Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

Cinta Untuk Maximo Bab 2

 

CINTA UNTUK MAXIMO

 

Bab 2

 

 

DAMIA Zahra berjalan seiring dengan sepupunya, Zaril Ikhwan. Hazeril memegang erat tangan Damia manakala Zaril mendukung Mia Zara. Nia Atirah dan Maximo berjalan di hadapan mereka sambil menolak troli. Nia nampak sangat gembira dengan kehadiran Maximo itu. Wajahnya begitu berseri-seri ketika bercakap dengan Maximo. Maximo juga kelihatan begitu gembira sekali. Sesekali matanya memandang wajah Nia. Wajahnya kelihatan seperti orang yang sudah terubat kerinduan yang teramat sangat.

Damia bengang juga melihat gelagat mereka berdua. Kemudian Damia pandang wajah sepupunya, Zaril. Tidak ada sebarang tanda yang Zaril cemburu melihat keakraban Nia dan Maximo.

Kalau Zaril tidak kisah melihat Nia dan Maximo begitu rapat sekali, mungkin sebab memang tiada apa-apa hubungan antara Nia dan Maximo melainkan hanya sebagai sahabat baik sahaja. Kalau tidak, mesti Zaril mengamuk sakan. Zaril sangat-sangat mencintai Nia. Segala pergerakan Nia adalah diawasi oleh Zaril malahan Damia selalu ternampak Zaril memerhatikan Nia terutama sekali ketika Nia tidak sedarinya.

‘Sayang betul Abang Zaril pada Kak Nia.’ Selalu Damia mengomel sendirian. Kadangkala, perasaan iri timbul di hatinya. Kalaulah dia dapat seseorang yang menyayanginya sedemikian rupa, alangkah bahagianya Damia.

Damia rasa Nia pun mencintai Zaril. Namun melihat Nia dan Maximo berjalan seiringan, rasa cemburunya ada. Dia yang sepatutnya berjalan dengan Maximo. Dia pujuk hatinya. ‘Tidak ada apa-apa lah antara Kak Nia dan Maximo.’  Damia cuba meyakinkan dirinya yang dia dapat melihat di wajah Nia perasaan kasih sayangnya terhadap Zaril dan anak-anaknya. 

Then there shouldn’t be a problem here.’ Kata Damia dalam hatinya. ‘Line clear. Kak Nia tak ada apa-apa dengan dia tu.’ Damia mula lega bila dia berfikiran positif begitu.  Mungkin ada peluang untuk dia mendapatkan Maximo. Damia makin kuat cuba menyakinkan dirinya. Mesti ada sebab kenapa dia ditemukan dengan lelaki itu. Kenapa mesti mereka dipertemukan? Kenapa Damia ditakdirkan untuk dibawa oleh Nia ke KLIA bagi menyambut Maximo? Dan mesti juga sudah ditakdirkan dan sudah tertulis yang Maximo juga akan jatuh cinta dengan Damia.

‘Tunggu dan lihat sahaja.’ Kata Damia dalam hatinya.

“DZ… tolong pegang tangan Hazeril ye. Jangan lepaskan dia. Dia asyik nak melompat ke sana ke sini.” Tiba-tiba Nia toleh ke belakang. Damia menganggukkan kepalanya. Nia tersenyum kemudian terus berjalan dengan Maximo. Dia terus memegang erat tangan Hazeril berjalan seiringan dengan Zaril. Mereka berjalan menuju ke tempat parkir dan kemudian mereka akan terus membawa Maximo ke apartmennya.

 

 

IT’S BEAUTIFUL. Thank you for getting this nice apartment for me.” Maximo mengucapkan terima kasih kepada Nia dan Zaril. “It looks so nice and comfortable.

Yes. We want you to be comfortable while you are staying here.” Jawab Zaril. “Everything was prepared by Nia and also DZ.

“DZ?”

Yes, DZ. Oh sorry… Damia. We call her DZ, short for Damia. My dearest cousin.” Kata Zaril sambil menarik tangan Damia.

Oh! I didn’t really get her full name just now.” Nampak sangat dia tidak ambil peduli siapa Damia. Dia cuma berlakon sahaja seperti memberikan penuh perhatian pada gadis itu tadi sedangkan Nia dan Zaril sudahpun memperkenalkan siapa Damia.

Sorry. Damia is a really nice name.” Maximo cuba berbudi bahasa dengan gadis itu.

Damia tersenyum lebar mendengar kata Maximo. Maximo kemudiannya menoleh ke arah Nia.

