Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WB Bab 6


Wisteria Berguguran ke Bumi

Bab 6


Paul masuk ke dalam pejabat dan terus masuk ke biliknya tanpa menegur sesiapa pun di situ.  Sue yang sedang berbincang tentang invois pembayaran dengan Sim terhenti seketika.  Mereka yang di dalam pejabat memandang antara satu sama lain.  Pelik!  Paul jarang berkelakuan begini.  Selalunya dia akan ucapkan selamat pagi dan tegur semua orang di situ.  Kemudian dia akan usik usik Sue, sengaja buat Sue marah.  Baru dia masuk bilik.  Itu pun tidak lama Paul akan minta Sim sediakan kopi untuk dirinya, dia keluar balik untuk berbincang dengan Sue dan macam-macam lagi.  Bukan masuk bilik dan terus diamkan diri macam yang dia lakukan pagi ini.

Sue angkat bahunya dan terus berbincang dengan Sim.  “He is having a hangover, I guess.”

Sim pandang wajah Sandy,  seorang lagi kakitangan mereka.   Sandy hanya senyum.  Entah kenapa lah pulak dengan bos mereka pagi ini.

“Maybe… he went out with her girlfriend last night and had a fight.” Kata Sue lagi.  “What's her name, your friend right Sandy?  Elaine?”

Sandy tidak berkata apa-apa hanya pandang wajah Sue dan Sim silih berganti.  Dia tidak tahu apa hendak jawab komen Sue itu sebab dia tahu semalam Elaine tidak keluar dengan Paul.  Malahan Elaine mengadu yang sudah lama Paul tidak mahu jumpa Elaine.  Jadi sesiapa yang buat Paul jadi moody begini, bukanlah Elaine.   Malahan menurut Elaine, Paul cakap dia sibuk pasal kerja.  Jadi kemungkinan besar Paul tidak keluar dengan mana-mana perempuan.

“Maybe he wants you to ask him, what is wrong?”  Saran Sandy perlahan. Takut juga nanti Sue marah dia pulak sebab memandai-mandai.

“Me?  You want me to go inside there and ask him what is wrong with him?”  Soal Sue sambil membesarkan matanya kea rah Sandy.   “No way…. He can sulk all he want inside there.”   Kata Sue lagi.  Apa lah tidak kena dengan Paul pagi ini?    

“Thud!”   Terdengar bunyi datang dari bilik Paul.  Mereka bertiga berpandangan.  Paul sudah mula baling-baling benda dalam biliknya.  Makin teruk perangai Paul.  Hendak perhatianlah agaknya.    Mereka bertiga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.  Sim dan Sandy harapkan Sue yang masuk ke dalam dan pujuk Paul.  Tetapi Sue nampaknya enggan berbuat demikian.

Sue terus buat tidak perduli dengan bunyi-bunyi yang datang dari bilik Paul.  Dia terus bercakap dengan Sim.   Dia sedang tunduk di sisi meja Sim, menunjukkan apa yang Sim patut lakukan untuk isi document pembayaran.

“Thud!”  Kedengaran barang di lempar ke dinding lagi.  Sandy mengeluh risau.  Apa yang sedang berlaku.  DIa tidak faham. 

Beberapa kakitangan lain masuk ke dalam pejabat.  Tidak mahu perkara ini berlarutan, akhirnya Sue mengeluh, tegakkan dirinya dari meja Sim.  Kemudian dia berjalan menuju ke bilik Paul.  Sue ketuk  bilik   Paul dan masuk ke dalam bilik Paul.

Sue berdiri sambil mencekak pinggangnya.  Sue dapati beberapa barang kepunyaan Paul berselerak di ats lantai berhampiran dengan dinding di sebelah mejanya.  Sue pergi ke longgokan barang yang di campak itu dan kutip semuanya semula.  Dia letak di sebelah sisi kanan meja Paul.

