Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

ETDUS: Perjalanan Ke Buaya Sangkut: Machang, Mas dan Ting

Bab 4
Air Terjun Buaya Sangkut merupakan air terjun yang terbesar dan paling terkenal di sini kerana ketinggiannya yang hampir mencecah 40 meter. Air yang turun melalui celah-celah batu-batu besar begitu kelihatan menakjubkan sekali. Semua orang yang mengunjungi Endau Rompin tidak akan melepaskan peluang untuk sampai ke Air Terjun Buaya Sangkut ini. Untuk sampai ke Buaya sangkut mengambil masa perjalanan hampir masa satu hari. Mereka yang hendak ke situ memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki trek-trek hutan, melalui perjalanan begitu mencabar sekali.

Mas sedang berjalan seorang diri di dalam hutan. Pada awal perjalanan mereka, Ting mengikut sahaja di belakang Mas. Mas berjalan agak lambat kerana keadaan fizikalnya yang lemah berbanding dengan mereka yang lain. Tetapi Ting tetap mengikut Mas. Membuatkan perjalanan Ting menjadi lambat. Mereka agak tertinggal jauh ke belakang. Mas kurang senang apabila Ting berbuat demikian. Mas menyuruh Ting meneruskan perjalanannya tanpa menunggu Mas. Mas tidak mahu dia yang menjadi sebab melambatkan perjalanan kumpulan mereka. Mas juga tidak mahu bantuan Ting. Ting menawarkan dirinya untuk membawa barang-barang Mas. Lagi membuat Mas marah. Dia tidak mahu kalah di dalam hal ini. Dia ingin membuktikan bahwa dia boleh melakukan perjalanan ini sendirian. Walau pun lambat dia akan sampai juga ke Buaya Sangkut tanpa menyusahkan sesiapa. Ting tidak mahu langsung berjalan mendahului Mas. Lantas Mas berjalan lebih cepat untuk meninggalkan Ting. Lama kelamaan, Ting di tinggalkan jauh di belakang dan hilang dari pandangannya. Mas tidak mahu bergantung kepada Ting lagi. Mas marah dengan Ting.

“Macamana you boleh tahan Mas, sehari-harian dengan Mr Handsome tu. He is so gorgeous. Tall and handsome. I tengok badannya…. His athletic body, his six pack abdomen. His slim hips. Wow.” suara halus Ming masih terngiang-ngiang di telinga Mas. Mereka sedang membasuh baju di tepi sungai pada hari sebelumnya.

Apabila Mas sampai di Base Camp pagi itu, Mas terus membasuh pakaiannya. Ting dan Wak Ahmad sibuk menyusun barang-barang persampelan. Mas lihat tidak ada orang yang berada di sungai. Mas ambil peluang itu untuk mandi dan membasuh bajunya. Tidak lama kemudian Ming datang menyertainya membasuh pakaian.

“Kalau I jadi you, tentu tak boleh buat kerja. He is too handsome and yummy. You pulak all the time... with him..”Ming tidak habis-habis memuji Ting.
Mas memandang muka Ming. Memang betul kata Ming itu. Boleh dikatakan Mas dan Ting menghabiskan masa bersama-sama, malahan tidur malam pun di katil bersebelahan.

“You tak perasaan ke, Ting sungguh tampan. I admire him.”

“Eh! I ingat Raja kata Chinese girl tak minat Ting sebab muka dia macam orang melayu.”

“I bukan Chinese girl yang lain. Minat I lain, bukan pada Chinese boy. You tengok muka Ting tu, kacak habis, his straight and aquiline nose, his high cheek bone, his deep set eyes, his beautiful mouth. Kulit dia pun tidak putih sangat. Gelap sikit. Itu yang suka. Tall, dark and handsome.”

“Entahlah Ming. Pada I macam biasa sahaja.”

“Takkan you tak rasa apa-apa bila bersama dengan dia masa buat kerja tu?”

“I ni datang sebab tugas. Kalau hendak suka-suka, baik I duduk dekat rumah dengan anak-anak I Ming. Ada faedahnya!” Jawab Mas, sambil acuh tidak acuh, sambil memberus pakaiannya di atas batu.

“Apa salahnya you ni…. seronok-seronok sikit. Kalau I jadi partner Ting... tentu best. Kalau sekali his beautiful eyes set on me. My heart stop beating.” Ujar Ming lagi. Dia bangun sambil mengikat rambutnya yang panjang dan cantik. Potongan badannya sangat menarik. Kulitnya putih dan licin. Ming cuma mengenakan seluar pendek dan baju T- sendat bewarna merah. Lagi menyerlahkan kegebuan kulitnya.

“Kalau I tackle dia, agaknya boleh dapat tak?” Tanya Ming. Mas mendongak dari membasuh bajunya, memandang wajah Ming penuh kehairanan.

“Betul ke budak sorang ni?” Mas berkata dalam hatinya.

“Kenapa you pandang I macam tu? You marah tak kalau I tackle Ting?” Tanya Ming lagi.

“Ming, betul sikit cakap tu. I ni sudah kawin, ada anak tiga. You nak tackle Ting, tackle lah. Tak ada kena mengena dengan I.” Mas lantas mengalehkan perhatiannya kepada baju-baju yang masih banyak belum tercuci. Malas hendak melayan Ming.

Ming duduk kembali sebelah Mas, wajahnya cantik dan mulus didekatkan pada Mas.

“Tak kisahlah, Mas. I cuma nak seronok-seronok sementara kita di sini. Mas janganlah jealous pulak!”

Mas mendiamkan dirinya. “Apasal aku nak marah.” Dia berkata sendirian. “Aku jealous? Mengarutlah betul budak sekor ni.” Tempelak Mas pada dirinya sendiri. Melihat Mas mendiamkan diri, Ming menjadi lebih berani.

