Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

ETDUS 5: Persembahan alam yang terhebat

Bab 5

Mas dan Ting menghabiskan banyak masa lapang mereka bersama, selain dari menjalankan tugas. Melakukan aktiviti-aktiviti lain bersama. Tiap-tiap pagi mas bangun untuk sembahyang, Ting selalunya sudah terjaga. Mas lihat Ting akan duduk, mendiamkan diri sementara mendengar Wak Ahmad berzikir dan membaca quran. Selesai sahaja Mas sembahyang, selalunya Ting sudah bersedia untuk keluar dan melakukan senamannya. Kadang kala Mas mengikut Ting bersenam atau Mas akan berjalan-jalan pada waktu pagi sementara Ting bersenam. Kadang-kala mereka mengikut Dr David meninjau ke dalam hutan berhampiran sementara menunggu sarapan siap. Selepas itu mereka sarapan bersama. Kemudian mereka pergi menjalankan tugas seharian mereka hingga ke petang.

Apabila sampai di Base camp pada waktu petang, Ting tunggu Mas sembahyang asar, kadang-kala Mas rasa terharu, sebaik sahaja balik dari mandi atau berwuduk, Mas lihat Ting sudah ambilkan papan lapis yang di sandarkan di dinding itu buat lapik sembahyang untuk Mas, lalu Ting sudah bentang papan lapis tersebut, lalu di lapiknya dengan kain pelikatnya. Semua sudah sedia untuk Mas sembahyang. Faham sahaja Ting akan keperluannya. Ting akan menunggu dengan sabar sehingga Mas selesai sembahyang, barulah mereka keluar bersama lagi, sama menyambung kerja-kerja, mengecam spesies haiwan, serangga atau membantu rakan lain dalam pengecaman dan pengawetan spesies tumbuhan. Tugas Ting lagi susah . Dia kena mengawet sample-sampel tumbuhan untuk di buat analisa apabila tiba di makmal nanti.

Adakalanya mereka juga berjalan-jalan di sekeliling Base Camp menikmati keindahan, anugerah tuhan. Selalunya berbincang tentang pelajaran. Sebagai pelajar Sarjana, memang Mas lebih banyak pengalaman dan pengetahuan. Ting banyak minta tunjuk ajar daripada Mas. Mas seronok menjadi tutor kepada Ting. Orangnya bijak dan mudah menerima ajarannya.

Pada waktu malam, banyak juga aktiviti seperti berjalan dalam hutan dan juga membuat persampelan waktu malam. Kalau tidak, mereka habiskan masa dengan membuat analisa di bangsal. Selalunya selepas sebelas malam barulah mereka masuk tidur. Itupun Ting akan tunggu Mas di hadapan bilik air, memandangkan bilik air terletak nun jauh di luar Bangsal. Dalam keadaan malam yang gelap begitu, Ting tidak akan membiarkan Mas sendirian. Setelah semua selesai, Mas sudah pun sudah selesai sembahyang Isyak, baru sama-sama mereka masuk tidur. Wak Ahmad selalunya sudah lama melayari malam-malam nya dengan dengkurannya yang berirama. Itu pun ada lagi benda yang hendak di bincangkan di di kongsi bersama. Kadang-kala Mas terlena begitu sahaj dalam mereka sedang berbual-bual dari sleeping bag masing-masing. Teringat Ting bagaiama dia dan saudaranya yang selalu berbual seperti ini pada waktu malam sebelum mereka tidur.

Mas sebenarnya tahu, selalunya Ting akan bangun dan periksa semuanya okay. Bila dia sudah pasti yang Mas dalam keadaan selesa dan selamat, baru dia akan masuk semula dalam sleeping baginya lalu terus tidur.

Begitulah Ting baiknya menjaga Mas. Baru Mas sedar, patutlah Dr. Zakaria dan Dr David memadankan dia dengan Ting. Mereka berdua sengaja mencarikan seorang yang baik hati seperti Ting, kerana tahu Ting bila di berikan tugas menjadi `partner mas’, dia akan betul-betul menjalankan tugasnya. Kalau Mas kena `partner’ dengan orang lain, terutama yang kaki pancing tu atau budak lelaki lain, memang sorang-soranglah Mas nampaknya. Mereka tidak akan layan Mas seperti mana Ting melayan Mas.
Pagi ini mereka mengikut Dr. David untuk membuat pantauan burung. Abu, Mazlan dan Raja turut serta bersama mereka pagi itu. Seronok sungguh dapat mengikut Dr David. Dengan tunjuk ajar dan kesabaran Dr. David, dapatlah mereka menikmati, keseronokan memerhatikan burung-burung yang terdapat dalam hutan itu. Dr. David akan menerangkan bagaimana mereka hendak mengenalsti setiap burung yang mereka perhatikan dan bagaimana hendak membezakan dengan spesies burung yang lain.

“Itu burung.. Gold-whiskered Barbet.” Terang Dr David. “Namanya dalam bahasa Malaysia ialah burung Takur Pipi Kuning, Kita boleh kenal burung ini dengan bulu badannya yang berwarna hijau, dan buning yang berwarna kuning dari bahagian pipi, warna ini membolehkan burung itu menyamar dirinya di kalangan daun-daun hijau untuk mengelakkan dari pemangsa.”

