Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

petikan dari bab 26...

Syikin seorang masuk ke dalam bilik ICU walaupun dua orang yang dapat masuk ke dalam ICU dalam satu masa. Abah mungkin dengan Umi. Naufal di rumah menunggu kepulangan Nazmi. Mungkin mereka akan datang malam nanti. Setiap kali Syikin melihat keadaan Naim, Syikin jadi terharu. Wajahnya bukan macam Naim, bengkak dan berselirat dengan wayar dan tiub. Syikin menyentuh jari Naim, Ada jarum yang tercucuk di tanganya untuk memasukkan darah. Naim terbaring kaku, Hanya turun naik dadanya menunjukkan dia masih lagi bersama Syikin. Syikin tidak biasa melihat Naim yang kaku begini. Naim seorang budak yang aktif. Dia tidak pernah duduk diam.

“Naim, bangunlah Naim…” Kata Syikin kepada Naim yang terbaring kaku. Matanya terpejam.

“Bangunlah Naim. Kakak hendak dengar Naim bercakap. Jangan diam macam ni dik. Cakap lah Naim. Kakak rindu dengar celoteh Naim. Kakak janji, Kakak janji, kalau Naim sedar, lepas ni. Kakak takkan marah dengan Naim lagi. Naim buat bising macamana pun Kakak takkan marah. Tolonglah Naim. Tolonglah Naim. Bukalah mata Naim.” Syikin menangis tersedu-sedu.

Dia rasa begitu keseorangan. Syikin hanya dapat berserah kepada tuhan. Mohon doanya di perkenankan tuhan, selamatkanlah Naim, Umi dan nenek. Airmatanya mengalir perlahan-lahan. Pintu bilik ICU dibuka, Syikin buat tidak perduli. Nurse dan pelawat lain selalu keluar masuk di dalam bilik ini untuk melawat pesakit lain. Ada beberapa buah katil lain yang menempat pesakit lain selain Naim. Tambahan pula sekarang ini waktu melawat. Tumpuan Syikin hanya pada Naim, air matanya dibiarkan berjujuran mengalir di pipinya.

Tiba-tiba sekeping tisu dihulurkan kepada Syikin. Syikin mengangkat wajahnya memandang kepada siapa yang menghulurkan tisu itu. Mulutnya ternganga, terkejut. Tidak dia dapat menyangka, siapa yang berada di hadapannya itu.

“Abang Arief? Abang Arief? Macamana Abang Arief boleh ada sini?” Kata Syikin sambil mengambil tisu yang dihulurkan oleh Ahmad Arief dan mengesat air mata yang mengalir.

“Abang Arief tahu pasal Naim? Umi? Dan Jaddah?” Soal Syikin lagi.

Ahamad Arief menganggukkan kepalanya. Syikin berfikir dengan ligat, mungkin Naufal yang menghantar email kepada Ahmad Arief tentang kemalangan yang menimpa keluarga. Cepatnya Ahmad Arief sampai ke sini. Ada ahli keluarganya yang di Malaysia pun belum lagi datang melawat mereka. Ahmad Arief yang di Jeddah sudah sampai ke sini. Bilamasa Naufal beritahu Ahmad Arief?

3 comments:

Assalam..ini takde sambungan ke? Walaupun agak lama cite ni..tapi bagus..cari kat web tak jumpa bab 10 to 26. How i wish this could be publish.

Cite wb pun bagus..karya lain dari yg lain from this 2 titles. Walaupun yg lain ada sikit klise tapi ada kelainan..macam kak mj..semua ur novels i purchase without reading synopsis..nampak nama just grab dan tak menyesal. Yg menyesal cuma tak dapat ur 1st novel..dah tak jual..:)

ILM hanging..ada ura2 publish tak?

 

Salam, nak tanya cinta ku milik siapa sudah ada di pasaran ke