“You tengok body dia, those muscle, broad shoulder and slim hips. Macam hero dalam romantic novel. I am sure he is good in bed.”

“Astagafirullah Al Azim! Ming!!! Terkejut Mas mendengar kata-kata berani Ming itu. Mas memandang wajah Ming dengan penuh perasaan terperanjat dengan kenyataan anak dara itu.

“Kah, kah, kah.....” Ming ketawa dengan kuat sekali apabila Berjaya membuat Mas terkejut. Burung-burung berteduh di ranting berhampiran yang sedang meninjau-ninjau buah-buah hutan berterbangan ketakutan. Macam bunyi burung tebang mentua.

“Sorry… sorry … Mas, I just can’t resist nak usik you. You ni serious betul lah. Saja nak tengok you loosing up a little bit.”

Gadis itu kemudiannya mengambil bajunya di atas batu yang terbiar sejak tadi lalu memulasnya. Setelah itu Ming kembali menghampiri Mas.

“Tapi kan Mas, dia tu memang handsomelah Mas.” Kata Ming , wajahnya yang jelita dan ayu memandang jauh seperti orang yang merindu. “You bohong kalau you kata you tak perasaan tentang Ting. I can see in your eyes, you pun kagum dengan ketampanan Ting. Betulkan?”

“Lantak engkaulah Ming. Malas I nak layan.” Jawab Mas, tetapi Ming buat tidak perduli dengan Mas. Dia terus bercakap-cakap dengan Mas tentang Ting.

“Kalau boleh I nak join you all sampling. Tentu seronokkan? Tapi I rasa senanglah you Mas, semua kerja Ting yang tolong. Nasib baik Ting tu rajin. Semua kerja dia kena buat dua kali ganda. Kena buat research and sampling, kena bantu you. Kesian buah hati I tu.”

Berdesing telinga Mas mendengar kata-kata Ming. “Maksud you?”

“Kalau Ting tak buat double job, your team mestilah ketinggalan. I know for a woman like you, this jungle trekking is very tough.” Kata Ming lagi. Geram betul Mas mendengarnya. Ming sedang perli aku ke? Memang badan aku berisi sikit. Aku bukan wanita lasak, badan penuh dengan lemak bukan otot. Tapi aku tak pernah menyusahkan sesiapa. Dia jegil matanya ke arah Ming yang sedang membilas bajunya. Hendak di telan rasanya. Ting mengadu dengan dia ke?
“Jaga kau Ting.” Mas meradang sendirian.

“Ting cakap macam tu pada you?” Tanya Mas, suaranya agak tinggi. Ming hanya tersenyum, nampaknya perbualannya membuat Mas tersinggung.

“Alah semua orang tau. Bukan I sahaja yang perhatikan you all.” Tiba-tiba sepasang burung enggang terbang hinggap di sebuah pohon yang rantingnya menjuntai ke sungai. Cepat-cepat Ming menukar topik perbualan dan menarik perhatian Mas kepada kedua pasangan burung itu.
*****************

Sampai ketika ini, dalam perjalanan mereka ke Buaya Sangkut, Mas masih marah dengan kenyataan Ming itu. Lagipun lewat petang semalam, setelah puas berehat Mas keluar mencari Ting, kata Dr. Zakaria Ting sedang membasuh pakaian. Mas menyusul Ting, kerana ingin bertanya dengan Ting tentang kenyataan Ming itu. Tiba-tiba dia lihat Ting yang tidak berbaju dan Ming yang berbikini sedang memegang dada pejal Ting. Kedengaran Ming mengajak Ting ke tempat lain yang lebih terlindung. Nadanya begitu mengodakan sekali. Berderau darah Mas melihat mereka berdua. Dia terus cabut. Bukan hal dia, kalau mereka berdua menjalin perhubungan. Ting boleh buat apa dia suka. Tetapi hati Mas betul-betul bengkak. Dia sangka Ting begitu baik orangnya. Mas ingat Ting setia pada isterinya. Kalau sudah begitu intim perhubungan mereka. Jadi mesti Ting yang kata pada Ming yang Mas menyusahkan dia

Itu sebabnya itu dalam perjalanan ke Buaya Sangkut ini, dia tidak mahu langsung berjalan bersama Ting. Tidak mahu dikatakan dia bergantung kepada Ting. Macamana pun dia akan buat sendiri. Dia akan sampai ke Buaya Sangkut tanpa bantuan sesiapa walaupun perjalanannya sangat sukar sekali. Nafasnya tercungap-cungap. Penat dia berjalan mendaki bukit, terutama sekali dengan badannya yang agak berat itu. Teringat Mas susuk tubuh Ming yang langsing dan menarik itu. Kalaulah badan dia macam tu mungkin senang sikit perjalannya ini.

Kata orang, cara yang terbaik untuk meneroka dan mengetahui keindahan Hutan Endau Rompin ini ialah dengan menjelajahi dengan berjalan kaki, menyusuri laluan trek-trek hutan ini melalui teduhan kanopi-kanopi pokok yang berbanir-banir besar itu. Lantai hutan dipenuhi dengan berbagai jenis cendawan dan fungi yang beraneka warna, dan jika mendongak ke atas, dapat pula memerhatikan corak-corak kanopi pokok menghijau, disamping sang rama-rama yang beraneka warna terbang berhampiran ke sana ke sini.

Terdapat 26 kilometer trek hutan dalam keseluruhan taman Negara ini, jalan-jalan yang paling biasa di lalui ialah trek dari Base Camp ke Batu Hampar dan ke Buaya Sangkut, yang melalui beberapa sungai yang deras dan trek-trek yang mencabar. Mereka menggunakan khidmat Machang untuk memandu mereka dan membantu mereka semua ke sana. Machang sudah mendahului mereka di depan lagi. Sejak memulakan perjalanan ini Mas sudah tidak Nampak Machang lagi. Lagipun Machang macam berjalan atas angin sahaja di dalam hutan tebal ini.

