Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WBBab 7


Bab 7

Balik dari makan tengahari, kebetulan Sue duduk dengan Joni di dalam bus.  Manakala Paul duduk di hadapan dengan Wayne.

"You got yourself a very nice man, handsome pulak tu."  Kata Joni pada Sue.  Mereka sedang memandang Paul dari belakang.

"Huh... ?"  Sue tersedar dari mengelamun bila Joni bercakap dengan dia.

"Yes.... Nampak Paul baik sangat."

"Kak Joni.... "  Jawab Sue.  "It's not like that.  We are just business partners.  That's all."

"Ye ke.... I tengok Paul sangat suka dengan you."

"No lah...."

"Huh....   "

"Kak Joni... I wanted to know more about the support work yang Kak Joni buat.  The NGO support group for cancer. Di mana NGO ni beroperasi."

"Dekat dengan rumah, ada community centre. di PJ.  Kita ada perjumpaan dan sharing session.  Tapi kadang-kadang I work one to one basis.   Esprcially yang baru diagnose with cancer, they feel so down.  So hopeless.  We need to support dia orang.  Give hope and make them feel positive.  The positive thinking is important for them  to fight cancer.

“Bukan itu saja kita juga ada program untuk cancer survivor.”

‘Iye?  Program mana tu?”  Soal Sue. Joni toleh ke sisi, pandang wajah Sue.  Tiba-tiba Sue jadi begitu berminat dengan kerja-kerja amal yang Joni lakukan.  Sebelum ini Sue macam tidak kisah dengan mereka semua.  Bila Paul ada bagi ceramah pun, Sue tidak pernah datang.  Cuma hari ini Sue datang bersama Paul.  Sekarang Sue tumpukan penuh perhatian pada Joni.  Joni mula rasa ada sesuatu cerita di sebalik perhatian yang Sue berikan ini.

“Kami ada program percuma the 101 Days Back to Life program. This includes 28 personal training sessions, a consult with a nutritional expert and access to the gym and trainer during the program.  Memang boleh bantu cancer survivors betul-betul regain their health”

“oh… it’s a good thing, apa yang Kak Joni buat.  Di sini memang banyak support group macam itu sekarang ini.  Cancer survivor memang perlukan sokongan”  Kata Sue, matanya jauh memandang ke hadapan.    Joni rasa apa yang dia syak tentang Sue mungkin benar.  Sue ada pengalaman silam dengan pesakit kanser atau … Sue sendiri….  Joni tidak habiskan kata-kata dalam hatinya itu.  Tidak mahu fikirkan perkara buruk tentang perempuan yang dia baru mahu kenal itu.  Alangkah sedihnya jika betul Sue penghidap sakit kanser. Baru tadi mereka semua sedang bersuka ria mengucapkan tahniah pada Paul dan Sue.    

Sue memandang wajah Joni dengan penuh minat.  Joni hendak tahu sangat kenapa Sue begitu berminat dengan topik yang mereka bincangkan itu.  Joni cuba dengan lebih lanjut tanpa tujukan soalan terus pada Sue. 

“Many of us have been personally affected by cancer.”  Kata Joni.  Sue dilihat menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Joni.   “We’ve seen the hurt and pain it can cause.”  Sue terus anggukkan kepalanya tanda setuju sangat dengan kata-kata Joni.  Joni sambung lagi kat-katanya, “but also the triumph that overcoming it brings.”  Ketika itu, Sue terhenti mengnggokkan kepala dan pandang sahaja wajah Joni.  “Kenapa Sue?  You don’t agree with me?”

“Kemenangan?  Mana ada kemenangan.  Kehilangan mungkinlah.  Banyak yang hilang dari hidup kita walaupun kita dapat survive dari kanser.  You job taken away from you.  People taken away from you.  People stayed away.  Dan iye kita sihat,  mungkin buat kali ini, mungkin dia datang balik dan bila dia datang balik, kita akan tewas juga.”  Kata Sue dengan penuh emosi.

“Sue?  Kenapa cakap macam tu.  Sue cakap ….” Joni cuba dapatkan kepastian.

“Oh.. tak ada apalah Kak Joni.   Saya cakap tentang apa yang dapat di lihat sekeliling kita.  Perkara yang telah berlaku.” Kata Sue, terus alihkan pandangan matanya dari ditenung oleh Joni. Terasa seperti Joni boleh tahu apa yang berlaku pada dirinya hanya dengan menenung tajam ke dalam mata Sue.   Sue tidak mahu sesiapa tahu tentang dirinya.  Tidak ada sesiapa tahu sangat tentang dirinya. Paul yang paling rapat dengan dia pun tidak tahu semuanya tentang Sue.  Paul hanya tahu 6 tahun dari hidup Sue dan bukan sebelum itu.  Paul hanya tahu Sue belajar di Australia, dan kembali semula ke Australia untuk bekerja.  Paul dapat tahu lebih tentang Sue kerana Sue sakit dan di masukkan ke dalam wad.  Tetapi Sue tidak beritahu Paul lebih dari itu. Apa yang Paul tahu sudah cukup membuat Sue rasa malu tentang dirinya.  Sebab itu Sue tahu Paul tidak akan pernah pandang Sue sebagai seorang perempuan.  Pada Paul Sue hanyalah perempuan malang yang dia perlu tolong.  Mereka menjadi kawan baik selepas Sue keluar dari hospital.  Setelah mengetahui keadaan diri Sue yang sebenarnya, Paul tidak biarkan Sue sendirian.  Dia akan sentiasa temankan Sue  terutama sekali waktu makan tengahari.  Pada masa yang sama, Paul tahu Sue tidak suka Paul menunjukkan simpati pada dirinya.  