Dr. David fasih berbahasa Malaysia. Dia sudah lama berada di Malaysia. Semasa kuliah dia juga menyampaikan kuliahnya dalam bahasa Malaysia. Penerangannya begitu jelas dan terperinci selagi. Ramai pelajar yang suka dengan cara penyampaian Dr. David.

“Kalau hendak tahu, burung ini menghabiskan masanya dengan menyanyi sepanjang hari dan mencari makanan di kanopi hutan. Walaupun penyamarannya begitu berjaya sekali tetapi kadang-kala, dia boleh di kesan oleh kerana bunyinya yang unik dan kuat, tehoop-tehoop-tehoop-tehoop.”

“Apa nama saintifiknya Dr?” Soal Ting. Tertarik dengan penerangan Dr. David.

Dr. David segera membuka buka mengenai burung yang di bawanya.

“Megalaima chrysopogon.”

“Dr. tengok burung tu, yang kepalanya belang kuning dan hitam. Matanya bercelak hitam.” Kata Abu. Sambil mengunjukkan teropong pada Dr. David.

Itu ialah burung Pacat Bukit, atau Banded Pitta. Tengok tu, dadanya ada secalit warna biru dan seluruh badannya berintik-rintik seperti corak batik.

Mas dan Ting mengambil giliran meneropong burung yang di katakan oleh Dr David. Dr. David akan membuat catitan kepada setiap spesies burung yang di temui. Nampaknya dia menyimpan senarai burung yang di jumpainya di hutan Endau Rompin ini sejak hari pertama dia tiba di sini lagi. Sudah panjang senarai nama burung yang dia temui nantinya. Mas kagum melihat sikap teliti dan berhati-hati ahli saintis itu. Kalau boleh Mas ingin mengikuti tabiat-tabiat baik ketuanya itu. Mas juga bercita-cita ingin menjadi seorang ahli Sains yang terbaik.

“Woshhhh!” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi sayap seekor burung yang agar besar saiznya terbang betul-betul di atas kepala mereka dan terus hinggap di salah sepohon pokok hutan yang besar.

“Wow, kita sangat bertuah hari ini. Itu ialah helmeted hornbill. Mesti ada seekor lagi disekitar kawasan ini!” Ujar Dr. David, begitu teruja dengan kehadiran burung enggang itu. Mereka semua mendiamkan diri dan bergilir-gilir memerhatikan burung enggang itu.

“Tengok itu, dia seperti memakai helmet.” Seru Raja. Begitu terpegun dengan burung enggang yang mereka sedang perhatikan itu.
“Hornbill ini makan fruits, especially figs atau buah. Ia mungkin menggunakan paruhnya sebagai tool bagi menggali kayu reput dan kulit kayu longgar bagi mencari serangga dan mangsa sepertinya”.
“Ianya burung monogami, mereka akan setia bersama pasangannya sepanjang hidup. They are partner for life. Pasangan ini mengekalkan kawasan wilayahnya sendiri. Burung jantan yang menjaga wilayahnya akan berkelahi dengan, melagakan paruhnya sesama sendiri.” Terang Dr. David dengan panjang lebar.
“Tengok tu, Gading burung ini sangat ada harga. Paruhnya merupakan sumber ukiran yang berharga. Penduduk tempatan turut menggunakan pelepah tengah bagi menghiasi jubah penari dan hiasan kepala.
Dr. Apa nama saintifik dan melayu bagi burung ini ?” Soal Mas. Seronok dia dapat menimba ilmu di pagi yang indah ini.

“Oh ya… Nama sainsnya ialah Rhinoplax vigin nama tempatan ialah Enggang tebang mentua.” Kata Dr David sambil tersenyum.

“What!”
Dr David sudah agak dengan respons yang dia akan dapat dari pelajar-pelajarnya itu.

“Apa Dr. Nama dia enggang tebang Mentua? Peliknya.”

"Nama ini kerana bunyinya yang agak pelik. Cuba kita diamkan diri nama dan dengar. Bunyinya ada bunyi toks, tok tok yang berulang kali-kali, kemudian bunyi itu menjadi lebih cepat dan berakhir dengan bunyi seperti bunyi orang ketawa mengilai.”

Mereka mendiamkan diri dan cuba mendengar bunyi burung enggang tersebut. Tidak lama menunggu, tiba-tiba mereka mendengar bunyi seperti yang dikatakan oleh Dr. David itu. Begitu seronok mereka mendengarnya.

“Menurut cerita dongeng, Helmeted hornbill ini ialah seorang lelaki yang tidak suka dengan emak mertuanya. Dia menebang tiang rumah  emak mertuanya itu. Itu sebab keluar bunyi tok, tok tok itu. Bila rumah itu rumah dia ketawa mengilai kerana gembira . Sebagai balasan kepada perbuatan jahatnya itu, dia ditukar menjadi burung enggang dan seumur hidupnya ialah mengulang semula perbuatannya itu dengan mengeluarkan bunyi kapak menebang tiang rumah itu dan laungan ketawa mengilai setelah rumah itu runtuh.” Cerita Dr. Davod lagi.
“Enggang ini memang jadi satu lambing mitos bagi penghuni hutan dan orang-orang dulu-dulu. Ada banyak juga peribahasa melayu yang menggunakan enggang sebagai subjeknya.” Terang Abu.
“Iye ke?” soal Ting.
“Contohnya enggang sama enggang, pipit sama pipit, satu lagi enggang lalu ranting patah.”

