Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WB Bab 4

'Wisteria Berguguran ke Bumi'

Bab 4

Kakitangan di pejabat  pandang sahaja  Sue masuk ke dalam pejabat, berjalan dengan cepat tanpa menegur mereka pun.  Selalunya dia akan menegur mereka atau sekurang-kurangnya berikan ucapan selamat pagi atau berikan senyuman. Atau kalau mood dia tidak baik dia akan berikan teguran atau terus mengamuk pada mereka.  Tetapi kali ini bos mereka terus berjalan dengan pantas tanpa berkata apa-apa dan terus masuk ke dalam biliknya, terus tutup pintu. 

Setelah Sue masuk dalam bilik, mereka semua yang di pejabat itu melepaskan nafas lega dan menggelengkan kepalanya.  Mereka sudah terdengar bising-bising di luar tadi, ingat akan Sue akan masuk dan sambung mengamuk di dalam pejabat . Selalunya begitu.  Bos perempuan mereka ini agak garang sedikit berbanding dengan Paul yang lebih cool.  Walaupun kalua ikut saiz badan, Sue kecil sahaja orangnya, Tapi garangnya bukan main orangnya.  Sue memang pastikan mereka bekerja keras di sini dan mahu pastikan semuanya berjalan lancar.

Tetapi garang macamana pun, mereka tetap sayangkan Sue.  Sebab Sue lah mereka boleh bekerja di situ.  Sue yang mementingkan peluang yang sama rata untuk semua untuk bekerja di situ, tidak kira sama ada bangsa atau kulit.  Sesiapa yang layak, ada peluang untuk kerja tanpa ada diskriminasi.  Jadi apapun mereka tetap akan setia dengan Sue walaupun SUe garang.  Mereka saying dengan Paul sebab Paul seorang majikan yang baik, jarang marah-marah  tetapi  Paul yang tidak kisah sangat tentang siapa yang mereka ambil untuk bekerja asalkan ada orang buat kerja-kerja di fasiliti mereka.  Sebab itu di sini bilangan pekerja dari Asia Tenggara lebih kurang separuh  dari keseluruhan bilangan pekerja di situ.  Sue jaga mereka dengan baik.  Sebab itu mereka  sayang dengan Sue dan bekerja bersungguh-sungguh di sini dan tidak mahu kerja di tempat lain.  Tetapi hari ini mood Sue lain sikit, bukan macam selalu.  Walaupun  agak teruk juga dia bertengkar dengan Paul, Sue tidak marah-marah dengan mereka tetapi dia masuk terus dalam bilik pejabatnya.  Pelik perangai Sue hari ini. 

****************************8

Sue buka helmet keselamatan yang dia pakai, campak helmet tersebut ke atas sofa dan terus duduk di kerusi dan memangku kepalanya dengan kedua belah tangannya.  Dia mengeluh sendirian.  Kepalanya terasa sakit, berdenyut-denyut rasanya.  Sue rasa menyesal tidak dapat kawal kemarahannya tadi.  Terasa ketegangan di lehernya. Masih terngiang-ngiang suaranya yang menjerit kepada Paul dan Wayne tadi. 

“Suri  Arina!    Apa yang kau buat tadi?”  Sue marahkan dirinya sendiri.  Ternampak-nampak wajah Wayne yang agak terkejut dengan jeritan Sue.  Wajah Paul yang cuba hendak menenangkan Sue juga terbayang-bayang di ingatan Sue.  DIa tidak dapat kawal kemarahan dia langsung tadi.  Mungkin sebab dia terkejut. Pertama sekali sebab dia hampir mencederakan perempuan bodoh yang tidak tahu menjarakkan kan dirinya sendiri dari zon bahaya. Kemudian dia terkejut bila dia di rentap dengan kasar oleh lelaki itu tadi.  Terkejut Sue bila memandang wajah lelaki itu.  Lelaki itu juga marahkan Sue sebab berkasar dengan perempuan  itu.  Agaknya perempuan bodoh itu teman wanita dia. 

Sue angkat kedua tangannya dan pandang kedua belah tangannya.  Rupa-rupanya dia masih mengeletar lagi kerana terkejut.  Dia geanggam tangannya.  Dia kena tenangkan perasaannya.  Sue tarik nafas panjang-panjang. Dia tidak boleh biarkan Paul, Wayne dan pekerja-pekerja nampak dia dalam keadaan begini.  Dia tidak pernah dalam keadaan begini.  Sue perlukan masa untuk menenangkan perasaannya. 

Tetapi belum apa-apa lagi, kedengaran pintu pejabatnya di ketuk orang.

“Sue, Can I come in.” Terdengar suara Paul dengan lembut sekali memanggil nama Sue. 
“Suri,  Please.” Lebih mendayu.  "Arina...."

Sue mengeluh panjang.  Bila Paul sebut nama penuhnya, lembut hati Sue.  Nampak sangat Paul ingin memujuk Sue. 

Tetapi Sue belum bersedia untuk keluar dan menunjukkan wajahnya pada Paul dan pada semua orang. 

“Sue… Please come I come in.”  Kata Paul lagi.  Dia ketuk pintu Sue, berkali kali.

Dapat Sue bayangkan kakitangan mereka yang tertanya-tanya memandang Paul yang sedang mengetuk pintu biliknya.  Mesti mereka kata boss perempuan mereka seorang yang emosional.  Cepat naik angina dan garang.  Bukan macam Paul yang baik hati, yang lemah lembut orangnya. Sangat gentleman.

“Paul… please give me a minute.”  Pinta Sue, bila nampak terus ketuk pintunya.

“Ok…Sue.  I’ll wait for you out here until you are ready.

Sue bangun  dan terus pergi ke bilik air.  Dia buka tudung kepalanya sambil memandang wajahnya di dalam cermin.  Sue gelengkan kepalanya.  Mesti dia kelihatan teruk sekali.  Wajahnya yang kemerah-merahan kelihatan berminyak kerana bekerja keras sejak pagi pagi tadi memandu doozer untuk menyirih sisa binaan yang menimbun di fasiliti mereka sejak beberapa hari ini.  Mulanya seorang pemandu jatuh sakit, jadi hanya satu doozer yang berjalan, Kerja tetap berjalan walaupun lambat.  Tiba-tiba hari ini yang seorang lagi pun tidak hadir.  Pelanggan mereka asyik telefon minta penghantaran di buat segera.  Tetapi kerja-kerja di sini semuanya terhenti.  Paul entah ke mana.  Akhirnya Sue terpaksa lakukan kerja menyirihkan hari ini.  Sesuatu yang dia sudah lama tidak lakukan.  Sejak bisness mereka mula berkembang dan mereka mempunyai lebih ramai pekerja. Sue sudah tidak buat kerja-kerja seperti memandu kenderaan berat atau menyirih bahan buangan secara manual.  Bukan Sue tidak boleh buat kerja-kerja berat.  Selama ini pun hanya dia dan Paul yang buat semua kerja-kerja berat itu.  Ketika yang begitu mencabar dalam hidup Sue.  Ketika mereka baru hendak mulakan bisness mereka itu.  Nasib Sue baik kerana Paul yang menjadikan semuanya boleh berlaku.  Kalau tidak ada Paul, Sue tidak rasa mereka akan berjaya sehingga sekarang ini. 

“Tau pun!  Habis tu kau marah-marah sangat dengan dia kenapa?”Soal Sue pada dirinya sendiri.   “Suri Arina.. !!!!   Relakslah.   Tapi……”  Sue mengeluh panjang.  Dia memang terkejut sangat tadi dan hilang kawalan perasaannya.  “Relaks Suri….”  Sue perlukan masa untuk tenangkan perasaannya.  Tetapi Paul mesti tidak sabar menunggu Sue di luar pejabatnya. Lagipun Paul ada tetamu di luar sana.

“Eishhhhh! Suriiiiii….. just face it!”  Kata Sue.   Sue pandang dirinya di depan cermin.  Terasa buruk betul penampilan dirinya hari ini.  Dia pakai kemeja dan seluar Khaki berwarna baige, tudung berwarna biru.  Semasa bekerja tadi dia vest dan pakai helmet keselamatan.  Kalau dia tidak bersuara tadi, mesti semua orang tidak tahu yang dia seorang perempuan.  Mesti  kelihatan seperti dia seorang lelaki dengan tubuh saiz kecil sedang memandu doozer tersebut.  Sue sepatutnya diam sahaja, tidak perlu bersuara, tidak perlu marah-marah.  Memang dia marah tadi sebab terkejut tengok ada perempuan tadi yang terjatuh dekat dengan doozernya sedang kerja.   Sesuatu tentang tindakan bodoh perempuan itu yang buat Sue marah. Dia tidak suka tengok perempuan yang buat tindakan bodoh dan nampak lemah.  Perempuan kalu lemah, akan dipermainkan.  Pantang Sue melihat perempuan begitu.  Atau mungkin dia rasa marah sebab dia tidak mungkin jadi begitu. Seorang perempuan yang lemah lembut dan pinta sentiasa dilindungi lelaki.  Dan Sue juga takut perempuan itu mengalami kecederaan akibat sesuatu yang Sue lakukan.
Tapi nampaknya Sue tak payah risau sangat pasal perempuan itu. Dia ada teman lelaki yang ambil tahu pasal dirinya.  Tidak perlu Sue yang hendak marah-marah, risau pasal keadaan perempuan itu.  Yang nampak buruk Sue juga.  Baik tidak ada sesiapa perasaan yang dia kena bawa doozer hari ini, semua orang tahu.  Ternampak-nampak wajah marah lelaki ituyang tiba-tiba berubah menjadi terkejut bila pandang wajah Sue. 

Sue cuci mukanya dengan air yang dingin.  Baru dia rasa lebih segar.  Kemudian dia lap mukanya dan kenakan bedak dan calitkan gincu di bibirnya supaya dia tidak kelihatan pucat sangat.  Sue kenakan tudung semula di kepalanya.  Dia tidak ada masa hendak tukar pakaiannya.  Biarlah dia dengan pakaian kerjanya.  “First impression lah sangat!”

Semua sudah nampak buruk Sue tadi.  Buat apa nak buat damage control lagi.  Sekarang ini lebih cepat pelawat itu beredar dai situ, lebih baik. 

Sue kemudiannya buka pintu pejabatnya dan terus nampak Paul sedang tunggu Sue degan sabar di luar.

“Sue… “  Sapa Paul.  Sue pandang Paul yang sedang berdiri menunggu dia dengan sabar.  Paul nampak begitu tampan dan kacak hari ini. Kebetulan dia pakai kemeja dan seluar Khaki yang sama dengan Sue.  Tetapi pada Paul pakaiannya itu buat dia nampak rugged dan tampan.  Sue pulak di sisinya Nampak macam orang kerdil.

“Yes Paul….” Jawab Sue.  Perlahan sahaja suara Sue,  sebab Sue tahu semua kakitangan mereka di pejabat sedang pasang telinga sahaja apa untuk dengar apa yang berlaku walaupun mereka nampak sedang tekun mejalankan kerja.  Bos-bos mereka mesti sedang bercengkau lagi.

“Can I come in.”  Soal Paul, tetapi dia sudah melangkah ke arah pintu bilik Sue untuk masuk ke dalam bilik.  Semerbak bau cologne yang Paul pakai menusuk hidup Sue, apabila Paul berjalan masuk ke dalam bilik Sue. Paul terus duduk di sofa.

Sue tutup pintu bilik dan duduk di kerusi sofa bertentangan dengan Paul.

“Sue… I am so sorry.  I did not tell you earlier about the visit.

“Yes… You should be.”  Jawab Sue, masih mahu nampak berkeras, tiak mahu nampak kalah.

“We have to complete the visit programs.  We have been postponing the visit.”

“Why can’t they go elsewhere.”  Soal Sue.   Memang kalau boleh Sue tidak mahu pelawat itu datang di sini.  “There are many other facilities.”

Yes… But they are our competitors.”  Jawab Paul.  Wayne wouldn’t want bring them to that facilities. This is our opporturnity to expand our business.

“Paul… we are just a small facilities.  What are you talking about?  What expansion are you talking about?”

“With Wayne, we might form consortium, a consultant to assist these people to set up the same establishment in their countries.”

“Ahhh… high hopes.  Do you know that there are already works on recycle, reuse, reduce implemented.”

I know, but we are talking about construction waste, demolition waste not about domestic waste.”

“Paul… we can’t even handle what we have now.  The orders kept coming in.  Today there is not even one doozer  working. Akhbar on MC.  Singh took emergency leave.   I have to do the sorting out today.”  Kata Sue.  And you are talking about expansion!”  Bulat mata Sue, dijegilkan kepada Paul.

Paul tersenyum melihat wajah marah Sue. Kelihatan begitu comel sekali bila dia bulatkan matanya.  Kononnya marah, tetapi Sue kelihatan makin lawa dalam keadaan begini.

“Why are you smiling? Have I said something funny?”  Soal Sue.

“No.. Sue.  Ok.. it was a wrong timing.  Sorry you have to do all this alone and I bring visitors here while you are trying to keep everything under control.  With the fire incident and everything.”

Mana mungkin Sue kekal marah dengan kata-kata Paul yang lembut. 

“Ok… I am sorry too that I yelled at your visitor today.  They must be very upset with us.”

“No.. it’s okay.  That girl Marlia, shouldn’t have gone too near the working area.  They should know that.  She deserved to be told. ”

“But the boyfriend was upset.”

“Boyfriend?” Paul mengerutkan dahinya.  “Oh!  You mean Mr Hazim?  Oh…he is in charge.  He is just very concerned.  He is not angry with you.”

“Really. I don’t think so.  I don’t think he like me.”

“Sue…. “

“So what is are you going to do next. And why you are here. I thought you have started the tour.”

“We were.  But we took a short break.  We are going to continue our walk around the facility now.  After that we bring them out to lunch.  Why don’t you join me in entertaining them.”

“Nope.” Jawab Sue.  I am not going to join you all.  I have a lot of work to do.  As soon as you all gone from here. I will continue my work.  So please get out there and get over and done with the visit.  So I can continue my task today   Mr Palmer is calling and calling for more supply of sand and rubbles.”

“Ok… But you must join us one of this days.  We would be hosting a dinner for them.  On that night, You must come.”

“No..”

“Yes…”

“No… you can’t make me.”

“Sue…. “ keluh Paul.

“Please get out now.”  Kata Sue. 

Paul bangun sambil tersenyum. Lega dapat redakan kemarahan rakan kongsinya itu. 

Sue kemudiannya iringkan Paul keluar dari biliknya. Di ruang pejabat Wayne sedang tunggu.

“We are OK?” Soal Wayne. Nampak risau tentang perselisehan faham antara Paul dan Sue.

Sue anggokkan kepalanya.

“Ok.. Let’s go out there Paul. Our visitors are getting restless.”  Kata Wayne dengan suara yang kuat. 

Paul dan Wayne kemudiannya keluar dari pejabat itu.

Sue hanya pandang dari cermin tingkap.  Paul dan Wayne berjalan mendapatkan para pelawat yang menunggu mereka untuk mulakan lawatan di fasiliti tersebut.  Sue tengok Paul yang di kelilingi oleh pelawat terutama sekali wanita.  Sue tersenyum sendiri.  Paul memang seorang lelaki yang menarik.  Tidak hairan dia di kerumuni wanita.  Yang lain nampaknya terpaksa ikut Wayne.  Cuma perempuan dan bernama Marlia sahaja yang tidak ikut sama ada Paul atau Wayne.  Dia berjalan di belakang mengikuti lawatan itu dengan temannya, Hazim.  Sue tengok sahaja mereka tanpa berkata apa-apa.   Tidak ada apa-apa yang harus dia katakan  pun

****************************8

Setelah lawatan sekeliling fasiliti tersebut tamat mereka berkumpul di hadapan pintu pagar fasiliti perlupusan sampah tersebut.  Menunggu bas datang untuk bawa mereka makan tengahari. 

Tiba-tiba kedengaran doozer mula bekerja semula.  Bila masanya driver doozer datang semula dan mulakan kerjanya semula , mereka tidak perasaan.  Tetapi nyata dia memang cekap menjalankan tugasnya.  Kalau dia tidak turun dari Doozer itu dan tidak bersuara tadi, memang mereka semua tidak akan menyangka yang dia seorang perempuan.  Cuma tidak dipastikan bangsa apa.  Yang jelas, bukan orang putih macam Paul dan Wayne. Bangga pula bagi pihak perempuan melihat ketangkasan dan kecekapan perempuan itu mengendalikan mesin berat itu.  Tidak di nafikan di benua ini, bukan sesuatu yang pelik melihat kaum wanita memandu kenderaan berat seperti lori, bas dan lain lain.

“Tough lady betul ye. Dia tu.” Ujar Zuraini pada Joni.  Joni anggukkan kepalanya tanda setuju.  “Terror betul.”  Sahut Joni.   Simon dan Jaycee yang dengar kata-kata Zuraini turut setuju dengan kata-kata Joni tersebut.  Hartono dan Dewi turut setuju.

Joni alehkan perhatian pada Wayne. “I knew that that worker yelled at us just now.  But she has the right to be upset.  What we did was quite dangerous.  Hopefully Paul is not going to take any action towards  her.  Please don’t scold her or to some certain extend .. dismiss her.”

“Huh… Paul scold her.” Wayne gelak besar.  Paul yang kena marah dengan Sue.  “Don’t worry Joni.  That won’t happened.  Sue is not just a worker here.  She is not the driver.  She is Paul’s partner.

Kenyataan Wayne membuat kebanyakan semua orang terkejut.  Perempuan bertubuh kecil, yang memandu doozer tersebut ialah rakan kongsi Paul.

“Her name is Suri…   Right mate?”  Soal Wayne.  

“Yes… her name is Suri Arina.”

“Oh… She is from where, Indonesia? Malaysia? How long you have been partners.”

“She is  from  Malaysian.  We started our business 5 years ago.”  Paul mula bercerita.  Semua orang tumpukan perhatian pada Paul.  Rupa-rupanya rakan kongsi Paul yang kecik molek tapi garang orangnya itu orang Malaysia.  Menarik sekali!

“Is she your business partner and also life partner?”  Soal Joni yang nakal.

Paul tersenyum.  Wayne ketawa besar dengar soalan Joni.  “No… heaven no.  She is so fierce.  She and Paul got nothing in common.  They are just business partner.  My mate here is still most eligible bachelor in town.”  Semua orang ketawa dengar penerangan Wayne.

Sessi pertanyaan itu tertangguh sebab bas yang akan bawa mereka sudah tiba di depan pintu pagar.   Makin banyak soalan di tujukan pada Paul dan Wayne terutama sekali pasal Suri Arina dan bisness mereka.

Paul dapati mereka semua berminat hendak tahu bisness yang mereka jalankan terutama tentang Sue.  Cuma dia dapati Hazim dan Marlia pandang sahaja dari jauh.  Nampak tidak berminat cerita tentang Sue.  Mungkin betul kata Sue yang mereka masih marah dengan tindakan Sue, memarahi Marlia tadi.  Paul angkat bahu.  Dia tidak boleh buat apa-apa, kalau begitu atitud mereka terhadap apa yang berlaku tadi.  Sue ada sebab yang munasabah memarahi marlia, demi keselamatan.  Kalau Hazim ambil semua ini secara negative dan tidak suka dengan apa yang rakan kongsinya lakukan, terpulanglah.  Sue sangat pentingkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kerja-kerja hariannya.  Paul faham kenapa Sue begitu. Sue telah lalui berbagai dugaan dalam hidupnya untuk sampai ke tahap ini.  Mungkin dia sahaja yang fahami Sue.  Paul jeling ke arah doozer yang terus sambung kerjanya yang terhenti sejak pagi tadi.   Terasa rindu pada Sue. Dulu mereka sama-sama buat kerja manual seperti yang Sue lakukan pada saat ini.  Sekarang Paul banyak buat kerja-kerja marketing dan mencari potensi-potensi bisness baru. Manakala Sue sibuk dengan pengurusan harian bisness mereka.  Mereka jarang betul-betul kerja bersama, sebelah menyebelah, sepanjang hari dan adakalanya tidur di pejabat macam dulu.  Selepas ini Paul hendak habiskan lebih banyak masa dengan Sue. 

“She’s a tough lady.” Komen Hartono.

“She is.. She is so good.  I don’t think we can be here without her.”  Jawab Paul dengan sejujurnya.

Paul terpandang wajah Marlia dan Hazim, teruatama sekali Hazim yang macam meluat sahaja dengar komen Paul. Paul angkat bahunya lagi. Tidak mengapa mereka tidak menyukai Sue.  Paul tetap anggap sebagai Sue anugerah pada dirinya.   Paul bersyukur Sue ada di sisinya.  Paul naik ke atas bas dan duduk bersama Wayne.   Setelah semua orang sudah menaiki bas, bas pun bergerak meninggalkan fasiliti pelupusan sampah tersebut.

 

5 comments:

Patutla sue jadi garang sebab keselamatan

 

rindunya dengan karya alina..tqvm

 

nice story, thankyou for share..