Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

WB (C3R) BAB 1


Bab 1
 

Matahari bersinar terang.  Langit membiru, sebiru-birunya tidak ada  setompok awam langsung di langit.  Keadaan sekeliling begitu indah dan keadaan kebiru-biruan membuat terasa macam berada dalam gambar poskad.   Hari siang yang panjang dengan awan yang membiru sebiru-birunya ialah ciri utama kehidupan di Barat Australia.    Sebagai rekod,  Perth mengalami 40 hari tanpa alam,  terutama ketika waktu musim panas seperti sekarang.  Menjadikan hari-hari yang mereka dilalui semasa di sini begitu indah.  Tambahan pula dengan suhu yang agak dingin dalam 24 hingga 26 darjah, di serta pula dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi Bahasa.  Seseorang boleh leka dekat rasa nyaman dan keindahan Perth di musim begini ini. 

Tetapi dalam keindahan itu, penduduknya harus berhati-hati kerana kesan dari cahaya terik itu. Kesan dari penipisan ozon akan membuatkan  pendedahan secara langsung kepada cahaya ultra violet  akan kulit terbakar dengan cepat tanpa disedari.  Semua orang di sini, mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenakan sun block dengan SPF yang tinggi.  Kulit peduduk kulit putih dengan cepat menjadi kemerah-merahan dan  mudah terdedah kepada ancaman kanser kulit.  Malangnya penduduk Australia paling banyak mengalami insiden melanoma pada masa sekarang ini.  Secara puratanya 30 penduduknya di diagnosiskan mengidapat melanoma setiap hari dan lebih dari 1200 maut oleh kerana penyakit ini setiap tahun.

Hazim rasa satu kelebihan bagi dia yang berkulit orang melayu, walaupun tidak sawo matang, agak cerah tetapi tidaklah seperti Wayne yang sudah kelihatan seperti udang bakar di waktu musim panas ini.  Tetapi untuk langkah berjaga-jaga Hazim tetap mengenakan sun block di wajah dan bahagian anggota badan yang terdedah kepada sinar matahari. 

Wayne yang mengetuai lawatan mereka sedang bercakap-cakap dengan pantas.  Hazim tersenyum melihat rakan-rakan yang bersama dengannya cuba memasang telinga mereka betul-betul kerana loghat Aussie yang agak pekat.  Bagi Hazim yang sudah pernah tinggal di sini beberapa tahun semasa dia belajar untuk pengajian ijazahnya ,  dapat dengan mudah memahami apa yang Wayne katakan.   Kadang-kala Hazim tolong terangkan apa yang Wayne katakan setelah beberapa kali Wayne terpaksa mengulangi penerangannya kerana rakan-rakan yang menyertai program lawatan teknikal  ini tidak dapat tangkap biji butir perbualan dan penerangan yang Wayne berikan.

Program lawatan adalah sebagahagian  dari program latihan yang Hazim dan peserta lain  kena lalui.  Selain dari peserta Malaysia terdapat juga peserta kursus dari beberapa Negara Asia yang lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina yang menyertai program ini.

Kursus selama sebulan ini adalah untuk memberi latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan, swasta dan orang persendirian  dari Negara-negara Asean tentang kepada industry hijau yang telah giat di Australia terutama sekali tentang pengurusan sisa pepejal.  Australia telah lama menerajui industry hijau ini.  Kesedaran  kerajaan dan penduduknya tentang pemuliharaan Alam sekitar dan  sustainable development membolehkan perlaksanaan industry hijau dapat dilakukan di sini dan di seluruh negara. 

Sesuatu yang masih lagi belum dapat mendapat sambutan di negara sendiri. Atas kesedaran tentang kekurangan itulah, satu program ini dianjurkan untuk membawa agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta dan individu yang berkaitan, untuk membuka mata semua kepada tentang apa yang boleh semua lakukan demi pembangunan mampan.  Apabila pulang nanti mereka ada mulakan perlaksanaannya di tempat masing-masing.

“Okay… mate… Now we are going to visit one of our landfill area.  We can see how the landfill being manage here.  This is a government landfill.”  Terang Wayne.  Sambil menyuruh semua orang naik ke dalam Bas untuk lawatan mereka.

Bas yang membawa mereka semua melalui Perth yang moden. Walau bagaimana pun kiri kanan banyak kerja-kerja peluasan jalan sedang di jalankan.