Thank you very much, Nia. You are so kind to go to all this trouble.” Kata Maximo. Matanya yang kebiruan itu bersinar. Kemudian dia pandang sekilas dan senyum kepada Damia dan mengucapkan dengan ringkas “Thank you.

Alah... mesti dia malu dengan aku.’ Kata Damia, tidak mahu ambil hati yang Maximo tidak memandang wajah ayunya dengan betul-betul, hanya sekilas pandang sahaja. Bukan macam cara Maximo pandang Nia. Seperti dia mahu pandang Nia sepuas-puas hatinya. Pada hal kalau hendak dibandingkan antara Nia dan Damia, Damia jauh lebih cantik dari Nia. Takkan Maximo tidak perasan kecantikan Damia? Mesti dia malu dengan Damia.

Ah! Tak apa. Nanti bila dia sudah biasa dengan aku, mesti dia akan pandang muka aku betul-betul. Maximo pemalu orangnya. Dia cuma peramah dengan orang yang dia sudah biasa.’ Damia pujuk dirinya sendiri, begitu yakin dengan dirinya dan kecantikan dirinya.

Nasib baik mereka yang lain tidak tahu apa yang bermain di fikiran Damia. Maximo sedang memeriksa bilik-bilik tidur yang terdapat di dalam apartmen tersebut. Ada tiga bilik semuanya. Satu master bedroom yang besar dan dua bilik yang lebih kecil sedikit. Ada bilik air di dalam master bedroom manakala dua bilik lagi berkongsi bilik air.

This is your room.” Kata Nia, menunjukkan master bedroom kepada Maximo.

Very nice!” Seru Maximo sambil tersenyum lebar. Dia suka dengan bilik tidurnya. Malahan dia suka dengan keseluruhan kawasan apartmen Seri Maya. Ada ramai expatriate tinggal di sini.

You like it?” Soal Nia.

Yes. The other rooms are nice too. Maybe when the other researchers come for a short time, they can stay here too.” Kata Maximo.

That’s the intention. And the other intention is to make you feel at home.” Sahut Nia. Zaril hanya tersenyum melihat keterujaan Nia menunjuk apartmen kepada Maximo.

In September or October, Monica will be visiting the research institute. She can stay with me while she is here.” Kata Maximo sambil tersenyum riang.

Oh!” Nia tidak terkata apa-apa. Damia agak terkejut mendengar kata-kata Maximo. “But she cannot…” Nia memulakan kata-kata tetapi dia senyap semula sebab dia tersedar yang Maximo dan Monica ialah orang asing di sini. Berlainan bangsa dan agama. Siapa-siapapun yang Maximo ingin benarkan masuk ke dalam rumah dia bukan masalah mereka. Lagipun, sebagai orang asing mereka mesti hendak menyesuaikan diri mereka dengan keadaan di sekeliling. Nia pernah mengalami rasa kesunyian yang sama. Dia bernasib baik kerana ada Hassan, Hajer dan Brother Fouzi yang menjaganya pada masa itu. Kalau tidak tentu Nia akan mengalami kesulitan untuk hidup sendirian di Itali.

Mungkin juga kini Maximo dan Monica ada perhubungan cinta. Semasa Nia di Itali lagi, Monica nampaknya ada menaruh hati terhadap Maximo. Namun ketika itu Maximo hanya ada hati pada Nia. Bila Nia kembali kepada Zaril dan balik ke Malaysia, mungkin hati Maximo terbuka untuk menerima cinta Monica. Bersyukurlah sekiranya Maximo dan Monica bersama.

Berlainan dengan Nia, Damia terus naik bengang dengan kenyataan Maximo.

‘Siapa Monica? Girlfriend Maximo ke? Maximo sudah ada girlfriend di Itali?’ Damia terus cemberut masam. Memang nasib dia tidak baik. Bertemu sahaja dengan lelaki yang kacak ini, terus hatinya terpaut. Angan-angan Damia telah mengunung tinggi. Dia hendak dapatkan lelaki Itali ini. Rupa-rupanya Maximo sudah ada girlfriend!

Musnah harapan Damia seketika. Dia termenung seketika, sementara Maximo, Nia dan Zaril memeriksa bahagian dapur. Sebuah dapur yang lengkap dengan tempat masak, peti ais dan pinggan mangkuk. Bila Maximo buka peti ais, tersenyum dia melihat peti ais penuh dengan makanan. Mesti semua ini kerja Nia. Nia ialah seorang kawan yang baik. Zaril pun seorang yang baik kerana membenarkan Nia bersusah payah untuk Maximo. Padahal dia tahu bagaimana rapatnya mereka ketika Nia tinggal di Turin. Zaril juga tahu Maximo mempunyai perasaan terhadap Nia. Tidak ada rasa cemburukah dia melihat Nia bersusah payah untuk Maximo? Macam mana Zaril boleh relaks sahaja?

