Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WB Bab 8


Bab 8

Menyesal pulak Sue menghadiri jemputan makan malam ini.  Masuk sahaja ruang  restoran dengan ramai pengunjung buat Sue rasa hendak berpatah balik dan keluar dari situ.  Dia bukan seorang yang suka bersosial.  Sue lebih suka  makan sendirian  dengan tenang.  Sue pandang sekeliling,   Ramai pula pengunjung  malam ini.  Kebetulan mereka memilih untuk membawa para tetamu mereka  ke sini Kerana selain dari makanan western halal seperti steak, pizza  dan burger, terdapat juga makanan masakan Thai, masakan arab  dan masakan melayu.  Maklumlah sudah lebih seminggu mereka  di perantauan, tentu lega dapat makan nasi dan lauk pauk masakan melayu. 

Sue hendak pastikan dia  akan duduk makan bersama dengan orang yang buat dia selesa.  Selalunya orang  itu ialah Paul.   Malangnya malam  ini, Paul bukanlah orangnya.  Sejak kebelakangan ini perangai Paul agak pelik.  Lebih baik Sue jauhkan diri dari Paul.  Sue masih simpan rasa geram dengan Paul.  Dia paksa Sue datang pada malam ini.  Jadi, kehadiran  Sue   ke makan malam  ini sudah cukup baik.  Tidak perlulah dia  duduk dekat Paul malam ini. 

Paul belum ada lagi di ruang makan tersebut.  Mungkin Paul lambat sebab dia tunggu teman wanitanya untuk bersiap-siap. Selalunya teman wanita yang Paul bawa jenis begitu, cantik bergaya dan jenis yang perlu di manjakan.   Menyampah juga rasanya tengok dia orang!   “Hurmppppp!”   Sue mengeluh.    Mereka selalunya terpaksa berbaik-baik dengan Sue bila hadir pada majlis-majlis begini tetapi tidak semestinya seseorang yang sesuai dengan Sue.

Sue hampiri Joni dan rakan-rakannya dan terus duduk di kalangan mereka.  Joni begitu suka Sue datang juga malam  ini.  Dia terus peluk bahu Sue.   Sue terus buat pesanan makanan untuk dirinya.  Mereka yang lain sudah buat pesanan makanan dan sedang rancak berbual.  Setelah membuat pesanan makanan, Sue angkat kepalanya dan pandang sekeliling.  Rupa-rupanya ada mata-mata yang sedang memerhatikan dirinya.  Nampaknya bukan pandangan yang menyenangi kehadirannya.  Sue terus alih pandangnya.   Dia perduli apa kalau ada yang tidak suka dengan dirinya.  Dia adalah untuk dirinya!  “Perdulikan orang lain!”   Sue cuba tumpukan pada rakan-rakan semeja dengannya dan cuba dengar perbualan mereka di sekelilingnya.   Perbualan mereka banyak berkisar pada kisah keluarga yang mereka tinggalkan. selama lebih dari seminggu.  Topik perbualan yang Sue tidak boleh  masuk sangat.  Lantas dia ambil telefon bimbitnya dan mula baca pesanan whatsapps yang tertera.

 “So.. Finally you  decided to come.”  Tiba tiba suara Paul menegur Sue.  Sebelum sempat balas sapaan Paul, Paul sudah duduk di di sebelah Sue. Kebetulan  Joni bangun  seketika kerana hendak ke bilik air, Sue tidak menyedarinya.  Paul terus menyandarkan tubuhnya di kerusi, menghampirkan dirinya ke arah Sue. Sue jauhkan dirinya sedikit dari Paul, kalau tidak mesti bahu mereka bersentuhan.  Mata Paul seperti ingin mencabar Sue. Tersengeh Paul apabila Sue jauhkan dirinya ke arah berlawanan.  Sampai Sue menghimpit Dewi yang berada di sebelahnya. 

“No.!  Not that I decide to come.  You forced me to come.”  Tuduh Sue, dengan wajah mencuka. 

Paul ketawa mendegar kata-kata Sue.   Senang hatinya kerana Sue mahu juga ikut arahan Paul  malam ini.  Sepanjang perjalanan ke sini, Paul asyik terfikir apa yang dia akan lakukan jika Sue tidak datang malam ini.  Paul sudah rancang hendak pergi ke rumah Sue dan paksa Sue datang juga.  Dia akan heret Sue untuk datang ke situ.  Paul juga ada terfikir.  “Apa kata kalau Sue tidak ada di rumah dan tidak menjawap panggilan telefon?”  

Paul hendak ke masjid Al Takwa dan cari Sue di sana sampai jumpa.  “Adakah aku  akan berbuat demikian?”  Paul tertanya-tanya dalam hatinya.  Sebab mala mini dia hendak juga Sue hadir untuk jamuan makan malam ini.

Lega rasanya bila dia Nampak Sue sedang duduk bersama Dewi, tunduk memandang skrin telefonnya.  Rasa terubat kerinduan yang mkelanda hatiPaul terhadap Sue.

