Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WB (C3R) Bab 2


Bab 2

Bab 2

Paul termenung sendirian.  Dia rasa keresahan melanda dirinya.   Sejak akhir-akhir, Paul sering terasa resah.   Terasa keinginan yang harus dipenuhi.  Tetapi bukan seperti biasa yang  di penuhi oleh mana-mana perempuan macam Elaine.  Elaine perempuan cantik yang sentiasa sudi menemani Paul.  Telefon sahaja Elaine, Elaine mesti datang untuk memenuhi keinginan Paul.   Mereka berdua  saling memahami keperluan masing-masing.  Paul tidak mencinta Elaine dan Elaine pun tidak mencintai Paul, perhubungan mereka berdua hanya memenuhi keperluan fizikal antara lelaki dan perempuan sekali sekala.    Paul cukup kacak dan tampan untuk untuk menjadi pasangan buat Elaine memuaskan nafsu seksnya.  Jadi win win situation tanpa ada ikatan.   Dulu mereka sering bersama tetapi sekarang makin berkurang.  Dalam sebulan mungkin sekali dua sahaja mereka bersama.  Bukan lelaki sahaja yang mempunyai kehendak batin,  Elaine juga mempunyai kemahuan batin yang perlu di penuhi.    Paul sedar bukan dia sahaja yang pernah bersama Elaine. Ramai lelaki lain yang menjadi teman Elaine.  Elaine mempunyai kemahuan yang perlu di penuhi.

Ramai perempuan yang dia temui seperti Elaine.  Tetapi ada juga perempuan seperti Sue.  Rakan kongsi Paul.  Kadang-kala Paul pelik juga terfikirkan tentang Sue.  Macamana perempuan seperti Sue dapat kawal nafsu nya, hidup tanpa keperluan seks selama ini.    Bukan seperti kebanyakan mereka yang lain.  Macam Paul yang sudah mula mengenali perhubungan seks sejak dia senior di sekolah lagi.  Ramai gadis yang menjadi temannya.  Termasuk perempuan yang lebih tua.   Malah pengalaman pertama Paul ialah dengan salah seorang jirannya yang sudah menjanda, lebih tua dari Paul tetapi masih  bergetah.  Malah Paul banyak belajar dari janda tersebut. 

Selepas pengalaman tersebut, Paul jadi buruan ramai perempuan.  Mungkin kerana keyakinan pada dirinya dengan wanita,  tambahan pula susuk tubuhnya yang menawan membuat wanita tertarik padanya.  Paul sedar dengan kenyataan itu tetapi dia jarang sekali ambil kesempatan atas kelebihannya itu, hanya untuk memenuhi keperluan batinnya sahaja.  Pada umur 34 tahun, dia seorang lelaki normal yang aktif dan mempunyai tuntunan batin yang aktif. 

Walau bagaimana popular pun dia dengan perempuan, Paul masih juga suka bergaul dengan rakan-rakan lelaki dan juga sepertimana kebiasaan seorang lelaki muda di sini,  Mereka banyak habiskan masa dengan bersosial sambil minum-minum beer, menghabiskan masa sambil bergembira dan menonton perlawanan bola dan Ragbi.

Paul mengeluh  lagi.  Dia rasa resah. Kenapa , sejak akhir-akhir ini, aktiviti  begini sudah tidak mendatangkan keseronokan kepadanya.   Jiwanya terasa begitu kosong sekali.  Sejak bila semua ini berlaku?   Mula-mula dulu Paul ingat perasaan ini sementara sahaja.  Dia akan mengatasinya.  Mungkin jemu dengan Elaine atau overdose dengan perhatian ramai perempuan.   Mungkin jika dia menemui perempuan yang betul-betul menarik dan akan hilangkan rasa bosan dan resah itu.  Tetapi jangkaan Paul salah.  Makin lama makin teruk perasaan yang dia alami.

 

Sejak bila dia mula begini?   Sejak dia mengenali perempaun yang bernama Sue?  Atau sejak dia  dan Sue menjadi rakan kongsi.  Atau baru-baru ini sahaja baru dia rasa Sue telah buat jadi resah begini?  Sue kah sebabnya? Kenapa pulak dia mesti rasa begitu?  Sue hanya rakan kongsi Paul.  Mungkin cara hidup Sue berbeza dari Paul.  Mereka sememangnya tidak banyak kesamaan dari sudut itu. Tetapi mereka berdua rakan kongsi yang baik. 