As you can see, the road expansion is on going here.  The road barriers come from our recycling.  The fill material for the road also comes from our recycling plants.  This is fantastic eh…”  Terang Wayne lagi sambil  memuji usahanya sendiri.  Dia berdiri di bahagian hadapan bas sambil memberi penerangan kepada semua peserta. 

Hazim hanya menganggok-anggok setuju dengan penerangan Wayne.   Walaupun sudah berada dalam Bas,  wajah Wayne masih kemerah-merahan, kesan dari terdedah di bawah cahaya panas terik sebelum ini.  Wayne kelihatan  bersungguh-sungguh memberi penerangan kepada semua. Dia mahu semua peserta faham dengan penerangannya. 

Memang dia dapat perhatian semua orang.  Semuanya tekun mendengar penerangan Wayne yang bersuara kuat dan lantang itu.   Wayne berketinggian enam kaki, berbadan besar dan berperut buncit.  Kulitnya putihnya kemerah-merahan di waktu-waktu begini.  Rambutnya di potong pendek, wajahnya chubby, macam santa claus tanpa janggut.  Orangnya periang dan peramah.  Senang berada bersamanya.

Peserta kursus yang menyertai program ini terdiri dari pegawai kerajaan dan swasta dan orang, 25 orang semuanya.  13 perempuan dan 12 lelaki.   Nampaknya semuanya begitu bersungguh-sungguh  untuk menimba ilmu pengetahuan.  Masing-masing sibuk menangkap gambar dan membuat catitan dari semua penerangan yang di berikan oleh Wayne. Semasa di tempat pelupusan sampah Domestik juga tadi mereka begitu tekun mendengar penerangan dari Pengurus Fasiliti tersebut, Stephen Baker. 

Hazim tersenyum memerhatikan  Marlia, salah seorang peserta yang juga dari Malaysia. Dari tadi dia perhatikan Marlia kelihatan bersungguh-sungguh mendengar dan tekun membuat catatan.  Sebagai ketua program Malaysia, Hazim rasa syukur ada peserta lawatan ini yang dapat manfaat dari usaha yang mereka lakukan.  Nasib baik ada juga peserta yang muda dari Hazim yang menyertai lawatan ini.  Baru seronok sikit ada perempuan cantik yang masih belum berpunya dalam kumpulan mereka.  Kalau tidak hanya cik puan-puan yang lebih tua dari Hazim yang menyertai lawatan ini.  Sesekali-sekala Hazim perasaan, kawan-kawan senegara, seperti Joni Chen, Puan Mas, Kak Zuraini dan  Kak Dewi asyik cuit-cuit Marlia supaya bertanya soalan bagi pihak mereka kepada Hazim.  Ada lima peserta wanita termasuk Marlia dari Malaysia yang mengikuti program ini  bersama Hazim dan seorang peserta lelaki, Simon Tan.  Dalam ramai-ramai itu, Joni Chen paling nakal.  Walaupun sudah berumur tetapi masih lagi aktif dan bertenaga.  Dia yang memeriahkan keadaan dan membuat yang lain-lain rasa ceria.   Sekarang ini nampak sangat mereka sengaja hendak dekat-dekatkan Hazim dengan Marlia.  Biarkan mereka berpasang-pasangan.  Hazim hanya tersenyum melihat gelagat cik puan cik puan tersebut dan  melayan sahaja soalan-soalan mereka.  Sebenarnya dia tidak kisah kalau dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan Marlia pun.  Dia pun masih bujang lagi walaupun umurnya sudah hampir mencecah 30 tahun.  Mungkin sudah masa dia berteman.  Kata Hazim dalam hatinya.  Marlia sangat menarik orangnya.  Ini mungkin boleh menjadi satu perkenalan yang baik

“Encik Hazim dulu belajar di sini ke?”  Marlia bertanya dengan Hazim, kali ini mereka duduk bersama di dalam bas tersebut.  Mungkin sudah di atur oleh Joni supaya Marlia duduk bersama Hazim.  Mereka berempat yang lain duduk Simon pulak sejak mula program ini beberapa hari yang lalu sering bersama dengan Jaycee, peserta dari Thailand.  Ke mana-mana mereka kelihatan bersama sahaja sekarang ini.  Mungkinkah cinta berputik di Perth buat Simon dan Jaycee.  Hazim menghela nafas panjang.  Masa akan menentukan.   Mungkin suasana di sini yang membuatkan orang mudah jatuh cinta.  Angin sejuk yang bertiup membuai-buaikan perasaan.  Langit biru yang menjadikan semua terasa dalam alam mimpi bukan reality.  Semuanya begitu romantic sekali.   Hazim dulu pun pernah berada dalam keadaan begitu. Masa dia muda remaja semasa belajar di sini satu ketika dulu.   