Paul makin himpit Sue. Dekatkan wajahnya ke wajah Sue sambil berbisik. “I am glad that you come tonight, Sue.”  Bau cologne yang di gunakan Paul semerbak menusuk hidung Sue.  Geram betul Sue dengan gelagat Paul.  Kalau ikutkan rasanya dia hendak tolak tubuh Paul jauh jauh.  Kelakuan Paul malam ini seperti mereka berdua ada hubungan rapat.  Pada hal selama 6 tahun mereka kenal, Sue tidak pernah keluar makan malam dengan Paul apatah lagi duduk rapat-rapat sebegini.  

“Hey!   You love birds!”, Tegur Joni sambil tersenyum kesukaan.  Joni ambil kerusi di hadapanya Sue dan terus duduk.  Kenapa ketika itu juga  tiba-tiba semua orang  diam, macam kata orang, ada malaikat yang sedang lalu.  Hanya suara Joni sahaja jelas yang kedengaran. “You two look so lovely together!”  Tambah Joni lagi.  Semua mata memandang Paul dan Sue.  Merah padam wajah Sue. Sue juga geram tengok Paul yang hanya  tersengeh apabila mendapati mereka berdua menjadi perhatian ramai. Dia masih terlalu dekat dengan Sue.  Sue rasa hendak tolak Paul sekuat-kuat hatinya, biar Paul jatuh dari kerusi.  “Geram!  Geram sangat dengan Paul malam  ini. 

“Apa kena agaknya dengan Paul sekarang ini?   Sue mengerutu sendirian.   Mana pergi teman-teman wanita dia yang dia selalu tayang-tayang selama ini.  Kalau tidak ada teman wanita yang baru pun, Elaine kan ada untuk layan Paul.  Sue tahu sangat tentang perhubungan antara Paul dan Elaine, Paul dan teman-teman wanita yang lain.  Mungkin dia tidak restui cara Paul tetapi itu adalah cara yang Paul dan Elaine pilih.  Tidak ada kena mengena dengan Sue.

Sue selesa dengan cara perhubungan dia dan Paul selama ini.  Business partner!  Itu saja.  Tidak lebih dari itu.  Perubahan mendadak pada Paul sekarang ini sangat tidak sesuai dengan Sue.  Apa kata kawan-kawan baru di kenalinya itu.  Mereka dari tempat asal Sue, terutama  orang melayu dan yang beragama islam.  Mesti mereka ingat Sue di sini   macam Paul juga,  mengamalkan cara hidup bebas, tukar-tukar pasangan macam tukar baju setiap hari.  Mereka pun semestinya telah hadiri beberapa majlis makan malam dengan Paul dan teman wanitanya sebelum ini.  Mereka mesti sudah assume Paul menjalani cara hidup bebas, bebas dari segi pergaulan seksual.    Jangan pulak mereka ingat  Sue pun begitu juga.  Sue genggam kuat tangan yang berada di ribaannya.  Kerisauan melanda diri Sue.

Tiba-tiba  tangan Paul  pegang genggaman tangannya itu.  “Why are you  so tense?”  Sue terkejut dengan pegangan erat tangan Paul.  Dia segera tarik tangannya dari pegangan Paul.  Paul tidak lepaskan .  Sue rentap tangannya  dan tepis tangan Paul.  Terkejut Paul dibuatnya.   Kenapa Sue berkelakuan begini?    Paul harap tidak ada orang lain yang perasan sebab  mereka dilindungi oleh meja makan.

Sue toleh pada Paul dan berbisik kasar. “What are you doing?”  Paul tidak pernah  sentuh Sue selama ini apatah lagi dengan sengaja hendak pegang   mesra tangan Sue.  Apa orang lain kata kalau mereka ternampak apa yang berlaku.

“Huh?”  Paul terkejut, sebenarnya lebih terkejut dengan tindakan dirinya yang memegang tangan Sue berbanding dengan terkejut dengan tindakan Sue.  Kenapa tiba-tiba dia buat begitu? Selama bertahun tahun dia bersama Sue tidak sekali pun dia terasa hendak sentuh Sue. Kalau ada pun kerana tidak sengaja.  Hanya body contact semasa mereka sedang bekerja.  Tidak pernah ada sekelumit rasa keinginan sebegini dalam hati Paul. 

Tambah keliru di hati Paul, dia ketika  dia pegang tangan Sue tadi terasa sungguh kelembutan kulit seorang wanita.   Tidak dia sangka tangan Sue terasa begitu lembut bagi seorang yang seharian bekerja keras dan mengendalikan jentera berat.  Ingin dia sentuh kelembutan itu lagi.  Terasa bergetar keinginan itu hingga ke hatinya.  Ada sesuatu yang istimewa , tindakbalas kimia antara mereka?  Ingin dia eksperimenkan sekali lagi.  Genggam tangan mulus itu lama-lama dalam genggamannya. 