“What is wrong with you?” Soal Sue.  Dia berdiri di hadapan meja Paul.  Paul sedang duduk menyandar di kerusinya sambil meletakkan kedua belah kakinya di atas meja.  Paul sedang pegang kedua belah tangannya di dada. Langsung tidak perdulikan Sue.

Sue duduk di kerusi berhadapan dengan Paul.  Paul terus tidak perdulikan Sue, malah dia biar sahaja wajah Sue menatap tapak kasutnya.  Sue cuba  cari wajah Paul, tetapi di hadang dengan tapak kasutnya. Sue tahu Paul sengaja berbuat demikian.    Paul tahu Sue tidak suka Paul buat perangai kurang ajar begitu.   Yang dia tidak tahu kenapa Paul mahu buat Sue marah dan kenapa Paul macam marah dengan Sue?  Sue tidak faham.  Paul tidak pernah berkelakuan begini. 

Paul terus diamkan dirinya.  Setelah menunggu beberapa ketika, Sue pun bangun dan berdiri di depan meja.  Dia pandang tepat ke wajah Paul yang sedang memandang dinding di sebelah kanannya.  Paul memang sedar Sue sedang pandang dirinya.  Dia ambil sebuah buku yang terletak di meja lalu dia campak ke dinding.  Geramnya Sue dengan Paul.  Macam budak-budaklah pulak perangai Paul hari ini.   Selalunya Paullah orang paling rasional sekali.  Sue yang selalu marah-marah kakitangan mereka.  Paul yang cool.  Paul yang lebih matang dalam menguruskan kakitangan dan bisness.  Apa kena dengan rakan kongsi Sue hari ini.  Masalah perempuanlah agaknya.  Tetapi Paul selalu di kerumuni perempuan, so apa masalahnya.

“if you are going to sulk all day, it’s up to you.”  Kata Sue, berpaling hendak melangkah keluar dari situ.

“I want you to accompany me today.”

“What!”  Soal Sue.

“You heard me.”

“But why?  Why must I accompany you today?”

“Because I asked you to do so.”  Jawab Paul, masih tidak pandang wajah Sue.  “Please be ready. We go at 10.00 this morning.” 

“Go where?” Tanya Sue lagi. Panas hati dia di arah-arah begitu rupa oleh Paul.  Paul tidak pernah berperangai begini.  Sue bukan pekerja Paul.  Sue adalah rakan kongsi Paul.  Semasa Sue bekerja denagn Paul pun, Paul tidak pernah bercakap dengan nada autoritatif sebegini dengan Sue.

“Just follow me.”

“No… Paul I got tonnes of thing to do.  I cannot just drop everything and follow you.”

“I don’t care.  You must follow me.”  Muktamad sekali bunyi nada suara Paul. Tetapi Sue tetap berdegil.  Paul tidak ada hak untuk perintah Sue sesuka hati dia. Sue terus keluar dari bilik Paul. 

“Thud!” Kedengaran bunyi barang di campak ke dinding lagi.

“So childish!”  Sungut Sue.  Dia terus berjalan masuk ke dalam biliknya sendiri.  Tidak kuasa hendak layan semua ini lagi. Tambahan kakitangan mereka mesti pelik tengok perangai Paul hari ini. Lebih baik jangan di tambah dengan Sue pun turut mengamok.

*************************************8

“What’s up boss?”  Why are you so angry this morning?”  Soal Singh.  Paul keluar dari biliknya setelah Sue beredar dari situ. Dia terus ke luar, di mana doozer diparkirkan. Singh dan Ahkbar baru hendak mula kerja mereka setelah mendapat arahan kerja hari ini.

“Ah…. Huhhhhh…” Paul mengeluh panjang. Rasa bodoh juga kerana tidak dapat kawal perasaannya pagi pagi tadi.   Entah kenapa bila dia masuk dalam pejabat mereka, ternampak sahaja Sue sedang berbincang dengan Sim.  Sue nampak sungguh segar, cantik dan manis pagi-pagi begini.  Dia tidak sedar pun yang dia telah buat Paul marah.  Semalaman Paul tidak dapat tidur sebab geram dengan Sue.  Kalau ikutkan hati dia ingin gegar pintu Sue semalam dan suruh Sue keluar dan bagitahu ke ana Sue pergi bereronok-seronok semalam sehingga tidak boleh jawab langsung panggilan Paul.  Paul macam peminta sedekah hendak minta perhatian Sue. 