Mungkin Zaril begitu yakin dengan cinta Nia terhadap dirinya. Melihat wajah Nia yang berseri-seri, Maximo tahu Nia sedang bahagia bersama Zaril. Terasa terguris hati Maximo. Tetapi dia tidak sepatutnya rasa begitu. Sepatutnya dia rasa gembira melihat Nia bahagia. Adakah Maximo berharap Nia tidak bahagia? Adakah Maximo berharap agar dapat memujuk Nia tinggalkan Zaril dan ikut dia pulang jika Nia tidak bahagia di sini? Itukah yang Maximo mahu? Nia tidak bahagia?

Semua itu telah bermain di kepala Maximo semasa dalam penerbangan selama tiga belas jam ke Malaysia. Macam-macam yang dia bayangkan. Apa yang dia hendak katakan pada Nia... hendak pujuk agar Nia ikut dia balik ke Turin.

Tetapi bila berada di sini dan melihat dengan sendiri Nia dan Zaril, Maximo sedar itu semua hanya angan-angan dia sahaja. Tidak mungkin Nia akan meninggalkan Zaril. Dengan sepasang anak yang comel, Nia akan buat apa sahaja demi anak-anaknya. Nia tidak akan tinggalkan Zaril dan anak-anaknya untuk bersama Maximo. Ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

‘Tetapi tidak salahkan kalau nak berangan…’ Melihat Zara yang begitu comel, membuatkan Maximo ingin sekali mempunyai anak seperti itu juga. Bayangkan anaknya dengan Nia. Maximo gelengkan kepalanya, ingin membuang angan-angannya itu jauh dari kotak mindanya. Malunya Maximo! Kerana dia masih mahukan Nia. Tetapi dia sedar dia tidak layak berfikiran begitu. Maximo hanya boleh sayangkan Nia sebagai kawan baiknya sahaja. Tidak lebih dari itu. Maximo kena mula hidup baru. Maximo kena buka hatinya untuk gadis lain. Malahan Monica masih lagi menaruh harapan pada Maximo, masih mengharap kasih Maximo. Boleh kah Maximo beri peluang pada Monica?

Maximo menggelengkan kepalanya perlahan. Dia sedar dia tidak akan berbuat demikian kerana hala tujunya dan Monica kini telah jauh berbeza. Demi untuk menghilangkan rasa kecewanya, Maximo tidak boleh tangkap muat sesiapa sahaja dan gunakan wanita itu untuk melupakan Nia. Itu tidak adil kepada sesiapa pun. Melihat Nia bahagia, Maximo kena merelakannya.

Maximo tiba-tiba tersedar yang dia termenung lama. Nia sedang memandangnya. Wajahnya nampak sedih. Maximo sedar yang Nia tahu apa yang bermain di fikiran Maximo. Maximo kemudiannya menjeling ke arah Zaril. Zaril sedang berbual dengan Hazeril sambil mendukung Zara. Nasib baik Zaril tidak perasan apa yang berlaku. Maximo memandang ke arah Nia semula. Biarlah hanya Nia yang tahu apa yang terlintas di hatinya. Maximo menggelengkan kepalanya, tidak mahu simpati Nia.

Dia kemudiannya berjalan ke arah balkoni. Pemandangan bandar Kuala Lumpur indah terbentang di hadapannya. Di sebelah kiri dan kanan terdapat beberapa blok apartmen lain yang sama ketinggiannya dengan apartmen yang mereka duduki itu. Mereka yang lain turut sama ke balkoni dengan Maximo.

This is really nice. I can see myself enjoying a cup of tea here when I come back from work.” Ujar Maximo lagi. Mereka yang lain mengangguk setuju dengan kenyataan Maximo.

Di apartmen sebelah kiri, dua orang wanita berwajah Arab berdiri di balkoni sedang berbual mesra. Tiba-tiba mereka melambai ke arah Maximo.

Well, I guess you won’t be lonely Maximo.” Kata Zaril sambil ketawa riang. Dia menepuk belakang Maximo. “Within two minutes, you have already made new friends. See Sayang, don’t worry about Maximo. I am sure he will be fine here.” Sambung Zaril lagi.

Maximo melambai kembali ke arah ke dua wanita itu.

Oh yes, Maxi. You can make lots of new friends here. You can meet them at the swimming pool and the gym.

Oh? We have a gym and a swimming pool here?