“Ya.. saya belajar di sini dulu.”  Jawab Hazim sambil menjeling ke arah Marlia.  Tidak rugi memandang Marlia.  Marlia memang cantik orang dan lemah lembut orangnya.  Sejuk hati memandangnya.  Mungkin Hazim patut beri peluang utuk dirinya dan mula berkenalan dengan lebih rapat dengan Marlia. 

“Bila tu…?” Soal Marlia.  Hazim cuba kawal suka di hatinya tapi akhirnya tersenyum juga.  Marlia sebenarnya hendak tahu umur Hazim agaknya tetapi dia mungkin segan hendak terus tanya pada Hazim sebaliknya dia tanya bila Hazim belajar di Perth.  Dengan itu bolehlah dia congak umur Hazim.  Taktik orang perempuan agaknya, malu tapi mahu tahu.  Tetapi Hazim teruja juga yang Marlia yang menawan itu hendak tahu tentang dirinya.

“Lebih kurang 6 tahun yang lalu.  Selepas habis belajar, saya terus balik Malaysia.  Tak sempat hadiri konvokesyen pun.”  Hazim sudah lama blok ingatannya dari peristiwa yang berlaku ketika itu. Dia tidak mahu pergi ke situ lagi.  Hari ini pun bukan hari untuk dia ingat kisah masa dia belajar di sini.  Sekarang dia hanya mahu tumpukan perhatian kepada gadis cantik jelita di sisinya. 

“Ooooo….”  Ujar Marlia. Dapat Hazim rasakan kepala Marlia sedang sibuk mencongak berapa agaknya umur Hazim sekarang.    Apa agaknya yang Marlia fikirkan tentang Hazim setelah dapat agak umur Hazim dalam duapuluh sembilan atau tiga puluh tahun.  Mesti Marlia hendak tahu sama ada Hazim sudah kahwin ke belum atau sudah ada yang berpunya.  Macamana agaknya Marlia akan ajukan soalan seterusnya pada Hazim?

“So macam balik kampong sendirilah bila datang ke Perth?”  Soal Marlia. 

“Taklah sangat… Saya di sini selama 4 tahun, kemudian saya ke UK untuk buat Masters.  Saya kerja di UK selama tiga  tahun sebelum balik ke Malaysia.  So… kalau ikutkan saya lebih lama berada di UK dari di sini.”

“Ohh macam tu.  Encik Hazim baru sahaja balik dan kerja di Malaysia?”

 “Lebih kurang macamalah.. baru setahun lebih saya kerja dengan syarikat saya sekarang ini.”

Nampak sukar Marlia hendak cari soalan yang sesuai untuk tanya Hazim.  Lantas Hazim pula tanya soalan untuk membuat Marlia rasa selesa.  Apa salahnya mereka mengetahui lebih banyak tentang diri masing-masing.  Hazim dapat rasakan kalau dia mahu mereka berdua akan menjadi teman baik sepanjang kursus ini di jalankan. Mana tahu mungkin bertemu jodoh nya di sini.  Seperti yang Hazim rasakan sejak tadi, tidak menghairan jika ada orang jatuh cinta di bandar Perth ini.  Ianya pernah berlaku.  Ramai kawan Hazim yang jatuh cinta dan telah berkahwin semasa mereka belajar di sini.  Kini kawan-kawannya sudah  hidup bahagia dengan keluarga mereka di Malaysia.  Cuma Hazim sahaja yang tidak ada jodoh sehingga sekarang. 

“Kenapa Encik Hazim balik ke Malaysia.  Bukanke seronok kerja di oversea?”  Soal Marlia lagi.  Pemuda di sebelahnya itu memang menarik orangnya.  Memang betul kata-kata kawan-kawan Marlia yang lain, teruatama sekali Joni,  “He is a good catch.  Handsome….Berkenal-kenalanlah dengan En Hazim tu….”