Langkah Mas terhenti. Trek mana yang dia harus ikut? Sudah sesat ke aku sorang-sorang dalam hutan belantara ni. Mas memandang sekeliling, dia tidak nampak laluan yang boleh dia lalui. Mas memandang ke belakang. Tidak ada sesiapa di belakangnya. Kelilingnya hutan hujan tropika yang begitu tebal. Hanya bunyi cengkerit dan sang unggas yang kedengaran.

“Itulah! Eksyen sangat! Kata nak buktikan boleh berdikari!” Mas makin rasa gentar. Suasana hutan semakin suram. Awan menutupi langit menandakan hujan akan turun.

Tidak lama kemudian manik-manik hujan sudah mula jatuh ke bumi. Sekarang Mas naik panik.

“Apa nak jadi kalau aku sesat dalam hujan ini?” Mas berdiri kaku memerhatikan trek-trek jalan yang harus di ikutnya. Dia membiarkan cerek dan kuali yang di bawanya jatuh ke lantai hutan. Bag galasnya masih di belakangnya. Kali ini bag yang dibawa oleh Mas agak berat kerana mereka bersama-sama membawa bekalan makanan seperti beras, tin-tin sardine dan sedikit sayur-sayuran. Ini semua adalah sebagai bekalan makanan selama seminggu. Mas tidak larat memikul bebanan yang dibawanya. Tadi bila Ting hendak tolong ringankan bebanannya, Mas menolak. Dimana agaknya Ting? Keadaan hutan tiba-tiba menjadi gelap. Mas mendongak ke langit, di celah-celah kanopi, dilihatnya awan hitam melitupi langit. Mas jadi seram-sejuk. Di sisi jalan sebelah kirinya kelihatan kubu-kubu peninggalan komunis pada masa lalu. Nasib baik Wak Ahmad pernah cerita tentang kehadiran kubu-kubu ini sepanjang jalan ke Buaya Sangkut, kalau tidak lagilah seram perasaan Mas. Menyesal Mas kerana enggan berjalan saing dengan Ting.

Di mana Ting?

Mas sudah kebuntuan, makin dia hendak ke maju ke hadapan tidak ada trek-trek yang boleh Mas ikuti. Mas sudah sesat!

“Okay... Okay, relakslah... bukan tidak biasa dalam hutan.” Mas cuba memujuk dirinya. Mas jadi begini sebab marahkan Ting. ` Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani.’ Tetapi lama-kelamaan bila sudah sendirian dalam hutan belantara ini timbul pulak rasa takut. Makin lama makin sukar dikawal perasaannya itu. Mas terasa seperti di perhatikan oleh seseorang. Dia mendiamkan dirinya untuk memastikan dia dengar bunyi ahli-ahli penyelidik-penyelidik lain, sama ada di belakang atau di depannya. Tetapi tiada sesiapa pun. Suasana hutan belantara tiba-tiba menjadi sunyi sepi kecuali terdapat bunyi cengerik yang bersahut-sahutan. Sekali sekala terdengar suara unggas sahut menyahut. Mas yakin dia sedang diperhatian oleh sesuatu dari celah-celah banis-banir hutan itu. Bulu romanya tegak kerana dia sudah mula ketakutan.

Tiba-tiba, Machang sudah berada di sisinya. Machang tersengeh melihat wajah pucat Mas. Bila masa pulak Machang sudah muncul di sisinya. Mas kaget. Machang mengambil kuali dan cerek yang di campakkan Mas di lantai hutan dibelakangnya tadi. Dia kemudiannya berjalan ke hadapan sambil tangannya digamit ke arah Mas, menyuruh Mas mengikutnya. Machang memerhatikan keadaan sekeliling. Mas memang sudah salah jalan. Setelah memerhatikan dengan tenang, Machang membuka satu jalan baru. Dia memasuki kawasan hutan dengan menggunakan parangnya, membuka trek-trek baru dengan sehingga dia menemui trek jalan yang asli. Mas mengikut sahaja dari belakang, mengagumi kecekapan Machang.

Tiba-tiba sahaja, Mas terserempak dengan kumpulan Osman, Dr. Zakaria. Macamana dia boleh tiba kepada mereka pun Mas pelik? Rasanya mereka sudah jauh meninggalkannya sejak awal-awal tadi. Tanpa berkata apa-apa, Machang memasukkan parangnya ke dalam sarung dan berdiri di belakang Mas. Mas gembira bertemu dengan rakan-rakannya yang lain. Bila Mas menoleh ke belakang hendak mengucapkan terima kasih kepada Machang. Machang sudah lesap.

Orang asli merupakan penduduk asal hutan ini. Mereka selalunya hidup di sepanjang sungai di dalam hutan ini kerana sungai merupakan tempat mereka mendapat makanan asas seperti makanan dan bekalan air juga sebagai menyediakan satu cara pengangkutan yang memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Endau-Rompin merupakan tempat tinggal bagi orang asli kaum kaum Jakun. Mereka terdiri dari orang yang pemalu dan tidak banyak banyak bergaul, sejak beberapa tahun ini, mereka telah mula tinggal di penempatan tetap dalam beberapa pertempatan orang asli yang terdapat dalam taman ini.