“Yang enggang dan pipit tu saya tahu. Yang peribahasa nombor dua itu, apa maknanya?” soal Ting.

“Perkara yang terjadi secara kebetulan.”

“Wow. That is interesting! Siapa kata pelajaran Biologi ini boring!: seru Raja. Mereka yang lain mengangguk setuju. Mereka kemudiannya mendiamkan diri, mendengar lagi burung enggang itu berbunyi sambil ketawa.


*************************

Mungkin kerana rindu kepada keluarga yang ditinggalkan membuat Mas dan Ting sering bercerita tentang keluarga mereka kepada satu sama lain. Mereka menjadi sahabat baik, tempat meluahkan perasaan apabila rindu itu menerpa. Mereka melepaskan rindu kepada keluarga dengan menceritakan tentang gelegat anak masing-masing. Dalam masa ini juga Ting dan Mas tahu bagaimana sayangnya masing-masing kepada pasangannya dan anak-anaknya dan menghargai dan menghormati kasih sayang itu.

Petang itu Mas dan Ting di atas `Watch Tower’, sedang memasang perangkap kelawar di menara itu. Manakala Wak Ahmad berada di bahagian bawah menara sedang memansang beberapa buah perangkap mamalia. Kerja yang mereka buat adalah kerja tambahan untuk mengira bilangan mamalia yang terdapat dia kawasan itu.

Mereka sudah berada di sini sejak selepas asar lagi. Mas membantu Ting dan Wak Ahmad memanjat dan memasang perangkap. Setelah perangkap di pasang, mereka bertiga pun tunggu di atas menara sementara menunggu hari gelap. Manakala kumpulan Dr David, akan membuat penangkapan haiwan di muara sungai jasin. Mereka sedang sibuk memasang perangkap kelawar dan burung di sana. Mereka yang lain mengikut Dr, David, termasuk Ming. Kerja sukar kerana pemasangan pewrangkap terpaksa menggunakan sampan.

Kumpulan lain pula akan menyertai `jungle night walk’ hingga ke Blue Lagoon. Machang akan menjadi pemandu arah untuk perjalanan mereka itu. The jungle night walk sangat menarik sekali. Banyak jenis haiwan yang boleh diperhatikan pada waktu malam. Sayang sekali Mas dan Ting tidak dapat menyertainya kerana mereka bertiga ditugaskan untuk memerangkap haiwan di watch tower ini. Mereka sepatutnya menunggu di situ sehingga pukul sepuluh malam nanti. Kemudian semuanya termasuk kumpulan yang dari Janing barat dan yang membuat persampelan di sungai akan berkumpul di Base Camp untuk melihat hasil persampelan mereka hari ini.

Setelah siap semuanya mereka berdiri di Menara tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Menara ini didirikan atas hasil kerjasama antara pelajar UKM yang datang pada beberapa tahun yang lalu. Nampaknya Menara ini masih utuh lagi. Ianya terletak lebih kurang satu kilometer dari kawasan Base Camp.

“Mas, Ting, Wak hendak balik kejap.”

“Kenapa Wak?”

“Perut Wak tidak sedap. Wak tertinggal ubat. Lepas Wak sembahyang maghrib Wak datang balik.”

“Tak pe ke Wak? Jalan sorang-sorang nanti?”

“Nanti Wak ajak Ading atau Tating teman Wak.” Jawab Wak Ahmad. Kau orang tunggu sini. Nanti Wak bawa makan malam kau orang.”

“Iye ke Wak, Atau pun Wak sudah lapar ni. Tak sabar hendak tunggu sampai pukul 10.00 malam.” Laung Ting kepada Wak Ahmad yang sedang turun dengan laju ke tanah.

Wak Ahmad mendongak ke atas sambil tersengeh. “Itu pun juga.” Mas dan Ting ketawa melihat Wak Ahmad yang gendut itu segera menghilangkan dirinya di celah-celah rimbunan hutan itu.

Mas memerhatikan sekeliling Taman Negara yang tertua di dunia ini. Di sebabkan bilangan badak sumatera yang semakin berkurangan, yang menyebabkan usaha-usaha di jalankan pada tahun 1985/86 oleh Malaysia Nature Society (MNS) yang akhirnya mewujudkan Taman Negara ini. Ini dijayakan dengan membenarkan kemasukan sukarelawan yang membuat dokumentasi berates-ratus species haiwan dan tumbuhan, satu tugas yang begitu sukar untuk dilakukan.

Bentuk muka buminya yang terjadi dari letusan gunung berapi lebih kurang 150 juta tahun yang lalu, dengan cerun-cerun yang curam dan tanah berpasir yang membuatkan pembangunan di kawasan ini sukar dijalankan. Menyelalamatkan kawasan ini dari diterokai dan di musnahkan.
Kawasan ini di bahagikan 3 bahagian utama, zon A untuk pelawat yang terdiri dari kawasan yang mempunyai tempat bercamping dan trek-trek yang bertanda, zon B bagi penyelidik dan ranger-ranger taman, iaitu kawasan yang tidak dibangunkan. Zon C pulak ialah kawasan perlindungan untuk badak sumatera ini hidup bebas tanpa gangguan, supaya amereka boleh membiakan dan bebas dari kepupusan.
Angin bertiup lembut. Nyaman terasa berdiri di atas Menara ini, di tengah-tengah hutan, di atas dari kanopi yang menghijau. Mas menyedut udara nyaman dalam-dalam. Sungguh indah keadaan di sini. Hanya dia dan Ting berdua sedang menikmati keindahan hutan ini. Kehijauan kanopi hutan memenuhi semua ruang yang ada. Terbentang indah di hadapan mereka. Nun dicelah-celah kehijuaan itu ternampak kilauan sungai yang mengalir berliku-liku dicelah-celah kehijuaan hutan.

Matahari sudah mulai turun di ufuk Barat. Cahayanya diserakkan jauh tinggi ke langit, membuatkan awan menjadi merah, di belakangnya langit bertukar warna menjadi biru lembut.

Langit petang kian merah, memenuhi awan. Mas dan Ting terpegun melihat permandangan hutan yang begitu indah.

“It’s like God put us here, to witness see his greatest creation!” Kata Ting perlahan. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaannya ketika itu.

Mendengar kata Ting, Mas berpaling mukanya ke arah Ting. Ting yang juga leka memerhatikan langit mengalihkan pandangannya kepada Mas. Di lihatnya Mas tersenyum manis. Tiap-tiap kali Mas berikan senyuman hanya pada dia, jantung dia mesti berhenti berdegup. Dia pun hairan kenapa. Kenapa dia begitu tertarik dengan senyuman manis Manis, dia pun pelik. Tetapi bukan dia sahaja, Ting perasan bahawa machang pun seperti captivated by Mas. Walaupun Mas tidak perasan, Ting selalu ternampak Machang sering memerhatikan Mas. Ke mana Mas pergi, Machang seperti bayang-bayang, mengikutinya dari belekang tanpa disedari. Machang seperti mengawasi Mas dengan betul-betul. Sepanjang perkemahan mereka di Buaya Sangkut Ting mulai sedari gerak geri Machang terhadap Mas. Semasa Mas tidur, kadang-kadang Ting terasa seperti ada yang mengawasi Mas dari celah-celah banir hutan itu. Mas tidak sedari semua ini. Machang seperti pengawal setia yang menjaga puteri kesayangannya setiap masa. Kadang-kala Machang mencari buah-buah hutan, lalu diberikan kepada Mas. Mas akan memberikan senyuman manisnya kepada Machang. Pada masa itu muka Machang selalu terpegun bila menerima senyuman manis Mas. Tetapi Mas tidak perasan itu semua. Yang dia tahu dia gembira. Dia tidak sedar langsung akan senyuman manisnya terhadap jantung insan yang bernama lelaki.

Nasib baik kali ini Machang kena membawa kumpulan Dr. Zakaria meredah hutan di Janing Barat. Kalau tidak setiap gerak geri dan perbualan mereka mesti di perhatikan oleh Machang. Kadang-kala Ting rasakan dia dan Machang sedang merebut perhatian Mas, mengharapkan senyuman yang Mas bakal berikan. Senyuman yang akan menerjah jauh ke sudut hatinya.
“Keindahan hutan ini sungguh menawan.” Kata Mas.

Angin terus bertiup lembut, Ting lihat Mas memegang hijab yang menutup dadanya. Sungguh berhati-hati Mas dalam menjaga auratnya. Dalam keadaan lasak begini pun, dia amat berjaga-jaga tentang pakaiannya. Ting tahu, dia belum lagi menjawap kata-kata mas. Dia terdiam lama menikmati keadaan sekeliling and the pleasant company he is having now.

“Oh oh ya.. Kalau boleh saya nak duduk di sini. Aman, tenang. Tengok tu langit yang merah tu. Have ever seen something so beautiful.” Kata Ting seperti berkata-kata dengan dirinya sendiri.

Mas juga seperti Ting. Ingin rasa Mas berpuisi, tetapi tiada kata yang dia dapat luahkan untuk mengambarkan keindahan alam yang terbentang di hadapan mereka itu Sesungguhnya Keindahan alam adalah anugerah dari Ilahi. Mas dapat rasakan ketenangan dan kedamaian dalam dirinya dengan memandang keindahan alam itu.