“Memang seronok, dapat pengalaman kerja di Negara lain.  Tapi saya kena panggil balik sebab arwah emak saya sakit.  Abang dan kakak-kakak saya minta saya balik.  Ada hal masalah keluarga yang perlu di selesaikan.”

“Oh Arwah?  Maksud Encik Hazim, emak Encik Hazim sudah meninggal?”

“Lebih kurang enam bulan yang lalu.”

“Oh..maafkan kan saya.”

“Tak mengapa.”  Kata Hazim.

Bas melalui kawasan perumahan di Midlands.  Sejak tiba di Perth, Marlia terus jatuh hati dengan deretan rumah-rumah yang dapat di lihatnya di sepanjang kawasan piggir bandar.  Semuanya di hiasi dengan pokok-pokok bunga yang mekar terutama sekali bunga rose,

Jalan-jalan disepanjang Perth juga di tanam dengan pokok-pokok bunga rose dengan pelbagai warna, merah hati, pink, peach, kuning putih dan jingga.   Tidak puas Marlia melihat keindahan lanskap dan taman-taman di sekitar Perth.  Tapi pada masa yang sama Marlia teruja hendak berbual dengan Hazim.  Sejak mereka bertemu di KLIA ketika bertolak ke sini, Marlia sudah tertarik dengan Hazim.  Walaupun tidak terang-terang mengakuinya dengan rakan-rakan yang lain, Marlia memang berminat sangat hendak berkenalan dengan Hazim.  Hazim seorang segak dan tampan orangnya, menarik perhatian Marlia.  Tetapi sebelum apa-apa Marlia mesti tahu lebih lanjut tentang Hazim.  Nanti silap langkah, Marlia bercinta punya dengan suami orang atau teman lelaki orang.  Mencari masalahlah pulak.  Dia datang ke sini untuk berkursus bukan untuk mencari krisis.   

So..  selepas ini Encik Hazim dan family akan balik semula ke UK?”

Hazim tersenyum, Marlia masih lagi hendak tahu status Hazim rupanya.

“Family?   Maksud nya.. isteri dan anak-anak?  Mana ada family.   Saya sorang sahaja.  Belum kahwin lagi.”  Akhirnya Hazim memberitahu status dirinya.

“Iye ke…”  Ujar Marlia sambil tersenyum.

Nampak jelas, Marlia begitu suka bila mengetahui yang Hazim masih bujang.   Hazim pun tesenyum juga.   Seronok dapat berbual

Bas yang mereka naiki kini menuju memasuki sebuah kawasan  sub urban di timur Perth.  Mereka melalui satu daerah yang bernama Swam Valley, kawasan yang menempatkan ladang-ladang anggur yang luas menghijau di sepanjang jalan.   Kelihatan gugusan anggur tergantung di pohon-pohon anggur.  Menarik perhatian semua peserta.  Latar belakang langit biru dan kehijauan ladang-ladang anggur begitu mencantekkankan suasana sepanjang perjalanan mereka. 

Setelah menempuh perjalanan selama setengah jam, akhirnya mereka memasuki kawasan sub urban di luar Perth. Kawasan ini merupakan Kawasan pelupusan sampah dari kerja-kerja pembinaan dan sampah-sampah dari kebun dan ladang-ladang.   

 “Oh ya… My friend Paul will join us shortly.  He is also very actively working with our organisation on the implementations of the green technology.  He will give lectures on Tuesday and Wednesday next week.   Oh ya.. Just to inform you, the next site visit on tomorrow, we will visit a full running recycling plant.   It is a collection area,  salvaging and recycling plant.” 

“My friend, Paul  own the plant which we are going to visit tomorrow.  He and his partner open up the plant five years ago.  They started from small and now they have this full  running plant. 