Baru Mas tahu yang Machang, sebagai sebagai penunjuk jalan sentiasa memerhatikan gerak langkah mereka. Dia berjalan dengan laju tanpa di sedari oleh mereka dan dengan tiba muncul dan hilang. Dia akan membantu sesiapa yang telah tersasar dari perjalanan mereka. Hutan ini ialah taman permainan Machang. Dia tahu segala-galanya tentang hutan ini. Rahsia-rahsia dan kisah-kisah hutan belantara ini boleh diperolehi dengan mengenali Machang. Dia juga merupakan sebahagian dari hutan ini. Masa depannya bergantung kepada kemandirian hutan dara ini. Mas sedari selepas ini imej Endau Rompin yang Mas bawa pergi bukan sahaja imej pokok-pokok hutan yang berumur ratusan tahun itu tetapi juga imej Machang dan orang-orangnya.

Machang juga sudah mula beradaptasi dengan kehidupan yang di bawa oleh pelawat-pelawat yang ke mari saban hari. Machang juga sudah mula pandai masak penkek, makanan kegemarannya yang diajar oleh Heah. Kerjanya seperti menangkap ikan dan memasang jerat sentiasa begitu fokus dan cermat. Mas lihat Machang Nampak begitu naïf dan diam sahaja, mendengar perbualan mereka yang di sekelilingnya. Tetapi bila sahaja tiba-tiba haiwan liar datang menyerang mereka, Machang mempunyai keupayaan untuk membunuh dengan tanpa berfikir dua kali. Machang adalah symbol kemandirian hutan ini. Mas mengeluh panjang. Walaupun hari ini dia hanya berjalan melalui trek-trek hutan ini tetapi banyak mendapat ilmu tentang hutan dan manusia yang mendudukinya, ilmu pengetahuan yang begitu bermakna buat dirinya.
Perjalanan mereka masih jauh lagi. Perjalanan mereka memang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi untuk sampai ke destinasinya dengan meredah hutan yang juga masih terpelihara keasliannya. Mas cuba berada di kalangan kumpulan Dr Zakaria. Lama kelamaan Mas telah jauh di tinggalkan oleh kumpulan itu. Langkahnya memang lambat kalau hendak dibandingkan dengan langkah mereka.

Tetapi kini Mas sudah tidak takut lagi. Mas tahu Machang sentiasa mengawasi mereka. Seperti Ting, Mas kini sedar Machang juga begitu mengambl berat tentang dirinya. Walaupun kumpulan Dr Zakaria dan Osman kini berjalan jauh meninggalkan Mas, Mas tidak risau dia teruskan berjalan menyusuri trek hutan itu sendirian. Mas tahu Ting ada di belakangnya tidak jauh di belakangnya. Walau pun Ting mempunyai kudrat untuk berjalan laju seperti Machang dan Dr. David tetapi dia tidak melulu ke hadapan dan tidak pula berjalan bersaing dengan Mas. Dia tahu Mas marah dengannya. Kesihan pula bila Mas fikirkan tentang Ting.

Hujan yang turun renyai-renyai tadi kini sudah semakin lebat.

“Aduh! Baru aje hendak rasa senang hati!” Keluh Mas. Makin beratlah bag pack dia ni. Tetapi dia tetap teruskan meneruskan perjalanannya. Lagipun kalau Mas berhenti pun bukan ada tempat untuk menumpang teduh. Kumpulan yang lain juga tetap meneruskan perjalanan mereka. Nampaknya mereka mahu cepat sampai, tidak mahu sesat di dalam hutan apabila tiba waktu malam. Hari sudah merangkak petang. Keadaan hutan juga semakin kelam.

Setelah berjalan mendaki sebuah anak bukit Mas berhenti di tengah jalan. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia betul-betul kepenatannya. Mas duduk bersandar di sebatang pokok yang telah tumbang. Mas memandang ke arah belakang. Tidak lama kemudian Mas Nampak Ting sedang mendaki trek yang sama. Apabila tiba di hadapan Mas, Ting berhenti. Hanya mereka berdua yang berada di dalam tengah hutan rimba itu. Orang lain sama ada berada jauh ke hadapan dan ada yang masih jauh di belakang.

“Kenapa Mas berhenti ni?” Soal Ting, wajahnya nampak begtu perihatin dengan keadaan Mas yang kepenatan.

“Saya penat sangat Ting.” Jawab Mas.

“Bila nak sampai macam ni?”

“Tak apalah Ting, biarkan saya berehat. Ting jalanlah dulu.” Usul Mas. Tidak mahu dia menyebabkan Ting lambat.

Ting memandang ke hadapan dan ke belakang nya. Keadaan hutan makin gelap. Sunyi keadaan hutan ini, kecuali dengan bunyi-bunyi cengkerit. Sang Unggas juga sudah lama mendiamkan diri. Mungkin kerana hari sudah makin kelam dan hujan juga sudah turun. Semuanya sudah masuk berlindung.

“Mas…. Takkan nak tinggal sorang-sorang.” Sejak tadi lagi Mas macam tidak mahu bersama dengannya. Ting boleh agak kenapa? Kejadian semalam ada kaitan dengan kenapa mas tidak mahu bersaing dengannya pagi ni. Ting sudah agak Ming mesti ada cakap pekara yang serupa pada Mas. Mas menyusahkan Ting! Nampaknya Mas ambil hati, dia tidak mahu orang kata dia bergantung pada Ting. Ting tahu dakwaan itu tidak benar sama sekali. Sepanjang dia bekerja dengan Mas, Mas tidak pernah menyusahkan Ting. Malahan Mas banyak membantu. Ting telah menegur Ming atas perbuatannya itu.

Nampak sangat Mas tesinggung dengan kata-kata Ming. Mas tidak mahu langsung bergantung dengan Ting. Hari ini sudah beberapa kali dia suruh Ting meninggalkan dia sendirian. Tetapi keadaan hutan yang makin gelap ini membuatkan Ting tidak sampai hati meninggalkan Mas sendirian.

“Tidak mengapa Ting, sekejap lagi. Wak Ahmad dan Raja lalu, saya kan ikut mereka.”

“Mas pasti ke mereka belum lepas lagi. Nanti sesat! Susah Mas!”

