Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

ETDUS 5: Persembahan alam yang terhebat

Bab 5

Mas dan Ting menghabiskan banyak masa lapang mereka bersama, selain dari menjalankan tugas. Melakukan aktiviti-aktiviti lain bersama. Tiap-tiap pagi mas bangun untuk sembahyang, Ting selalunya sudah terjaga. Mas lihat Ting akan duduk, mendiamkan diri sementara mendengar Wak Ahmad berzikir dan membaca quran. Selesai sahaja Mas sembahyang, selalunya Ting sudah bersedia untuk keluar dan melakukan senamannya. Kadang kala Mas mengikut Ting bersenam atau Mas akan berjalan-jalan pada waktu pagi sementara Ting bersenam. Kadang-kala mereka mengikut Dr David meninjau ke dalam hutan berhampiran sementara menunggu sarapan siap. Selepas itu mereka sarapan bersama. Kemudian mereka pergi menjalankan tugas seharian mereka hingga ke petang.

Apabila sampai di Base camp pada waktu petang, Ting tunggu Mas sembahyang asar, kadang-kala Mas rasa terharu, sebaik sahaja balik dari mandi atau berwuduk, Mas lihat Ting sudah ambilkan papan lapis yang di sandarkan di dinding itu buat lapik sembahyang untuk Mas, lalu Ting sudah bentang papan lapis tersebut, lalu di lapiknya dengan kain pelikatnya. Semua sudah sedia untuk Mas sembahyang. Faham sahaja Ting akan keperluannya. Ting akan menunggu dengan sabar sehingga Mas selesai sembahyang, barulah mereka keluar bersama lagi, sama menyambung kerja-kerja, mengecam spesies haiwan, serangga atau membantu rakan lain dalam pengecaman dan pengawetan spesies tumbuhan. Tugas Ting lagi susah . Dia kena mengawet sample-sampel tumbuhan untuk di buat analisa apabila tiba di makmal nanti.

Adakalanya mereka juga berjalan-jalan di sekeliling Base Camp menikmati keindahan, anugerah tuhan. Selalunya berbincang tentang pelajaran. Sebagai pelajar Sarjana, memang Mas lebih banyak pengalaman dan pengetahuan. Ting banyak minta tunjuk ajar daripada Mas. Mas seronok menjadi tutor kepada Ting. Orangnya bijak dan mudah menerima ajarannya.

Pada waktu malam, banyak juga aktiviti seperti berjalan dalam hutan dan juga membuat persampelan waktu malam. Kalau tidak, mereka habiskan masa dengan membuat analisa di bangsal. Selalunya selepas sebelas malam barulah mereka masuk tidur. Itupun Ting akan tunggu Mas di hadapan bilik air, memandangkan bilik air terletak nun jauh di luar Bangsal. Dalam keadaan malam yang gelap begitu, Ting tidak akan membiarkan Mas sendirian. Setelah semua selesai, Mas sudah pun sudah selesai sembahyang Isyak, baru sama-sama mereka masuk tidur. Wak Ahmad selalunya sudah lama melayari malam-malam nya dengan dengkurannya yang berirama. Itu pun ada lagi benda yang hendak di bincangkan di di kongsi bersama. Kadang-kala Mas terlena begitu sahaj dalam mereka sedang berbual-bual dari sleeping bag masing-masing. Teringat Ting bagaiama dia dan saudaranya yang selalu berbual seperti ini pada waktu malam sebelum mereka tidur.

Mas sebenarnya tahu, selalunya Ting akan bangun dan periksa semuanya okay. Bila dia sudah pasti yang Mas dalam keadaan selesa dan selamat, baru dia akan masuk semula dalam sleeping baginya lalu terus tidur.

Begitulah Ting baiknya menjaga Mas. Baru Mas sedar, patutlah Dr. Zakaria dan Dr David memadankan dia dengan Ting. Mereka berdua sengaja mencarikan seorang yang baik hati seperti Ting, kerana tahu Ting bila di berikan tugas menjadi `partner mas’, dia akan betul-betul menjalankan tugasnya. Kalau Mas kena `partner’ dengan orang lain, terutama yang kaki pancing tu atau budak lelaki lain, memang sorang-soranglah Mas nampaknya. Mereka tidak akan layan Mas seperti mana Ting melayan Mas.
Pagi ini mereka mengikut Dr. David untuk membuat pantauan burung. Abu, Mazlan dan Raja turut serta bersama mereka pagi itu. Seronok sungguh dapat mengikut Dr David. Dengan tunjuk ajar dan kesabaran Dr. David, dapatlah mereka menikmati, keseronokan memerhatikan burung-burung yang terdapat dalam hutan itu. Dr. David akan menerangkan bagaimana mereka hendak mengenalsti setiap burung yang mereka perhatikan dan bagaimana hendak membezakan dengan spesies burung yang lain.

“Itu burung.. Gold-whiskered Barbet.” Terang Dr David. “Namanya dalam bahasa Malaysia ialah burung Takur Pipi Kuning, Kita boleh kenal burung ini dengan bulu badannya yang berwarna hijau, dan buning yang berwarna kuning dari bahagian pipi, warna ini membolehkan burung itu menyamar dirinya di kalangan daun-daun hijau untuk mengelakkan dari pemangsa.”

Dr. David fasih berbahasa Malaysia. Dia sudah lama berada di Malaysia. Semasa kuliah dia juga menyampaikan kuliahnya dalam bahasa Malaysia. Penerangannya begitu jelas dan terperinci selagi. Ramai pelajar yang suka dengan cara penyampaian Dr. David.

“Kalau hendak tahu, burung ini menghabiskan masanya dengan menyanyi sepanjang hari dan mencari makanan di kanopi hutan. Walaupun penyamarannya begitu berjaya sekali tetapi kadang-kala, dia boleh di kesan oleh kerana bunyinya yang unik dan kuat, tehoop-tehoop-tehoop-tehoop.”

“Apa nama saintifiknya Dr?” Soal Ting. Tertarik dengan penerangan Dr. David.

Dr. David segera membuka buka mengenai burung yang di bawanya.

“Megalaima chrysopogon.”

“Dr. tengok burung tu, yang kepalanya belang kuning dan hitam. Matanya bercelak hitam.” Kata Abu. Sambil mengunjukkan teropong pada Dr. David.

Itu ialah burung Pacat Bukit, atau Banded Pitta. Tengok tu, dadanya ada secalit warna biru dan seluruh badannya berintik-rintik seperti corak batik.

Mas dan Ting mengambil giliran meneropong burung yang di katakan oleh Dr David. Dr. David akan membuat catitan kepada setiap spesies burung yang di temui. Nampaknya dia menyimpan senarai burung yang di jumpainya di hutan Endau Rompin ini sejak hari pertama dia tiba di sini lagi. Sudah panjang senarai nama burung yang dia temui nantinya. Mas kagum melihat sikap teliti dan berhati-hati ahli saintis itu. Kalau boleh Mas ingin mengikuti tabiat-tabiat baik ketuanya itu. Mas juga bercita-cita ingin menjadi seorang ahli Sains yang terbaik.

“Woshhhh!” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi sayap seekor burung yang agar besar saiznya terbang betul-betul di atas kepala mereka dan terus hinggap di salah sepohon pokok hutan yang besar.

“Wow, kita sangat bertuah hari ini. Itu ialah helmeted hornbill. Mesti ada seekor lagi disekitar kawasan ini!” Ujar Dr. David, begitu teruja dengan kehadiran burung enggang itu. Mereka semua mendiamkan diri dan bergilir-gilir memerhatikan burung enggang itu.

“Tengok itu, dia seperti memakai helmet.” Seru Raja. Begitu terpegun dengan burung enggang yang mereka sedang perhatikan itu.
“Hornbill ini makan fruits, especially figs atau buah. Ia mungkin menggunakan paruhnya sebagai tool bagi menggali kayu reput dan kulit kayu longgar bagi mencari serangga dan mangsa sepertinya”.
“Ianya burung monogami, mereka akan setia bersama pasangannya sepanjang hidup. They are partner for life. Pasangan ini mengekalkan kawasan wilayahnya sendiri. Burung jantan yang menjaga wilayahnya akan berkelahi dengan, melagakan paruhnya sesama sendiri.” Terang Dr. David dengan panjang lebar.
“Tengok tu, Gading burung ini sangat ada harga. Paruhnya merupakan sumber ukiran yang berharga. Penduduk tempatan turut menggunakan pelepah tengah bagi menghiasi jubah penari dan hiasan kepala.
Dr. Apa nama saintifik dan melayu bagi burung ini ?” Soal Mas. Seronok dia dapat menimba ilmu di pagi yang indah ini.

“Oh ya… Nama sainsnya ialah Rhinoplax vigin nama tempatan ialah Enggang tebang mentua.” Kata Dr David sambil tersenyum.

“What!”
Dr David sudah agak dengan respons yang dia akan dapat dari pelajar-pelajarnya itu.

“Apa Dr. Nama dia enggang tebang Mentua? Peliknya.”

"Nama ini kerana bunyinya yang agak pelik. Cuba kita diamkan diri nama dan dengar. Bunyinya ada bunyi toks, tok tok yang berulang kali-kali, kemudian bunyi itu menjadi lebih cepat dan berakhir dengan bunyi seperti bunyi orang ketawa mengilai.”

Mereka mendiamkan diri dan cuba mendengar bunyi burung enggang tersebut. Tidak lama menunggu, tiba-tiba mereka mendengar bunyi seperti yang dikatakan oleh Dr. David itu. Begitu seronok mereka mendengarnya.

“Menurut cerita dongeng, Helmeted hornbill ini ialah seorang lelaki yang tidak suka dengan emak mertuanya. Dia menebang tiang rumah  emak mertuanya itu. Itu sebab keluar bunyi tok, tok tok itu. Bila rumah itu rumah dia ketawa mengilai kerana gembira . Sebagai balasan kepada perbuatan jahatnya itu, dia ditukar menjadi burung enggang dan seumur hidupnya ialah mengulang semula perbuatannya itu dengan mengeluarkan bunyi kapak menebang tiang rumah itu dan laungan ketawa mengilai setelah rumah itu runtuh.” Cerita Dr. Davod lagi.
“Enggang ini memang jadi satu lambing mitos bagi penghuni hutan dan orang-orang dulu-dulu. Ada banyak juga peribahasa melayu yang menggunakan enggang sebagai subjeknya.” Terang Abu.
“Iye ke?” soal Ting.
“Contohnya enggang sama enggang, pipit sama pipit, satu lagi enggang lalu ranting patah.”

“Yang enggang dan pipit tu saya tahu. Yang peribahasa nombor dua itu, apa maknanya?” soal Ting.

“Perkara yang terjadi secara kebetulan.”

“Wow. That is interesting! Siapa kata pelajaran Biologi ini boring!: seru Raja. Mereka yang lain mengangguk setuju. Mereka kemudiannya mendiamkan diri, mendengar lagi burung enggang itu berbunyi sambil ketawa.


*************************

Mungkin kerana rindu kepada keluarga yang ditinggalkan membuat Mas dan Ting sering bercerita tentang keluarga mereka kepada satu sama lain. Mereka menjadi sahabat baik, tempat meluahkan perasaan apabila rindu itu menerpa. Mereka melepaskan rindu kepada keluarga dengan menceritakan tentang gelegat anak masing-masing. Dalam masa ini juga Ting dan Mas tahu bagaimana sayangnya masing-masing kepada pasangannya dan anak-anaknya dan menghargai dan menghormati kasih sayang itu.

Petang itu Mas dan Ting di atas `Watch Tower’, sedang memasang perangkap kelawar di menara itu. Manakala Wak Ahmad berada di bahagian bawah menara sedang memansang beberapa buah perangkap mamalia. Kerja yang mereka buat adalah kerja tambahan untuk mengira bilangan mamalia yang terdapat dia kawasan itu.

Mereka sudah berada di sini sejak selepas asar lagi. Mas membantu Ting dan Wak Ahmad memanjat dan memasang perangkap. Setelah perangkap di pasang, mereka bertiga pun tunggu di atas menara sementara menunggu hari gelap. Manakala kumpulan Dr David, akan membuat penangkapan haiwan di muara sungai jasin. Mereka sedang sibuk memasang perangkap kelawar dan burung di sana. Mereka yang lain mengikut Dr, David, termasuk Ming. Kerja sukar kerana pemasangan pewrangkap terpaksa menggunakan sampan.

Kumpulan lain pula akan menyertai `jungle night walk’ hingga ke Blue Lagoon. Machang akan menjadi pemandu arah untuk perjalanan mereka itu. The jungle night walk sangat menarik sekali. Banyak jenis haiwan yang boleh diperhatikan pada waktu malam. Sayang sekali Mas dan Ting tidak dapat menyertainya kerana mereka bertiga ditugaskan untuk memerangkap haiwan di watch tower ini. Mereka sepatutnya menunggu di situ sehingga pukul sepuluh malam nanti. Kemudian semuanya termasuk kumpulan yang dari Janing barat dan yang membuat persampelan di sungai akan berkumpul di Base Camp untuk melihat hasil persampelan mereka hari ini.

Setelah siap semuanya mereka berdiri di Menara tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Menara ini didirikan atas hasil kerjasama antara pelajar UKM yang datang pada beberapa tahun yang lalu. Nampaknya Menara ini masih utuh lagi. Ianya terletak lebih kurang satu kilometer dari kawasan Base Camp.

“Mas, Ting, Wak hendak balik kejap.”

“Kenapa Wak?”

“Perut Wak tidak sedap. Wak tertinggal ubat. Lepas Wak sembahyang maghrib Wak datang balik.”

“Tak pe ke Wak? Jalan sorang-sorang nanti?”

“Nanti Wak ajak Ading atau Tating teman Wak.” Jawab Wak Ahmad. Kau orang tunggu sini. Nanti Wak bawa makan malam kau orang.”

“Iye ke Wak, Atau pun Wak sudah lapar ni. Tak sabar hendak tunggu sampai pukul 10.00 malam.” Laung Ting kepada Wak Ahmad yang sedang turun dengan laju ke tanah.