Sue hendak buktikan yang dia sama macam Paul. Sue berusaha bersungguh-sungguh untuk tunjuk yang dia boleh kerja macam Paul. 

“Malam ni nanti Sue join kami untuk dinner kan?” Joni terus tukar tajuk perbualan. Dia sedar Sue tidak mahu meneruskan perbualan mereka sebelum ini.

“Err…..” Sue tidak rancang untuk hadir makan malam yang di adakan malam nanti.  Dia  sedar  malam ini ada jamuan makan malam yang di anjurkan oleh syarikat mereka untuk para tetamu tetapi dia buat tidak endah sahaja.  Sanday dan Sim yang uruskan majlis tersebut.  Sue bercadang dengan cakap dengan Paul yang dia tidak dapat hadir majlis  mala mini.  Tetapi bila Joni  yang ajukan soalan tidak sampai hati Sue untuk katakan yang dia tidak akan hadiri majlis malam nanti.

“Sue… join dinnerkan?”  Soal Joni lagi, bersungguh-sungguh.  Bila pandang muka Sue yang teragak-agak, Joni sambung lagi.  “Alah  Sue… tak best lah kalau Sue tak de.  Please  please please…. Datang ye…”  Pujuk Joni.  “Best kalau Sue ada sekali.

 

Tidak sampai hati Sue untuk tolak permintaan Joni walaupun hati berat sungguh hendak hadiri makan malam itu.

“Sue.. join kita  ye, malam ni.  Ok….”   Pujuk Joni lagi dengan bersungguh-sungguh dengan menunjukkan wajah yang meraihkan simpati.

“Huhh…. Aaa…  Tak surelah Kak Joni.”

“Tak perduli.. Sue kena dating juga.  Kami sudah tidak lama lagi di sini.  Sudah hendak balik Malaysia. Sekali pun Sue tak join dinner.  Sue tak suka dengan kita semua ke?”

“Eh! Tak adalah Kak Joni.  Sue sibuk sekarang ni.”

“Sibuk manalah sangat. Hendak meet up malam jer. Takkanlah sibuk sangat sampai dinner pun Sue sibuk lagi.  Malam ni jer   Sue.”

“Okaylah, okaylah Kak Joni.  Tengoklah nanti.”  Kata Sue, akhirnya dia mengalah.  Ingin pulak dia habiskan masa lagi dengan Joni dan rakan-rakannya seperti Dewi dan XXX. Seronok dapat bercakap Bahasa melayu dengan mereka. Sudah lama juga Sue tidak berbuat demikian.  Terubat rasa rindu pada tanah air yang sudah lama dia tinggalkan. 

“Yeahh… Join kami ok… Jangan tidak.”  Kata Joni  dengan suara tinggi lagi sambal bertepuk tangan.  Semua orang dalam bas memandang kea rah mereka tertanya-tanya kenapa Joni tiba-tiba suka sangat.  Paul menoleh ke belakang, menjeling tajam kea rah Sue. Tetapi tidak berkata apa-apa. 

“Handsomenya Pak we Sue ni.”  Ujar Joni.  Bisik Joni.

“Mana adalah Kak Joni.”

 “Tengok tu jelingan dia, tajam … straight to the heart...”  Bisik Joni.  “Aduhhh…. Takkan Sue tak rasa apa-apa.” 

Sue pandang ke arah  Paul, Paul pandang Sue seketika dan terus paling ke hadapan semula.      

Joni sikukan lengan Sue beberapa kali sambil senyum-senyum.  Sue angkat ke dua bahunya, tidak tahu apa hendak cakap lagi pada Joni yang yakin sangat Paul dan Sue ada hubungan cinta. Sue memang sayang dengan Paul tetapi bukan seperti yang Joni sangka.   Berapa kali Sue telah nyatakan pada Joni.  Dan Sue tahu Paul juga ambil berat tentang Sue tetapi setakat itu sahaja, bukannya cinta.  Cuma beberapa hari ini Paul berkelakuan agak pelik sedikit.  Mungkin bila peserta-peserta lawatan ini balik ke Negara masing-masing, Paul pun akan kembali normal dan mereka akan teruskan hidup mereka seperti sebelum ini.  Jadi Sue tidak mahu pening-pening kepala untuk fikirkan perangai pelik Paul sekarang ini.
************************

3 comments:

alina kenapa lama menghilang...kami menunggu hingga bosan..tuan rumah tak muncul-muncul

 

Betul tu...kami rindukan Paul dan Sue..

 

akan try menulis sikit sikit ... so sorry sayang sayang semua. My bad.