“Bossss….. Why you are so angryyyy bosss.”  Soal Akhbar pula.   Selalunya bos dia orang cool.  Bos perempuan yang garang.

“I know…. Must be coz of  Miss Sue.  Whyyyy  Boss.  You are angry  with her?”  Akhbar cuba serkap jarang. 

“How do you know?” Paul terus masuk perangkap Akhbar sebab dia sensitive bila orang sebut nama  Sue. 

“Boss…    Kata Akhbar lagi.  Singh hanya perhatikan sahaja.  Nampaknya sangkaan Akhbar betul.  Paul marah sebab Sue.

“Why…Bossss….” Soal Akhbar tanpa berbasa-basi lagi.  “Why you are angry with Lady bossss.”

“She ignored me.  I asked her to accompany me to dinner last night, she refused.”

“Ok…”

“Then I called and called her.  She wouldn’t even answer all my calls.  She cannot treat me like this.”

“Ohhh…. “Ujar Akhbar.  Dia mengerutkan dahinya.

“Ohh really… She didn’t even return your calls.”

“Nope!  What if there’s an emergency at the plant?  What is going to happen?”  Kata Paul.

“Boss… You two are partners for so long.  How come this happen now?”

“Before this?  She never answered you call too?”

Paul termenung mendengar soalan Singh.  Sebelum ini Paul tidak pernah perduli pun apa yang Sue buat selepas waktu pejabat.  Sekarang ini pulak yang Paul tiba-tiba rasa sensitive sangat dengan apa yang Sue buat atau tidak lakukan. 

“When you call her boss.”  Soal Akhbar, pekerja mereka yang berasal dari Paksitan. 

“Last night.”

“Last night?”  Soal Akhbar lagi.  Dia mengerutkan dahinya, berfikir lama.  Kemudian bagaikan mendapat pencerahan.

“Boss…. Last night? I think she was busy, boss.”

“Busy?”

“Yes… I am sure there’s some program at the mosque.”

“Mosque?”  Soal Paul.  Dia tidak terfikir pun tentang itu.  Yang dia ingat, Sue pergi berparti atau kedua berdating.

“Yes.. the mosque.  On Thursday usually we have some programs, quran recitals, quran lesson or even talks from Islamic scholar from all over.  I know because I attended one yesterday.”

“But she was back until nearly eleven.”

“Boss… this is summer time.  This time of the year the the isya prayer is at 9. 15 to 9.30 am.  After prayer, we eat eat some more..  talk talk…some more....  I am sure until all is over  it is nearly 11.00.” Terang Akhbar lagi.  “Of course she wouldn't have time to answer any call.”

Paul terdiam, masih tidak percaya yang Sue tidak boleh jawab panggilan telefon dari dia.  Tetapi sekurang-kurang hati dia tidak sakit sangat sebab  Sue bukan keluar berdating atau bersuka ria dengan lelaki lain tetapi kemungkinan pergi ke masjid kerana program keagamaan.

If you are not convinced, you can visit the mosque.  Lady Boss stays near Mirrabooka.  I am sure I know where she went. ” Kata Ahkbar.  “I can bring you there, the nearest mosque is the al Taqwa Mosque.  The next Thursday, I can bring you there boss.”  

Menyedari Singh pandang dirinya dengan pelik sekali, Paul terus cuba tukar tajuk perbualan mereka.  Dia minta mereka beritahu apa tugasan mereka hari ini. Timbunan sisa mana yang mereka perlu sirih untuk hari ini.  Setelah selesai berbincang dengan Singh dan Ahkbar, Paul masuk semula ke dalam pejabat.    Kali ini perasaan marahnya sudah reda.  Cuma takut Sue pulak yang masih marah dengan Paul kerana perangai Paul pagi tadi.