Wajah cemberut Sue memberitahu Paul agar jangan berbuat demikian.  Marah sungguh Sue ketika itu.  Paul terasa hendak ketawa .  Tidak dapat bayangkan kalau dia teruskan niatnya Sue mesti memberontak. Silap silap haribulan makan penampar Sue pulak mala mini.  Sue yang berbadan kecil molek itu boleh tahan juga sifat marahnya. 

Paul jeling kembali pada Sue di sebelahnya.  Begitu kuat degupan jantungnya.  Kenapa tiba-tiba dia rasa begitu teruja, begitu tertarik dengan perempuan di sebelahnya itu.   Sue jadi gelisah melihat gelagat Paul.    Mesti ada orang lain yang perasan dengan gelagat Paul terhadapnya malam  ini.   Pelik betul.  Tiba-tiba Paul berkelakuan sebegini.   Malunya Sue.   Dia  cuba alih perhatian dengan berbual dengan Dewi di sebelahnya.   Dia dapat rasakan Paul terus terusan sahaja memerhatikan dirinya dan Dewi yang sedang berbual.  Gelisah rasa dalam hati Sue. 

Hatinya terus bertanya, “kenapa pulak dengan Paul malam ini?”    Nasib baik tidak lama kemudian makanan mula di hidangkan. Sue harap tidak ada sesiapa yang perasan apa yang berlaku antara Paul dan dirinya tadi. 

Nasi panas yang masih berasap-asap membuat semua orang tidak sabar hendak makan.  Ikan Masam segar masak masam manis menjadi hidangan utama, berserta dengan ketam bercili.   Nasi Beriani dan rendang  dan dalca pun menjadi pilihan.
 
 

Sue angkat wajahnya dan terus terpandang wajah Wayne.  Terkejut dia bila melihat wajah Wayne.   Berkerut wajah Wayne melihat mereka berdua.  

Kebetulan Wayne tercari-cari kelibat Paul tadi.   Selalunya kalau menghadiri makan makan seperti ini,  Paul akan duduk bersama dengan Wayne dan isterinya.  Dan selalunya Paul akan bawa teman wanita.   Wayne tercari cari Paul sehingga dia ternampak Paul yang duduk bersama-sama dengan tetamu mereka yang datang dari Malaysia.  Paul begitu engrossed dengan perempuan di sebelahnya.  Wajah Paul kelihatan lain, bukan seperti selalu bila dia keluar makan bersama teman wanitanya.  Selalunya Paul kelihatan jemu dengan majlis sebegini.  Wayne Nampak Paul pegang tangan perempuan tersebut dan  Nampak tangan Paul di tepis kasar.  Baru Wayne perasan yang perempuan di sisi Paul  bukan orang lain tetapi partner Paul sendiri iaitu Sue. 

Wayne memang terkejut dengan apa yang dia nampak berlaku antara  Paul dan Sue sebentar tadi.    Selama ini dia tidak pernah lihat Paul berkelakuan begitu. Kenapa dengan Paul sekarang ini?  Tiba tiba Paul ada perasan romantik dengan Sue ke?

Paul....?   Rakannya yang di kejar oleh ramai perempuam... yamg di gilai gila org perempuam yang cantik cantik.

Paul ada hati dengan Sue?   Business partner dia sendiri!

Selama ini Wayne ingat Paul anggap Sue tu sexless... bukan perempuan. Hanya business partner.  Sebab itu perhubungan mereka boleh bertahan sekian lama. Perhubungan Paul dengan perempuan perempuan lain paling lama pun 4 atau 5 bulan. Paling singkat setengah malam. Dengan Sue perhubungan mereka bertahan 6 tahun lamamya. Sebab ianya bukan perhubungan cinta.  Itu yang Wayne ingat selama ini.  Malam ini Wayne sangat terkejut dengan apa yamg dia baca dari kelakuan Paul. Dan dia tidak senang dengan apa yang dia lihat tadi. 

Wayne sedar Sue terpandang wajahnya yg menunjukkan rasa tidak senangnya itu.  Baru Wayne sedar yang  Sue juga pelik dengan perangai Paul.  Wayne larikan matanya dari memandang wajah Sue.  Dia gelengkam kepalanya. Dah kenapa pulak dengan Paul?  Nampaknya macam Paul yang mempunyai perasan romantik pada Sue. Manakala Sue pulak macamana?   
Dari apa yang dia saksikan tadi nampakanaya macamana Wayne  rasa hairan  terhadap apa yang berlaku, begitu jugalah  dengan Sue.
 
Terbit rasa hormat pada Sue dalam hati Wayne.  Begitu ironinya keadaan  selama ini,  Perempuan mengejar Paul,  mahukan perhatian Paul,  tiba Paul jatuh hati pada orang yang tidak kejar dia.  Yang tidak pernah harapkan cinta Paul.  Seriously hanya anggap dia sebagai rakan kongsi. Wayne geleng kepalanya. 

 

1 comments:

alina...rindunya pls continue
MizRasa