Bas mereka masuk ke sebuah kawasan berpagar yang terletak di sebelah kanan jalan.  Di sebelahnya kirinya ada papan tanda yang tertulis:

Red Hill Waste Management Facilities, East Metropilitan Regional Council

Dan sebelah kanannya ialah Loji Penjanaan Elektrik,  Landfill Gas & Power  yang terletak bersebelahan dengan  Facility pengursan Sampah Red Hill.  Loji ini extraksi gas dari kawasan perlupusan sampah, gas methane yang di dapati daril kawasan pelupusan sampah dan di tukar menjadi tenaga renewable yang selamat digunakan.  Loji Gas ini di lengkapi dengan ciri-ciri Keselamatan dan Perlindungan Alam sekitar.  Semua usaha yang dijalankan di sini menjadikan factor Keselamatan dan Perlindungan Alam Sekitar sebagai factor utama di dalam mereka menjalankan perkerjaan harian.  Loji penjanaan elektrik dari sumber gas asli ini juga adalah salah satu usaha kerajaan menggunakan sumber tenaga yang boleh di perbaharui dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada tenaga yang tidak boleh di perbaharui seperti gas dan arang batu.

Setelah berhenti seketika di hadapan pintu  Loji Penjanaan Eletrik tersebut untuk mendengar penjelasan ringkas dari Wayne,  bas mereka begerak masuk ke kawasan Pelupusan Eastern Metropolitan Regional Council  (EMRC)  di sebelah kiri  dari Loji Pemproses Gas Asli tersebut dan terus bergerak menuju ke kawasan pejabat tapak perlupusan.  Wayne memerhatika keadaan sekeliling kawasan pejabat. Tetapi tidak ada sesiapa yang kelihatan menunggu kedatangan mereka.

Ok… I hope Paul is here, the plant owner  that I have told you about.”     Kata Wayne,  sebaik sahaja Bas mereka masuk ke kawasan pejabat dan berhenti di tempat letak kereta.  

“Okay guys… you can come down the bus and we wait for the Facility Manager Drake Wells to take us for the site visit.  I will go in and get him now.”  Kata Wayne.

Wayne turun dari bas tersebut. 

“Howdy mate…   I know you will be here.”  Kedengaran suara Wayne yang kuat menegur rakannya, Paul  yang sedang sebenarnya sudah lama menunggu kedatangan mereka.   Mereka tidak nampak kelibat Paul yang sedang menunggu di hadapan pejabat Pengurusan.

 “Gdie.. Wayne.”  Paul berjalan menerpa kea rah Wayne dan terus berjabat tangan dengan Wayne.  Sementara itu semua mula berdiri dan berjalan untuk  menuruni bas tersebut. 

Perhatian semua orang tertumpu kepada Wayne dan Paul yang sedang bertegur sapa.  Wayne kemudiannya mula perkenalkan setiap seorang yang sedang turun bas  kepada Paul.

Kini semua orang tertumpu kepada Paul yang berdiri di sebelah bas, menyambut semua peserta turun.  

Berumur 34 tahun, nyata sekali Paul Freeman seorang lelaki yang kacak dan tampan.  Kelihatan begitu fit sekali lagak seperti seorang jaguh sukan.  Mempunyai susuk tubuh yang begitu menawan.  Typikal sebagai seorang lelaki Aussie yang segak dan  lasak, berketinggian 6kaki 2 inci.  Dia lebih tinggi dari Wayne.  Otot six-pack bahagian abdomen Paul memang jauh berbeza dari perut Wayne yang bulat.  Rambutnya bukan hitam gelap, bukan blonde tetapi kelabu.  Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek seperti rambut Wayne. Wajah masculine dengan hidung mancung dan mempunyai mata yang begitu biru sekali sebiru langit.   Tidak cukup dengan kekacakan wajahnya, pipinya pula di hiasi dengan lesung pipit yang jelas kelihatan bila dia tersenyum.
 
Yang perempuan di belakang, berbisik-bisik sendiri..” Handsome nya mamat salleh ni…. Rugged pulak tu.    Fit giler.”  Bukan sahaja peserta dari Malaysia, peserta wanita dari Negara lain pun memberikan reaksi yang sama.    

Tiba-tiba sahaja lawatan ke tempat-tempat pembuangan sampah itu menjadi interesting sangat.  Tak sangka di kawasan-kawasan begini ada makluk yang begitu kacak dan tampan. Hazim perhatikan sahaja tiba-tiba peserta wanita yang sejak tadi diam dan tekun membuat catatan  tiba-tiba menjadi aktif dan ceria. 