Wak Ahmad mendongak ke atas sambil tersengeh. “Itu pun juga.” Mas dan Ting ketawa melihat Wak Ahmad yang gendut itu segera menghilangkan dirinya di celah-celah rimbunan hutan itu.

Mas memerhatikan sekeliling Taman Negara yang tertua di dunia ini. Di sebabkan bilangan badak sumatera yang semakin berkurangan, yang menyebabkan usaha-usaha di jalankan pada tahun 1985/86 oleh Malaysia Nature Society (MNS) yang akhirnya mewujudkan Taman Negara ini. Ini dijayakan dengan membenarkan kemasukan sukarelawan yang membuat dokumentasi berates-ratus species haiwan dan tumbuhan, satu tugas yang begitu sukar untuk dilakukan.

Bentuk muka buminya yang terjadi dari letusan gunung berapi lebih kurang 150 juta tahun yang lalu, dengan cerun-cerun yang curam dan tanah berpasir yang membuatkan pembangunan di kawasan ini sukar dijalankan. Menyelalamatkan kawasan ini dari diterokai dan di musnahkan.
Kawasan ini di bahagikan 3 bahagian utama, zon A untuk pelawat yang terdiri dari kawasan yang mempunyai tempat bercamping dan trek-trek yang bertanda, zon B bagi penyelidik dan ranger-ranger taman, iaitu kawasan yang tidak dibangunkan. Zon C pulak ialah kawasan perlindungan untuk badak sumatera ini hidup bebas tanpa gangguan, supaya amereka boleh membiakan dan bebas dari kepupusan.
Angin bertiup lembut. Nyaman terasa berdiri di atas Menara ini, di tengah-tengah hutan, di atas dari kanopi yang menghijau. Mas menyedut udara nyaman dalam-dalam. Sungguh indah keadaan di sini. Hanya dia dan Ting berdua sedang menikmati keindahan hutan ini. Kehijauan kanopi hutan memenuhi semua ruang yang ada. Terbentang indah di hadapan mereka. Nun dicelah-celah kehijuaan itu ternampak kilauan sungai yang mengalir berliku-liku dicelah-celah kehijuaan hutan.

Matahari sudah mulai turun di ufuk Barat. Cahayanya diserakkan jauh tinggi ke langit, membuatkan awan menjadi merah, di belakangnya langit bertukar warna menjadi biru lembut.

Langit petang kian merah, memenuhi awan. Mas dan Ting terpegun melihat permandangan hutan yang begitu indah.

“It’s like God put us here, to witness see his greatest creation!” Kata Ting perlahan. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaannya ketika itu.

Mendengar kata Ting, Mas berpaling mukanya ke arah Ting. Ting yang juga leka memerhatikan langit mengalihkan pandangannya kepada Mas. Di lihatnya Mas tersenyum manis. Tiap-tiap kali Mas berikan senyuman hanya pada dia, jantung dia mesti berhenti berdegup. Dia pun hairan kenapa. Kenapa dia begitu tertarik dengan senyuman manis Manis, dia pun pelik. Tetapi bukan dia sahaja, Ting perasan bahawa machang pun seperti captivated by Mas. Walaupun Mas tidak perasan, Ting selalu ternampak Machang sering memerhatikan Mas. Ke mana Mas pergi, Machang seperti bayang-bayang, mengikutinya dari belekang tanpa disedari. Machang seperti mengawasi Mas dengan betul-betul. Sepanjang perkemahan mereka di Buaya Sangkut Ting mulai sedari gerak geri Machang terhadap Mas. Semasa Mas tidur, kadang-kadang Ting terasa seperti ada yang mengawasi Mas dari celah-celah banir hutan itu. Mas tidak sedari semua ini. Machang seperti pengawal setia yang menjaga puteri kesayangannya setiap masa. Kadang-kala Machang mencari buah-buah hutan, lalu diberikan kepada Mas. Mas akan memberikan senyuman manisnya kepada Machang. Pada masa itu muka Machang selalu terpegun bila menerima senyuman manis Mas. Tetapi Mas tidak perasan itu semua. Yang dia tahu dia gembira. Dia tidak sedar langsung akan senyuman manisnya terhadap jantung insan yang bernama lelaki.

Nasib baik kali ini Machang kena membawa kumpulan Dr. Zakaria meredah hutan di Janing Barat. Kalau tidak setiap gerak geri dan perbualan mereka mesti di perhatikan oleh Machang. Kadang-kala Ting rasakan dia dan Machang sedang merebut perhatian Mas, mengharapkan senyuman yang Mas bakal berikan. Senyuman yang akan menerjah jauh ke sudut hatinya.
“Keindahan hutan ini sungguh menawan.” Kata Mas.

Angin terus bertiup lembut, Ting lihat Mas memegang hijab yang menutup dadanya. Sungguh berhati-hati Mas dalam menjaga auratnya. Dalam keadaan lasak begini pun, dia amat berjaga-jaga tentang pakaiannya. Ting tahu, dia belum lagi menjawap kata-kata mas. Dia terdiam lama menikmati keadaan sekeliling and the pleasant company he is having now.

“Oh oh ya.. Kalau boleh saya nak duduk di sini. Aman, tenang. Tengok tu langit yang merah tu. Have ever seen something so beautiful.” Kata Ting seperti berkata-kata dengan dirinya sendiri.

Mas juga seperti Ting. Ingin rasa Mas berpuisi, tetapi tiada kata yang dia dapat luahkan untuk mengambarkan keindahan alam yang terbentang di hadapan mereka itu Sesungguhnya Keindahan alam adalah anugerah dari Ilahi. Mas dapat rasakan ketenangan dan kedamaian dalam dirinya dengan memandang keindahan alam itu.

Makin matahari sujud ke bumi. Seketika nanti ianya akan ditengelamkan di ufuk Barat. Waktu yang sibuk telah bermula. Semua haiwan hendak pulang ke sarang masing-masing. Burung kakak tua dan toucan terbang ke langit di hadapan mereka.
Di atas kanopi–kanopi yang menghijau sekumpulan lotong berlari-lari memasuki rimbunan kanopi untuk berlindung. Mereka sudah puas mencari makan sepanjang hari, kini tiba masa untuk berehat sepanjang malam. Bunyi bising mengiring mereka. Tidak lama kemudian, burung-burung berterbangan keluar dari kanopi-kanopi hijau itu.
Berhampiran dengan watch tower, kedengaran bunyi yang begitu kuat dari dari dua ekor enggang yang sedang berdua-duaan. Nampaknya mereka tidak sedikit pun gentar dengan kehadiran Ting dan Mas di situ. Setelah puas mematuk buah-buahan di dahan itu, pasangan enggang itu terbang ke dahan yang berhampiran. Kedua nya mengeluar bunyi yang amat bising seperti orang sedang ketawa.



Selesai pertunjukkan sang enggang, sekawan tupai pula keluar berkejar-kejaran di atas kanopi itu. Seronok Mas dan Ting melihat gelagat tupai itu bermain sebelum mereka berehat untuk malam hari. Kemudian seperti menyaksikan persembahan ballet, sekawan burung botak terbang menuju ke ufuk barat. Bunyi mereka seirama, makin jauh makin hilang. Manakala di bawah lantai hutan kedengaran sang unggas riuh berbunyi seperti menceritakan peristiwa hari ini kepada kawan-kawan sebelum mereka berehat setelah seharian mencari makanan. Cengkerit juga riuh berbunyi, menambah kemeriahan simphoni hutan rimba ini.


Ting dan Mas diam membatu. Takut pergerakan mereka merosakan suasana. Rupa-rupanya ketika itu Mas dan Ting menikmati pertunjukkan alam yang sungguh menakjubkan. Bola matahari yang berwarna jingga akhir tenggelam ke ufuk langit dan awan menjadi warna jingga dan langit berwarna unggu. Mereka berdua menyaksikan langit yang merah itu perlahan lahan bertukar menjadi gelap apabila malam mula menjelmakan dirinya. Alam semulajadi membuat persembahan hutan hujan tropika yang yterhebat khas untuk mereka berdua. Irama latar haiwan hutan belantara seumpama persembahan okestra, sangat menghiburkan buat pencinta alam seperti mereka. Kilauan kemerahan menyinari keatas kanopi hutan menyiratkan keindahan yang tiada taranya. Malam sudah menjenguk-jengukkan wajahnya. Terasa tirai persembahan hari itu telah di tutup. Mas dan Ting masih tidak dapat berkata apa-apa dengan persembahan itu.

“The nature’s greatest shows on Earth. God show his creation ..Amazing! The whole orkestrated magnificent show witness by only you and me. Don’t you think it is wasted..just only for two of us to witness.” Soal Ting pada Mas. Baru Mas hanya tersedar, air matanya mengalir kerana terlalu taksub dengan persembahan alam yang begitu mengasyikkan. Mas terasa begitu hiba dengan panorama saujana yang sungguh indah, seolah-olah dia berada berjuta tahun yang lampau, sejak mula hutan dara ini terbentuk. Mas bersyukur ke hadrat Illahi kerana seketika, dia dapat menikmati keindahan alam ciptaan Nya itu.

“Why it is wasted only to the two of us as an audience.” Soal Ting. Matanya masih tertumu ke ufuk barat, tidak puas memandang keindahan senja itu.

“No.. it ias not wasted,… kita tidak tahu kenapa nikmat ini yang tuhan berikan pada kita. Everything thats happen ada kebaikannya. I never doubt that.”

“Sepanjang umur hidup saya, saya tidak akan lupakan hari ini.” Ting berkata perlahan-lahan dan memandang Mas. Mas juga menganggukkan kepalanya.

“Begitu juga, saya tidak akan melupakan hari ini. Adakah kita kita dapat melihat langit yang indah seperti ini lagi. ” Mas masih kagum dengan keindahan yang terbentang di depan matanya. Dapat menghayatinya keindahannya bersama dengan sahabat baiknya lagi

Mereka terus berdiri memerhatikan keindahan alam ini sepuas-puasnya. Tatkala itu hanya tuhan sahaja tahu keindahan yang terukir di dalam hati mereka. Begitu selesanya untuk berada bersama seseorang yang mengerti perasaan masing-masing, dalam diam mereka terus menyaksikan persembahan alam yang terindah dan keindahan itu di simpan di dalam hati. Tidak mereka berdua menduga kesannya keindahan alam ketika itu dan kenikmatan persahatan yang terjalin, selepas ini bila terpandang langit petang yang memerah di ufuk barat, terkenang hari yang indah ini dan mereka teringatkan akan mereka antara satu sama lain.

*******************************


Setelah malam tiba, mereka terpaksa menunggu beberapa jam lagi sebelum kelawar mula berterbangan dan mungkin ada yang terperangkap di perangkap mereka. Wak Ahmad belum tiba lagi. Mungkin dia sembahyang isyak dahulu dan makan malam sebelum dia datang kembali ke situ. Sambil duduk di atas watch tower, mereka meneruskan perbualan mereka. Mas duduk bersila di atas lantai menara sambil menyandarkan badannya ke batang pohon yang menjadi asas kepada menara itu. Manakala Ting pula duduk disebelahnya. Masih banyak cerita yang hendak dikongsi bersama. Apabaila ada sahaja peluang untuk bercerita, apa lagi, Mas tidak habis-habis bercerita tentang anak-anaknya, Shazan, Sazali dan Mira. Terlepas rindu kepada anak-anak apabila dia dapat berkongsi cerita tentang anak-anaknya kepada orang yang sudi mendengar.

Begitu juga Mas sangat suka mendengar cerita Ting dan keluarganya. Mas sedih mendengar tentang isteri Ting, Mei yang kini telah tidak berapa sihat. Ting agak risau kerana dotor mensyaki Mei mengidap penyakit barah. Mendengar itu, Mas rasa simpati, terutama anak Ting bernama Joshua yang dua tahun lebih tua dari Shazan, anak Mas yang sulung, berumur tujuh tahun.
“Umur Ting begitu muda apabila berkahwin dengan Mei bukan.” Orang tidak akan sangka Ting sudah mempunyai seorang anak lelaki yang berumur Sembilan tahun. Ting kelihatan seperti seorang yang belum berumah tangga.
“Iye, kata Ting, Kami baru berumur 19 tahun pada masa itu. Kami berkawan sejak dari Tingakatan 5.” Mas menganggukkan kepalanya. Dia dan Hakim juga berkahwin pada usia yang muda iaitu ketika Mas berumur dua puluh tahun. Tetapi ini adalah masa untuk Ting menceritakan kisahnya. M as tidak mahu bercerta tentang kisah dirinya.

“Oh … kekasih remajalah ni. High school sweet heart rupanya.” Usik Mas. Ting pun senyum mengenangkan isterinya.
“Tapi actually, kami berkawin tanpa bersetujuan keluarga.” Kata Ting,
“Keluarga Ting di mana?”
“Keluarga saya di Kuala Lumpur.”
“Ting membawa diri ke Pulau Pinang ke? Macamana boleh jadi begitu?”
Ting mengangguk perlahan kemudian dia meneruskan ceritanya.
“Papa tidak mahu merestu perkahwinan kami. Jadi saya bawa diri.”
“Jadi Bapa Ting tidak pernah jumpa Josh ke?”
“Tidak. Masa Pertengkaran yang teruk. Papa kata jangan balik ke rumahnya lagi”.
“Jadi Ting merajuk ye? Mungkin sekarang telah berubah.”

Ting mendiamkan dirinya. Mas memujuk lagi.
“Bapa Ting pun sudah tua. Mungkin apabila melihat Joshua, hati nya kan berubah? Datuk mana yang tidak sayang cucunya. Why not just try and see.”

“Mungkin, .... Ah Mei seorang yang so sweet and baik. Kalau Mas jumpa dia pun Mas mesti suka dia. Kalu papa dapat kenal dengan Ah Mei pun mungkin papa suka dengan dia. Ting mengeluarkan sekeping gambar dari dompetnya lalu di berikan kepada Mas.
Ah Mei seorang wanita Tiong Hua yang berbadan langsing, tidak terlalu cantik jika dibandingkan dengan ketampanan Ting. Sweet and innocent orangnya. Hari sudah makin gelap. Mas kena menggunakan lampu suluh untuk melihat gambar Ah May.