 

“It doesn’t make sense!”  Paul rasa semua ini mengarut sahaja.  Sejak awal lagi Paul rasa senang bekerja dengan Sue sebab Sue bukan  taste Paul dan Paul bukan jenis lelaki yang Sue suka.  Malah Sue macam anti lelaki. Selama business partnership mereka ini, Paul dapati Sue tidak pernah ada teman lelaki.  Hidupnya tertumpu dengan business mereka sahaja.  Terutama sekali tahun-tahun awal mereka mula bisness mereka.  Berbagai masalah yang mereka hadapi terutama sekali dengan tidak cukup wang untuk mengajikan pekerja.  Seringkali mereka kena kerja hingga larut malam atau tidak pulang langsung.  Bawah meja Sue sudah selalu menjadi tempat tidurnya di pejabat.  Begitu teruknya mereka bekerja untuk memajukan bisness mereka itu.  Sekarang ini keadaan makin bertambah baik dan kini mereka sudah mempunyai 10 orang pekerja operasi dan 4 orang di bahagian pengurusan.  Jadi Paul dan Sue sudah lega sedikit dari melakukan kerja-kerja berat.

Jadi sejak mula, Paul hanya pandang Sue sebagai one of the guys.  Kenapa pula sekarang Paul cuba letakkan keresahannya itu disebabkan oleh Sue.  Paul gelengkan kepalanya.   Dia segera bangun dan masuk ke bilik mandi, hendak mandi dan keluar bersuka ria dengan rakan-rakannya.  Semua keresahannya akan hilang nanti.  Dia akan dapat teman untuk menemaninya sepanjang mala mini. Kalau tidak pun, dia akan panggil Elaine untuk menemaninya.  Elaine mesti dapat hilangkan keresahannya malam ini.

*****************************8

Paul berlari-lari sepanjang pantai yang memutih.  Laut Hindi Selatan terbentang luas di hadapannya. Air laut berwarna biru sebiru-birunya.  Matahari sudah lama terpacak di langit walaupyn sekarang baru pukul 6.30 pagi.  Paul berlari sejak pukul 5.30 pagi tadi.  Sejak hari mula cerah. Sudah sejam Paul berlari di tepian pantai. Dia mahu hilangkan keresahan yang melanda dirinya.

Dia salah jangkaan.  Paul ingat dengan keluar bersuka ria sepanjang malam, dia akan hilangkan resahnya.  Paul juga ingat jika dia tidur dengan perempuan yang tercantik di bari itu malam tadi akan hilangkan kegelisahnnya. Dia akan rasa puas dan bahagia, seperti selalu yang dia rasa. Rasa telah mencapai kemenangan berganda. Tetapi dia rasa kosong.  Malah dia rasa makin teruk.  Paul tinggalkan temannya yang sedang tidur keletihan  dan berjogging di tepian pantai. Satu aktiviti yang dia lakukan setiap hari.  Sepatutnya buat dia rasa segar untuk dia mulakan kerja setiap hari.  Tetapi hari ini dia rasa makin berat. Macam ada batu yang berat dalam hatinya. 

Mungkinkah dia ada alami sakit yang dia sendiri tidak sedari.  Sebab itu dia rasa begitu selama ini?  Makin Paul berlari, makin kusut fikirannya.  Lama-kelamaan Paul berhenti berlari.  Mungkin elok sahaja dia ulang ke rumah dan cuba berjumpa doctor hari ini untuk mengetahui adakah dia alami masalah kesihatan. 

Paul berjalan perlahan-lahan kea rah keretanya.  Angin dari laut Hindi selatan beritup dingin.  Matahari memancar terang.  Langit membiru tanpa awan.  Hari yang begitu indah sekali Keadaan alam sekitar yang begitu bersih tanpa pencemaran, bukan seperti tempat-tempat lain di dunia ini.  Semuanya indah terbentang di depan mata Paul.  Tetapi sayangnya dia tidak dapat rasa semua keindahan dan kebahagian itu.  Paul terasa angin dingin menyucuk hingga ke tulang.  Dia gosok ke dua belah lengannya dengan tangannya.  Dia perlu pulang ke rumah.  Mungkin temannya sudah bangun.    Tadi masa Paul kelluar dari rumah, perempuan itu tidur mengerikut kedinginan.Paul selimutkan tubuhnya.  Pakaian perempuan itu berselerak di lantai.   Paul terlupa siapa nama perempuan yang bersama dia semalaman.  Nampak sangat dia tidak perduli langsung dengan perempuan itu walaupun perempuan itu sangat cantik dan yang paling lawa di bari itu malam tadi.  Lebih baik Paul ajak Elaine menemaninya semalam kalua macam ini.  Pagi-pagi  Paul rasa janggal untuk memandang perempuan itu.   Dia harap perempuan itu sudah bangun dan berpakaian bila dia sampai di rumah nanti. Kalau perempuan it uterus ghaib pun lagi bagus.   Paul tidak tahu apa yang hendak dia katakana pada perempuan itu pagi ini.  Dia tidak boleh berlakun seperti dia suka dengan kehadiran perempuan itu di rumahnya pagi ini. Sepatutnya dia tidak bawa perempuan itu untuk tidur bersamanya.   Semalam Paul agak mabuk dan ingat dengan tidur bersama perempuan cantik itu akan buat dia bahagia.  Tetapi di kedingan pagi ini, semuanya macam tidak bermakna.  Bagaikan ada benda pahit dalam mulutnya yang kena dia luahkan.   

