Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WB Bab 5


Wisteria Berguguran ke Bumi

Bab 5

“Paul.. Can I meet up tonight.  We haven’t been seeing each other for quite some time.”  Elaine mengajak Paul keluar.

Paul ambil masa untuk jawap pelawaan Elaine.   Sudah dua kali Elaine ajak Paul bertemu dengannya tetapi Paul menolak.

 “Emmm… Elaine.  I am quite busy.”  Paul tidak ada mood untuk keluar dengan Elaine malam ini.      Paul sedar Elaine hendak sesuatu dari dirinya.  Sudah lama mereka tidak berasmara. 

“Paul… please.. For old time sake.  I kinda of need you tonight.”  Elaine cuba pujuk Paul.  Mendayu-dayu pulak suara Elaine kali ini.  Tetapi Paul memang tidak berhasrat untuk bersama dengan Elaine malam ini.  Bukan sahaja malam ini, malahan malam-malam yang akan datang.  Dengan apa yang Paul rasakan sekarang.   Paul rasakan dia tidak patut ada hubungan seperti yang dia dan Elaine jalin selama ini.  Pada awalnya nampak macam sesuatu yang sesuai untuk mereka berdua.  Tetapi sekarang nampaknya Elaine cuba hendak tukar syarat-syarat dalam perhubungan mereka.  Perhubungan mereka sepatutnya tidak membabitkan emosi, hanya memenuhi keperluaan seks.  Mereka bukan saling memerlukan secara emosi.  Sepatutnya  Touch and Go sahaja.  Kenapa sudah tiga kali Elaine merayu-rayu minta Paul keluar dengan dia.  Bila Paul menolak, dapat rasakan Elaine kecewa.  Elaine macam merajuk, mula marah-marah.

Paul mengeluh, sepatutnya ini tidak berlaku.  Sepatutnya Elaine relaks sahaja bila Paul menolak.

“Elaine.. I am so sorry but I am really busy tonight.”

“You are busy or you are giving me excuses not wanting to see me?”

“Elaine… I have something going on.  You know I will be very busy this coming  weeks.  You know the program Wayne and I are organising now.”

“Please Paul… You can’t be be that busy, that you cannot even see me for a while.  At night?”

“Elaine… I told you I am busy tonight.”

“Fine….!  Don’t expect me to be waiting for you the next time you need me.”  Kata Elaine dengan penuh emosi, sebelum dia tamatkan perbualan mereka.

Paul gelengkan kepalanya.  Sepatutnya tidak jadi begini.  Dia sangka semuanya berjalan denga baik.  Tetapi rupa-rupa Elaine sudah berubah.  Dia mula jadi lebih demanding.  Mungkin sebab umur Elaine sudah meningkat dan Elaine sudah rasa yang dia kena fikirkan tentang masa depannya.  Mungkin telah timbul keinginan untuk kehidupan yang lebih stabil, hendak berumah tangga atau telah timbul naluri keibuaan dalam diri Elaine.  Mungkin Elaine mahukan perhubungan yang lebih bermakna dengan Paul, bukan setakat untuk memuaskan nafsu masing-masing sesekali sekala.

Paul mengeluh. Apapun kehendak Elaine, Paul dapat rasakan dia  bukanlah orangnya untuk penuhi kehendak itu.  Dia tidak ada perasaan yang sama.  Paul akui, dia bersama Elaine hanya untuk tujuan melepaskan kemahuan seksnya sahaja.  Dia tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan Elaine atau hidup bersama Elaine. Apatah lagi hendak kahwin dan ada anak bersama Elaine.  Mungkin sebab Elaine tengok Paul kawan baik dengan Wayne, Paul mungkin timbul keinginan untuk kahwin dengan Elaine.  Macam Wayne dan isterinya, Jenny.

Masalahnya Paul tidak tahu apa yang dia mahu.  Sekarang ini Paul lebih banyak rasa bingung tetapi tidak tahu apa yang dia mahu.  Paul juga sudah tidak tahu apa yang boleh buat dia gembira.   Mungkin selama ini Paul asyik risaukan bisness dan tidak ada masa untuk fikirkan tentang lain.  Tiba-tiba masalaahnya bisnessnya telah selesai, Paul rasa anti klimaks.  Bila tidak ada apa hendak di risaukan atau di usahakan, Paul rasa kosong.  Atau keseronokan dan kepuasan hati hanya apabila dia berada di tempat kerja bersama dengan Sue.