Makin matahari sujud ke bumi. Seketika nanti ianya akan ditengelamkan di ufuk Barat. Waktu yang sibuk telah bermula. Semua haiwan hendak pulang ke sarang masing-masing. Burung kakak tua dan toucan terbang ke langit di hadapan mereka.
Di atas kanopi–kanopi yang menghijau sekumpulan lotong berlari-lari memasuki rimbunan kanopi untuk berlindung. Mereka sudah puas mencari makan sepanjang hari, kini tiba masa untuk berehat sepanjang malam. Bunyi bising mengiring mereka. Tidak lama kemudian, burung-burung berterbangan keluar dari kanopi-kanopi hijau itu.
Berhampiran dengan watch tower, kedengaran bunyi yang begitu kuat dari dari dua ekor enggang yang sedang berdua-duaan. Nampaknya mereka tidak sedikit pun gentar dengan kehadiran Ting dan Mas di situ. Setelah puas mematuk buah-buahan di dahan itu, pasangan enggang itu terbang ke dahan yang berhampiran. Kedua nya mengeluar bunyi yang amat bising seperti orang sedang ketawa.



Selesai pertunjukkan sang enggang, sekawan tupai pula keluar berkejar-kejaran di atas kanopi itu. Seronok Mas dan Ting melihat gelagat tupai itu bermain sebelum mereka berehat untuk malam hari. Kemudian seperti menyaksikan persembahan ballet, sekawan burung botak terbang menuju ke ufuk barat. Bunyi mereka seirama, makin jauh makin hilang. Manakala di bawah lantai hutan kedengaran sang unggas riuh berbunyi seperti menceritakan peristiwa hari ini kepada kawan-kawan sebelum mereka berehat setelah seharian mencari makanan. Cengkerit juga riuh berbunyi, menambah kemeriahan simphoni hutan rimba ini.


Ting dan Mas diam membatu. Takut pergerakan mereka merosakan suasana. Rupa-rupanya ketika itu Mas dan Ting menikmati pertunjukkan alam yang sungguh menakjubkan. Bola matahari yang berwarna jingga akhir tenggelam ke ufuk langit dan awan menjadi warna jingga dan langit berwarna unggu. Mereka berdua menyaksikan langit yang merah itu perlahan lahan bertukar menjadi gelap apabila malam mula menjelmakan dirinya. Alam semulajadi membuat persembahan hutan hujan tropika yang yterhebat khas untuk mereka berdua. Irama latar haiwan hutan belantara seumpama persembahan okestra, sangat menghiburkan buat pencinta alam seperti mereka. Kilauan kemerahan menyinari keatas kanopi hutan menyiratkan keindahan yang tiada taranya. Malam sudah menjenguk-jengukkan wajahnya. Terasa tirai persembahan hari itu telah di tutup. Mas dan Ting masih tidak dapat berkata apa-apa dengan persembahan itu.

“The nature’s greatest shows on Earth. God show his creation ..Amazing! The whole orkestrated magnificent show witness by only you and me. Don’t you think it is wasted..just only for two of us to witness.” Soal Ting pada Mas. Baru Mas hanya tersedar, air matanya mengalir kerana terlalu taksub dengan persembahan alam yang begitu mengasyikkan. Mas terasa begitu hiba dengan panorama saujana yang sungguh indah, seolah-olah dia berada berjuta tahun yang lampau, sejak mula hutan dara ini terbentuk. Mas bersyukur ke hadrat Illahi kerana seketika, dia dapat menikmati keindahan alam ciptaan Nya itu.

“Why it is wasted only to the two of us as an audience.” Soal Ting. Matanya masih tertumu ke ufuk barat, tidak puas memandang keindahan senja itu.

“No.. it ias not wasted,… kita tidak tahu kenapa nikmat ini yang tuhan berikan pada kita. Everything thats happen ada kebaikannya. I never doubt that.”

“Sepanjang umur hidup saya, saya tidak akan lupakan hari ini.” Ting berkata perlahan-lahan dan memandang Mas. Mas juga menganggukkan kepalanya.

“Begitu juga, saya tidak akan melupakan hari ini. Adakah kita kita dapat melihat langit yang indah seperti ini lagi. ” Mas masih kagum dengan keindahan yang terbentang di depan matanya. Dapat menghayatinya keindahannya bersama dengan sahabat baiknya lagi

Mereka terus berdiri memerhatikan keindahan alam ini sepuas-puasnya. Tatkala itu hanya tuhan sahaja tahu keindahan yang terukir di dalam hati mereka. Begitu selesanya untuk berada bersama seseorang yang mengerti perasaan masing-masing, dalam diam mereka terus menyaksikan persembahan alam yang terindah dan keindahan itu di simpan di dalam hati. Tidak mereka berdua menduga kesannya keindahan alam ketika itu dan kenikmatan persahatan yang terjalin, selepas ini bila terpandang langit petang yang memerah di ufuk barat, terkenang hari yang indah ini dan mereka teringatkan akan mereka antara satu sama lain.

*******************************


Setelah malam tiba, mereka terpaksa menunggu beberapa jam lagi sebelum kelawar mula berterbangan dan mungkin ada yang terperangkap di perangkap mereka. Wak Ahmad belum tiba lagi. Mungkin dia sembahyang isyak dahulu dan makan malam sebelum dia datang kembali ke situ. Sambil duduk di atas watch tower, mereka meneruskan perbualan mereka. Mas duduk bersila di atas lantai menara sambil menyandarkan badannya ke batang pohon yang menjadi asas kepada menara itu. Manakala Ting pula duduk disebelahnya. Masih banyak cerita yang hendak dikongsi bersama. Apabaila ada sahaja peluang untuk bercerita, apa lagi, Mas tidak habis-habis bercerita tentang anak-anaknya, Shazan, Sazali dan Mira. Terlepas rindu kepada anak-anak apabila dia dapat berkongsi cerita tentang anak-anaknya kepada orang yang sudi mendengar.

Begitu juga Mas sangat suka mendengar cerita Ting dan keluarganya. Mas sedih mendengar tentang isteri Ting, Mei yang kini telah tidak berapa sihat. Ting agak risau kerana dotor mensyaki Mei mengidap penyakit barah. Mendengar itu, Mas rasa simpati, terutama anak Ting bernama Joshua yang dua tahun lebih tua dari Shazan, anak Mas yang sulung, berumur tujuh tahun.
“Umur Ting begitu muda apabila berkahwin dengan Mei bukan.” Orang tidak akan sangka Ting sudah mempunyai seorang anak lelaki yang berumur Sembilan tahun. Ting kelihatan seperti seorang yang belum berumah tangga.
“Iye, kata Ting, Kami baru berumur 19 tahun pada masa itu. Kami berkawan sejak dari Tingakatan 5.” Mas menganggukkan kepalanya. Dia dan Hakim juga berkahwin pada usia yang muda iaitu ketika Mas berumur dua puluh tahun. Tetapi ini adalah masa untuk Ting menceritakan kisahnya. M as tidak mahu bercerta tentang kisah dirinya.

“Oh … kekasih remajalah ni. High school sweet heart rupanya.” Usik Mas. Ting pun senyum mengenangkan isterinya.
“Tapi actually, kami berkawin tanpa bersetujuan keluarga.” Kata Ting,
“Keluarga Ting di mana?”
“Keluarga saya di Kuala Lumpur.”
“Ting membawa diri ke Pulau Pinang ke? Macamana boleh jadi begitu?”
Ting mengangguk perlahan kemudian dia meneruskan ceritanya.
“Papa tidak mahu merestu perkahwinan kami. Jadi saya bawa diri.”
“Jadi Bapa Ting tidak pernah jumpa Josh ke?”
“Tidak. Masa Pertengkaran yang teruk. Papa kata jangan balik ke rumahnya lagi”.
“Jadi Ting merajuk ye? Mungkin sekarang telah berubah.”

Ting mendiamkan dirinya. Mas memujuk lagi.
“Bapa Ting pun sudah tua. Mungkin apabila melihat Joshua, hati nya kan berubah? Datuk mana yang tidak sayang cucunya. Why not just try and see.”

“Mungkin, .... Ah Mei seorang yang so sweet and baik. Kalau Mas jumpa dia pun Mas mesti suka dia. Kalu papa dapat kenal dengan Ah Mei pun mungkin papa suka dengan dia. Ting mengeluarkan sekeping gambar dari dompetnya lalu di berikan kepada Mas.
Ah Mei seorang wanita Tiong Hua yang berbadan langsing, tidak terlalu cantik jika dibandingkan dengan ketampanan Ting. Sweet and innocent orangnya. Hari sudah makin gelap. Mas kena menggunakan lampu suluh untuk melihat gambar Ah May.

I can see why so love her. She is so sweet, macam bunga mawar putih sedang kembang. Ini Joshuake? Tanya Mas. Ah May sedang memegang tangan seorang budak lelaki.

“ni Josh berumur ketika berumur 5 tahun.” Terang Ting.

“Ye ke tingginya dia.” Mas teringatkan Sazali yang berumur 5 tahun, tetapi tidaklah tinggi macam Josh.

“Mungkin ikut bapanya.” Ujar Ting, giginya tersusun peutih apabila dia menguntumkan senyum mengenangkan anaknya. Ting memang lelaki yang tinggi orangnya. Mas menghulurkan balik gambar Ah May dan Joshua kepada Ting.

“Ting patut cuba berbaik dengan papa Ting. Mesti mereka pun akan sayang Ah Mei dan Joshua.

“You think so?” Soal Ting lagi. “Sebenarnya saya juga rindukan papa dan mama dan John, tetapi..

“Cubalah Ting. Kasih sayang ibu bapa takkan lenyap begitu sahaja. Ehhh..Siapa John? Tiba-tiba mas teringatkan Ting ada menyebut nama John.
“John adalah kembar saya.” Jawab Ting sambil tersenyum mengenangkan saudaranya.

“Ting ada adik kembar? Seronoknya. Kalau macam tu Ting kenalah berusaha untuk balik ke pangkuan keluarga.” Usul Mas lagi.
Ting cuma mengangguk. Saya juga rindu sangat hendak berjumpa dengan John.”

Mas dan Ting terdiam sambil r mememerhatikan keadaan sekeliling yang sudah kian gelap.

Langit pun sudah hilang kemerah-merahnnya. Suasana hutan diam seketika. Bintang-bintang mulai kelihatan di dada langit. Mas bersandar di batang pokok memerhatikan keindahan malam. Begitu juga Ting. Selesa sungguh rasanya dapat berbual dengan Mas. Kesunyian yang dirasaikan begitu selesa. Hanya dengan sahabat sejati sahaja kita boleh menikmati keadaan sunyi sepi bersama tanpa rasa kekok. Malahan sebagai sahabat sejati, semua perkara yang dilakukan bersama memberikan keselesaan. Keadaan senyap itu berpanjangan. Berat rasanya hendak memecahkan kesunyian yang begitu selesa dirasakan oleh mereka berdua.

Tiba-tiba terdengar bunyi jaring perangkap dilanggar sesuatu.

“Kelawar masuk jaring!” seru Mas.

Ting bingkas bangun dan menyuluh ke arah jaring. Seekor kelawar terperangkap tempat duduk mereka. Mas mengeluarkan bag guni dan Ting segera cuba melepaskan kelawar dari perangkap yang kian menjerutnya. Jika dibiarkan kelawar tersebut lama dalam keadaan begitu, ianya akan lemas. Ting cuba lepaskan dengan berhati-hati mengikut bagaimana yang Wak Ahmad ajarkan. Selepas bergelut dengan kelawar itu seketika, Ting Berjaya melepaskan kelewar itu dari jarring dan segera memasukkannya ke dalam beg guni. Nanti balik ke Base Camp baru boleh di buat pengecaman, di ukur dan di tandakan dan semua rekod ini akan dicatitkan. Kemudian kelawar ini akan di bebaskan semula.

Setelah selesai meletakkan kelewar ke dalam beg, Mas dan Ting duduk semula di lantai menara.

“Kenapa Ting dan Ah Mei kawin dalam usia begitu muda.” Mas menyambung soalannya.
“Ah Mei, anak yatim piatu dan tinggal dengan neneknya dan emak saudaranya. Saya selalu kesihan dengan May. Sebelum pergi sekolah dia kena jaga nenek dan menjaga rumahnya. Mei selalu kena pukul oleh mak saudaranya. Nenek yang selalu melindungi May. Bapa saudaranya sering mabuk. Ah Mei takut dengan bapa saudaranya. Satu hari semasa Mei sedang tidur bapa saudaranya pernah masuk ke bilik tidurnya. “
“Kesihannya.”
“Saya tempat Mei mengadu nasib. Pada masa tu kami sama-sama sekolah di tingkatan lima. Mula-mulanya saya kesihankan may, lama kelamaan saya mula kasihkan dia. Selain nenek, saya sahajalah tempat Mei bergantung dan saya memberikan sinar harapan untuk Mei teruskan hidupnya. Mei sudah tidak ada sesiapa lagi.

Selepas habis STPM, nenek Mei meninggal dunia. Mei tidak sanggup tinggal dengan emak saudaranya lagi. Bapa saudaranya tidak kerja. Pada siang hari waktu mak saudara bekerja. Bapa saudara sentiasa ada di rumah. Mei takut sesuatu yang buruk berlaku. Mei hendak keluar dari rumah. Tapi saya minta Mei bersabar. Sebab kami masih belajar. Satu hari perkara yang buruk yang Mei takuti selama ini, hampir-hampir terjadi ke atas dirinya. Pak cik Mei cuba mencabul Mei. Nasib baik emak saudaranya balik cepat hari itu. Tetapi Mei yang dihalau keluar oleh emak saudaranya.

Mei hendak ke Pulau Pinang, mencari kerja kilang. Dia ada kawan di sana. Saya tidak sanggup membiarkan Mei pergi sebatang kara begitu sahaja. Saya pernah berjanji dengan nenek yang saya akan menjaga May. Tetapi saya belum ada pekerjaan. Baru hendak masuk universiti.”

Memang Mas tidak salah selama ini, Ting adalah seorang anak muda yang baik dan bertanggungjawab. Dalam terharu Mas juga rasa bangga dengan sahabatnya itu.

“Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkawin. Apabila cakap dengan papa, papa mengamuk. Papa impikan harapan yang lebih tinggi buat saya. Saya dan John sepatutnya pergi ke UK atau US untuk melanjutkan pelajaran. Masuk bidang busines. Papa sudah lama menabung untuk kami belajar. Tetapi saya hendak masuk Universiti Sains Malaysia supaya berhampiran dengan Mei. Papa marah, kalau nak ke USM dia suruh saya biayai sendiri. So kami pergi ke Puala Pinang, saya masuk USM, Mei kerja kilang sambil membiayai pengajian saya. Besarkan pengorbanan Mei untuk saya.” Cerita Ting dengan panjang lebar.
“Ting juga banyak berkorban untuk Mei.”
Ting menganggukkan kepalanya.
“Kini apabila saya sudah bekerja, kehidupanan kami sudah mula senang dan selesa. Tetapi belum sempat saya memberikan May kemewahan, kini dia sudah sakit.”