I can see why so love her. She is so sweet, macam bunga mawar putih sedang kembang. Ini Joshuake? Tanya Mas. Ah May sedang memegang tangan seorang budak lelaki.

“ni Josh berumur ketika berumur 5 tahun.” Terang Ting.

“Ye ke tingginya dia.” Mas teringatkan Sazali yang berumur 5 tahun, tetapi tidaklah tinggi macam Josh.

“Mungkin ikut bapanya.” Ujar Ting, giginya tersusun peutih apabila dia menguntumkan senyum mengenangkan anaknya. Ting memang lelaki yang tinggi orangnya. Mas menghulurkan balik gambar Ah May dan Joshua kepada Ting.

“Ting patut cuba berbaik dengan papa Ting. Mesti mereka pun akan sayang Ah Mei dan Joshua.

“You think so?” Soal Ting lagi. “Sebenarnya saya juga rindukan papa dan mama dan John, tetapi..

“Cubalah Ting. Kasih sayang ibu bapa takkan lenyap begitu sahaja. Ehhh..Siapa John? Tiba-tiba mas teringatkan Ting ada menyebut nama John.
“John adalah kembar saya.” Jawab Ting sambil tersenyum mengenangkan saudaranya.

“Ting ada adik kembar? Seronoknya. Kalau macam tu Ting kenalah berusaha untuk balik ke pangkuan keluarga.” Usul Mas lagi.
Ting cuma mengangguk. Saya juga rindu sangat hendak berjumpa dengan John.”

Mas dan Ting terdiam sambil r mememerhatikan keadaan sekeliling yang sudah kian gelap.

Langit pun sudah hilang kemerah-merahnnya. Suasana hutan diam seketika. Bintang-bintang mulai kelihatan di dada langit. Mas bersandar di batang pokok memerhatikan keindahan malam. Begitu juga Ting. Selesa sungguh rasanya dapat berbual dengan Mas. Kesunyian yang dirasaikan begitu selesa. Hanya dengan sahabat sejati sahaja kita boleh menikmati keadaan sunyi sepi bersama tanpa rasa kekok. Malahan sebagai sahabat sejati, semua perkara yang dilakukan bersama memberikan keselesaan. Keadaan senyap itu berpanjangan. Berat rasanya hendak memecahkan kesunyian yang begitu selesa dirasakan oleh mereka berdua.

Tiba-tiba terdengar bunyi jaring perangkap dilanggar sesuatu.

“Kelawar masuk jaring!” seru Mas.

Ting bingkas bangun dan menyuluh ke arah jaring. Seekor kelawar terperangkap tempat duduk mereka. Mas mengeluarkan bag guni dan Ting segera cuba melepaskan kelawar dari perangkap yang kian menjerutnya. Jika dibiarkan kelawar tersebut lama dalam keadaan begitu, ianya akan lemas. Ting cuba lepaskan dengan berhati-hati mengikut bagaimana yang Wak Ahmad ajarkan. Selepas bergelut dengan kelawar itu seketika, Ting Berjaya melepaskan kelewar itu dari jarring dan segera memasukkannya ke dalam beg guni. Nanti balik ke Base Camp baru boleh di buat pengecaman, di ukur dan di tandakan dan semua rekod ini akan dicatitkan. Kemudian kelawar ini akan di bebaskan semula.

Setelah selesai meletakkan kelewar ke dalam beg, Mas dan Ting duduk semula di lantai menara.

“Kenapa Ting dan Ah Mei kawin dalam usia begitu muda.” Mas menyambung soalannya.
“Ah Mei, anak yatim piatu dan tinggal dengan neneknya dan emak saudaranya. Saya selalu kesihan dengan May. Sebelum pergi sekolah dia kena jaga nenek dan menjaga rumahnya. Mei selalu kena pukul oleh mak saudaranya. Nenek yang selalu melindungi May. Bapa saudaranya sering mabuk. Ah Mei takut dengan bapa saudaranya. Satu hari semasa Mei sedang tidur bapa saudaranya pernah masuk ke bilik tidurnya. “
“Kesihannya.”
“Saya tempat Mei mengadu nasib. Pada masa tu kami sama-sama sekolah di tingkatan lima. Mula-mulanya saya kesihankan may, lama kelamaan saya mula kasihkan dia. Selain nenek, saya sahajalah tempat Mei bergantung dan saya memberikan sinar harapan untuk Mei teruskan hidupnya. Mei sudah tidak ada sesiapa lagi.

Selepas habis STPM, nenek Mei meninggal dunia. Mei tidak sanggup tinggal dengan emak saudaranya lagi. Bapa saudaranya tidak kerja. Pada siang hari waktu mak saudara bekerja. Bapa saudara sentiasa ada di rumah. Mei takut sesuatu yang buruk berlaku. Mei hendak keluar dari rumah. Tapi saya minta Mei bersabar. Sebab kami masih belajar. Satu hari perkara yang buruk yang Mei takuti selama ini, hampir-hampir terjadi ke atas dirinya. Pak cik Mei cuba mencabul Mei. Nasib baik emak saudaranya balik cepat hari itu. Tetapi Mei yang dihalau keluar oleh emak saudaranya.

Mei hendak ke Pulau Pinang, mencari kerja kilang. Dia ada kawan di sana. Saya tidak sanggup membiarkan Mei pergi sebatang kara begitu sahaja. Saya pernah berjanji dengan nenek yang saya akan menjaga May. Tetapi saya belum ada pekerjaan. Baru hendak masuk universiti.”

Memang Mas tidak salah selama ini, Ting adalah seorang anak muda yang baik dan bertanggungjawab. Dalam terharu Mas juga rasa bangga dengan sahabatnya itu.

“Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkawin. Apabila cakap dengan papa, papa mengamuk. Papa impikan harapan yang lebih tinggi buat saya. Saya dan John sepatutnya pergi ke UK atau US untuk melanjutkan pelajaran. Masuk bidang busines. Papa sudah lama menabung untuk kami belajar. Tetapi saya hendak masuk Universiti Sains Malaysia supaya berhampiran dengan Mei. Papa marah, kalau nak ke USM dia suruh saya biayai sendiri. So kami pergi ke Puala Pinang, saya masuk USM, Mei kerja kilang sambil membiayai pengajian saya. Besarkan pengorbanan Mei untuk saya.” Cerita Ting dengan panjang lebar.
“Ting juga banyak berkorban untuk Mei.”
Ting menganggukkan kepalanya.
“Kini apabila saya sudah bekerja, kehidupanan kami sudah mula senang dan selesa. Tetapi belum sempat saya memberikan May kemewahan, kini dia sudah sakit.”

Sebak dada Mas mendengar cerita Ting. Tidak tahu mas bagaimana dia memberi kata-kata hendak membuat meringankan bebanan Ting. Nyata dalam ketenangannya itu Ting sedang menderita.
“Bagaimana teruknya sakit Mei?” Soalnya lembut.
Ting mengelengkan kepalanya. “Masih peringkat awal pemeriksaan. Kami belum tahu lagi apa rawatan yang selanjutnya.”
“Saya doakan Mei akan sehat kembali Ting.”
“Terima kasih Mas.”
“Sabarlah Ting, kadang-kala kita tidak tahu apa sebenarnya di sebalik ujian tuhan.”
“Sejak akhir-akhir ini saya pun banyak mendekatkan diri kepada yang Maha kuasa. Saya dapat rasakan ada rahmat di sebaliknya.”
“Maksud Ting?”
“Saya pun tidak tahu bagaimana hendak di terangkan tetapi saya tetap dapat merasakan rahmatnya disebalik penderitaan yang tuhan berikan ini. Membuat saya terus mencari dan mencari jawapan.”
“ Maafkan saya, kenapa saya lihat Ting tidak seperti orang penganut Buddha lain?”
“Maksud Mas.”
“Entah, cara cakap Ting pun lain.”
“Saya masih lagi mencari cari Mas.”
“Saya tahu saya ni lain sikit, dari kecil lagi saya banyak mengikut cara orang Melayu daripada orang Cina. Dalam hati saya masih banyak persoalan yang belum terjawap. Setiap kali melaksanakan penyembahan mengikut agamanya, selalu timbul pertanyaan dalam hatinya. "Tuhan yang mana satu yang mesti disembah dengan sebenarnya?"
Mulanya saya menjadi penganut Buddha kerana ibu saya penganut setia agama Buddha, saya juga menganut agama tersebut secara tradisi turun temurun, iaitu secara warisan dan ikut-ikutan saja.
Mas hanya mendengar cerita Ting.
Setelah umur saya meningkat sedikit, saya merasa tidak puas hati dengan apa yang saya anuti. Saya rasa ianya tidak sesuai dengan pemikirannya. Lalu saya cuba cari pegangan hidup yang lebih masuk akal dan dan ikut papa yang beragama Kristian.”

Walaupun saya tertarik dengan agama itu kerana saya ingat lebih baik dari agama yang diwarisi dari ibu. Sebagai pengikut gereja, saya menerima pengajaran tentang Tuhan Bapa, Tuhan anak dan Ruhul Qudus. Doktrin dan ajaran dalam Kristianyang diterima dari padre yang disampaikan di gereja.”
Sekarang ini saya mula berfikir pula, tentang dasar ketuhanan yang saya anuti. Bagaimana seseorang akan menyembah kepada Tuhan yang tiga itu? Ianya agak membingungkan. Walaupun saya sudah mulai ragu dengan agama Kristian, tetapi saya masih tetap memeganginya, walaupun kurang yakin. Ada kawan saya yang muslim yang mengajak saya memluk Islam, tapi saya belum dapat jawapan kepada soalan-soalan saya.”
“Maksud Ting apa?”
“Bagaimana nanti saya akan jawap kenapa pilih mengikut ajaran Muhammad, sedangkan Buddha dan Jesus pun belum saya kenali. Jadi saya masih mencari, mencari jawapan yang sebenarnya.” Jelas Ting lagi. Kalau Ting mengharapjawapan dari Mas, dia telah bertanya kepada orang yang salah.
“Saya ni tak pandai dalam hal ini Ting. Malah saya jahil, saya tidak boleh berikan jawapan pada Ting. Saya Cuma boleh doakan Ting akan temui jawapnnya. Teruskan mencari Ting, Insya Allah Ting akan jumpa. Saya doakan. Open your heart to god Ting. God will find you.”

Ting mengangguk perlahan, walaupun jawapan Mas sebenarnya tidak ada jawapan yang terbaik ntuk Ting, Dia bersyukur dapat bertemu teman yang memahami dilemmany,a yang tidak memaksanya tetapi cuma mendegar dan memahaminya. Ting senang dengan cara Mas. Kadang-kadang rakannya terlalu memaksa Ting. Membuat dia sesak dan hatinya tertutup. Tetapi Mas menyarankan agar Ting membiarkan pintu hatinya terbuka tanpa memaksa dirinya.
Mas manrik nafas panjang. Dia Cuma boleh berserah kepada ALLAh swt. Bukan taraf dia untuk member tunjuk ajar pada Ting. Mas hanya menjawap sekadar yang dia mampu . Cuma Allah yang Maha mengetahui.

Mas kembali mendongak ke langit yang tidak berawan. Seolah-olah hijab kebesaran Allah yang Maha Agung telah dibuka. Langit yang luas tanpa bertongkat dihamparkan bintang-bintang tidak bertali. Sesekali kesejukan malam menempuh tubuh mereka, selembut kasih Allah pada umat-NYA.
Mas berkata sendirian, “sesungguhnya kasih-MU, Ilahi tidak pernah bertepi. Semoga-moga hati Ting di buka luas untuk agar dia mendapat jawapan kepada soalan-soalannya.”
Tidak berapa lama kemudian kedengaran suara Wak Ahmad sedang bercakap-cakap dengan seseorang, makin lama makin menghampiri watch Tower mereka. Akhirnya Wak Ahmad tiba dengan membawa makanan malam untuk mereka berdua.

ETDUS: Perjalanan Ke Buaya Sangkut: Machang, Mas dan Ting

Bab 4
Air Terjun Buaya Sangkut merupakan air terjun yang terbesar dan paling terkenal di sini kerana ketinggiannya yang hampir mencecah 40 meter. Air yang turun melalui celah-celah batu-batu besar begitu kelihatan menakjubkan sekali. Semua orang yang mengunjungi Endau Rompin tidak akan melepaskan peluang untuk sampai ke Air Terjun Buaya Sangkut ini. Untuk sampai ke Buaya sangkut mengambil masa perjalanan hampir masa satu hari. Mereka yang hendak ke situ memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki trek-trek hutan, melalui perjalanan begitu mencabar sekali.

Mas sedang berjalan seorang diri di dalam hutan. Pada awal perjalanan mereka, Ting mengikut sahaja di belakang Mas. Mas berjalan agak lambat kerana keadaan fizikalnya yang lemah berbanding dengan mereka yang lain. Tetapi Ting tetap mengikut Mas. Membuatkan perjalanan Ting menjadi lambat. Mereka agak tertinggal jauh ke belakang. Mas kurang senang apabila Ting berbuat demikian. Mas menyuruh Ting meneruskan perjalanannya tanpa menunggu Mas. Mas tidak mahu dia yang menjadi sebab melambatkan perjalanan kumpulan mereka. Mas juga tidak mahu bantuan Ting. Ting menawarkan dirinya untuk membawa barang-barang Mas. Lagi membuat Mas marah. Dia tidak mahu kalah di dalam hal ini. Dia ingin membuktikan bahwa dia boleh melakukan perjalanan ini sendirian. Walau pun lambat dia akan sampai juga ke Buaya Sangkut tanpa menyusahkan sesiapa. Ting tidak mahu langsung berjalan mendahului Mas. Lantas Mas berjalan lebih cepat untuk meninggalkan Ting. Lama kelamaan, Ting di tinggalkan jauh di belakang dan hilang dari pandangannya. Mas tidak mahu bergantung kepada Ting lagi. Mas marah dengan Ting.

“Macamana you boleh tahan Mas, sehari-harian dengan Mr Handsome tu. He is so gorgeous. Tall and handsome. I tengok badannya…. His athletic body, his six pack abdomen. His slim hips. Wow.” suara halus Ming masih terngiang-ngiang di telinga Mas. Mereka sedang membasuh baju di tepi sungai pada hari sebelumnya.

Apabila Mas sampai di Base Camp pagi itu, Mas terus membasuh pakaiannya. Ting dan Wak Ahmad sibuk menyusun barang-barang persampelan. Mas lihat tidak ada orang yang berada di sungai. Mas ambil peluang itu untuk mandi dan membasuh bajunya. Tidak lama kemudian Ming datang menyertainya membasuh pakaian.

“Kalau I jadi you, tentu tak boleh buat kerja. He is too handsome and yummy. You pulak all the time... with him..”Ming tidak habis-habis memuji Ting.
Mas memandang muka Ming. Memang betul kata Ming itu. Boleh dikatakan Mas dan Ting menghabiskan masa bersama-sama, malahan tidur malam pun di katil bersebelahan.

“You tak perasaan ke, Ting sungguh tampan. I admire him.”

“Eh! I ingat Raja kata Chinese girl tak minat Ting sebab muka dia macam orang melayu.”

“I bukan Chinese girl yang lain. Minat I lain, bukan pada Chinese boy. You tengok muka Ting tu, kacak habis, his straight and aquiline nose, his high cheek bone, his deep set eyes, his beautiful mouth. Kulit dia pun tidak putih sangat. Gelap sikit. Itu yang suka. Tall, dark and handsome.”

“Entahlah Ming. Pada I macam biasa sahaja.”

“Takkan you tak rasa apa-apa bila bersama dengan dia masa buat kerja tu?”

“I ni datang sebab tugas. Kalau hendak suka-suka, baik I duduk dekat rumah dengan anak-anak I Ming. Ada faedahnya!” Jawab Mas, sambil acuh tidak acuh, sambil memberus pakaiannya di atas batu.

“Apa salahnya you ni…. seronok-seronok sikit. Kalau I jadi partner Ting... tentu best. Kalau sekali his beautiful eyes set on me. My heart stop beating.” Ujar Ming lagi. Dia bangun sambil mengikat rambutnya yang panjang dan cantik. Potongan badannya sangat menarik. Kulitnya putih dan licin. Ming cuma mengenakan seluar pendek dan baju T- sendat bewarna merah. Lagi menyerlahkan kegebuan kulitnya.

“Kalau I tackle dia, agaknya boleh dapat tak?” Tanya Ming. Mas mendongak dari membasuh bajunya, memandang wajah Ming penuh kehairanan.

“Betul ke budak sorang ni?” Mas berkata dalam hatinya.

“Kenapa you pandang I macam tu? You marah tak kalau I tackle Ting?” Tanya Ming lagi.

“Ming, betul sikit cakap tu. I ni sudah kawin, ada anak tiga. You nak tackle Ting, tackle lah. Tak ada kena mengena dengan I.” Mas lantas mengalehkan perhatiannya kepada baju-baju yang masih banyak belum tercuci. Malas hendak melayan Ming.

Ming duduk kembali sebelah Mas, wajahnya cantik dan mulus didekatkan pada Mas.

“Tak kisahlah, Mas. I cuma nak seronok-seronok sementara kita di sini. Mas janganlah jealous pulak!”

Mas mendiamkan dirinya. “Apasal aku nak marah.” Dia berkata sendirian. “Aku jealous? Mengarutlah betul budak sekor ni.” Tempelak Mas pada dirinya sendiri. Melihat Mas mendiamkan diri, Ming menjadi lebih berani.

“You tengok body dia, those muscle, broad shoulder and slim hips. Macam hero dalam romantic novel. I am sure he is good in bed.”

“Astagafirullah Al Azim! Ming!!! Terkejut Mas mendengar kata-kata berani Ming itu. Mas memandang wajah Ming dengan penuh perasaan terperanjat dengan kenyataan anak dara itu.

“Kah, kah, kah.....” Ming ketawa dengan kuat sekali apabila Berjaya membuat Mas terkejut. Burung-burung berteduh di ranting berhampiran yang sedang meninjau-ninjau buah-buah hutan berterbangan ketakutan. Macam bunyi burung tebang mentua.

“Sorry… sorry … Mas, I just can’t resist nak usik you. You ni serious betul lah. Saja nak tengok you loosing up a little bit.”

Gadis itu kemudiannya mengambil bajunya di atas batu yang terbiar sejak tadi lalu memulasnya. Setelah itu Ming kembali menghampiri Mas.

“Tapi kan Mas, dia tu memang handsomelah Mas.” Kata Ming , wajahnya yang jelita dan ayu memandang jauh seperti orang yang merindu. “You bohong kalau you kata you tak perasaan tentang Ting. I can see in your eyes, you pun kagum dengan ketampanan Ting. Betulkan?”

“Lantak engkaulah Ming. Malas I nak layan.” Jawab Mas, tetapi Ming buat tidak perduli dengan Mas. Dia terus bercakap-cakap dengan Mas tentang Ting.

“Kalau boleh I nak join you all sampling. Tentu seronokkan? Tapi I rasa senanglah you Mas, semua kerja Ting yang tolong. Nasib baik Ting tu rajin. Semua kerja dia kena buat dua kali ganda. Kena buat research and sampling, kena bantu you. Kesian buah hati I tu.”

Berdesing telinga Mas mendengar kata-kata Ming. “Maksud you?”

“Kalau Ting tak buat double job, your team mestilah ketinggalan. I know for a woman like you, this jungle trekking is very tough.” Kata Ming lagi. Geram betul Mas mendengarnya. Ming sedang perli aku ke? Memang badan aku berisi sikit. Aku bukan wanita lasak, badan penuh dengan lemak bukan otot. Tapi aku tak pernah menyusahkan sesiapa. Dia jegil matanya ke arah Ming yang sedang membilas bajunya. Hendak di telan rasanya. Ting mengadu dengan dia ke?
“Jaga kau Ting.” Mas meradang sendirian.

“Ting cakap macam tu pada you?” Tanya Mas, suaranya agak tinggi. Ming hanya tersenyum, nampaknya perbualannya membuat Mas tersinggung.

“Alah semua orang tau. Bukan I sahaja yang perhatikan you all.” Tiba-tiba sepasang burung enggang terbang hinggap di sebuah pohon yang rantingnya menjuntai ke sungai. Cepat-cepat Ming menukar topik perbualan dan menarik perhatian Mas kepada kedua pasangan burung itu.
*****************

Sampai ketika ini, dalam perjalanan mereka ke Buaya Sangkut, Mas masih marah dengan kenyataan Ming itu. Lagipun lewat petang semalam, setelah puas berehat Mas keluar mencari Ting, kata Dr. Zakaria Ting sedang membasuh pakaian. Mas menyusul Ting, kerana ingin bertanya dengan Ting tentang kenyataan Ming itu. Tiba-tiba dia lihat Ting yang tidak berbaju dan Ming yang berbikini sedang memegang dada pejal Ting. Kedengaran Ming mengajak Ting ke tempat lain yang lebih terlindung. Nadanya begitu mengodakan sekali. Berderau darah Mas melihat mereka berdua. Dia terus cabut. Bukan hal dia, kalau mereka berdua menjalin perhubungan. Ting boleh buat apa dia suka. Tetapi hati Mas betul-betul bengkak. Dia sangka Ting begitu baik orangnya. Mas ingat Ting setia pada isterinya. Kalau sudah begitu intim perhubungan mereka. Jadi mesti Ting yang kata pada Ming yang Mas menyusahkan dia

Itu sebabnya itu dalam perjalanan ke Buaya Sangkut ini, dia tidak mahu langsung berjalan bersama Ting. Tidak mahu dikatakan dia bergantung kepada Ting. Macamana pun dia akan buat sendiri. Dia akan sampai ke Buaya Sangkut tanpa bantuan sesiapa walaupun perjalanannya sangat sukar sekali. Nafasnya tercungap-cungap. Penat dia berjalan mendaki bukit, terutama sekali dengan badannya yang agak berat itu. Teringat Mas susuk tubuh Ming yang langsing dan menarik itu. Kalaulah badan dia macam tu mungkin senang sikit perjalannya ini.

Kata orang, cara yang terbaik untuk meneroka dan mengetahui keindahan Hutan Endau Rompin ini ialah dengan menjelajahi dengan berjalan kaki, menyusuri laluan trek-trek hutan ini melalui teduhan kanopi-kanopi pokok yang berbanir-banir besar itu. Lantai hutan dipenuhi dengan berbagai jenis cendawan dan fungi yang beraneka warna, dan jika mendongak ke atas, dapat pula memerhatikan corak-corak kanopi pokok menghijau, disamping sang rama-rama yang beraneka warna terbang berhampiran ke sana ke sini.

Terdapat 26 kilometer trek hutan dalam keseluruhan taman Negara ini, jalan-jalan yang paling biasa di lalui ialah trek dari Base Camp ke Batu Hampar dan ke Buaya Sangkut, yang melalui beberapa sungai yang deras dan trek-trek yang mencabar. Mereka menggunakan khidmat Machang untuk memandu mereka dan membantu mereka semua ke sana. Machang sudah mendahului mereka di depan lagi. Sejak memulakan perjalanan ini Mas sudah tidak Nampak Machang lagi. Lagipun Machang macam berjalan atas angin sahaja di dalam hutan tebal ini.

Langkah Mas terhenti. Trek mana yang dia harus ikut? Sudah sesat ke aku sorang-sorang dalam hutan belantara ni. Mas memandang sekeliling, dia tidak nampak laluan yang boleh dia lalui. Mas memandang ke belakang. Tidak ada sesiapa di belakangnya. Kelilingnya hutan hujan tropika yang begitu tebal. Hanya bunyi cengkerit dan sang unggas yang kedengaran.

“Itulah! Eksyen sangat! Kata nak buktikan boleh berdikari!” Mas makin rasa gentar. Suasana hutan semakin suram. Awan menutupi langit menandakan hujan akan turun.

Tidak lama kemudian manik-manik hujan sudah mula jatuh ke bumi. Sekarang Mas naik panik.

“Apa nak jadi kalau aku sesat dalam hujan ini?” Mas berdiri kaku memerhatikan trek-trek jalan yang harus di ikutnya. Dia membiarkan cerek dan kuali yang di bawanya jatuh ke lantai hutan. Bag galasnya masih di belakangnya. Kali ini bag yang dibawa oleh Mas agak berat kerana mereka bersama-sama membawa bekalan makanan seperti beras, tin-tin sardine dan sedikit sayur-sayuran. Ini semua adalah sebagai bekalan makanan selama seminggu. Mas tidak larat memikul bebanan yang dibawanya. Tadi bila Ting hendak tolong ringankan bebanannya, Mas menolak. Dimana agaknya Ting? Keadaan hutan tiba-tiba menjadi gelap. Mas mendongak ke langit, di celah-celah kanopi, dilihatnya awan hitam melitupi langit. Mas jadi seram-sejuk. Di sisi jalan sebelah kirinya kelihatan kubu-kubu peninggalan komunis pada masa lalu. Nasib baik Wak Ahmad pernah cerita tentang kehadiran kubu-kubu ini sepanjang jalan ke Buaya Sangkut, kalau tidak lagilah seram perasaan Mas. Menyesal Mas kerana enggan berjalan saing dengan Ting.

Di mana Ting?

Mas sudah kebuntuan, makin dia hendak ke maju ke hadapan tidak ada trek-trek yang boleh Mas ikuti. Mas sudah sesat!

“Okay... Okay, relakslah... bukan tidak biasa dalam hutan.” Mas cuba memujuk dirinya. Mas jadi begini sebab marahkan Ting. ` Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani.’ Tetapi lama-kelamaan bila sudah sendirian dalam hutan belantara ini timbul pulak rasa takut. Makin lama makin sukar dikawal perasaannya itu. Mas terasa seperti di perhatikan oleh seseorang. Dia mendiamkan dirinya untuk memastikan dia dengar bunyi ahli-ahli penyelidik-penyelidik lain, sama ada di belakang atau di depannya. Tetapi tiada sesiapa pun. Suasana hutan belantara tiba-tiba menjadi sunyi sepi kecuali terdapat bunyi cengerik yang bersahut-sahutan. Sekali sekala terdengar suara unggas sahut menyahut. Mas yakin dia sedang diperhatian oleh sesuatu dari celah-celah banis-banir hutan itu. Bulu romanya tegak kerana dia sudah mula ketakutan.

Tiba-tiba, Machang sudah berada di sisinya. Machang tersengeh melihat wajah pucat Mas. Bila masa pulak Machang sudah muncul di sisinya. Mas kaget. Machang mengambil kuali dan cerek yang di campakkan Mas di lantai hutan dibelakangnya tadi. Dia kemudiannya berjalan ke hadapan sambil tangannya digamit ke arah Mas, menyuruh Mas mengikutnya. Machang memerhatikan keadaan sekeliling. Mas memang sudah salah jalan. Setelah memerhatikan dengan tenang, Machang membuka satu jalan baru. Dia memasuki kawasan hutan dengan menggunakan parangnya, membuka trek-trek baru dengan sehingga dia menemui trek jalan yang asli. Mas mengikut sahaja dari belakang, mengagumi kecekapan Machang.

Tiba-tiba sahaja, Mas terserempak dengan kumpulan Osman, Dr. Zakaria. Macamana dia boleh tiba kepada mereka pun Mas pelik? Rasanya mereka sudah jauh meninggalkannya sejak awal-awal tadi. Tanpa berkata apa-apa, Machang memasukkan parangnya ke dalam sarung dan berdiri di belakang Mas. Mas gembira bertemu dengan rakan-rakannya yang lain. Bila Mas menoleh ke belakang hendak mengucapkan terima kasih kepada Machang. Machang sudah lesap.

Orang asli merupakan penduduk asal hutan ini. Mereka selalunya hidup di sepanjang sungai di dalam hutan ini kerana sungai merupakan tempat mereka mendapat makanan asas seperti makanan dan bekalan air juga sebagai menyediakan satu cara pengangkutan yang memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Endau-Rompin merupakan tempat tinggal bagi orang asli kaum kaum Jakun. Mereka terdiri dari orang yang pemalu dan tidak banyak banyak bergaul, sejak beberapa tahun ini, mereka telah mula tinggal di penempatan tetap dalam beberapa pertempatan orang asli yang terdapat dalam taman ini.

Baru Mas tahu yang Machang, sebagai sebagai penunjuk jalan sentiasa memerhatikan gerak langkah mereka. Dia berjalan dengan laju tanpa di sedari oleh mereka dan dengan tiba muncul dan hilang. Dia akan membantu sesiapa yang telah tersasar dari perjalanan mereka. Hutan ini ialah taman permainan Machang. Dia tahu segala-galanya tentang hutan ini. Rahsia-rahsia dan kisah-kisah hutan belantara ini boleh diperolehi dengan mengenali Machang. Dia juga merupakan sebahagian dari hutan ini. Masa depannya bergantung kepada kemandirian hutan dara ini. Mas sedari selepas ini imej Endau Rompin yang Mas bawa pergi bukan sahaja imej pokok-pokok hutan yang berumur ratusan tahun itu tetapi juga imej Machang dan orang-orangnya.

Machang juga sudah mula beradaptasi dengan kehidupan yang di bawa oleh pelawat-pelawat yang ke mari saban hari. Machang juga sudah mula pandai masak penkek, makanan kegemarannya yang diajar oleh Heah. Kerjanya seperti menangkap ikan dan memasang jerat sentiasa begitu fokus dan cermat. Mas lihat Machang Nampak begitu naïf dan diam sahaja, mendengar perbualan mereka yang di sekelilingnya. Tetapi bila sahaja tiba-tiba haiwan liar datang menyerang mereka, Machang mempunyai keupayaan untuk membunuh dengan tanpa berfikir dua kali. Machang adalah symbol kemandirian hutan ini. Mas mengeluh panjang. Walaupun hari ini dia hanya berjalan melalui trek-trek hutan ini tetapi banyak mendapat ilmu tentang hutan dan manusia yang mendudukinya, ilmu pengetahuan yang begitu bermakna buat dirinya.
Perjalanan mereka masih jauh lagi. Perjalanan mereka memang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi untuk sampai ke destinasinya dengan meredah hutan yang juga masih terpelihara keasliannya. Mas cuba berada di kalangan kumpulan Dr Zakaria. Lama kelamaan Mas telah jauh di tinggalkan oleh kumpulan itu. Langkahnya memang lambat kalau hendak dibandingkan dengan langkah mereka.

Tetapi kini Mas sudah tidak takut lagi. Mas tahu Machang sentiasa mengawasi mereka. Seperti Ting, Mas kini sedar Machang juga begitu mengambl berat tentang dirinya. Walaupun kumpulan Dr Zakaria dan Osman kini berjalan jauh meninggalkan Mas, Mas tidak risau dia teruskan berjalan menyusuri trek hutan itu sendirian. Mas tahu Ting ada di belakangnya tidak jauh di belakangnya. Walau pun Ting mempunyai kudrat untuk berjalan laju seperti Machang dan Dr. David tetapi dia tidak melulu ke hadapan dan tidak pula berjalan bersaing dengan Mas. Dia tahu Mas marah dengannya. Kesihan pula bila Mas fikirkan tentang Ting.

Hujan yang turun renyai-renyai tadi kini sudah semakin lebat.

“Aduh! Baru aje hendak rasa senang hati!” Keluh Mas. Makin beratlah bag pack dia ni. Tetapi dia tetap teruskan meneruskan perjalanannya. Lagipun kalau Mas berhenti pun bukan ada tempat untuk menumpang teduh. Kumpulan yang lain juga tetap meneruskan perjalanan mereka. Nampaknya mereka mahu cepat sampai, tidak mahu sesat di dalam hutan apabila tiba waktu malam. Hari sudah merangkak petang. Keadaan hutan juga semakin kelam.

Setelah berjalan mendaki sebuah anak bukit Mas berhenti di tengah jalan. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia betul-betul kepenatannya. Mas duduk bersandar di sebatang pokok yang telah tumbang. Mas memandang ke arah belakang. Tidak lama kemudian Mas Nampak Ting sedang mendaki trek yang sama. Apabila tiba di hadapan Mas, Ting berhenti. Hanya mereka berdua yang berada di dalam tengah hutan rimba itu. Orang lain sama ada berada jauh ke hadapan dan ada yang masih jauh di belakang.

“Kenapa Mas berhenti ni?” Soal Ting, wajahnya nampak begtu perihatin dengan keadaan Mas yang kepenatan.

“Saya penat sangat Ting.” Jawab Mas.

“Bila nak sampai macam ni?”

“Tak apalah Ting, biarkan saya berehat. Ting jalanlah dulu.” Usul Mas. Tidak mahu dia menyebabkan Ting lambat.

Ting memandang ke hadapan dan ke belakang nya. Keadaan hutan makin gelap. Sunyi keadaan hutan ini, kecuali dengan bunyi-bunyi cengkerit. Sang Unggas juga sudah lama mendiamkan diri. Mungkin kerana hari sudah makin kelam dan hujan juga sudah turun. Semuanya sudah masuk berlindung.

“Mas…. Takkan nak tinggal sorang-sorang.” Sejak tadi lagi Mas macam tidak mahu bersama dengannya. Ting boleh agak kenapa? Kejadian semalam ada kaitan dengan kenapa mas tidak mahu bersaing dengannya pagi ni. Ting sudah agak Ming mesti ada cakap pekara yang serupa pada Mas. Mas menyusahkan Ting! Nampaknya Mas ambil hati, dia tidak mahu orang kata dia bergantung pada Ting. Ting tahu dakwaan itu tidak benar sama sekali. Sepanjang dia bekerja dengan Mas, Mas tidak pernah menyusahkan Ting. Malahan Mas banyak membantu. Ting telah menegur Ming atas perbuatannya itu.

Nampak sangat Mas tesinggung dengan kata-kata Ming. Mas tidak mahu langsung bergantung dengan Ting. Hari ini sudah beberapa kali dia suruh Ting meninggalkan dia sendirian. Tetapi keadaan hutan yang makin gelap ini membuatkan Ting tidak sampai hati meninggalkan Mas sendirian.

“Tidak mengapa Ting, sekejap lagi. Wak Ahmad dan Raja lalu, saya kan ikut mereka.”

“Mas pasti ke mereka belum lepas lagi. Nanti sesat! Susah Mas!”

“Mas ikut aje trek yang ada ni.” Kata Mas dengan penuh yakin. Lagipun Mas yakin Machang ada memerhatikan mereka dari celah-celahan banir hutan itu.

“Tidak mengapalah, saya tunggu Mas. Mas rehat lah dulu.”
Ting membuka ikatan Back packnya dan duduk berehat sebelah Mas.

“Mas tidak mahu menyusahkan Ting, pergilah dulu.”

Ting tersenyum. Mas masih lagi merajuk dengan Ting.

“Kacak betul lelaki ini!” getus Mas dalam hatinya bila melihat wajah Ting yang memberikan senyuman. Kemudian Mas teringat kata-kata Ming. Mas terus memalingkan mukanya. Malas hendak melayan Ting. Nanti hilang kemarahannya bila Ting tunjukkan muka kesihan.

“Mas marah dengan saya ye?” Soal Ting dengan baik.

“Tidaklah!”

“Iye…. Mas marah dengan saya, saya tahu.”

“Ting tahu? Apa yang Ting tahu?” Jemu Mas, asik di soal oleh Ting. Lantas dia bertanya kembali.

“Saya boleh agak  kenapa Mas tidak mahu bersaing dengan saya? Mas ingat saya beritahu semua orang yang Mas menyusahkan saya. Betul tak?”

Mas terdiam. Tepat sekali sangkaan Ting.

“Mana Ting tahu. Ming cakap ke?”

“Mas , Mas Mas takkan tak tahu saya ni. Saya tidak akan bercakap macam tu pasal Mas pada semua orang.”

“Bukan dengan semua orang, dengan Ming sorang pun dah cukup.”

“Bila saya ada masa hendak cakap dengan Ming, Mas. Sayakan sentiasa berada dengan Mas, pagi petang, siang malam.”

“Sudah lah Ting! Petang semalam, bukankah Ting menghabiskan masa dengan Ming. Bermandi-manda sama-sama.”

“Mas nampak saya?” Wajah Ting nyata terkejut. Dia ingat tidak ada orang yang nampak kejadian semalam.

Mas diamkan dirinya. Malas hendak cakap banyak lagi dengan Ting. Bukan masalah dia pun apa Ting hendak buat dengan Ming.

“Sudah lah. Apa Ting nak buat dengan Ming bukan masalah saya. Okay. Please go. I will be all right.”

Ting tidak sedap hati. Mas sudah salah sangka dengannya

“Mas tengok muka saya, Kalau saya sanggup buat perkara yang macam tu, Mas ingat saya sanggup ke berdepan dengan Mas, Wak dan Dr. Zakaria.”

“Takkanlah Mas masih tidak kenal saya, sampai Mas ingat saya sanggup buat perkara begitu.”

“Saya dengar apa Ming cakap dengan Ting masa dia sungai tu?”

“Saya tak nafi, Ming memang made an offer to me.”

“Ting..! Ting..Ting! It is none of my business. I don't want to know.” Mas meletakkan tangan di kedua buah telinganya.

“No. Mas mungkin kata it is not important tetapi pada saya your opinion of me is important.”

“No! It is not important to me.”

“Kalau tak important kenapa Mas mengelak dari saya?”Kata Ting dengan bersungguh-sungguh.

“Saya tidak mahu menyusahkan Ting itu sahaja. Lain bukan masalah saya.”

“Mas tahu tak... saya hormati Mas, sebagai sahabat dan juga tutor saya. Saya suka mendampingi Mas kerana Mas memang sahabat yang baik. Please jangan pulaukan saya sebab mendengar cakap-cakap orang. Kalau Mas tidak puas hati dengan saya, Mas cakap saja dengan saya. Saya sedih Mas buat macam ni.” Wajah Ting sedih sekali. Mas terdiam tetapi tidak sampai hati dia berkeras dan melukakan hati sahabatnya itu lalu dia berlembut dengan Ting.

“Okaylah! Okaylah! Mas minta maaf Ting. Mas tidak suka orang kata macam tu. Memang Mas banyak menyusahkan Ting. Semua benda Ting kena tolong Mas. Mas tak suka.”

“Inikan hari Mas. Tetapi orang tidak tahu Mas juga banyak menolong saya. Saya sangat hargai persahabtan kita ini. Mas terdiam seketika mendengar pujukan Ting. Wajah Ting mempamerkan keiklasan hatinya. Lama-kelamaan hati Mas menjadi lembut. Terdapat kebenaran dalam kata-kata Ting.

“Okay friends.” kata Mas. “Mas minta maaf kerana salah sangka terhadap Ting, pasal Ming tu.”

“Friends!” kata Ting. Lega hati Ting. Kenapa untuk mendengar Mas memaafkan dirinya dan tidak tidak lagi salah sangka terhadap dia dan Ming terlalu penting kepada Ting. Ting tidak tahu. Tetapi syukor rasanya Mas telah menerimanya kembali. Lain kali dia akan lebih berhati-hati kalau bersendirian dengan Ming. Nasib baik Ming tidak ikut dalam perjalanan mereka ke Buaya Sangkut.

Mas kemudiannya membuka botol air minumnya, tetapi hampa semua sudah habis. Ting memandang wajah Mas yang hampa. Bekalan airnya pun sudah habis. Nak cari akar kayu yang Wak Ahmad katakan tempoh hari pun Ting tidak berapa cam jenis akar kayu itu. Takut tersalah akar, entah-entah beracun pulak. Lagipun hari sudah gelap.

“Mas dahaga ye?”

Mas mengangguk

“Saya ada buah limau, kami nak buat umpan untuk tangkap lalat buah. Tapi Mas ambillah sebiji untuk hilangkan dahaga. Ada seorang professor dari Jabatan Genetik pesan suruh saya tangkap beberapa ekor lalat buah dari sini untuk kajiannya.”

Mas mengambil buah limau itu lalu mengupasnya.

“Sekarang ni dah pukul berapa Ting?” Hujan yang turun seperti tidak akan berhenti. Keadaan hutan makin gelap dan menyeramkan. Mas sebenarnya bersyukor Ting ada bersama-sama dengannya. Tetapi ini tidak akan di katakan pada Ting.

“Sudah dekat pukul 5.30 petang.” Kata Ting setelah memeriksa jam tangannya.
“Patutlah saya lapar.” Kata Mas. “Ting lapar?” Ting cuma mengangguk. Bekalan tengaharinya sudah habis awal-awal tadi.

“Habis tu Mas ada ke apa-apa nak makan?”

“Ada, nasi goreng Wak Ahmad pagi tadi. Pagi tadi Mas kurang selera nak makan. Ting nak kongsi ke?” Ting mengangguk kepalanya.

Lantas Mas pun membuka bekalan nasi goreng yang di simpan sejak pagi tadi. Dibentangkan bungkusan nasi goreng itu di di atas bagnya. Banyak juga nasi yang Wak Ahmad bekalkan untuk Mas. Mereka berdua pun makan dengan lahapnya.
Hujan terus turun tanpa henti. Mereka basah kuyup, kesejukan dan kelaparan. Nasi goreng Wak Ahmad terasa sangat enak sekali. Walaupun nasi goreng itu semakin basah ditmasuki air hujan yang sedang jatuh dari langit. Tetapi ianya tetap makanan yang paling enak sekali yang mereka pernah nikmati.
“Mas tahu tak. Inilah makanan paling sedap sekali yang saya pernah makan.”
“Kalau dah lapar ni semuanya sedapkan Ting.” Kata Mas. Ting mengangguk sambil membasuhkan tangannya dengan air hujan yang sedang turun. Ting membuka mulutnya menangkap air hujan yang turun buat membasahi tekaknya. Mas melihat sahaja gelagat Ting. Lucu melihat Ting yang sedang menadah air hujan itu. Mas cuba menahan air hujan yang turun untuk membasahkan tekaknya tetapi tidak puas dengan meminum beberapa titik air hujan itu.

“Mas dahaga lagilah Ting. Ada lagi tak buah limau?”

“Habis nanti..... macamana nak buat perangkap lalat buah.” Kata Ting, bertegas , tidak mahu berikan Mas limau lagi. Tetapi apabila dilihat wajah hampa Mas. Nada suaranya menjadi lembut semula.