********************************8

 

“Where are we going to?”  Soal Sue, sebaik sahaja Paul memandu kereta yang mereka naiki keluar dari fasiliti mereka.

Paul hanya mendiamkan diri.  Dia tidak sangka pulak yang dengan mudah Sue akan ikut kata dia hari ini.  Mungkin tatktik Paul, marah-marah denagn Sue pagi ini yang membuatkan Sue mahu ikut cakap dia hari ini.  Bila jam menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi, Sue sudah bersedia di luar biliknya untuk ikut Paul.  Tanpa berkata apa-apa, Paul keluar dari pejabat, berjalan menuju ke keretanya, diikuti oleh Sue di belakangnya.  Paul sembunyikan senyumannya, puas hati yang Sue ikut perintahnya kali ini.  Mungkin sesekali dia perlu bertegas dengan Sue.  Baru Sue mahu ikut cakap Paul. Kalau Paul asyik berlembut dengan Sue, dia tidak mahu mengalah.  Paul alih wajahnya, tidak mahu Sue nampak senyuman puas hatinya.  Paul berdehem beberapakali untuk buang senyuman di wajahnya, kemudian pandang ke hadapan untuk tumpukan pada pemanduannya.

“Paul!  Where are we going to.”

“I am going to give a lecture. And you are going sit there and listen to my lecture. Answer any question if asked.”  Jawab Paul.

“Lecture?  You mean those  people that day?” Soal Sue.  Wajahnya berubah jadi resah.

“Yes!”

“Why didn’t tell me earlier?”  Soal Sue. 

“Why?”

“Look at me?  I am not dressed for formal occasion.” Kata Sue, sambil memandang pada pakaiannya. Dia mengenakan kemeja  dan seluar Khaki, pakaian kerjanya.  Hari ini Sue rancang hendak banyak habiskan waktunya di tapak. 

“It’s ok.  You look fine.”  Kata Paul, memandang Sue. Memang pada Paul Sue nampak menawan seperti selalu. 

“I look like one of you boys working at the plant.”

“No way.. You look fine to me.”  Malahan terlalu menawan sehingga mengganggu ketenangan hati Paul.  Ingin Paul luahkan perasaan hatinya pada Sue sekarang juga.  Apa kata kalau Paul katakan,“I love you Sue.”  

Mesti  Sue mesti terkejut besar jika tahu apa yang bermain di kepala Paul.  Paul juga terkejut yang dia ingin lafazkan kata-kata cinta pada Sue.  Tiba-tiba sahaja kata-kata itu bermain-main dalam kepalanya.  Paul mengeluh sendirian, terasa dingin di hatinya, Kalaulah dia dapat luahkan isi hatinya itu kepada perempuan di sisinya itu. 

“Paul…” Suara Sue yang lembut menyebut namanya membuat hati Paul terus jadi cair. 

“Yes… Sue.”

“Can we go back and change my clothing.”

“No.. Sue. We don’t have enough time.  My lecture is at 11.00 o’clock.”

“Humrmmppp..”  Keluh Sue.  Paul tidak faham kenapa Sue sibuk sangat hendak tukar pakaiannya.

Perempuan, macamana pun mereka sama juga.  Ingatkan Sue tidak kisah sangat pasal penampilannya tetapi rupa-rupanya Sue juga ada sifat kewanitaannya itu.  Sesuautu yang Paul rasa begitu sweet sekali.  Bila masa tiba-tiba Paul jatuh cinta dengan Sue.  Paul tidak dapat pastikan.  Cintanya pada Sue datang secara perlahan-lahan sehingga tiba satu hari dia tidak dapat menolaknya lagi.

Mereka meneruskan perjalanan dalam diam. Sue Cuma pelik melihat wajah Paul yang tersenyum tenang.  Berlainan dari perangainya pagi-pagi tadi.  “apa kenalah pulak dengan partner aku ni.” 