“Mas ikut aje trek yang ada ni.” Kata Mas dengan penuh yakin. Lagipun Mas yakin Machang ada memerhatikan mereka dari celah-celahan banir hutan itu.

“Tidak mengapalah, saya tunggu Mas. Mas rehat lah dulu.”
Ting membuka ikatan Back packnya dan duduk berehat sebelah Mas.

“Mas tidak mahu menyusahkan Ting, pergilah dulu.”

Ting tersenyum. Mas masih lagi merajuk dengan Ting.

“Kacak betul lelaki ini!” getus Mas dalam hatinya bila melihat wajah Ting yang memberikan senyuman. Kemudian Mas teringat kata-kata Ming. Mas terus memalingkan mukanya. Malas hendak melayan Ting. Nanti hilang kemarahannya bila Ting tunjukkan muka kesihan.

“Mas marah dengan saya ye?” Soal Ting dengan baik.

“Tidaklah!”

“Iye…. Mas marah dengan saya, saya tahu.”

“Ting tahu? Apa yang Ting tahu?” Jemu Mas, asik di soal oleh Ting. Lantas dia bertanya kembali.

“Saya boleh agak  kenapa Mas tidak mahu bersaing dengan saya? Mas ingat saya beritahu semua orang yang Mas menyusahkan saya. Betul tak?”

Mas terdiam. Tepat sekali sangkaan Ting.

“Mana Ting tahu. Ming cakap ke?”

“Mas , Mas Mas takkan tak tahu saya ni. Saya tidak akan bercakap macam tu pasal Mas pada semua orang.”

“Bukan dengan semua orang, dengan Ming sorang pun dah cukup.”

“Bila saya ada masa hendak cakap dengan Ming, Mas. Sayakan sentiasa berada dengan Mas, pagi petang, siang malam.”

“Sudah lah Ting! Petang semalam, bukankah Ting menghabiskan masa dengan Ming. Bermandi-manda sama-sama.”

“Mas nampak saya?” Wajah Ting nyata terkejut. Dia ingat tidak ada orang yang nampak kejadian semalam.

Mas diamkan dirinya. Malas hendak cakap banyak lagi dengan Ting. Bukan masalah dia pun apa Ting hendak buat dengan Ming.

“Sudah lah. Apa Ting nak buat dengan Ming bukan masalah saya. Okay. Please go. I will be all right.”

Ting tidak sedap hati. Mas sudah salah sangka dengannya

“Mas tengok muka saya, Kalau saya sanggup buat perkara yang macam tu, Mas ingat saya sanggup ke berdepan dengan Mas, Wak dan Dr. Zakaria.”

“Takkanlah Mas masih tidak kenal saya, sampai Mas ingat saya sanggup buat perkara begitu.”

“Saya dengar apa Ming cakap dengan Ting masa dia sungai tu?”

“Saya tak nafi, Ming memang made an offer to me.”

“Ting..! Ting..Ting! It is none of my business. I don't want to know.” Mas meletakkan tangan di kedua buah telinganya.

“No. Mas mungkin kata it is not important tetapi pada saya your opinion of me is important.”

“No! It is not important to me.”

“Kalau tak important kenapa Mas mengelak dari saya?”Kata Ting dengan bersungguh-sungguh.

“Saya tidak mahu menyusahkan Ting itu sahaja. Lain bukan masalah saya.”

“Mas tahu tak... saya hormati Mas, sebagai sahabat dan juga tutor saya. Saya suka mendampingi Mas kerana Mas memang sahabat yang baik. Please jangan pulaukan saya sebab mendengar cakap-cakap orang. Kalau Mas tidak puas hati dengan saya, Mas cakap saja dengan saya. Saya sedih Mas buat macam ni.” Wajah Ting sedih sekali. Mas terdiam tetapi tidak sampai hati dia berkeras dan melukakan hati sahabatnya itu lalu dia berlembut dengan Ting.

“Okaylah! Okaylah! Mas minta maaf Ting. Mas tidak suka orang kata macam tu. Memang Mas banyak menyusahkan Ting. Semua benda Ting kena tolong Mas. Mas tak suka.”

“Inikan hari Mas. Tetapi orang tidak tahu Mas juga banyak menolong saya. Saya sangat hargai persahabtan kita ini. Mas terdiam seketika mendengar pujukan Ting. Wajah Ting mempamerkan keiklasan hatinya. Lama-kelamaan hati Mas menjadi lembut. Terdapat kebenaran dalam kata-kata Ting.

“Okay friends.” kata Mas. “Mas minta maaf kerana salah sangka terhadap Ting, pasal Ming tu.”

“Friends!” kata Ting. Lega hati Ting. Kenapa untuk mendengar Mas memaafkan dirinya dan tidak tidak lagi salah sangka terhadap dia dan Ming terlalu penting kepada Ting. Ting tidak tahu. Tetapi syukor rasanya Mas telah menerimanya kembali. Lain kali dia akan lebih berhati-hati kalau bersendirian dengan Ming. Nasib baik Ming tidak ikut dalam perjalanan mereka ke Buaya Sangkut.

Mas kemudiannya membuka botol air minumnya, tetapi hampa semua sudah habis. Ting memandang wajah Mas yang hampa. Bekalan airnya pun sudah habis. Nak cari akar kayu yang Wak Ahmad katakan tempoh hari pun Ting tidak berapa cam jenis akar kayu itu. Takut tersalah akar, entah-entah beracun pulak. Lagipun hari sudah gelap.

“Mas dahaga ye?”

Mas mengangguk

“Saya ada buah limau, kami nak buat umpan untuk tangkap lalat buah. Tapi Mas ambillah sebiji untuk hilangkan dahaga. Ada seorang professor dari Jabatan Genetik pesan suruh saya tangkap beberapa ekor lalat buah dari sini untuk kajiannya.”