“Okaylah ambil satu saja lagi.” Lantas di ambil sebiji limau sunkist lagi lalu dihulurkannya kepada Mas.

Mas pun mengambilnya sambil tersenyum. Gembira sungguh kerana Ting sanggup korban limau yang hendak buat penyelidikan hanya kerana dirinya.

Ketika dan saat itu buat kali keduanya jantung Ting terhenti melihat senyuman manis Mas. Pada waktu itu Ting rasakan tidak ada permandangan yang lebih indah, daripada senyuman Mas. Tetapi Mas tidak perasan pun yang Ting terdiam seketika. Dia sibuk mengupas kulit buah limau sunkist yang sudah hampir busuk itu. Ting terus memerhatikan gelagat Mas yang sedang makan limau sunkist itu. Dahaga sungguh agaknya mas. Ulas limau di raihnya satu persatu dan di gigitnya, memercik keluar air limau itu membasahi bibir Mas yang kemerah-merahan. Leka Ting memerhatikan Mas, Mas menghulurkan ulas limau kepada Ting tetapi Ting menolaknya,dia lebih suka memerhatikan Mas menikmati limau tersebut. Limau sunkist yang hampir busuk itu nampaknya enak sekali. Bibir Mas yang kemerah-merahan tanpa secalit pewarna itu kelihatan begitu memikat, dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya itu. Setelah habis limau di makan, Ting mengangkat bag galas Mas, lalu di sarungkan ke belakang Mas. Lalu di angkatnya bagnya dan mereka memulakan perjalanan yang terhenti tadi. Keadaan hutan makin kelam. Hujan masih turun dengan lebat. Tanpa banyak bicara mereka berdua berjalan bersama in senyap, cuba hendak menumpukan fikiran mereka dan mengumpulkan tenaga mereka untuk menmpoh perjalanan mereka seterusnya meredah hutan belantara itu.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara Raja dan Wak ahmad sedang, menghampiri mereka dari bawah anak bukit.

“Aku dah kata kita tak sesat, kau jangan lah takut Raja.” Kedengaran sayup-sayup suara Wak ahmad sedang memarahi Raja.

“Tengok tu Mas dan Ting ada dalam trek yang sama.” Sambung Wak Ahmad gembira. Mas dan Ting menunggu sehingga mereka berdua sampai kepada mereka. Kemudian mereka berempat pun meneruskan perjalanan mereka yang masih jauh lagi. Langit makin gelap. Senja pun sudah merangkak tiba. Dalam kumpulan yang lebih besar, nampaknya Wak Ahmad dan Raja rasa lebih selamat. Mereka sudah nampak tidak begitu risau lagi untuk meneruskan perjalanan mereka. Manakala Ting sentiasa tenang sahaja. Buat Mas pula, dia memang tidak risau, dia tahu Machang ada bersama mereka. Kehadiran Machang dan Ting membuat dia rasa selamat.

Akhirnya mereka tiba di Buaya Sangkut dengan keadaan basah kuyup kerana sepanjang perjalanan tadi hujan telah turun dengan lebatnya tanapa henti. Deruan kuat air terjun Buaya Sangkut sudah dapat di dengari dari jauh lagi. Ting melihat Mas terjelepuk di bawah bangsal. Mas betul-betul keletihan. Ting ingin menolong Mas sepanjang perjalanan tadi tetapi dia tahu Mas tidak mahu dia berbuat demikian. Hatinya keras. Kem ini cuma mempunyai sebuah bangsal beratap rumbia dan tempat tidur daripada kayu hutan dan kain kanvas. Ting berfikir sendirian.

“Macamana Mas hendak menyalin pakaian beliau?” Ting dengan segera mencapai parang dan memotong daun-daun serdang yang besar-besar di keliling kem tersebut. Dr David mesti akan marah melihat perbuatan ini. Semua khazanah hutan tidak di benarkan langsing di ganggu. Sepanjang perjalanan tadi Dr. David begitu marah melihat puntung-puntung rokok yang dicampakkan sahaja oleh peserta ekspedisi.

"Semua sampah mesti di bungkus dan di bawa balik ke luar daripada Taman negara ini! Jangan rosakkan mana-mana tumbuhan dalam hutan ini.” Kata beliau.

“Kalau semua rakyat Malysia mengharga alam seperti Dr. David seorang yang asing ini , tentunya kita tidak punya banyak masalah alam sekitar seperti sekarang ini.” Gerutu Ting seorang diri

Mas masih termangu-mangu di bawah kem. Dia sedang basah kuyup. Mas sedang berfikir sendirian. Macamana Mas hendak tukar baju? Kawasan di sini kawasan terbuka. Bukan macam di Base Camp. Bagaimana dia hendak menyalin pakaian, menunaikan sembahyang dan sebagainya? Mas termenung memikirkan kesukaran yang bakal di hadapinya, sebagai seorang perempuan di tempat yang begitu mencabar begini. Tiba-tiba kedengaran Ting memanggilnya.

“Mas! Mari sini...!” Mas bangun mengikut Ting. Ting menunjukkan satu bangsal kecik tanpa bumbung berdindingkan daun serdang untuk dia menukarkan pakaian dan sebagainya.

`Oh! terima kasih Ting, awaklah penyelamat saya.” Jerit Mas gembira.

Dr David yang memandang daripada jauh tidak terkata-kata apa-apa.. Ting tersengih gembira. Mas segera mengambil bagnya untuk menyalin pakaiannya yang sudah basah kuyup ini. Tetapi apabila Mas membuka bag packnya untuk menyalin bajunya yang basah, di dapatinya semua pakaian dan barang di dalam bag itu basah kuyup. Ini mesti sebab di timpa hujan sepanjang perjalanan ke Buaya Sangkut. Nasib baik pakaian dalamnya masih berada dalam bag plastik, jadi tidak semua yang basah. Tetapi nak pakai baju apa?

“Aku dah lah kesejukannya.” Dia merungut sendiri kemudian dia duduk termenung di atas tunggul kayu bersebelahan dengan kem.

“Kenapa ni Mas?” Tanya Wak Ahmad. “Menung aje ni. Mari le tolong Wak masak makanan malam ni. Mas tak lapar ke. Kalau yang tolong ramai, cepat sikit kita makan.”

“Wak…..Pakaian saya semua habis basahlah Wak.! Mas bersungut sambil menunjukkan pakiannya yang semuanya sudah basah. Patutlah berat betul bagnya sepanjang perjalannya tadi.

“Itulah.” Sampuk Ting. “Kan saya dah bilang pakaian suruh di bubuh dalam beg plastik. Kenapa Mas tak buat macam tu.”

“Mas terlupalah Ting. Habis tu macamana ni, pakaian Mas semua basah?” Mas mula mengigil kesejukan.

Sebenarnya Ting ingin ketawakan Mas. Tetapi melihat muka Mas yang monyok, tidak sampai hatinya untuk ketawakan Mas. Mas nampaknya betul-betul kesejukan. Dahlah pakaian yang di pakainya basah. Pakaian yang di bawa dalam beg packnya pun basah juga.

“Okaylah... Jangan monyok lagilah Mas. Saya pinjamkan T-shirt dan seluar track, stokin dan kain pelikat saya pada Mas okay. Sudahlah tu, jangan menung lagi.” Pujuk Ting. Tangan pantas membuka bagnya lalu di pilihkan pakaian untuk Mas. Ting menghulurkan pakaian tersebut kepada Mas. Mas pun mengambil pakaian yang dihulurkan dan segera pergi ke bangsal yang disediakan oleh Ting untuk bersalin pakaian. Mas kemudiannya cepat-cepat membersihkan dirinya dan menunaikan sembahyang jamak tahkir, kerana sepanjang perjalanan tadi dia tidak berhentikan untuk sembahyang zohor. Kemudian dia keluar membantu Wak Ahmad menyediakan makanan untuk malam itu.

Selepas makan,  mereka semua duduk mengeliling lampu gas yang dibawa untuk tujuan perkemahan. Kedinginan mengigit hingga ke tulang. Hujan sudah reda tetapi keadaan sekeliling basah dan lembab. Hasrat hendak membuat unggun api di batalkan sahaja memandangkan perbuatan itu mungkin merbahayakan hutan ini sendiri. Dr. David mesti menentang perbuatan pembakaran terbuka. Deruan air terjun menyebabkan mereka tidak banyak bercakap-cakap. Sekumpulan ahli perserta sudah pun tidur. Terdapat 14 buah tempat tidur semuanya di kem ini. Mas memilih katil atas di sebelah Ting dan di bawahnya ialah Wak Ahmad. Wak Ahmad telah lama melayari malam beliau dengan mimpi indah disulami dengan dengkurannya yang berirama. Dr Zakaria dan anak-anak buah yang lain sedang bercerita tentang ekspedisi-ekpedisi yang di lalui mereka selama ini. Sebagai pembantu Dr. Zakaria, Ting sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk kajian yang akan di jalankan esok.

Mas cuma duduk diam membisu sambil mendengar mereka. Abu dan Osman asyik bercerita tentang `Big Foot’. Mazlan pula sibuk bercerita tentang tentang Dr David yang `workoholic’, mengikut beliau buat kajain adalah sangat memenatkan. Sehinggakan bulan puasa beliau tidak behenti bekerja. Ada yang mencelah kalau dah penat buka lah puasa .....darurat.

“Macamana aku nak buka puasa, Dr, David sendiri pun tak makan dan minum sepanjang kerja di lakukan’!.....berderai ketawa mereka. Dr. David yang telah lama bertugas di Malaysia, memahami dan menghormati adat dan ugama orang Melayu. Kalau tidak masakan sambal belacan boleh menjadi makanan kegemaran Dr. David.

“Ting pun apa kurangnya, dia tidak makan benda-benda yang orang Islam tidak makan. Kalau bulan puasa, dia pun turut puasa.” Mas terdengar Dr. Zakaria bercerita. Kamu tengok rupanya, berseri sahaja, macam seorang muslim.” Yang lain -lain mengangguk.

“Dia masih mencari-cari lagi.” sambung Dr. Zakaria.

“Habis tu kenapa Dr. Zak tidak kenalkan dia pada Islam?” Abu mencelah, memberi cadangan. “ Biarlah dia, dia masih mencari-cari lagi.” Jawab Doktor Zakaria dengan ringkas.

Dari jauh Mas memandang Ting yang sedang berkemas untuk persiapan esok. Hatinya terasa sayang kepada sahabat barunya itu. Walaupun Mas marah-marah dengan Ting sepanjang perjalnan ke sini, Ting masih tidak tinggalkan dia. Ting begitu sabar dengan kerenah Mas. Ting telah hilang dari pandangan mereka. Tekaan Mas, dia pergi bertafakur dan melakukan senaman tai chi sebelum masuk tidur. Tanpa banyak bicara Mas pun minta dirinya untuk pergi masuk tidur. Badannya memang sangat penat sekali.

Tetapi dia tidak dapat melelapkan matanya. ...Mas cuba memejamkan matanya sambil dia cuba berzikir di dalam hatinya moga-moga sekejap lagi lagi akan terlena. Dia teringatkan cerita yang di sampaikan oleh Osman dan Abu tentang tentang `Big-foot’ yang di katakan di jumpai oleh Machang! `Big foot’ tu dikatakan banyak berkeliaran di kawasan Buaya Sangkut. Seram! Bila Mas fikirkan. Di bawah cahaya bulan, dia ternampak Ting sedang berjaln balik ke bangsal tidur. Ting membawa lampu pelita di tangannya, memberikan cahaya yang samar-samar. Hilang rasa takut mas. Mas sedar antara Ting dan Machang, mereka berdua memberikan perhatian khusus kepada dirinya. Mereka akan menjaganya. Mereka berdua tidak akan benarkan apa-apa yang tidak baik berlaku kepada dirinya. Ting kemudiannya menghampiri pangkin tidur Mas. Dia berdiri di sebelah pankin tidur Mas. Mas terus memejamkan matanya. Segan Mas jika Ting Nampak Mas sedang memerhatikannya. Jantungnya berdebar kuat, takut Ting tangkap yang dia sebenarnya belum tidur lagi. Ting, kemudiannya mengaleh pandangannya dari Mas, memadamkan lampu dan membuka baju yang dipakainya, bau cologne yang dipakai Ting menusuk hidung Mas, bau yang sama pada baju yang Mas sedang pakai. Entah macamamana bau tersebut membuat Mas rasa selesa. Dan selamat. Dia tahu Ting ada di sisinya untuk menjaganya.
**********************
Ting melihat ke arah Mas yang sedang tidur, takur-takut mas kesejukan. Nasib baik sleeping bagnya jenis kain tahan basah. Kain pelikat Ting di buatkannya tudung melitupi kepalanya. Dalam tidur keadaan begini pun mas memakai tudung litup. Selesakah Mas tidur begini? Tetapi nampaknya Mas begitu lena, dibaluti oleh pakaian Ting. Entah mengapa ini membuat Ting rasa bahagia dan membuat dirinya rasa begitu rapat dengan Mas, seolah-olah dia sedang melindungi Mas. Lantas Ting menanggalkan bajunya lalu naik ke atas katilnya, Ting masuk ke dalam sleeping baginya untuk tidur. Ingin Ting berbual sebelum tidur dengan Mas, tetapi hampa, Mas sudah lena. Ting mengeluh perlahan kemudian memejamkan matanya. Teringat dia akan senyuman Mas petang tadi. Terasa ketenangan menyelimutinya, lalu dia tertidur, beriramakan dengkuran Wak Ahmad dan deruan air terjun.

Mas terdengar Ting mengeluh perlahan. Dan tidak lama kemudian Mas terdengar dapati dia sudah bernafas dengan tenang, menunjukkan Ting sudah terlena. Mas pun relaks, tidak tergambar satu perasaan bahagia di dalam hatinya, dan tidak lama kemudian juga terus terlena.

Dicelah-celah banir-banir pokok hutan, sepasang mata sedang memerhatikan kem tersebut. Dia berdiri lama memerhatikan keadaan sekeliling. Puteri kesayanganya telah tidur, bersebelahan dengan rakan baiknya. Setelah memerhatikan keadaan keliling semuanya selamat, dia beredar dari situ untuk mencari tempat untuk tidur malam ini. Malam nanti dia akan datang untuk memastikan keadaan di sekitar selamat, terutama sekali keselamatan wanita yang menarik perhatiannya itu.