“Sue…. “ Terasa satu perasaan halus menyelinapi ke dalam hati Paul, bila dia sebut nama Sue. 

“Nonsense!”  Paul sedarkan dirinya.  “Sue!  Why am I thinking about her!” Paul tanya dirinya.  Paul kemudiannya gelengkan kepalanya, seperti mahu buang ingatannya terhadap rakan kongsinya itu.  Tidak logic kalau Paul boleh fikirkan tentang Sue dalam apa-apa konteks pun kecuali tentang kerja.  Mereka saling berlainan. Bagai langit dan bumi.  Berbeza personality,  berlainan bangsa, ugama.  Kesukaan dan perangai dan latar belakang, semuanya berbeza sangat.  Kenapa Paul asyik fikirkan tentang Sue.  Mahu Sue ada bersamanya.  Macam malam  ini, Paul kena hadiri jamuan makan malam yang di hostkan oleh training provider kepada para pelawat mereka .  Paul ajak Sue datang sekali menghadiri majlis jamuan tersebut tetapi Sue enggan.  Sue betul-betul degil sangat.  Tidak mahu terlibat langsung dengan projek yang Paul dan Wayne sertai ini.  Bila Paul memberi ceramah pun Sue tidak mahu datang.  Paul agak kecil hati sebab Sue tidak mahu berikan sokongan pada Paul dalam hal ini.  Paul hendak Sue berada bersamanya dalam usahanya ini untuk memperkembangkan bisness mereka supaya di ketahui oleh ramai orang.

Bukan itu yang Sue selalu katakan, hendak majukan lagi bisness mereka.  Selalunya Sue ok dengan usahasama yang Paul lakukan.  Tetapi dengan kumpulan ini Sue enggan bekerjasama langsung.   Mungkin masa tidak sesuai kerana mereak terlalu sibuk untuk uruskan permintaan pelanggan.   Apapun alasan Sue,  Paul hendak Sue ada bersamanya malam ini. Terasa rindu pada rakan kongsinya itu.  Hari ini sehari suntuk Paul tidak dapat pandang wajah Sue sebab sibuk di pusat latihan.  Paul harap sangat dapat pandang wajah Sue, matanya yang bulat bila dia marah sungguh comel sekali.

Paul ambil telefon dan cuba hubungi Sue. Sue tidak jawab panggilan Paul.  Paul cuba lagi beberapa kali menelefon Sue.  Tetapi Sue tidak jawab juga panggilan Paul.  Geram rasanya dalam hati Paul.  Sue sanggup tidak jawab panggilan Paul. 

Paul ketap bibirnya.  Dia pandang calender di dinding. Hari kamis!  Selalu beginilah gelagat Sue.  Siapa yang lebih penting dalam hidup Sue sampai dia sanggup tidak angkat telefon bila rakan kongsinya sendiri telefon.  Bukankah dalam hidup Sue, bisness mereka sahaja yang penting.  Sue tidak ada saudara mara lain di sini. Mungkinkah Sue sudah ada teman lelaki yang Paul tidak ketahui?   Tiba-tiba sahaja Paul rasa cemburu pada lelaki yang bersama Sue malam ini.  Itu sahaja alasan yang Paul ada kenapa Sue tidak angkat panggilannya malam ini.  Atau mana-mana malam jumaat ketika Sue tidak mahu jawap panggilan telefon dari Paul.    Apa yang Sue lakukan agaknya.  Takkan Sue berparti sampai lupa diri.  Happy hour selalunya bermula pada petang jumaat.  Bukan pada hari kamis malam jumaat begini.  Sebab besok masih lagi hari bekerja.  Paul tidak pernah pulak tengok Sue dalam keadaan letih, tidak bermaya pada hari jumaat. 