Mas mengambil buah limau itu lalu mengupasnya.

“Sekarang ni dah pukul berapa Ting?” Hujan yang turun seperti tidak akan berhenti. Keadaan hutan makin gelap dan menyeramkan. Mas sebenarnya bersyukor Ting ada bersama-sama dengannya. Tetapi ini tidak akan di katakan pada Ting.

“Sudah dekat pukul 5.30 petang.” Kata Ting setelah memeriksa jam tangannya.
“Patutlah saya lapar.” Kata Mas. “Ting lapar?” Ting cuma mengangguk. Bekalan tengaharinya sudah habis awal-awal tadi.

“Habis tu Mas ada ke apa-apa nak makan?”

“Ada, nasi goreng Wak Ahmad pagi tadi. Pagi tadi Mas kurang selera nak makan. Ting nak kongsi ke?” Ting mengangguk kepalanya.

Lantas Mas pun membuka bekalan nasi goreng yang di simpan sejak pagi tadi. Dibentangkan bungkusan nasi goreng itu di di atas bagnya. Banyak juga nasi yang Wak Ahmad bekalkan untuk Mas. Mereka berdua pun makan dengan lahapnya.
Hujan terus turun tanpa henti. Mereka basah kuyup, kesejukan dan kelaparan. Nasi goreng Wak Ahmad terasa sangat enak sekali. Walaupun nasi goreng itu semakin basah ditmasuki air hujan yang sedang jatuh dari langit. Tetapi ianya tetap makanan yang paling enak sekali yang mereka pernah nikmati.
“Mas tahu tak. Inilah makanan paling sedap sekali yang saya pernah makan.”
“Kalau dah lapar ni semuanya sedapkan Ting.” Kata Mas. Ting mengangguk sambil membasuhkan tangannya dengan air hujan yang sedang turun. Ting membuka mulutnya menangkap air hujan yang turun buat membasahi tekaknya. Mas melihat sahaja gelagat Ting. Lucu melihat Ting yang sedang menadah air hujan itu. Mas cuba menahan air hujan yang turun untuk membasahkan tekaknya tetapi tidak puas dengan meminum beberapa titik air hujan itu.

“Mas dahaga lagilah Ting. Ada lagi tak buah limau?”

“Habis nanti..... macamana nak buat perangkap lalat buah.” Kata Ting, bertegas , tidak mahu berikan Mas limau lagi. Tetapi apabila dilihat wajah hampa Mas. Nada suaranya menjadi lembut semula.

“Okaylah ambil satu saja lagi.” Lantas di ambil sebiji limau sunkist lagi lalu dihulurkannya kepada Mas.

Mas pun mengambilnya sambil tersenyum. Gembira sungguh kerana Ting sanggup korban limau yang hendak buat penyelidikan hanya kerana dirinya.

Ketika dan saat itu buat kali keduanya jantung Ting terhenti melihat senyuman manis Mas. Pada waktu itu Ting rasakan tidak ada permandangan yang lebih indah, daripada senyuman Mas. Tetapi Mas tidak perasan pun yang Ting terdiam seketika. Dia sibuk mengupas kulit buah limau sunkist yang sudah hampir busuk itu. Ting terus memerhatikan gelagat Mas yang sedang makan limau sunkist itu. Dahaga sungguh agaknya mas. Ulas limau di raihnya satu persatu dan di gigitnya, memercik keluar air limau itu membasahi bibir Mas yang kemerah-merahan. Leka Ting memerhatikan Mas, Mas menghulurkan ulas limau kepada Ting tetapi Ting menolaknya,dia lebih suka memerhatikan Mas menikmati limau tersebut. Limau sunkist yang hampir busuk itu nampaknya enak sekali. Bibir Mas yang kemerah-merahan tanpa secalit pewarna itu kelihatan begitu memikat, dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya itu. Setelah habis limau di makan, Ting mengangkat bag galas Mas, lalu di sarungkan ke belakang Mas. Lalu di angkatnya bagnya dan mereka memulakan perjalanan yang terhenti tadi. Keadaan hutan makin kelam. Hujan masih turun dengan lebat. Tanpa banyak bicara mereka berdua berjalan bersama in senyap, cuba hendak menumpukan fikiran mereka dan mengumpulkan tenaga mereka untuk menmpoh perjalanan mereka seterusnya meredah hutan belantara itu.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara Raja dan Wak ahmad sedang, menghampiri mereka dari bawah anak bukit.

“Aku dah kata kita tak sesat, kau jangan lah takut Raja.” Kedengaran sayup-sayup suara Wak ahmad sedang memarahi Raja.

“Tengok tu Mas dan Ting ada dalam trek yang sama.” Sambung Wak Ahmad gembira. Mas dan Ting menunggu sehingga mereka berdua sampai kepada mereka. Kemudian mereka berempat pun meneruskan perjalanan mereka yang masih jauh lagi. Langit makin gelap. Senja pun sudah merangkak tiba. Dalam kumpulan yang lebih besar, nampaknya Wak Ahmad dan Raja rasa lebih selamat. Mereka sudah nampak tidak begitu risau lagi untuk meneruskan perjalanan mereka. Manakala Ting sentiasa tenang sahaja. Buat Mas pula, dia memang tidak risau, dia tahu Machang ada bersama mereka. Kehadiran Machang dan Ting membuat dia rasa selamat.

Akhirnya mereka tiba di Buaya Sangkut dengan keadaan basah kuyup kerana sepanjang perjalanan tadi hujan telah turun dengan lebatnya tanapa henti. Deruan kuat air terjun Buaya Sangkut sudah dapat di dengari dari jauh lagi. Ting melihat Mas terjelepuk di bawah bangsal. Mas betul-betul keletihan. Ting ingin menolong Mas sepanjang perjalanan tadi tetapi dia tahu Mas tidak mahu dia berbuat demikian. Hatinya keras. Kem ini cuma mempunyai sebuah bangsal beratap rumbia dan tempat tidur daripada kayu hutan dan kain kanvas. Ting berfikir sendirian.