*********************************8

Selepas Paul habis menyampai lecture, kelas bersurai.  Cuaca di luar sudah mula panas. Tengahari ini mereka semua di bawa ke Big W untuk makan tengahari.  Nasib baik Di food court ada pilihan pelbagai makanan untuk semua. Ada dua outlet menjual makanan halal untuk peserta muslim.  Sue ikut sahaja Paul sebab dia rasa janggal untuk bersama orang lain dalam kumpulan itu walaupun ramai dari mereka berasal dari Malaysia.  Paul ambilkan makanan untuk Sue sementara Sue belikan air minuman untuk Paul. Paul sudah biasa dengan Sue, bila makan tengahari bersama dia tidak akan minum minum beralkohol atau makan makanan yang tidak halal. Selalunya dia pilih seafood.

Joni Chen dan Dewi memilih untuk duduk makan bersama Paul dan Sue.  Peserta lain dengan geng mereka masing-masing.

“How long you know each other?” Soal Joni.  Dia memang macam mak cik-makcik kepochi, tidak ada segan silu hendak tanya soalan.

Paul pandang Sue, Sue pandang Paul. “Around 6 six years, right Sue?”  Jawab Paul.

“Oh..” Sahut Joni dan Dewi.  Tiba-tiba Marlia lalu di hadapan mereka. “Marlia, duduk mana? Come and sit here?” Pelawa Joni, menunjukkan meja kosong di sebelah meja mereka.

“Tak pe Kak Joni, Marlia duduk dengan Hazim tu.”  Jawab Marlia, menjuihkan bibirnya kea rah Hazim yang duduk agak jauh dari meja mereka.  “Ohhhhh…. Jauhnya duduk, tak mau orang ganggu ye…”  Komen Joni, mengusik Marlia.  Marlia hanya tersenyum-senyum malu.

Paul tidak faham apa yang Joni katakana, dia pandang Sue minta penjelasan tetapi Sue buat tidak faham.  Joni yang tolong terangkan pada Paul.  “They sit so far away from any of us.  Must be they want some privacy.  Love is in the air… They are inseparable this days.”  Kata Joni.

“Really!”  Soal Paul.

“You didn’t notice that something is in the air…” Soal Dewi.  Joni dan Dewi ketawa suka melihat wajah kacak Paul yang tertanya-tanya. 

“No wonder.”  Komen Paul, sambil pandang wajah Sue.  Patutlah Hazim emosional sangat tempoh hari bila Sue marahkan Marlia.  Sue pulak, macam tidak perduli langsung. 

“Okay.” Paul mengomel sendiri.  Paul faham Sue memang tidak suka Marlia dan juga Hazim.  

“Just like that two lovebirds.”  Kata Joni sambil tunjukkan jarinya kea rah Simon dan Jaycee. 

“I wander how they are going to make it,  being far apart.”  Kata Dewi.

“Well… Dewi… Don’t worry.  Love will find it’s way.”  Kata Joni dengan lebih optimistic. 

“Joni, you are so confident they can make it.”

“Yes… I am confident that they will.  Just like those two.”  Kata Joni matanya memandang kea rah Marlia dan Hazim. 

“Iye ke…?” Soal Dewi.  “Tak macam itu Simon and budak Siam tu lah Joni.”  Kata Dewi.

“Adalah… Tapi depan kita dia orang macam malu-malu lagi.”  Jawap Joni.  “Look at them.”

Mereka berempat memandang Malia dan Hazim.   Paul tersenyum mendengar   kata-kata Joni. Geram pulak Sue tengok. Macamlah dia faham sangat apa yang Joni dan Dewi cakap.

“Tak lama lagi… mesti jadi punya.”  Sambung Joni. 

“Balik Malaysia, nanti ada kenduri kawin.”

“Pandailah Kau Joni.” Kata Dewi.

“Aku memang pandai.”

“Ye lah tu.”

“I know about people.  I work with them all the time.”  Kata Joni. 