Kalau keperluan seks yang dia inginkan, sepatutnya dia pergi ke rumah Elaine sahaja. Sebab mereka masing-masing sudah memahami kehendak masing-masing tanpa ada komitment lain selepas itu.

Macamana nanti agaknya?  Adakah Paul seorang yang tidak boleh komit dirinya pada sesiapa.  Adakah Paul sememang akan hidup tanpa pasangan.  Paul bukan macam Wayne.  Wayne begitu komited dengan kehidupan bekeluarga.  Wayne nampak sangat sangat mencintai isterinya dan begitu menyayangi anak-anaknya.  Hidup Wayne dipenuhi dengan keluarganya.    Sesuatu yang  Paul rasa tidak akan berlaku pada dirinya.  Paul tidak boleh bayangkan dia habiskan hidupnya hanya dengan seorang perempuan.  Mesti dia jemu. Dengan ramai perempuan silih berganti pun dia rasa jemu. Inikan hendak habiskan sepanjang hidupnya dengan seorang perempuan sahaja.  Tidak dapat Paul bayangkan langsung. Mesti membosankan.

Paul masuk ke rumahnya.  Dia pandang sekeliling.  Tidak ada tanda ada sesiapa dalam rumahnya.  Dia masuk ke dalam bilik tidur.  Sudah di kemaskan.  “not bad!”  Kata Paul dalam hatinya. Perempuan yang tahu berkemas.. Kemudian dia terpandang nota di meja sisi katil.

“Sorry, I have to leave. I am going to be late for work. Melissa. “

Melissa tinggalkan no telefon bimbitnya.  Tanda menunjukkan dia harap Paul akan telefonnya nanti.   Paul gelengkan kepalanya.  Dia tidak rasa dia akan hubungi Melissa lagi.    Semalam adalah satu kesilapan buat pihak Paul.  Dia tidak sepatutnya jalinkan apa-apa hubungan dengan sesiapa dalam dia berperasaan begini.  Itu tidak adil buat Melissa atau sesiapa pun.  Mungkin Elaine akan memahaminya.

Selesai masalahnya yang dia sendiri tempeh, pagi ini.  Nasib dia baik.  Paul segera masuk ke bilik air dan bersihkan dirinya.  Selepas ini  dia akan terus pergi ke rumah Wayne, ambil Wayne dan pergi ke hotel tempat peserta-peserta lawatan dari Malaysia itu tinggal dan bawa mereka   untuk meneruskan lawatan mereka hari ini.  Malam ini pula, Wayne telah rancang mengadakan jamuan makan malam untuk mereka.  Paul mengeluh, siapa yang dia harus bawa untuk makan malam nanti. 

 

 

 

 

 

6 comments:

Apa tajuk panjang(sebenar) citer ni. Saya selalu tertanya². Cinta utk maximo tu Alina letak ILM pun tak tau apa makna dia. PSMS dulu ingatkan Paksu Maksu. Hehehe...

 

I Love Maximo.... Mulanya ingat hendak letak tajuk tu....

AYKT Love in Torino.....

PS MS.... memang nak letak paksu Mak SU... tapi diminta tukar

WB C3R ni pun masih dalam minda.... tunggu dapat ilham... sorry yer

Kak Alina

 

Tq alina. Dah muncul balik. Ramai agaknya peminat alina yg blum menjenguk blog ni. Maklumlah dah bersawang tuanya tinggalkan.

 

nasib baik tergerak hati nak buka blog kak alina...ada entry rupanya. x sabar nak baca bab seterusnya. Thanks Kak Alina.

-ruby-

 

cerita yang bagus sekali untuk dibaca...

 

it's was very interesting story..