Ke mana agaknya Sue pergi waktu-waktu begini?  Akhirnya Paul akur, Sue tidak akan jawab panggilannya malam ini, walau Paul cuba telefon Sue berpuluh-puluh kali pun.  Nampak sangat sebenarnya Sue tidak perdulikan Paul langsung.   Paul tidak penting dalam hidup Sue.  Rasanya luar dari pejabat Sue tidak pernah fikir langsung pasal Paul. 

“Why I am wasting my time over Sue?”  Soal Paul.  “Just let her be.”  Nasihat Paul pada dirinya.  Tetapi Paul tidak mahu menghadiri Majlis makan malam itu sendirian malam ini.   Dia tidak mahu Elaine menemaninya atau perempuan lain.  Semenangnya mudah sahaja untuk Paul dapat perempuan untuk temaninya malam ini seperti Melissa. Tetapi Paul tidak ada mood untuk layan mereka semua.  Entah kenapa Paul mahukan Sue di sisinya mala mini.

“You are crazy?”  Paul marahkan dirinya sendiri.  Kenapa dengan dirinya malam ini.  Terasa memerlukan sangat Sue di sisinya.  Makin Sue tidak layan dirinya makin terasa keinginannya untuk mendampingi Sue. 

Telefon bimbit Paul berbunyi.  “Sue!” Berdetik hati Paul, tetapi seketika sahaja kerana yang tertera di Skrin telefonnya adalah nama Wayne. 

“Where are you mate?”  Soal Wayne terdengar lantang bertanya tentang Paul.

“Huh?  I am still at my house?”

“What?  When are you coming here.  Dinner is going to start soon.”  Soal Wayne.  “When are you two going to come?”

“I don’t have anyone coming with me.”  Kata Paul perlahan.

“What! Hahaha…!” Kedengaran kuat sekali Wayne ketawakan Paul.  Jejaka idaman satu bandar Perth ini tidak ada teman mala mini.  “Nobody wants to go out with you?”

“NO…. : Jawab Paul.  It is just I don’t feel like taking anyone out with me? But I don’t want to be there alone.” Nanti dia dikerumuni oleh semua perempuan yang ada di situ.  Semua dia kena layan.  Semua hendak tujukan soalan pada Paul.  Sehingga dia hendak makan pun susah. 

“Please come now?”

“Can I be excuse tonight.”

“No.  You just come and show your presence.”  Arah Wayne.

“Auw… Wayne…”

“I don’t care.  Jenny will be asking for you also.  What am I going to tell her if you don’t turn up tonight.  In the first place she agreed to come because I told her you will be coming.”

Paul mengeluh panjang. “ Okay… Okay.”  I am going out no.”  Paul tamatkan perbualan mereka dan keluar dari rumahnya, walaupun hatinya terasa berat sangat.

**************************************8

 

Rumah Sue gelap. Nyata Sue tidak ada di rumah. Kemana Sue pergi mala mini?  Adakah setiap malam Sue keluar atau hanya pada hari Khamis, malam Jumaat sahaja dia keluar malam? 

“What is wrong with you Paul?”  Sejak bila Paul menjadi stalker.  Dia sanggup tunggu dalam gelap di luar rumah Sue. Hendak tahu sama ada Sue berada di rumah atau tidak.  Hendak tahu ke mana Sue pergi setiap malam jumaat. Kenapa Sue tidak jawap panggilan telefon dari Paul.  Sue sengaja tidak jawap semua panggilan telefon pada malam Jumaat atau panggilan dari Paul sahaja.  Semua ini Paul hendak tahu jawapannya.   Tetapi Paul tidak tahu kenapa dia jadi teruk sebegini.  Makin lama makin terdesak pulak keadaan Paul.  Yang lagi teruk, Sue tidak tahu pun apa yang bermain dalam kepala Paul.  Pada Sue, Paul hanya rakan kongsinya.  Itu sahaja.