“Yeah… “  Akui Dewi.  Kemudian dia pandang pada Sue dan Paul.  She works a lot with people who got cancer.  She represent an NGO who try to help people to cope with cancer.”  Paul pandang Sue.  Sue terus alih pandangannya. Tidak mahu menarik perhatian kepada dirinya.  Tidak mahu sesiapa teka apa-apa pun tentang dirinya. 

“You do?  Good.”  Kata Paul, terus faham apa yang Sue hendak, dia tumpukan perhatian pada Joni.  “What actually that you do.”

Having cancer is often one of the most stressful experiences in a person's life. So with our support group, can people cope with the emotional aspects of cancer. What we do is  providing a safe place to share their feelings and challenges and learn from others who are facing similar situations.”     

“Oh…. “  Kata Paul, jeling pada Sue lagi.  Sue terus makan tanpa tunjukkan apa-apa reaksi. 

“Sometimes being positive can help them to fight off cancer.”

Paul anggokkan kepalanya. 

“That’s why I said I am good at judging people.”  Kata Joni lagi.  Dia memang sentiasa ceria walaupun Sue dan Paul begitu serious, Joni tetap  ceria, cuba menjadikan suasana di meja itu lebih ceria.

“Am I can see both of you also have something going onnnn.”  Serkap Joni.  “Paul, you better grab her as soon as possible.  Don’t let her get away.”  Kata Joni lagi.

Paul hanya tersengeh.  Memang betul kata Joni, dia tahu menilai orang.  Macam dia tahu pulak perasaan Paul terhadap Sue. 

Sue tergamam seketika, dia pandang wajah Joni dan Dewi yang tersengeh, ingin memprotes tetapi tiba-tiba ramai orang sudah berdiri dan kerumuni meja makan mereka. Semuanya terdengar kata-kata Joni. 

“Yes….  I am right….  Congratulations.”   Semua orang dengar  kata-kata Joni.  Paul nampak suka sangat.  Pelik juga Sue dengan reaksi Paul.  Boleh layan pulak Paul  bila orang cuba pasang-pasangkan dia dengan Sue.  Sue tahu Paul tidak pernah pandang dia sebagai seorang perempuan, Hanya sebagai rakan kongsi sahaja.  Paul ada ramai perempuan yang hendakkan dia. Manakala Sue pulak tidak ada sesiapa pun.

Paul dengan Sue macam langit dengan bumi.  Selalu Sue rasa macam Beauty and the beast yang songsang.   Paul yang jadi beauty, Sue pulak the beast.   

Bila ada makin ramai  yang datang untuk  tepuk bahu Paul sambil ucapkan tahniah, Sue sudah tidak boleh diam sahaja

“Eishhh…” Sue bersungut dalam hatinya, Dia hendak menyangkal sahaja sangkaan semua orang.  Sue angkat pandanganya dan terus terpandang wajah Marlia yang berikan senyuman manis pada Sue.   Sue tidak jadi berkata apa-apa.  Terasa bersalah melihat wajah marlia yang seperti tidak simpan apa-apa perasaan marah pun pada Sue.  Sue sahaja yang masih geram sahaja dengan perempuan tersebut dan teman lelakinya. 

Marlia dan Hazim, Simon dan Jaycee  datang menghampiri  mereka bila tengok semua orang mengerumuni mereka berempat.  Hazim dan Simon segera beri ucapan tahniah pada Paul.Sue tidak dengar apa yang mereka katakan pada Paul,  sebab Jaycee dan Marlia dekati Sue untuk ucapkan tahniah.  Sue geleng kepala. Dia rasa hendak ketuk-ketuk kepalanya macam tidak percaya dengan apa yang berlaku.   

 

 

 

                                                                                                                       

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

 

 

5 comments:

Sue dgn Hazim ada ape2 sejarah ke ?

 

Dear Ms Writer,

Cerita Cinta Untuk Maximo dah dibukukan ke?

 

play asian gambling for free money