Sebak dada Mas mendengar cerita Ting. Tidak tahu mas bagaimana dia memberi kata-kata hendak membuat meringankan bebanan Ting. Nyata dalam ketenangannya itu Ting sedang menderita.
“Bagaimana teruknya sakit Mei?” Soalnya lembut.
Ting mengelengkan kepalanya. “Masih peringkat awal pemeriksaan. Kami belum tahu lagi apa rawatan yang selanjutnya.”
“Saya doakan Mei akan sehat kembali Ting.”
“Terima kasih Mas.”
“Sabarlah Ting, kadang-kala kita tidak tahu apa sebenarnya di sebalik ujian tuhan.”
“Sejak akhir-akhir ini saya pun banyak mendekatkan diri kepada yang Maha kuasa. Saya dapat rasakan ada rahmat di sebaliknya.”
“Maksud Ting?”
“Saya pun tidak tahu bagaimana hendak di terangkan tetapi saya tetap dapat merasakan rahmatnya disebalik penderitaan yang tuhan berikan ini. Membuat saya terus mencari dan mencari jawapan.”
“ Maafkan saya, kenapa saya lihat Ting tidak seperti orang penganut Buddha lain?”
“Maksud Mas.”
“Entah, cara cakap Ting pun lain.”
“Saya masih lagi mencari cari Mas.”
“Saya tahu saya ni lain sikit, dari kecil lagi saya banyak mengikut cara orang Melayu daripada orang Cina. Dalam hati saya masih banyak persoalan yang belum terjawap. Setiap kali melaksanakan penyembahan mengikut agamanya, selalu timbul pertanyaan dalam hatinya. "Tuhan yang mana satu yang mesti disembah dengan sebenarnya?"
Mulanya saya menjadi penganut Buddha kerana ibu saya penganut setia agama Buddha, saya juga menganut agama tersebut secara tradisi turun temurun, iaitu secara warisan dan ikut-ikutan saja.
Mas hanya mendengar cerita Ting.
Setelah umur saya meningkat sedikit, saya merasa tidak puas hati dengan apa yang saya anuti. Saya rasa ianya tidak sesuai dengan pemikirannya. Lalu saya cuba cari pegangan hidup yang lebih masuk akal dan dan ikut papa yang beragama Kristian.”

Walaupun saya tertarik dengan agama itu kerana saya ingat lebih baik dari agama yang diwarisi dari ibu. Sebagai pengikut gereja, saya menerima pengajaran tentang Tuhan Bapa, Tuhan anak dan Ruhul Qudus. Doktrin dan ajaran dalam Kristianyang diterima dari padre yang disampaikan di gereja.”
Sekarang ini saya mula berfikir pula, tentang dasar ketuhanan yang saya anuti. Bagaimana seseorang akan menyembah kepada Tuhan yang tiga itu? Ianya agak membingungkan. Walaupun saya sudah mulai ragu dengan agama Kristian, tetapi saya masih tetap memeganginya, walaupun kurang yakin. Ada kawan saya yang muslim yang mengajak saya memluk Islam, tapi saya belum dapat jawapan kepada soalan-soalan saya.”
“Maksud Ting apa?”
“Bagaimana nanti saya akan jawap kenapa pilih mengikut ajaran Muhammad, sedangkan Buddha dan Jesus pun belum saya kenali. Jadi saya masih mencari, mencari jawapan yang sebenarnya.” Jelas Ting lagi. Kalau Ting mengharapjawapan dari Mas, dia telah bertanya kepada orang yang salah.
“Saya ni tak pandai dalam hal ini Ting. Malah saya jahil, saya tidak boleh berikan jawapan pada Ting. Saya Cuma boleh doakan Ting akan temui jawapnnya. Teruskan mencari Ting, Insya Allah Ting akan jumpa. Saya doakan. Open your heart to god Ting. God will find you.”

Ting mengangguk perlahan, walaupun jawapan Mas sebenarnya tidak ada jawapan yang terbaik ntuk Ting, Dia bersyukur dapat bertemu teman yang memahami dilemmany,a yang tidak memaksanya tetapi cuma mendegar dan memahaminya. Ting senang dengan cara Mas. Kadang-kadang rakannya terlalu memaksa Ting. Membuat dia sesak dan hatinya tertutup. Tetapi Mas menyarankan agar Ting membiarkan pintu hatinya terbuka tanpa memaksa dirinya.
Mas manrik nafas panjang. Dia Cuma boleh berserah kepada ALLAh swt. Bukan taraf dia untuk member tunjuk ajar pada Ting. Mas hanya menjawap sekadar yang dia mampu . Cuma Allah yang Maha mengetahui.

Mas kembali mendongak ke langit yang tidak berawan. Seolah-olah hijab kebesaran Allah yang Maha Agung telah dibuka. Langit yang luas tanpa bertongkat dihamparkan bintang-bintang tidak bertali. Sesekali kesejukan malam menempuh tubuh mereka, selembut kasih Allah pada umat-NYA.
Mas berkata sendirian, “sesungguhnya kasih-MU, Ilahi tidak pernah bertepi. Semoga-moga hati Ting di buka luas untuk agar dia mendapat jawapan kepada soalan-soalannya.”
Tidak berapa lama kemudian kedengaran suara Wak Ahmad sedang bercakap-cakap dengan seseorang, makin lama makin menghampiri watch Tower mereka. Akhirnya Wak Ahmad tiba dengan membawa makanan malam untuk mereka berdua.

0 comments: