Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WB Bab 3

Bab 3

Hazim bersiap-siap untuk turun bersarapan. Awal-awal lagi selepas subuh, dalam sekitar pukul 5 pagi, Marlia telah whatsapps Hazim, ajak bersarapan bersama-sama.   Hazim tersenyum sendiri.   Ada dua perkara yang dia ketahui tentang Marlia paga ini.  Seperti Hazim Marlia bangun begitu awal untuk sembahyang subuh dan Marlia sudah mula merapatkan diri dengan Hazim.  Macam sudah booking Hazim menjadi temannya sepanjang kursus dan lawatan kerja mereka ini.

Satu perkembangan yang buatkan Hazim betul-betul rasa senang sekali.  Dia pun rasa dia mula suka dengan Marlia.  Orangnya cantik, lemah lembut dan berbudi bahasa.  Dengan apa yang Hazim dapat tahu pagi ini, Marlia bangun awal, mesti sesudah menyelsaikan sembahyang subuh, dia whatsapps Hazim . Senang kalua Hazim dapat pasangan macam Marlia, dia seorang yang bersembahyang.  Senang nanti kalau jadi isteri.  Tidaklah payah suami hendak suruh-suruh sembahyang lagi.  Bab pakai tudung dan menutup aurat, lepas kahwin boleh di urus."Amboi!!!! Sampai bab kahwin kau ni!" Hazim tegur dirinya sendiri.  Ke situ pulak perginya angan-angan Hazim.  Padahal baru beberapa hari sahaja dia kenal Marlia Suhaida. Hazim kemudiannya tersenyum sendiri.  Mungkin sudah tiba mssanya dia memikirkan semua ini.  Dia sudah hendak cecah 30 tahun, sudah berjaya dalam kariernya.  Apa lagi yang hendak dia tunggu?  Ada pertemuan dengan seorang perempuan yang cantik dan baik yang dia suka dan perempuan itu pun macam suka dengan dirinya. "Apalagi? Kira on sahajalah!" kata Hazim pada dirinya sendiri sambil tersenyum.

Mungkin kali ini dia akan temui apa yang dia cari-cari dan nantikan selama ini. Mendapat pasangan untuk menemaninya, menghilangkan kesunyian hidupnya tanpa berteman.
Hazim melangkah keluar dari bilik hotel dengan langkah cerdas. Hari ini memang hari yang indah dan Hazim akan habiskan dengan orang yang dia suka sambil melakukan apa yang dia suka juga iaitu lawatan ke sebuah plant kepunyaan Rakan Wayne iaitu Fasiliti Pengurusan Sampah kepunyaan Paul.

Hazim juga telah sempat berkenalan dengan Paul beberapa hari lalu semasa mereka melawat fasiliti pembungan sampah di Red Hill. Orangnya baik dan peramah. “ Hebat juga Mamat Aussie yang sorang ni.” Hampir semua perempuan yang menyertai lawatan ini sudah jatuh hati dengan Paul.. tak kira tua atau muda. Mengambil separuh dari perhatian yang mereka berikan kepada Hazim sebelum ini. Tetapi yang nyata tumpuan Marlia tetap pada Hazim. Buat masa ini cukup untuk buat Hazim bersemangat sepanjang lawatan ini. tenungan dan lirikan mata Marlia seperti menjanjikan perhubungan yang indah akan terjalin, jika Hazim hendakan ianya terjadi.

Hazim tersenyum sendiri. Entah kenapa kali ini Hazim rasakan yang perjalanannya kali ini akan ada sesuatu surprise untuk dirinya. Surprise yang baik. Mungkin sesuatu yang dia idamkan dan membahagiakan. Dan Hazim rasa mungkin Marlialah orangnya itu yang akan membahagiakan Hazim. Siapa lagi? Kalau bukan Marlia. Perempuan lain dalam kumpulan mereka sama ada sudah berpunyai atau lebih tua dari Hazim. Lagipun mereka semua lebih tumpukan perhatian pada Paul yang kacak dan rugged itu. Marlia sahaja yang tumpukan perhatiannya pada Hazim. Apa salahnya kalau Hazim rasa Marlia itu adalah sesuautu yang baik untuk dirinya. Apa salahnya kalua betul-betul Hazim berpasangan dengan Marlia. Marlia menepati semua ciriciri yang Hazi cari dalam hidupnya. Seorang gadis yang cantik menawan, lemah lembut orangnya dan berbudi Bahasa. Kalau arwah emak Hazim masih ada, mesti dia juga berkenan gadis seperti Marlia. Dari apa yang Hazim tahu sejak beberapa hari mereka berada di sini dan bersama dengan marlia, Hazim dapati yang Marlia sama saja macam dia. Marlia juga berasal dari latarbelakang keluarga yang sama dengan Hazim. Jadi kalaulah jadi mereka berdua ditakdirkan bersatu, dapat Hazim rasakan yang mereka mesti tidak ada masalah untuk hidup bersama.

Mereka akan melawat fasiliti kepunyaan Paul pagi ni.. Sepatutnya dilawati dua hari sudah tetapi terpaksa di tangguh kerana Fasiliti Paul alami sedikit masalah. Dengar kabar berlaku kebakaran kecil di pejabat Paul.
Hari ini Wayne desak juga untuk bawa para pelawat ke fasiliti paul... sebab mereka sudah melawat ke tempat lain dan.. Banyak sessi perbincangan dan latihan yg haru di lalui dan juga kursus akan bermula jadi lebih byk masa di buang jika mrreka tidak tamatkan semua lawatan dlm minggu ini.
Marlia sudah menunggu  di ruang lobby hotel, untuk berasarapan bersama sama dgn Hazim. Nampak sungguh cantik dan segar. Sesegar pagi ini. Marlia berikan senyuman manis pada Hazim. Kalau begini setiap pagi disambut dengan sesenyukan manis utk bersarapan .. I can get use to it. Kata Hazim dalam hatinya.

“Selamat pagi..” Tegur Marlia dengan senyuman, kemanisan senyumannya menusuk ke dalam hati Hazim. Begitu manis sekali gadis di hadapannya. Sekali lagi terdetik hati Hazim. Marlia ini agaknya surprise yang Hazim asyik terasa-rasa akan berlaku dalam hidupnya sejak dia mulakan perjalanan ini. Kalau inilah yang ditakdirkan untuk Hazim. DIa ok sahaja dengan takdir itu. Memang debarannya seperti Hazim jatuh cinta kali pertama. Tetapi pada ketika dia dia masih terlalu muda, Sekarang dia sudah mencecah 30 an. Jadi dia lebih matang. Dan cinta akan datang bukan dengan tergopoh gaha tetapi dengan slow dan steady tetapi berkekalan. Cinta orang yang lebih matang. Bukan cinta monyet yang akhirnya akan mengecewakan. Hazim gelengkan kepalanya, dia tidak ada masa untuk fikirkan tentang masa silam. Ada gadis cantic dan manis bersamanya dan mereka akan menikmatikan sarapan bersama-sama. Itu sudah cukup membahagiakan Hazim di pagi ini.

***************************8
Fasiliti pengurusan sisa-sisa kerja pembinaan Paul sederhana sahaja besarnya Mereka sudah melawati kawasan pengurusan sisa pembinaan yang konventional di Red Hill dan melawat satu lagi fasiliti Pengurusan sisa pembinaan yang sangat moden, semuanya nya menggunakan mesin. Yang uniknya Fasiliti kepunyaan Paul adalah gabungan antara konventional dan moden. Ada pengasing sisa yang di buat secara manual dan ada yang dilakukan dengan menggunakan mesin. Sebaik sahaja memasuki kawasan fasiliti Pengurusan sisa pembinaan kepunyaan Paul dan rakan kongsinya, mereka dapati kerja-kerja pengasingan sisa pembinaan yang dilakukan secara manual oleh doozer yang sedang menolak sisa-sisa pembinaan dari kerja-kerja pengubahsuaian ke mesin pengasingan.
“Everyone. Please wait here.” kata Paul kepada semua peserta. Mereka berkumpul di hadapan timbunan sisa binaan yang membukit. Di atas bukit tersebut doozer sedang menolak sisa binaan.
“Please don’t go near to the waste. “ Kata Paul lagi. Paul tidak mau semua mereka berada dekat dengan mesin berat yang sedang bekerja itu tanpa pengawasan dari sesiapa yang bertanggung jawab.
Hazim pandang wajah Paul dengan pertanyaan. Kenapa Paul tidak terus berikan penerangan dan minta mereka tunggu dahulu. Paul dan Wayne berjalan beredar dari tempat mereka berdiri itu. Hazim tidak puas hati dan terus ikut Paul dan Wayne yang berjalan kea rah pejabat. Wayne dan Paul nampaknya sedang berbincang serious dan terhenti di pintu pejabat.
“Why? What happened? Soal Hazim sebaik sahaja mereka sampai pada Paul dan Wayne yang kelihatan sedang berbincang dengan serious.
“No… Nothing… Paul just want to inform his partner about this visit. His office is not aware of the visit, they thought the visit if next week as they requested. He just don’t want them caught by surprise because they are not ready. Paul just want to go in and inform his partner.” Wayne jelaskan pada Hazim. “We insisted we have the visit today because next week we only want to have classes.”
“Oh..ok.. if that’s the case. I’d better stay outside and let you go in and tell your office about this adhoc visit.” Kata Hazim. Paul dan Wayne anggokkan kepala dan mula melangkah masuk ke dalam pejabat.
Hazim menoleh kea rah para peserta yang berkumpul berhampiran dengan bukit sisa binaan tersebut. Nasib baik suasana agak dingin walaupun cahaya matahari memancar cerah. Tetapi para perserta yang menunggu nampak agak resah bila lama dibiarkan mereka di situ. Ada yang mula berbual. Ada yang berselfie dan ada yang mula merayau mendekati bukit sisa binaan itu. Melihat doozer yang dengan cekap di pandu di atas bukit sisa binaan itu, sedang menolak sisa-sisa ke mesin pengasing. Bila masuk sahaja dalam mesin pengasing, sisa-sisa binaan seperti besi akan melekat di lantai konveyor yang bermagnetik, pasir,batu-batu dan kertas dan plastic akan terus bergerak di atas konveyor, kemudian di asingkan mengikit saiz masing-masing dan jatuh ke atas longgokan masing-masing. Akhirnya sekali yang tinggal adalah kertas dan plastic yang akan di asingkan untuk juga di kitar semula..
Hazim dapati Marlia dan joni terlalu asyik memerhatikan kecekapan doozer menjalnkan kerjanya. Memang pemandu yang cekap sahaja yang boleh buat kerja sedemikian, doozer tersebut duduk dalam ke adaan tidak stabil di atas bukit timbunan sisa binaan tetap bergerak dengan pantas menjalankan kerjanya. Mesti pemandu doozer ini sudah begitu terlatih orang. Kalau Hazim ,mesti dia gayat untuk berada di atas puncak bukit sisa binaan itu sambil menggerakkan 8jengkaut utk menolak sisa-sisa binaan itu.
“Mamat Aussie ni memang tangkas.” Omel Hazim sendirian. Dia dapat rasakan marlia dan Joni juga tengah memehatikan doozer tersebut sambil menangkap gambar dengan telefon bimbitnya mereka. Terutama sekali Marlia. Dia bergerak ke hadapan makin menghampiri bukit timbunan sisa binaan tersebut. Sambil menangkap gambar.

“Eh! Dekat sangat Marlia itu.” Doozer sedang menghayun jengkautnya dan mengumpul sisa binaan sambil itu sebagaian dari sisa mula jatuh ke bawah bukit dekat dengan Marlia yang tidak perasa yang dia sudah terlalu hampir.
“Marlia!” Jerit Hazim. Sisa binaan mula jatuh k atasnya. Hazim menjerit lagi dan terus berlari kea rah bukit sisa binaan tersebut.
Marlia menjerit tyerkejut bila terasa pasir jatuh ke wajahnya. Dia segera undur tetapi terjatuh ke tanah. “Marlia!” Jerit Hazim lagi. Kali ini pemandu doozer terperasaan ada yang tidak kea dan memandang keliling. Dia terus matikan enjin doozer tersebut.
Paul dan Wayne yang mendengar teriakan Hazim tidak jadi masuk ke dalam pejabat dan menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku. Mereka kemudiannya berlari kea rah bukit sisa tersebut.
Pemandu doozer terus turun dari kenderaanya dan dengan segera berjalan pantas kea rah Marlia yang bangun dari jatuhnya sambil mengibas-gibas belakang bajunya yang terkena debu tanah.
Pemandu doozer agak kecil sahaja saiznya, mungkin bukan mamat aussie seperti yang Hazim sangkakan tetapi pekerja warga Sri Langka yang banyakbekerja di fasiliti sebegini. Deangan memakai helmet keselamatan dan goggke keselamatan, tidak dapat dipastikan wajah pemandu tersebut. Hazim bergerak pantas ke atas Marlia.
Tetapi pemandu doozer lebih cepat lagi sampai. Tetapi bukannya pemandu tersebut hendak memastikan yang Marlia okay dari kesan jatuh tadi. Pemenadu doozer tersebut cengkam tangan Marlia dan mula mengoncangkan Marlia. Kelihatan seperti dalam keadaan marah sangat.
****************************8
Hazim berlari mendapat Marlia yang sedang di kasari oleh pemandu Doozer tersebut. Nampak marah betul pemnadu tersebut dengan Marlia.
“Heyyyy!” Tegur Hazim. Tidak dapat tangkap biji butir kata-kata Pemandu doozer pada marlia sebab keadaan fasiliti yang bising. Yang jelas muka Marlia kelihatan pucat sekali. Maklumlah dia baru sahaja melalui satu insiden yang menakutkan. Paul juga berlari pantas ke arah driver doozer dan Marlia yang masih dalam cengkaman Driver tersebut. Gerak gerinya nampak marah sekali. Peserta lain macam Joni dan Zu menjauhkan diri dari tempat kejadian, memandang kea rah Driver doozer dan marlia dengan ketakutan. Mereka pun
“You fool! Don’t you see that I am working up there. You could have been hurt or killed!:” Tempelak pemandu doozer tersebut.
“Oooo.. I am so sorry.”
“You fool!” Jerit pemandu doozer tersebut. Who are you? Who gave you all permission to be here today!” Masih mencengkam lengan Marlia dengan marah.
Hazim sampai kea rah mereka berdua dan terus tarik tangan pemandu dozer dengan kasar. “Heyy… don’t hurt her! She is a woman!”
“I don’t’ care.! Kata Pemandu doozer tersebut. “She is a fool!”
Ketika itu baru Hazim terdengar suara pemandu dozer tersebut. Bagaikan tidak percaya. Hazim tarik tangan pemandu tersebut sehingga pemandu tersebut berhadapan dengan dirinya.
Mereka berpandangan seketika! Belum sempat bersuara. Paul sampai. “ Sue! What happened?”
“Paul! I told you we are not ready for visitors! You still bring them here? Without telling me!” Jerit Sue. Hazim segera dapatkan Marlia.
“Sue! I was about to tell you.” Paul jeling kea rah Marlia yang sedang di pegang oleh Hazim. Nampak pucat wajahnya, mungkin disebabkan terkejut atau disebabkan di marah oleh Sue. “Why are you driving the doozer? I thought you are in the office?”
“Why! Why ? you asked? Because ..two of your precious drivers did not turn up this morning! That is why. And our customer is crying out for more supply. Nobody can do it. SO I have to do it.” Jawab Sue, separuh menjerit. Sue bukan sengaja hendak marah-marah tetapi dia sudah kepenatan. Hari ini dua pekerja tidak datang kerja. Dia yang kena pandu doozer sebab tidak ada orang lain boleh buat begitu. Paul pulak sibuk dengan Wayne. Wayne lah yang ajak Paul terlibat dalam training ini. Mereka ada banyak masalah di fasiliti mereka. Paul asyik ke sana ke sini. Siapa yang tidak angin.. Kemudian bawa pulak perempuan bodoh itu ke dalam fasiliti mereka. Mau Sue tak meradang. Dia masih lagi belum hilang terkejut bila dia di tarik dengan kasar oleh teman lelaki perempuan bodoh itu! Lelaki itu pun nampak terkejut bila memandang wajah Sue.
Sue jeling kea rah perempuan bodoh tersebut. Nampaknya sedang di pujuk oleh lelaki tersebut. Kemudian rakan-rakanya nya yang lain mengeruminya.
“Hurmpppp!” Kata Sue, dia terus melangkah hendak ke pejabatnya.
“Sue… “ Mengekori dari belakang, Paul memanggil nama Sue dengan lembut.
“What…”
“I know you are not happy. But we need to finish all plant visit this week.”
“I told you.. We are not ready for visitors.”
“They are already here, Sue.”
“Then… do what you have to do.” Kata Sue dengan wajah masam. Dia terus masuk ke pejabat.
************************8
“Perempuan rupanya”
Aku ingat lelaki yang bawa doozer tadi. Fu yoo terror habis.”
“Yelah… aku pun terkejut. Hazim pun nampak terkejut bila dia realise driver tu perempuan. Kalau tidak mesti dia belasah perempuan tu. Sebab dia kasar sangat tadi dengan you Marlia.”
“Ye kan…” Kata Marlia.. pandang wajah Hazim. “You terkejut tadi ye.. I pun…mati-mati I ingat dia lelaki.”
Hazim hanya menggokkan kepalanya. Masih belum hilang perasaan terkejutnya. Memang dia tadi nyaris hendak ajak pemandu itu bertumbuk sahaja tadi.
“Okay everyone… So sorry for all that just now.” Kata Wayne. Okay Paul, can we proceed with the visit. Please lead the way.”
Paul pun mula memberikan penerangannya tentang fasiliti nya itu. Tetapi hatinya masih tidak sedap, sesekali dia pandang kea rah pejabat. Mesti Sue masih marah. Paul kena ambil hatinya kembali lepas ini. Mereka semua mula berjalan mengeliling kawasan fasiliti tersebut.


1 comments:

Walau pun agak lambat sambungannya tapi Alina tetap bagi yang terbaik.