ETDUS: Pengajaran Yang Pahit

Bab 3

Setelah menunai sembahyang subuh, Mas bertafakur di tikar sembahyangnya. Penghuni hutan masih belum bangun dari lena, keadaan masih sunyi sepi. Di luar khemah, hari masih gelap. Hari ini sudah masuk hari ke tiga mereka berkemah Kuala Marong. Esok mereka akan balik ke Base Camp. Kemudian mereka akan pergi ke Buaya Sangkut pula selama seminggu.

“Kuala Marong is also an interesting place. We have got quite a collection from this area.” Dr David dan Dr Zakaria begitu teruja dengan hasil persampelan mereka dan tidak sabar hendak balik ke Base Camp untuk menjalankan kerja-kerja pengenalpastian bagi spesies-spesies yang mereka kumpul. Selepas sarapan pagi ini mereka menyambung kerjaa-kerja mereka sebelum pulang pada keesokan harinya. Kuala Marong sangat menarik perhatian Mas. Kawasannya tidak tercemar langsung. Air sungainya yang begitu jernih. Boleh Nampak ikan-ikan sedang berenang-berenang di dasar sungai. Kehijauan hutan sangat memikat hati. Boleh terasa kesegaran udaara yang tidak tercemar langsung.

Sayup-sayup Mas terdengar suara Wak Ahmad sedang berzikir selepas menunaikan sembahyang subuh. Mas duduk ditikar sembahyangnya, dia mengikut sahaja Wak Ahmad takbir dan talmid kepada yang Maha Suci. Perasaan syhadu menyelinapi di sanubarinya. Suara Wak Ahmad berzikir, walaupun perlahan membuat dia rasa sungguh tenang. Kemudian suara itu hilang, kesepian menjelma lagi. Mas terus berzikir, terlalu sayang untuk meninggalkan perasaan indah yang dialaminya ini. Sekejap lagi, Wak Ahmad akan mula menyediakan sarapan pagi. Itulah tugas Wak Ahmad apabila mereka berkemah luar daripada Bas Camp. Selepas balik daripada seharian bekerja, siapa yang tak terliur melihat hidangan ikan bakar, sambal belacan beliau. Mas kagum, dalam bag pack Wak Ahmad, dia ada bawakan lesung batu kecil supaya dia dapat sediakan sambal belacan kesukaan Dr. David. Sayup-sayup kedengaran penghuni hutan sudah mula bangun.
Mas berharap ekpedisi lasak ini akan membuatkan berat badannya susut sikit. Sejak melahirkan Mira, berat badannya telah naik 15 kilogram. Tapi masakan Heah dan Wak Ahmad begitu lazat sekali, sukar ditolak. Nampaknya walaupun sebulan berekpedisi bukannya membuat mereka kurus tetapi bertambah sihat. Nia boleh rasa berat badannya kian bertambah, dia mengeluh sendirian. Di luar kemah terdengar Wak Pin mula mengejutkan peserta yang lain supaya bangun menunaikan solat subuh. Hari makin cerah, subuh gajah nampaknya peserta-peserta ekspedisi yang lain.

Mas tersenyum mendengar leteran Wak AHmad, dingin pagi di Endau-Rompin ini mengigit tulangnya, dia mencapai jaket Univerisiti yang menjadi kesayanganya. Jaket ini mesti dibawa bersama setiap kali dia menjalankan ekpedisi. Walau pun dia memang tidak mahu melepaskan peluang menyertai ekspedisi ini, dia juga rasa teramat rindu kepada anak-anaknya di rumah. Tergenang air matanya mengenangkan Mira yang baru berumur 6 bulan, terpaksa di tinggalkan demi tugas. Sazali yang berumur lima tahun meruntun-runtun hendak ikut mama semalam. Lama-kelamaan, setelah di pujuk dengan upah aiskrim oleh datuknya dengan membawanya ke kedai pada malam itu juga, barulah Mas dapat berangkat. Nasib baik ibu dan bapanya sanggup datang dari kampung untuk membantu suaminya menjaga anak-anaknya sepanjang ekpedisi ini di jalankan.

Buat diri Mas waktu pagi adalah waktu yang indah, kabus yang naik dari permukaan sungai kelihatan seperti wap dari cerek air yang sedang mendidih. Mengabui permandangan mata. Keadaan di dalam hutan tidak lagi sunyi, unggas-unggas telah mula keluar mencari makanan, riuh rendah bunyi hutan. Nun di celah-celah bukit bunyi siamang jantan dan betina sahut menyahut. Memberi isyarat antara satu sama lain. Menandakan kawasan kewilayahan masing-masing.

Mas berasa amat bahagia dengan ketenangan hutan ciptaan Allah, kawasan ini yang belum tercemar merupakan syurga dunia bagi seorang saintis seperti beliau. Perasaannya sebenarnya berbaur-baur. Mas rindu kepada suami dan anak-anak yang ditinggalkan di rumah, tetapi bila berada di dalam hutan ini, Dia rasa begitu syahdu sekali. Begitu menghargai keindahan hutan kurnian tuhan. Mas dapat rasakan satu kebahagian, kepuasan kerana berada di situ.

Mas berjalan menuju ke anak sungai Marong untuk menikmati keindahan kawasan itu buat kesekian kalinya. Dia ingin merakamkan permandangan, ketenangan, keindahan kawasan ini di dalam mata kepala, telinga untuk di bawa balik bersama nanti. Bau tanah hutan yang naik ke hidungnya terasa begitu lekat di mindanya. Menimbulkan satu perasaan nostalgia, kerinduaan kepada sesuatu yang sudah tidak ada lagi. Kalaulah dia pandai menulis puisi, ingin Mas menggarapkan keindahan ini dalam satu puisi yang indah yang dapat di kongsi dengan orang lain. Tetapi dia tidak pandai berbuat demikian. Sebagai saintis, dia hanya pandai menulis fakta dan angka-anka sahaja. Mas hanya pandai berbahasa dalam bahasa sains yang ringkas dan secara langsung, tidak pandai berbasa-basi dengan bahasa. Satu kerugian besar kerana dia tidak dapat berkongsi keindahan dalam hatinya dengan sesiapa.

Mas duduk celah-celah batu besar, di tepi sungai sampai menghirup udara segar, sakit hidung dan dadanya apabila dia menghirup dalam-dalam udara yang penuh dengan oksigen dan tidak tercemar itu. Mas harap sangat suaminya dan anak-anaknya boleh berada di sisinya, sama-sama menikmati keindahan pagi hutan dara ini. Tapi apa kan daya, mereka tidak boleh bersamanya. Lagipun Halim bukan seorang pencinta alam seperti dirinya. Mereka adalah pasangan suami isteri yang bukan serupa tetapi saling melengkap yang satu lagi. Halim ialah seorang genius dalam bidang computer dan seorang ahli perniagaan yang bijak. Mas pula seorang pencinta alam yang tekun dan komited. Entah macamana mereka boleh sesuaikan diri dan menjadi pasangan mereka begitu secocok. Susah nak dapat suami yang begitu memahami kerja isteri macam kau ni Mas.

“Halim seorang suami yang baik, bukan senang hendak dapat suami yang sporting macam tu.” Jun sahabat baik Mas, memberitahunya sebelum dia berangkat tempoh hari. Mas tahu dia begitu beruntung mendapat seorang suami yang begitu memahami kerjayanya, walaupun mereka tidak berkongsi minat yang sama. Mas memeluk erat tubuhnya mengenangkan keluarganya yang ditinggalkannya. Mas melontarkan pandangannya jauh-jauh, menikmati hutan yang terbentang luas.

Tiba-tiba Mas ternampak sebatang tubuh manusia yang sedang berdiri tegak di sudut sebelah kirinya. Perlahan-lahan tubuh itu bergerak, melakukan gerakan tai Chi yang lembut gemalai. Mas seperti terpukau memandang pegerakan yang menarik di belakangi pula dengan latar belakang sungai dan hutan yang menghijau. Setiap pegerakan di iringi dengan siulan sang unggas. Seperti menyaksikan satu gabungan pertunjukkan alam dan manusia.. Alam dan manusia tidak dapat di pisahkan, kurinian allah. Cuma manusia yang telah menjadi tamak dan menghapuskan semua kurniaan alam dengan pemburuan, pembalakan haram dan pembangunan yang mendadak. Mas tidak dapat melarikan matanya yang terpukau dengan susana tenang syahdu, pegerakkan lembut, yang menyentuh hati beliau. Tarian tersebut di latarkan dengan gemersik bunyi deruan air yang mengalir melalui celah-celah batu. Dirirngkan pula dengan siulan burung-burung yang sedang sibuk mencari makanan. Dari atas-atas bukit kedengaran bunyi “whoop..whoop whoop,” siamang Jantan yang memanggil seperti tempo gendang. Mas begitu terpegun lali dengan keseluruhan persembahan gerakan dan iringan simfoni hutan. Dia memerhatikan persembahan itu tanpa berkelip-kelip matanya.

Setelah seketika, tarian yang penuh gemalai itu terhenti dan penarinya menoleh ke belakang untuk beredar dari situ. Latihan paginya sudah selesai. Dia terkejut melihat Mas sedang duduk di belakangnya, memeluk tubuhnya yang memakai jaket universitinya. Mas kelihatan begitu tenang dan dan seperti terpukau, memandang dirinya.

`Mas!’ Tegur Ting lembut.
`Oh Ting rupanya!’ Mas tersentak. Saya ingatkan siapa tadi.
Ting tersengeh sambil menggosokkan kedua-dua belah tangannya. Pagi-pagi di dikejutkan oleh suara Wak Ahmad sedang mengangkat takbir untuk bersembahyang subuh. Walaupun perlahan suara tetapi menyentuh hati Ting. Ada perasaan aneh menyelinapi ke hati. Ting baring sambil mendengar sahaja Wak Ahmad menunaikan sembahyang. Kemudian dia terdengar Wak Ahmad membaca ayat-ayat suci dan berzikir selepas itu, Ting hendak menyambung tidurnya kerana hari masih awal tetapi dia tidak boleh memejamkan matanya semula. Lalu dia bangun dan keluar dari khemahnya. Kemudian Ting duduk bertafakur di tepi sungai untuk mencari jawapan kepada jiwanya yang sedang bergolak. Setelah beberapa lama Ting pun mula melakukan amalannya hariannya setiap pagi. Bersenam dan melakukan gerakan tai Chi.

Setelah selesai bersenam, Ting hendak balik ke kawasan kemah untuk membantu Wak Ahmad menyediakan sarapan pagi. Mukanya kemerah-merahan, peluh mengalir membasahi baju t yang berwarna putih membuat bongkah-bongkah otot jelas kelihatan. Dengan langkah yang lincah bak athelet, Ting menghampiri Mas yang sedang duduk di atas batu.

“Ini adalah amalan saya setiap hari. Dalam satu hari saya mesti cari masa untuk membuat latihan Tai Chi supaya dapat menenangkan fikiran dan menyihatkan badan saya.”

“Dalam sibuk kita camping ni pun Ting ada masa nak bertai chi lagi.”

“Saya mesti cari masa, kalau tak pagi, malam pun boleh juga. This is really good for your health. Mas patut mencubanya. Sebab saya lihat Mas selalu sangat keletihan.”

Mas sepatutnya terasa tersinggung dengan kenyataan itu, tetapi pagi ini dia terus mendengar kata-kata Ting. Memang Ting sebenar sebaya dengan dirinya tetapi wajah dan bentuk tubuh sasanya mengambarkan dia seperti jauh lebih muda daripada Mas. Mas pulak yang baru 6 bulan melahirkan anak memang tak mempunyai potongan badan yang menawan...Badannya masih menampung semua lemak dan bendalir yang dia kumpul semasa hamil tempoh hari. Mas memeluk tubuhnya segan bila memikirkan badannya yang sudah terlebih berat itu.

“Saya banyak juga mengikuti perkembangan sekarang yang banyak memperkatakan tentang tai Chi, chi Kung dan sebagainya tetapi saya sentiasa tidak mempunyai masa untuk melalukan.” Kata Mas perlahan.
“Tai Chi, Chi Kung ini, ini hanyalah amalan latihan untuk badan. Banyak kebaikan yang boleh di dapati dengan membuat amalan harian begini. Dapat mengimbangkan antara Ying dan Yang.” Ting menjelaskan untuk menarik minat Mas.

“Saya tahu, Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda agar tuntutlah Ilmu hingga ke negeri Cina kerana di sana banyak ilmu yang berguna kepada kita.”

“Kalau Mas berminat saya boleh ajarkan beberapa langkah-langkah mudah untuk Mas boleh amalkan. Kata Ting lagi. You should try, you will feel good and lest tired. Bukan lama sangat, dalam 20 ke 30 minit satu hari.”
“Okay..saya memang minat tapi.. itu lah masa.. Tapi kalau Ting hendak ajar. Bagus juga. Jawap Mas perlahan-lahan sambil tersenyum. Hari ini sungguh indah buat Mas, Walaupun tadi dia rindu kepada suami dan keluarganya tetapi dia dapat rasakan semuanya okay kerana ibu bapanya ada bersama Halim untuk menjaga anak-anaknya. Tiba-tiba dia rasa ringan dan happy. Untuk berada di dalam hutan belanantara yang tertua di dunia ini ialah sesuatu yang Mas idamkan. Apatah lagi untuk berada dikalangan kumpulan-kumpulan manusia yang terdiri dari ahli Saintis dan ahli alam sekitar yang terkenal di mana perbincangan-perbincangan akademik sentiasa berjalan. Sesuatu yang begitu mahal untuk Mas lepaskan. Mas betul-betul rasa dia berada di tempatnya yang sebenarnya. Mas rasakan dialah wanita yang paling beruntung di dunia ini, entah macamana dia rasakan dia mempunyai semuanya. Kareer yang dia cintai, dan keluarga yang lengkap dan suami yang begitu memahami tugasnya. Mas terasa sangat gembira. Dia tersenyum memikirkan dirinya yang beruntung itu.
Ting terhenti seketika melihat senyuman Mas, terpegun. Cantik segar bagai­kan setangkai mawar hutan tersiram embun pagi. Kedua pipi yang segar ke­merahan dan halus mulus, sepasang mata yang lebar dengan sinar yang jernih, hidungnya yang terletak dan mulut yang se­tengah terbuka itu nampak indah, dengan deretan gigi mengintai dari balik bibir yang merah basah. Mas tidak sekali-kali sedar yang senyumannya telah meragut ketenangan hati Ting. Selalunya setelah selesai ber tai chi pengamalnya mengamal ketenangan. Mas tidak tahu bagi Ting tahap ketenangan yang di capai tadi luput begitu sahaja dek senyuman yang di berikannya itu.