“Elok juga ada Paul macam ni.  Baru nampak hidup semua orang.”  Kata Hazim dalam hati.    Tak kira tua atau muda, tiba-tiba semua jadi excited.  Marlia pun sudah bangun dan mula berjalan ke hadapan bas.  Tidak sabar untuk

Mereka turun ke bawah dan Paul menghampri mereka.  Dia kemudiannya di perkenalkan oleh Wayne,  “Everyone!   Please meet a  good friend of mine, Paul.  As told to you before, Paul will give lectures next week and Paul is the owner of the plant we are going to visit tomorrow.”  Kata Wayne, kemudian dia toleh ke arah Paul.  “Where is Drake?  I would like to talk to him.”

“Oh.. He is inside the office, getting ready for the visit.” Jawab Paul. 

“Okay… I will go in and see him now.” Kata Wayne.  Everyone please wait  here.  You can get acquinted with Paul. Anything else you want to know about this facility, you can ask Paul.”

“Yes.  Any querries, you can ask me.”  Jawab Paul sambil menganggukkan kepalanya, kemudian dia sambung lagi.  “Tomorrow you all are welcome to visit my plant.”  Jawab Paul.  Paul  kemudiannya berjabat salam dengan semua orang sebagai salam perkenalan. Nyata bila dekat-dekat, lagi kacak dan tampan orangnya.   “Today… I will accompany you all to visit this site.”

Tanpa perlu di ulang, hampir semua peserta mula mengerumuni Paul untuk bertanya soalan. Mungkin sebab sangat berminat atau sebab ingin dekat dengan Paul yang begitu menawan hati.  Tetapi nampaknya Paul memang sudah biasa di kerumuni wanita, dengan penuh sabar dia jawab semua soalan yang ditujukan kepadanya. 

Hazim dapati Marlia tidak pulak turut serbu Paul, sibuk tangkap gambar kawasan pejabat Pengurusan Sampah tersebut.  Kemudian dia buat catatan di buku notanya dan di peta kawasan itu.  Marlia angkat wajahnya dan memandang Hazim.  Dia hampiri Hazim untuk tanya soalan tentang logistic dan lokasi sebenar tempat itu.  Nampaknya Marlia seorang sahaja yang tidak hairan sangat dengan Paul.  Suka Hazim tengok Marlia yang begitu komited dan tekun dengan programnya itu.  Lebih tumpukan kepada apa yang perlu dia belajari dari tertarik dengan lelaki Aussie yang lasak dan kacak.

Tidak lama kemudian Wayne keluar bersama Drake Well, Pengurus Fasiliti Pengurusan di situ.  Orangnya sudah berumur dengan rambut serba putih tetapi kelihatan masih cergas dan lasak.  Menurut Wayne, Drake mula berkhidmat di situ semasa fasiliti mula di buka lebih kurang 30 tahun yang lalu. Drake memang tahu semuanya tentang fasiliti pengurusan sampah itu dari A ke Z.  “You can ask him everything you want to know about this facility.”  Kata Wayne.  Mereka semua naik semula ke dalam Bas besama Paul dan Drake untuk meneruskan lawatan mereka ke dalam Fasiliti Pengurusan Sampah tersebut.

 

16 comments:

Wah...... ada citer baru. boleh ikut ni. psms pun tak muncul hardcopy lagi.

 

C3R tu apa ye?

 

Yess kak alina dah ada cerita baru....

 

yes..ada juga citer baru. lama tunggu. PSMS bnyk yg saya ketinggalan, sedar2 dah bab 52, sadis betul ...huhuhu. terpaksa tunggu hard copy.

-ruby-

 

Assalamualaikum,

Gembiranya dah ada novel baru...boleh lepas rindu. Masih tertunggu novel hard copy Alina Haizar...harap ada next year. Apa pun teruskan menulis dengan idea dan cerita yang menarik dan menyentuh hati.

 

Tqvm alina .

 

Waaaaa x tau pun ada cerita baru. But anyway tqvm k alina

 

Best-2222222!!!!! ^^

 

wah... dh ada cerita baru.. xsabar nk tgu sambungan citer nih..

 

Assalamualaikum,

Ada perkembangan novel terbaru untuk terbitan tahun ni ke? Didoakan semoga Alina Haizar terus berkarya.

 

Terima kasih unfonya gan.....
infonya sangat bermamfaat.....
salam kenal dan salam sukses..
jangan lupa berkunjung kembali..
....

 

nice article and good story..
please visit best streaming/download movie HD free

 

makasih bos infonya dan salam sukses

 

terimakasih gan tentang infonya dan salam sukses

 

makasih bos infonya dan semoga bermanfaat