“Macamana Mas hendak menyalin pakaian beliau?” Ting dengan segera mencapai parang dan memotong daun-daun serdang yang besar-besar di keliling kem tersebut. Dr David mesti akan marah melihat perbuatan ini. Semua khazanah hutan tidak di benarkan langsing di ganggu. Sepanjang perjalanan tadi Dr. David begitu marah melihat puntung-puntung rokok yang dicampakkan sahaja oleh peserta ekspedisi.

"Semua sampah mesti di bungkus dan di bawa balik ke luar daripada Taman negara ini! Jangan rosakkan mana-mana tumbuhan dalam hutan ini.” Kata beliau.

“Kalau semua rakyat Malysia mengharga alam seperti Dr. David seorang yang asing ini , tentunya kita tidak punya banyak masalah alam sekitar seperti sekarang ini.” Gerutu Ting seorang diri

Mas masih termangu-mangu di bawah kem. Dia sedang basah kuyup. Mas sedang berfikir sendirian. Macamana Mas hendak tukar baju? Kawasan di sini kawasan terbuka. Bukan macam di Base Camp. Bagaimana dia hendak menyalin pakaian, menunaikan sembahyang dan sebagainya? Mas termenung memikirkan kesukaran yang bakal di hadapinya, sebagai seorang perempuan di tempat yang begitu mencabar begini. Tiba-tiba kedengaran Ting memanggilnya.

“Mas! Mari sini...!” Mas bangun mengikut Ting. Ting menunjukkan satu bangsal kecik tanpa bumbung berdindingkan daun serdang untuk dia menukarkan pakaian dan sebagainya.

`Oh! terima kasih Ting, awaklah penyelamat saya.” Jerit Mas gembira.

Dr David yang memandang daripada jauh tidak terkata-kata apa-apa.. Ting tersengih gembira. Mas segera mengambil bagnya untuk menyalin pakaiannya yang sudah basah kuyup ini. Tetapi apabila Mas membuka bag packnya untuk menyalin bajunya yang basah, di dapatinya semua pakaian dan barang di dalam bag itu basah kuyup. Ini mesti sebab di timpa hujan sepanjang perjalanan ke Buaya Sangkut. Nasib baik pakaian dalamnya masih berada dalam bag plastik, jadi tidak semua yang basah. Tetapi nak pakai baju apa?

“Aku dah lah kesejukannya.” Dia merungut sendiri kemudian dia duduk termenung di atas tunggul kayu bersebelahan dengan kem.

“Kenapa ni Mas?” Tanya Wak Ahmad. “Menung aje ni. Mari le tolong Wak masak makanan malam ni. Mas tak lapar ke. Kalau yang tolong ramai, cepat sikit kita makan.”

“Wak…..Pakaian saya semua habis basahlah Wak.! Mas bersungut sambil menunjukkan pakiannya yang semuanya sudah basah. Patutlah berat betul bagnya sepanjang perjalannya tadi.

“Itulah.” Sampuk Ting. “Kan saya dah bilang pakaian suruh di bubuh dalam beg plastik. Kenapa Mas tak buat macam tu.”

“Mas terlupalah Ting. Habis tu macamana ni, pakaian Mas semua basah?” Mas mula mengigil kesejukan.

Sebenarnya Ting ingin ketawakan Mas. Tetapi melihat muka Mas yang monyok, tidak sampai hatinya untuk ketawakan Mas. Mas nampaknya betul-betul kesejukan. Dahlah pakaian yang di pakainya basah. Pakaian yang di bawa dalam beg packnya pun basah juga.

“Okaylah... Jangan monyok lagilah Mas. Saya pinjamkan T-shirt dan seluar track, stokin dan kain pelikat saya pada Mas okay. Sudahlah tu, jangan menung lagi.” Pujuk Ting. Tangan pantas membuka bagnya lalu di pilihkan pakaian untuk Mas. Ting menghulurkan pakaian tersebut kepada Mas. Mas pun mengambil pakaian yang dihulurkan dan segera pergi ke bangsal yang disediakan oleh Ting untuk bersalin pakaian. Mas kemudiannya cepat-cepat membersihkan dirinya dan menunaikan sembahyang jamak tahkir, kerana sepanjang perjalanan tadi dia tidak berhentikan untuk sembahyang zohor. Kemudian dia keluar membantu Wak Ahmad menyediakan makanan untuk malam itu.

Selepas makan,  mereka semua duduk mengeliling lampu gas yang dibawa untuk tujuan perkemahan. Kedinginan mengigit hingga ke tulang. Hujan sudah reda tetapi keadaan sekeliling basah dan lembab. Hasrat hendak membuat unggun api di batalkan sahaja memandangkan perbuatan itu mungkin merbahayakan hutan ini sendiri. Dr. David mesti menentang perbuatan pembakaran terbuka. Deruan air terjun menyebabkan mereka tidak banyak bercakap-cakap. Sekumpulan ahli perserta sudah pun tidur. Terdapat 14 buah tempat tidur semuanya di kem ini. Mas memilih katil atas di sebelah Ting dan di bawahnya ialah Wak Ahmad. Wak Ahmad telah lama melayari malam beliau dengan mimpi indah disulami dengan dengkurannya yang berirama. Dr Zakaria dan anak-anak buah yang lain sedang bercerita tentang ekspedisi-ekpedisi yang di lalui mereka selama ini. Sebagai pembantu Dr. Zakaria, Ting sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk kajian yang akan di jalankan esok.

