan tetapi mereka tahu yang ada kalanya Nia ATirah teruk didera secara fizikal oleh Zaril Ikhwan. Sedih betul keadaan mereka semua ketika itu. Tambahan Mak Long Hanida yang asyik mengatakan tindakan Wan mengahwinkan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan adalah satu tindakan bodoh dan kalau Zaril Ikhwan waras sudah tentu dia tidak akan setuju dikahwinkan dengan gadis kampong seperti Nia Atirah. Pada Mak Long Hanida lagi Zaril Ikhwan memang tidak akan semboh dan patut di leatkkan di rumah pemulihan.
Tetapi yang ajaibnya berkat usaha Nia Atirah, dari hari ke hari nampak perubahan pada diri Zaril Ikhwan. Damia masih lagi ingat betapa seronoknya mereka semua bila balik ke kampong melawat Wan dan mendapati Zaril Ikhwan kian sihat dan sudah mula mengenali mereka, memberikan senyuman pada mereka dan membalas pertanyaan mereka walaupun dengan ayat-ayat ringkas.
Kemudian Nia Atirah hilang begitu sahaja tanpa kabar berita bertahun-tahun lamanya. Damia tidak faham apa sebenarnya berlaku. Kedua ibu bapanya juga tidak tahu apa yang berlaku kerana perpisahan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah berlaku di Paris. Bila Zaril Ikhwan Mak Long Hanida dan Pak Long balik dari Paris, mereka semua tidak dibenarkan menyebut nama Nia Atirah lagi dihadapan Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan bertukar menjadi seorang yang dingin dan hanya mementingkan kerjayanya. Dia jadi jauh dari mereka yang menyayanginya.
Tetapi rupa-rupanya jodoh mereka masih panjang lagi. Entah macamana Zaril Ikhwan bertemu semula Nia Atirah di Turin Italy. Sesuatu yang tidak disangka. Macamana Nia Atirah berada di Di Italy selama ini dan tidak pulang-pulang ke Malaysia. Rupa-rupanya Nia Atirah ada seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan mereka berdua dan cuba menyorokkan Hazeril dari [engetahuan Zaril Ikhwan kerana takut Zaril Ikhwan merampas Hazeril dari dirinya. Pada Damia mereka berdua hanya buang masa sahaja. Kalau sudah saling sayang menyayang mengaku sahajalah. Tunjuk lah apa yang tersirat dalam hati, buat apa hendak sembunyi apa yang kita rasa sebenarnya. Bukankah mereka berdua buang masa hampir 5 tahun membawa diri masing-masing sebab mereka berdua tidak ada keyakinan dengan keteguhan cinta masing-masing. Nasib baik mereka masih bersama dan Hazeril dan Mia Zara. Kalau tidak kesihan dengan Hazril dan Miazara. Geram bila di fikirkan tindakan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan kerana keegoaan masing-masing, anak-anak mereka yang akan menjadi mangsa. Nasib baik mereka sedar akan kesialpan masing-masing dan menrendahkan ego masing-masing demi kerana perasaan cinta terhadap satu sama lain dan kasih sayang kepada Hazeril. Kalau tidak bayangkan Zaril Ikhwan dan Hazeril akan tinggal di Malaysia dan Nia Atirah dan Miazara tinggal di Turin, Nia Atirah akan sorok Miazara dari pengetahuan Zaril Ikhwan kerana takut di rampas oleh Zaril Ikhwan. Hazeril dan Miazara tidak akan kenal antara satu sama lain selamanya kalau Zaril Ikhwan dan Nia Atirah terus berdegil. Sebab itu Damia Zahra rasa sifat suka memendam rasa tidak sesuai buat sekarang ini. Kalau sudah suka, luahkan sahaja perasaan itu. Jangan simpan kerana akan buang masa. Kalau hendak seseorang, usaha sehingga berjaya dapat tawan orang itu. Buat apa hendak sorok-sorok dalam hati. Rugi nanti.
“It’s not going to happen to me. I will fight to get Maximo!” Kata Damia dalam hatinya. Dia menoleh kea rah tingkap memandang keluar. Dia perlu merancang dengan sebaik mungkin bagaimana hendak buat Maximo jatuh cinta dengan dirinya. Mereka akan bersama Maximo sepanjang ujung minggu ini nanti. Damia Zahra akan cari peluang agar dia akan dapat menghabiskan banyak masa dengan Maximo. Yang penting dia perlu aleh perhatian Maximo dari Nia Atirah. Baru Maximo akan nampak Damia Zahra sebagai seorang wanita yang cukup layak untuk dirinya. Hanya Damia yang satu-satunya wanita yang layak untuk Maximo. Damia Zahra tersenyum sendiri.
3 comments:
lamanya tunggu n3 neh. huhuu
cite ni cte kisah maximo ke?
cite ni cte kisah maximo ke?
Post a Comment