“Oh..Baik, besok lepas subuh kita boleh mulakan latihan’ kata Ting setelah jantugnnya yang bedetak tadi menjadi normal semula, dia kemudiannya membalas senyum Mas. Bagi Ting senyuman Mas pagi tu sungguh manis, wanita yang berumur 28 tahun beranak 3 ini sungguh baik dan manis orangnya. Selalunya Mas agak serious. Ting tahu Mas selalu merindui anak-anaknya. Ting amat menghormati Mas, dalam menjalankan tugas beliau dengan kerja ekpedisi yang penuh cabaran ini Mas tidak pernah merungut. Ting kagum dalam masa yang gusar ini Mas dapat mengekalkan identitinya sebagai seorang wanita Islam. Tudung di kepalanya tidak pernah di tanggalkan, walaupun sukar kehidupan perkemahan ini auratnya sangat di jaganya. Oleh sebab itu Ting sangat perihatin dengan keperluan wanita ini. Walaupun kadang kala semasa berkumpul bersama kumpulan ekpedisi yang lain.. Jenaka-jenaka lelaki akan keluar, Mas tetap sporting dan akan cuma tersenyum mendengarnya. Kadang kala Ting malu mendengar kata-kata rakan-rakan lelaki yang lain yang tidak tahu menjaga hati Mas sebagai seorang perempuan. Itu sebab dia sedaya upaya cuba mengurangkan kepayahan Mas sepanjang ekspedisi ini. Mas di anggapnya sebagai kawannya yang paling akrab sekali.

Tetapi dalam keheningan pagi, kebeningan air sungai yang mengalir, gemersik deruannya, diiringi pula dengan nyanyian sang unggas, senyuman Mas yang spontan itu menyentuh jauh ke lubuk hatinya menerjah hingga ke urat-urat sarafnya. Tiba-tiba sahaja hatinya berdebar-debar. Seumur hidupnya scenario pagi ini akan di abadikan selamanya. Hatinya tiba-tiba terasa satu perasaan yang dia tidak dapat gambarkan dengan kata-kata yang terperinci, dia cuma dapat rasakan keindahannya.
Jam di jarinya sudah pukul 7.30 pagi. Kejap lagi waktu sarapan pagi. Mas bangun sambil mengesat-gesat kan bajunya, tiba-tiba Raja mengejutkan mereka.

“Smile you are on a candid camera!” Mas berpaling ke arah Raja sambil tersenyum , tetapi aki tersalah pijak batu sungai dan hampir jatuh, Mujur Ting cepat-cepat menahannya dari jatuh dengan memegang lengannynya.
“Klik” Ting sedang memegang bahu Mas, senyuman masih tertera di wajah masing-masing. Kamera Raju merakam kejadian yang candidi itu. Mas cepat-cepat menarik tangan dari genggaman Ting. Mukanya merah padam. Dia tahu dia harus berterima kasih dengan Ting kerana menghalang dia daripada jatuh, tetapi dia malu apabila bahunya di pegang oleh Ting. Tambahan pula kejadian tadi di tangkap secara kandid oleh Raja. Geramnya rasa Mas. Mas buat-buat mengosokkan bajunya dengan tangan untuk menghilangkan malunya.

“Mas, tak apa-apa?” Tanya Ting, dia tahu Mas marah lengannya di sentuh, dia bukan berniat untuk berbuat demikian. Tindakan refleksinya sungguh pantas dan dia bertindak tanpa berfikir dahulu. Tindakan melulu ini mengabikatkan dia kehilangan senyuman menawan Mas. Dia menyesal...Senyuman manis itu hilang, di ganti dengan muka merah padam. Mas macam marah.

“Makan pagi dah siap! Mari makan!...Bangun bangun makan.” Tiba-tiba suara Wak Ahmad kedengaran memanggil semua. Mas segera meninggalkan Ting dan Raja untuk pergi sarapan. Dr. David dan Dr. Zack sedang menikmati hidangan nasi goreng pagi itu. Ada peserta yang masih belum bangun. Machang yang tidak dapat di kesan menghilang entah ke mana sejak lewat malam semalam tiba-tiba muncul sambil tersengeh. Memang Machang tidak banyak bicaranya. Matanya tertumpu ke arah Mas. Mas sedar Machang akan memerhatikan dirinya dahulu baru dia akan buat kerja lain. Machang seakan-akan suka memerhati Mas, mungkin sebab dia sahaja seorang perempuan dalam kalangan mereka.
Mas memandang Machang yang sedang duduk bertenggung, sambil menghisap rokok. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidungnya. Bagi Mas, Machang seorang pemuda yang penuh misteri. Sekejap dia muncul, sekejap lagi dia hilang entah kemana tetapi tidak lama. Di kala semua orang sedang bertungkus lumus, berjalan melalui trek-trek hutan atau menyeberangi anak-anak sungai, Machang berjalan dengan mudah seperti mempunyai satu dorongan kuasa atau kuasa magik yang membolehkan dia berjalan dengan pantas dan laju di dalam hutan ini. Mas lihat Machan tidak pernah basah walhal mereka semua sudah lencun dengan dengan peluh atau hujan. Di sebabkan oleh kecekapannya di dalam hutan ini, Machang yang menjadi tukang bawa barang-barang yang berharga seperti kamera, perakam dan alat-alat persampelan yang lain. .
Orang-orang Asli seperti Machang telah mula berhubung dengan manusia luar sejak 150 tahun yang lalu, kerana tujuan ekonomi. Orang Alsi di Kampung Peta sudah lama meninggalkan cara hidup nomad seperti yang di amalkan oleh dato nenek mereka. Hutan kini merupakan kediaman nenek moyang mereka, walau bagaimana pun mereka masih lagi mengamalkan aktiviti memburu babi hutan, kancil dan juga mengutip hasil-hasil hutan seperti buah-buahan, akar-akar kayu dan kekacang. Kini mereka banak mencari pendapatan dengan menjadi pemandu dalam hutan.

Mas mencapai pinggan nasi yang di hulurkan oleh Wak Ahmad dan mencari tempat duduk di sebelah Dr. David. Dia sungguh berminat mendengar perbualan antara Dr. David dan Dr. Zakaria. Banyak pengetahuan yang boleh di timba hanya dengan mendengar. Tetapi kali ini dia tidak dapat menangkap sebiji butir pun perbualan saintifik mereka. Emosinya masih terganggu dengan kejadian tadi. Selera makannya hilang, tapi dia pura-pura makan. Ekor matanya mencari Ting. Dia tahu kejadian tadi bukan di sengajakan. Ting tidak bersalah. Ting mengambil makanannya dan beredar jauh dari semua dan makan bersama-sama Ahmad, Mani dan Abu. Mas harap dia tidak berkecil hati.
*******************

Ting sedang memnasuh bajunya di Kuala Jasin. Mereka baru kembali dari Kuala Marong, Petang ini aktiviti bebas. Nasib baik tidak ada aktiviti, bolehlah dia basuh pakaiannya. Semua pakaiannya sudah kotor. Besok mereka kena bertolak ke Buaya Sangkut. Ting lihat Mas awal-awal lagi sudah membasuh pakaian-pakaiannya dengan Ming tadi. Suasana sepi, kaki-kaki pancing sudah pergi beramai-ramai ke temapt pancing yang biasa mereka pergi. Mas, Wak Ahmad dan yang lain-lain sedang berehat di Bangsal. Dr. David dan Dr. Zakaria sedang berbincang di bangsal makan dengan Heah. Mereka berdua seperti sepasang rakan yang sangat akrab, tidak lekang dari mata masing-masing. Mereka menghabis masa jaga dengan berbincang pasala penyelidikan sahaja. Banyak sungguh perkara yang dibincangkan. Mereka betul-betul mengharga kehadiran masing-masing, sambil menimba ilmu dengan perbincangan demi perbincangan.

Osman, Aziz sedang membantu Ming menyediakan makanan malam. Ting mengambil kesempatan ini untuk mandi di sungai yang jernih ini. Seronok juga dapat menghabiskan masa berendam di dalam air yang jernih ini. Setelah selesai mencuci pakaiannya Ting mandi. Oleh kerana tiada sesiapa bersamanya Ting menanggalkan bajunya. Dia cuma mengenakan seluar pendik. Ting berendam dan mandi sepuas-hatinya sendirian. Dia kemudiannya membasuhi kotoran dan peluh di badan dengan bersabun dan menyampoo rambutnya. Tubuhnya bak juara sukan, kelihatan begitu sihat dan sasa sekali. Bongkah-bongkah otot yang dijaga rapi dengan latihan sukan kelihatan berkilau di basahi oleh air sungai. Rambutnya agak panjang mencecah bahu, kelihatan seperti tarzan sedang bermandi manda.

Rupanya gerak langkah Ting sudah lama di perhatikan. Akhirnya sudah tidak dapat di bendung tarikan oleh tubuh Ting, lalu dia menghampiri Ting. Sudah lama dia berhajat, harap-harap hari ini tercapai hajatnya. Dia membasahkan bibirnya yang kemerah-merahan dan menelan air liurnya, apabila melihat Ting bangun dari air dan sedang mencapai sabun untuk mencuci badannya yang sasa itu. Ingin dia meletakkan tangannya di dada Ting yang berbongkah itu.

“Hai Ting.” Manja suaranya memanggil Ting. Seperti haiwan yang sedang memikat. Bunyinya begitu mengoda, boleh mengoncang calang-calang orang, jika kurang kuat imannya. Ting terkejut mendengar sura manja Ming.
“Ming, kenapa ni?” Soal Ting.
“Saja nak tengok Ting cuci pakaian.”
“Saya ingat tak ada sesiapa di sini, sudah siap masak ke?”
“Osman dan Azizi sedang masak. Tugas saya sudah selesai.”
“Ting marilah kita ke sana tu. Seronok mandi kat situ tak. Airnya dalam sedikit.” Ming lantas menarik Tshirtnya out and reveal a pink bikini. Yang bertali halus. Dia memakai seluar yang sungguh pendek berwarna putih.
“Marilah Ting, Ming menarik Tangan Ting yang sasa tu. Seronok tau.”
Ting memandang gadis di hadapannya itu, memang cukup seksi dan memikat. Ming memang jelita, kulitnya mulus dan halus, Susuk badannya memang seksi dan ramping. Kalau orang silap ingat Ming salah seorang pelakon Hong Kong pun, memang tidak salah. Kenapa orang yang punyai rupa begini, susuk tubuh begitu ini menghabiskan masanya di dalam hutan belantara sebegini.
“Marilah Ting.” Suaranya begitu mengoda. Lantas Ming makin menghampiri Ting dan meletakkan tangannya di dada Ting. Ting faham dengan pelawaan Ming itu.

Ting menolak tangan Ming yang diletakkan di dada sasanya. “Ming, I am married.”
“I tak kisah Ting, just….. for fun. Masa kita di sini saja. Lepas tu habislah.”
“Ming…. You are such a nice girl, Why must you wasted yourself just for one night stand. It’s not right, Ming.” Nasihat Ting dengan baik.
“I hendakkan you Ting. Sejak first day lagi.”
“Ming! I don’t think a nice chinese girl like you can say something like this!” Ting terkejut dengan kata-kata Ming yang begitu berani.

“Why not. It’s not my first time. I have done it so many times with the European, Americans English yang datang sini. You tolak I, won’t make any different. Won’t make any different, my dear. Cuma buat masa ini I inginkan you. Cuma you miss a chance of a life time. Lagipun I really want you now...” Suara Ming menrengek manja. Begitu mengoda.
“It make a lot of different to me.” Kata Ting dengan tegas. “I am married.”
“Bodoh betul. You wife won’t find out. I promised. I used protection lah Ting don’t worry.” Ming menarik tangan Ting. Ditepisnya tangan Ming. Ting mula naik rasa jijik terhadap gadis yang begitu cantik itu.

“But I know. Bayangkan macamana I nak face Wak Ahmad dan Mas kalau I buat macam ni?”

“What they got to do with all this?” Kata Ming kehairannan. Ming rasa naik kemarahnnya, dia sudah malu dengan Ting, kemudian Ting sebut pula nama Mas.
“Don’t tell me… you takut dengan fat Mas. She controlled you ke? She tell you what you can and cannot do?”
“No! I think you better stop. Ming. Take controlled of yourself. For me this conversation never happened.” Tegas Ting lagi.
Tetapi Ming sudah hilang kawal. Rasa cemburu pada Mas tiba-tiba naik mendadak.
“Apa you nak takut dengan Mas, infact I told her off tadi pagi masa washing up. I think she is given you a lot of problems. She alway slowed you down!”

“What did you say that for? Siapa cakap Mas menyusahkan I?”
“I lah cakap! I tengok sendiri.”
“For you info.. I like workjing with her. Ming. I really appareciate her friendship and her company.”
“Apa yang you nampak ada pada dia?”

“Ming, I think you are too young to appreciate, there ia a friendship between man and woman not based on sexual attraction. It is called friendship. I don't want to stay here any longer! Bye!” Ting mengambil baju-bajunya lalu di sarungkan tualanya di keliling pinggangnya lalu beredar. Tinggal Ming keseorangan, termenung memikirkan kata-kata Ting. Sukar Ming menerima bahawa Ting lebih suka berdamping dengan Mas yang gemuk itu berbanding dengan dia, dengan apa yang Ming boleh tawarkan, badannya yang menawan itu. Percuma hanya untuk Ting. Petang ini Ming mendapat pengajaran yang begitu pahit sekali dalam hidupnya.