Mas cuma duduk diam membisu sambil mendengar mereka. Abu dan Osman asyik bercerita tentang `Big Foot’. Mazlan pula sibuk bercerita tentang tentang Dr David yang `workoholic’, mengikut beliau buat kajain adalah sangat memenatkan. Sehinggakan bulan puasa beliau tidak behenti bekerja. Ada yang mencelah kalau dah penat buka lah puasa .....darurat.

“Macamana aku nak buka puasa, Dr, David sendiri pun tak makan dan minum sepanjang kerja di lakukan’!.....berderai ketawa mereka. Dr. David yang telah lama bertugas di Malaysia, memahami dan menghormati adat dan ugama orang Melayu. Kalau tidak masakan sambal belacan boleh menjadi makanan kegemaran Dr. David.

“Ting pun apa kurangnya, dia tidak makan benda-benda yang orang Islam tidak makan. Kalau bulan puasa, dia pun turut puasa.” Mas terdengar Dr. Zakaria bercerita. Kamu tengok rupanya, berseri sahaja, macam seorang muslim.” Yang lain -lain mengangguk.

“Dia masih mencari-cari lagi.” sambung Dr. Zakaria.

“Habis tu kenapa Dr. Zak tidak kenalkan dia pada Islam?” Abu mencelah, memberi cadangan. “ Biarlah dia, dia masih mencari-cari lagi.” Jawab Doktor Zakaria dengan ringkas.

Dari jauh Mas memandang Ting yang sedang berkemas untuk persiapan esok. Hatinya terasa sayang kepada sahabat barunya itu. Walaupun Mas marah-marah dengan Ting sepanjang perjalnan ke sini, Ting masih tidak tinggalkan dia. Ting begitu sabar dengan kerenah Mas. Ting telah hilang dari pandangan mereka. Tekaan Mas, dia pergi bertafakur dan melakukan senaman tai chi sebelum masuk tidur. Tanpa banyak bicara Mas pun minta dirinya untuk pergi masuk tidur. Badannya memang sangat penat sekali.

Tetapi dia tidak dapat melelapkan matanya. ...Mas cuba memejamkan matanya sambil dia cuba berzikir di dalam hatinya moga-moga sekejap lagi lagi akan terlena. Dia teringatkan cerita yang di sampaikan oleh Osman dan Abu tentang tentang `Big-foot’ yang di katakan di jumpai oleh Machang! `Big foot’ tu dikatakan banyak berkeliaran di kawasan Buaya Sangkut. Seram! Bila Mas fikirkan. Di bawah cahaya bulan, dia ternampak Ting sedang berjaln balik ke bangsal tidur. Ting membawa lampu pelita di tangannya, memberikan cahaya yang samar-samar. Hilang rasa takut mas. Mas sedar antara Ting dan Machang, mereka berdua memberikan perhatian khusus kepada dirinya. Mereka akan menjaganya. Mereka berdua tidak akan benarkan apa-apa yang tidak baik berlaku kepada dirinya. Ting kemudiannya menghampiri pangkin tidur Mas. Dia berdiri di sebelah pankin tidur Mas. Mas terus memejamkan matanya. Segan Mas jika Ting Nampak Mas sedang memerhatikannya. Jantungnya berdebar kuat, takut Ting tangkap yang dia sebenarnya belum tidur lagi. Ting, kemudiannya mengaleh pandangannya dari Mas, memadamkan lampu dan membuka baju yang dipakainya, bau cologne yang dipakai Ting menusuk hidung Mas, bau yang sama pada baju yang Mas sedang pakai. Entah macamamana bau tersebut membuat Mas rasa selesa. Dan selamat. Dia tahu Ting ada di sisinya untuk menjaganya.
**********************
Ting melihat ke arah Mas yang sedang tidur, takur-takut mas kesejukan. Nasib baik sleeping bagnya jenis kain tahan basah. Kain pelikat Ting di buatkannya tudung melitupi kepalanya. Dalam tidur keadaan begini pun mas memakai tudung litup. Selesakah Mas tidur begini? Tetapi nampaknya Mas begitu lena, dibaluti oleh pakaian Ting. Entah mengapa ini membuat Ting rasa bahagia dan membuat dirinya rasa begitu rapat dengan Mas, seolah-olah dia sedang melindungi Mas. Lantas Ting menanggalkan bajunya lalu naik ke atas katilnya, Ting masuk ke dalam sleeping baginya untuk tidur. Ingin Ting berbual sebelum tidur dengan Mas, tetapi hampa, Mas sudah lena. Ting mengeluh perlahan kemudian memejamkan matanya. Teringat dia akan senyuman Mas petang tadi. Terasa ketenangan menyelimutinya, lalu dia tertidur, beriramakan dengkuran Wak Ahmad dan deruan air terjun.

Mas terdengar Ting mengeluh perlahan. Dan tidak lama kemudian Mas terdengar dapati dia sudah bernafas dengan tenang, menunjukkan Ting sudah terlena. Mas pun relaks, tidak tergambar satu perasaan bahagia di dalam hatinya, dan tidak lama kemudian juga terus terlena.

Dicelah-celah banir-banir pokok hutan, sepasang mata sedang memerhatikan kem tersebut. Dia berdiri lama memerhatikan keadaan sekeliling. Puteri kesayanganya telah tidur, bersebelahan dengan rakan baiknya. Setelah memerhatikan keadaan keliling semuanya selamat, dia beredar dari situ untuk mencari tempat untuk tidur malam ini. Malam nanti dia akan datang untuk memastikan keadaan di sekitar selamat, terutama sekali keselamatan wanita yang menarik perhatiannya itu.

1 comments:

aiii, misteri bebenor si machang 2..manusia ker dia??
ooo, ting sgt ler caring..
kak alina, ne kali ni best ah..(*__*)