Sejak awal malam tadi, Sue tidak jawab panggilan Paul.  Paul terpaksa pergi ke Majlis makan malam seorang diri.  Dia jadi  tumpuan semua perempuan di situ.  Sepatutnya Paul sudah biasa dengan keadaan begitu. Tetapi malam ini hati Paul tidak senang.  Sakit hati pun ada dengan kelakuan Sue.  Bukan Paul tidak biasa di puja ramai perempuan.  Perhatian  Jaycee dan Marlia sahaja yang  tidak tertumpu pada Paul.  Jaycee macam sudah steady dengan Simon.  Manakala Marlia pulak hanya tumpukan perhatiannya pada Hazim.  Perhubungan mereka nampak makin hari makin rapat.  Macam tidak boleh dipisahkan. Ke mana-mana sahaja berdua.  Agaknya sudah serious perhubungan mereka.  Tetapi Paul hanya dapat agak sahaja sebab sejak dari kejadian di tempat Paul dan Sue tempoh hari, mereika berdua jadi agak dingin dengan Paul. 

Paul angkat bahu, tidak mahu ambil perduli pada reaksi Hazim pada dirinya. Kalau perkara kecil begitu pun Hazim hendak simpan rasa marah dalam hati pada Paul dan Sue, biarlah.  Paul tidak mahu buang masa hendak fikir macamana hendak jaga hati orang macam ini. 

Paul tidak boleh salahkan Sue kalau Sue marah sangat tempoh hari.  Ini adalah soal keselamatan.    Di facility mereka factor keselamatan  dan kesihatan pekerjaan memang mereka utamakan.  Dalam menletakkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan pun, masih lagi berlaku ke adaan tidak diingini seperti kebakarn kecil di pejabat mereka tempoh hari. 

Sue anggap kebakaran yang berlaku itu amat serious.  Pada Sue semuanya serious.  Sue jaga pengurusan syarikat mereka dengan serious.   Dia kawal perbelanjaan mereka dengan berhati-hati.  Paul memang beruntung dapat Sue sebagai rakan kongsi.  Nasib dia baik kerana dapat Sue. 

Paul teringat pertama dia bertemu dengan gadis yang bernama Suri Arina, lebih kurang 6 tahun yang lalu.  Ketika itu Paul bekerja sebagai jurutera logistik di salah sebuah projek pembinaan  peningkatan trek keretapi api dari Adelaide CBD ke Gawler Region.   Sue bekerja sebagai admin assistant di pejabat tapak bina.  

Seorang perempuan asia yang bertubuh kecil, yang terlalu serious, tidak pernah senyum, sentiasa pucat dan tidak pernah ketawa.  Perempuan itu  tidak menarik perhatian Paul langsung.   Tidak ada apa-apa persamaan antara mereka.  Paul seorang jurutera muda yang mahu cepat berjaya dalam kerjayanya.     Dia popular di kalangan perempuan dan juga di kalangan pekerja-pekerja di Syarikat pembinaan tersebut.   Pekerja di pejabat tapak bina juga jauhkan diri dari Sue.  Walaupun kecil, Sue memang begitu teliti dengan kerja dan serious dengan tugasnya.  Sue juga agak tegas dan garang dalam pengurusannya terutama sekali dalam urusan pembayaran dan kewangan.

Beberapa bulan berlalu mereka tidak pernah bertegur sapa.  Paul tidak pernah pandang sebelah mata pun dengan perempuan macam Sue.  Pada satu hari,ketika musim bunga  Sue marah-marah dengan tuntutan bayaran yang Bahagian Paul lakukan.   Mereka bergaduh besar, teruatama sekali dari pihak Sue.  Paul hanya banyak mempertahankan bahagian dia sahaja.  Sue yang banyak menyerang mulut.  Akhir sekali setelah di terangkan oleh Sue, Paul baru faham kenapa Sue marah.  Memang salah tuntutan dari anak buah Paul.  Nasib baik Sue teliti orangnya.  Kalau tidak memang kesilapan besar dalam tuntutan perbelanjaan akan berlaku dan akan menyusahkan Paul.  Menyedari kesilapan dirinya sendiri Paul cuba untuk menebus kesalahannya dengan berbaik-baik dengan Sue.  Dia ajak Sue keluar makan tengahari. Tetapi satu bukan satu pengalaman yang di menyeronokkan.  Restaurant sea food yang mereka kunjungi ialah satu kawasan terbuka dengan di kanopikan oleh pokok wisteria.  Bunga wisteria sedang  kembang menghiasi kawasan restoran tersebut.  Cantik sekali keadaan di restoran Wisteria tersebut tetapi Sue nampak tidak selesa langsung.  Sue nampak begitu terganggu  sekali.  Mula-mula Paul ingat Sue memang seorang perempuan yang sukar untuk digembirakan. 

Matanya mula kemerah merahan.  Paul kemudiannya ingat Sue kena hay fever,  mungkin dia alergik kepada debunga. 

Tetapi sebenarnya Sue menangis.  Mereka tidak jadi makan tengahari dan terus beredar dari situ.  Selepas hari itu, Sue tidak datang kerja selama beberapa hari. 

Entah kenapa Paul tidak biarkan sahaja Sue begitu sahaja.  Kalau diikutkan mereka, tidak ada apa-apa kesamaan pun.  Paul seorang yang popular, seorang jurutera berjaya yang sedang meningkat dalam kerjayanya.  Sue hanya seorang kerana sementara yang tidak disukai ramai, seorang yang kurus kering, pucat dan tidak menarik pun. Perempuan Asia dan berugama islam, dengan memakai hijab di kepala bukannya sesorang yang Paul akan dekati langsung.  Tetapi dia tidak boleh  berbuat demikian.  Paul rasa dia kena tahu juga apa terjadi pada Sue.  Bila Paul tanya-tanya pada kakitangannya, mereka semua kata Sue sakit dan dimasukkan ke hospital.

Paul rasa simpati sangat dengan nasib Sue. Patutlah dia kelihatan tidak sihat pada hari Paul ajak dia keluar makan tengahari.  Sue tidak sihat rupa-rupanya.  Paul tergerak hendak lawat Sue di hospital.  Mesti Sue keseorangan dalam keadaan sakit di hospital.  Paul dapatkan nama hospital di mana Sue dimasukkan dan pergi melawat Sue di hospital tersebut.

Memang betul tekaan Paul, tidak ada sesiapa yang melawat Sue hi hospital.  Sue kelihatan pucat, lemah dan kecil di atas atas katil wad hospital tersebut.  Agaknya jika Paul tidak datang melawat Sue, tidak ada sesiapa pun yang akan datang melawat Sue.  Sue nampak terharu bila Paul datang melawatnya dengan membawa sejambang bunga.  Seolah-olah tidak ada sesiapa pernah berbaik dengan Sue selama ini.  Paul begitu terkesan dengan reaksi Sue dan bersyukur yang dia ikut kata hatinya untuk berbuat baik pada seseorang yang betul-betul perlukan perhatian.  Tidak Paul tahu bahawa Sue ialah seorang cancer survival ketika itu. 

Sebelum ini Paul tidak pernah perdulikan semua ini, dia tidak masa untuk perdulikan sesiapa.  Dia sibuk dengan kerjanya. Selepas waktu kerja dia sibuk  dengan perempuan, bersuka ria dan dan bila hujung minggu minum-minum dan mabuk sehingga isnin.  Itu sahaja hidup tujuan hidup anak muda  seperti Paul ketika itu. Masalahnya sehingga sekarang Paul masih begitu tetapi kini semua itu sudah tidak beri apa-apa keseronokan pada dirinya lagi.

Sejak dari itu Paul dan Sue mula berkawan.  Rupa-rupanya ada juga persamaan antara mereka.  Paul dan Sue belajar di Universiti di Perth.  Sebelum ini keluarga Paul juga tinggal di Perth tetapi beberapa tahun lalu, emak Paul berpindah semula ke England setelah kematian bapa Paul.  Paul dan Sue tidak ada keluarga di sini. 

Mereka juga punya gaya kerja yang sama. Sue seorang yang rajin, teliti dan gigih.   Ramai yang pelik bagaiamana Paul dan Sue boleh jadi kawan baik selepas itu.

Apabila tamat projek pembinaan trek keretapi tersebut. Mereka berdua cuba dapat kerja lain tetapi setelah beberapa lama gagal dapat kerja yang sesuai, Paul dan Sue bersetuju hendak cuba dalam pengurusan sampah binaan.  Ketika itu masih baru lagi dan tidak banyak yang megusahakannya.  Memandang di Adelaide sudah banyak syarikat-syarikat pengurusan sisa ini telah beroperasi. Mereka berdua mengambil keputusan untuk cuba nasib di Perth.  Tambahan Paul ada sebidang lot tanah yang boleh digunakan sebagai tapak operasi mereka.  Pada mulanya Sue hanya bekerja sahaja dengan Syarikat Paul sehingga dia mendapat taraf Permanent Resident baru dia menjadi rakan kongsi Paul.

Paul mengeluh sendirian.  

“Partner!”  Itu sahaja sebenarnya apa yang Sue anggap Paul selama ini.  Paul hanya sebagai rakan kongsi.  Pada Paul pun Sue hanya rakan kongsi sahaja. Apa yang mereka ada persamaan cuma bisness mereka sahaja.

“Then?  Why am I here?”  Soal Paul pada dirinya sendiri.  Kenapa sudah setengah jam dia tunggu di luar rumah Sue?   Hendak tahu apa yang Sue buat?  Kenapa Sue tidak jawab panggilan telefon dari Paul?  Kenapa?  Sudah 6 tahun mereka bersama kemudian menjadi bisness partner, Paul tidak pernah perduli langsung apa Sue buat selepas waktu pejabat.  Kenapa Paul hendak tukar undang-undang dalam perhubungan mereka kini?   Mesti Sue tidak suka kalau tahu Paul jadi stalker tunggu di luar rumah dia untuk tahu apa Sue buat pada malam-malam Jumaat begini.   Mesti Sue pelik dengan perangai Paul. 

Bukan sahaja Sue, Paul juga bingung dengan perangai dia sendiri.  Sebelum ini dia Cuma pelik kenapa dia tidak dapat enjoy bila bersama teman-teman wanita atau teman-teman dia yang lain.  Kini dia bingung kenapa terang-terangan dia mahu Sue ada bersamanya. Mahu tahu Sue habiskan masanya dengan siapa? 

“I am going crazy!” Getus Paul sambil meraup-raupkan wajahnya.  Dia boleh habiskan masanya bergembira dengan mana-mana perempuan pun mala mini sehingga ke pagi tetapi dia pilih untuk duduk dalam gelap, tunggu dalam kereta untuk tengok apa Sue buat.  Sue tidak ada di rumahnya pun.  Entah-entah Sue keluar berdating dengan lelaki lain.

Tiba-tiba sahaja terasa perasaan cemburu menyelinapi hati Paul. Terasa pedih di hatinya, bagai di kelar-kelar rasanya.  

“This cannot be!”   Paul rasa cemburu dengan Sue.  Kawan-kawan Paul mesti kata Paul sudah hilang akal.  Mereka mesti tidak sangka antara ramai-ramai perempuan yang hadir dalam hidup Paul, Paul dambakan Sue.  Sekarang makin kuat perasaannya itu. 

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Sue.  Beberapa orang keluar dari kereta, Paul rendahkan tubuhnya tidak mahu ada orang perasaan dia ada di dalam kereta yang berhenti di tepi jalan seberang rumah Sue.  Dua orang lelaki dan tiga orang perempuan keluar dari kereta. Mereka berbual seketika sebelum, Sue dan seorang perempuan masuk ke dalam rumah Sue setelah mengucapkan salam.  Kemudian kereta it terus meninggalkan perkarangan rumah Sue.  Paul tengok jam di tangannya. Pukul sebelas malam baru Sue pulang entah dari mana.  Paul hendak cuba samada Sue akan jawab panggilan telefon dari dia atau tidak?  Hendak tahu memang waktu ini Sue tidak layan semau orang atau Cuma Paul sahaja yang Sue tidak mahu layan.  Paul mesti hendak tahu juga.

Paul dial no telefon Sue dan biarkan telefonnya bordering-dering beberapa ketika.  Sue tidak jawap pun panggilan Paul. 

 

 

 

 

   

 

 

 

1 comments:

cerita yang bagus, membuat teringat seseorang..