Yes. There are two swimming pools and the good news is that you can swim all day, all year round… except when it rains.

You like it here, Nia? You don’t have to worry about the cold. All year round of sunshine.

Yes, Maxi. I love it here. I certainly do not miss the cold. But I miss my friends, Hajer, Brother Fouzi, Enrica and you, of course. That is why I am so glad that you are here with us now. I hope you will enjoy your stay here and not feel so lonely up here. But I am sure in no time you will meet up new friends. See over there… they are waving at you.” Kata Nia sambil membalas balik lambaian kedua wanita tersebut.

Oh yes. I will probably have both of them over tonight… to keep me from feeling lonely.” Kata Maximo, sengaja mahu mengusik Nia.  Really Maxi?” Jawab Nia. “Good for you. At least you have company.

Kalau Maximo ingat Nia akan cemburu dengan kenyataannya itu, Maximo memang salah. Nia nampaknya lega bila Maximo mungkin sudah ada kawan baru. Hanya Damia sahaja yang cemberut masam. Cemburu melihat kedua wanita bangsa asing itu melambai-lambai dengan Maximo.

“Boleh ke dia orang datang sini malam-malam? Tak ada orang yang akan tangkap mereka ke?” Soalan Damia tujukan kepada Zaril.

“Mereka bukan orang Islam. Siapa yang hendak tangkap mereka? Lagipun dalam kawasan apartmen yang ada sekuriti macam ni, mana ada orang yang check apa yang orang kat sini buat. Bukan macam di kampung atau kawasan perumahan.” Terang Zaril kepada sepupunya yang masih mentah itu.

Oh? Di sini boleh buat apa-apa sukalah, Abang Zaril?”

Well, sini bukan sahaja orang Melayu yang tinggal. Ramai bangsa lain. Tengok masa kita hendak naik tadi pun, kena ada access card baru boleh masuk. Bukan sesiapa boleh masuk ke sini.”

“Yelah tu. Dia hendak bawa dua orang perempuan tu ke apartmen dia. Lantak dia lah.” Damia mengomel geram.

Zaril hanya tersengih mendengar kata-kata Damia. Damia nampaknya cemburukan Maximo dengan teman barunya itu. Baru sahaja berjumpa dengan Maximo sudah berkenan. Tetapi Damia memang begitu. Remaja, semua orang dia minat. Memandangkan wajah Maximo yang handsome, tidak menghairankan Damia sudah jatuh hati dengan Maximo. ‘Cinta remaja…’ Getus Zaril. ‘Kejap lagi hilanglah tu.’ Zaril kenal sangat dengan Damia. Dulu pun Damia meminati Zaril. Sejak Damia kecil lagi, asyik mengekor ke mana saja Zaril pergi. Dia selalu katakan yang dia akan kahwin dengan Abang Zaril. Kini bila Zaril sudah berkahwin dan punyai dua orang anak, cinta monyetnya sudah beralih kepada orang lain, ahli sukan, artis, rakan-rakan sekolah dan lain-lain lagi.

Hari ini hatinya terlekat pada Maximo pulak nampaknya. Harap-harap sekejap sahajalah perasaan cinta Damia terhadap Maximo. Lagipun tidak lama lagi Damia akan melanjutkan pengajiannya ke luar negara. Menurut Pak Su, Encik Zakuan, mereka sedang mencarikan tempat pengajian yang sesuai untuk Damia. Adik-beradik Damia yang lain seperti kakaknya, Yati telah melanjutkan pengajian di United Kingdom, manakala abangnya, Daniel telah melanjutkan pengajian di Australia. Kini tiba giliran Damia pula.

Maximo, I think we should leave you to rest for now.” Tiba-tiba kedengaran Nia bersuara. Zaril menganggukkan kepalanya. Masa untuk mereka beredar dari situ.

Okay Maximo. We’ll see you tonight. We are bringing you out for dinner.” Kata Zaril.

Don’t worry about me.” Jawab Maximo. Segan kerana banyak menyusahkan Nia dan Zaril.

No. We will take care of you until you know your way around here, okay?” Kata Zaril. “Good bye.” Zaril yang sedang mendukung Zara, pegang tangan Hazeril dan berjalan ke arah pintu.

Okay, Maxi! See you tonight.” Kata Nia.

Okay, Nia.”

Nia dan Maximo berjalan ke arah pintu, diikuti oleh Damia. Damia cuba menangkap mata Maximo, hendak mengucapkan selamat tinggal tetapi Maximo, seperti tadi, hanya memandang Nia. Dia tidak peduli langsung dengan Damia.


 

0 comments: