Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

MDI II : PSMS Bab 5


MDI II: PSMS Bab 5

Syidah gelisah, memandang sekeliling.  Kenapa masa macam merangkak dengan begitu perlahan sekali malam ini. Syidah pandang jam di tangannya.  Baru dua minit berlalu sejak kali terakhir dia lihat jam itu.  Syidah menguap,  terus dia tutup mulut dengan tangannya.  Maluny kalau ada orang yang tengok dia menguap kebosanan itu.  Sudah beberapa kali dia menguap dalam masa yang terdekat ini.  Semuanya kerana dia bosan dengan ‘date’ nya malam ini.    

Temannya malam  ini terus bercakap-cakap, berceritakan tentang dirinya.  Syidah menguap sekali lagi.  Entah berapa kali dia menguap malam ini. Kalau lama lagi, dia mesti terlelap di sini juga. Macam inilah nasib kalau pergi blind date.  Date yang dia dapat dari ruang mencari jodoh online.  Syidah rasa hendak menyumpah ruang tersebut.  Profil dalam internet lain, bila bertemu lain.  Tertulis dalam profil, lelaki itu berumur 35 tahun, tetapi Syidah rasa dia jauh lebih tua.  Gambar yang dia berikan pada Syidah agaknya gambar yang diambi sepuluh atau lima belas tahun lalu, semasa dia masih ada banyak rambut di kepalanya. 

  “Kenapalah lelaki yang membosankan ini yang Syidah pilih untuk menjadi teman dia dating malam ini.  Karektornya begitu membosankan. Dia asyik sibuk puji dirinya sendiri.   Syidah rasanya sudah awal-awal lagi  tidak boleh terima lelaki yang dihadapannya itu untuk menjadi ayah kepada anaknya.  Satu kerana lelaki itu amat membosankan, kedua lelaki itu suka cakap pasal dirinya sahaja.   Lagipun oleh kerana Syidah ada peluang untuk buat pilihan, dia kenalah memilih sikit. Bukanlah dia hendak pilih lelaki yang kacak sangat tetapi dia tidak mahulah anaknya itu ada pulak gen cepat botak, pada usia awal empatpuluhan sudah gugur semua rambutnya. Walaupun sekarang ini memang trend ramai lelaki yang membotakkan rambut walaupun dalam usia muda.

Syidah menguap sekali lagi, kemudian dia ketawa kecil.  “Sorry.. saya penat hari ini. Long day at work.”

“It’s ok… it’s ok.  Saya faham.  Cik Syidah penat kerja seharian.   Anyway… macam saya cakap tadi. Saya ni bukanlah nak puji diri tapi..saya ni sejak dari dulu saya minat MLM ni.”  Kata Redza, blind date Syidah malam ini.

“Itu sebab nyer.. I nak perkenalkan you pada sesuautu yang akan menyenangkan you nanti.  Tak payah susah-susah pergi kerja.  Duduk rumah buat MLM.  Hari-hari duit masuk..  Tak payah jual-jual… Cari je downline.” Pada masa yang sama  dia berkempen untuk Syidah jadi ahli perniagaan MLMnya.   Boringnya Syidah. 

“I tak pandai lah hendak cari-cari downline ni.”  Kata Syidah. 

Redza terus mendesak.

“Eh tak susah.  Hari-hari you pergi ofis you tu.  Recruit je. 

“I tak biasalah. Tak pandai.”

“Tak apa, kami upline akan tolong Syidah.   Boleh saya panggil Cik Syidah. Syidah aje?”

Syidah hanya senyum pahit.  Redza macam tidak perasaan pun yang Syidah tidak suka dengan apa yang sedang berlaku. Dia terus cakap dan cakap tanpa henti-henti.

“You ada kawan-kawan satu pejabatkan.  You ada kerani atau ofis boy di pejabat youkan.  You recruit dia orang jadi downline you.  Lepas tu you relaks aje goyang kaki. Dia orang yang running around buat kerja.  You dapat duit masuk aje tiap-tiap bulan.  You dapatkan downline aje.”

Redza ingat dia jenis yang rajin nak cari downline.  Hendak cari di mana? Di pejabat SYidah sendiri? .  :”Heiiii malunya.” Apa kata staff dia nanti?  Sudah dia tegas di pejabat tentang kakitangan yang buat kerja sambilan. Ini dia pulak yang hendak sibuk-sibuk cari downline.  “Gile ape!”  Syidah tidak sanggup.  Dia memang tidak biasa.   “Mamat ini hendak dating ke hendak cari downline?”

“Lepas tu kalau dah naik level. Syarikat akan beri kereta.  Bila lagi kita hendak rasa pakai kereta mewah.  Mula-mula dia bagi kereta Proton, lepas tu, Honda accord ke, Alphard ke.  Upline I yang sudah platinum dapat BMW . 

“So sekarang ni you dah dapat kereta apa?”  Soal Syidah.  Mamat ini memang taksud betul dengan perniagaannya.  Dia bukan hendak tahu pasal Syidah pun.  Bukan hendak lebih mengenali Syidah tapi sibuk hendak jadikan Syidah downlinenya.”

“Oh..kalau I meet my target bulan ni. I akan ada harapan naik level. Jadi diamond distributor.  Lepas tu I dapat kereta proton Preve.  You pun boleh tau. Kalau you buat bersungguh-sungguh.  You pun boleh pakai proton Preve tak lama lagi.”

Syidah terbayangkan BMW barunya yang terletak di tempat parking.  Mamat ini memang tidak perasan apa-apa atau memang dia seorang yang self centred. Dia tahu diri dia sahaja dan perniagaan MLM dia sahaja.  Memang kensellah lelaki macam ini.

Syidah menguap sekali lagi.  Kali ini dia sudah tidak boleh tahan sabar. 

“You.. I am so sorry.  I dah penat sangat.  I kena balik lah.”  Kata Syidah, menguap sekali.

“Uh..Uh… Eh  kita belum habis makan pun… I belum habis cerita pasal plan perniagaan pun lagi.”

Syidah bangun berdiri. “Encik Redza, lain kali sahaja ye kita cakap pasal plan perniagaan Encik Redza tu.”

“Eh.. eh Syidah… Bila kita hendak jumpa lagi..?” Soal Redza.  Melepas nampaknya  malam ini.  Teman tidak dapat, downline pun tidak dapat nampaknya malam ini.    Rugi betul masa yang dia luang malam ini.

“Tak pe… nanti kita calling.”  Kata Syidah. Langsung dia berjalan ke kaunter dan bayar sahaja bil makanan mereka berdua malam itu. 

Apabila Redza melihat date dia malam itu yang bayarkan makanan mereka, dia tidak jadi untuk kejar Syidah lagi.  Sekurang-kurangnya dia tidak keluar belanja banyak malam ini.  Dia kemudiannya terus duduk dan menghabiskan makanannya itu. 

Selepas membayar bil makanan mereka, Syidah terus keluar dari restoran itu dan pergi mendapatkan keretanya.  Syidah masuk ke dalam keretanya dan terus bersandar lega. 

“Fiuh….. leganya rasa..!  Apa yang aku buat ni….?”  Kata Syidah kepada dirinya sendiri.    Rasa  terlepas dari satu beban.  Apa yang dia cuba lakukan ini.  Hendak kahwin dengan orang macam Redza.  Mesti hidupnya begitu membosankan nanti.

“Alah.. tapi aku bukan hendak tinggal lama dengan dia.  Lepas aku  sah pregnant.  Kami boleh berpisah.”  Kata Syidah.  Kemudian Syidah mengigil sendirian.  Tidak sanggup dia bersama lelaki macam Redza itu walaupun sekejap.  

Nampaknya Syidah kena usahakan lagi untuk mencari sesiapa yang sanggup berkahwin dengan dia.  Dan menjadi bapa kepada anaknya.  Syidah kena cari lagi di ruang mencari jodoh online.  Malam ini juga dia akan cuba cari lagi.

****************************************8

Syidah sedang memerhatikan beberapa orang sedang berjalan masuk ke tingkat atas restoran The  Apartment. Dia tertarik dengan langkah seorang lelaki yang tinggi berseluar jeans dan t-shirt sedang berjalan sambil berbual dengan wanita dan lelaki di sebelah kiri dan kanannya.  Penampilannya menarik, langkahnya segak sekali.    Bila pandang lama-lama, Syidah rasa macam pernah tengok lelaki  yang menarik itu.  Bila mereka itu makin hampir melewati meja Syidah, baru Syidah perasan, memang dia kenal pun lelaki itu.

“Alamak!”  Kata Syidah.

“Yes.. What is it?” Soal teman dating Syidah.

“Oh!  Nothing… Nothing.”  Kata Syidah. Terus dia capai menu dan melindungi wajahnya dengan menu tersebut.

“Apa yang mamat sengal ni buat di sini juga?”  Kata Syidah dalam hatinya.  Kenapa lelaki itu ada di resoran yang sama malam ini.  Syidah terus sembunyikan wajahnya di sebalik menu restoran tersebut bila lelaki itu lalu di hadapan betul-betul mejanya. 

Macamana Syidah tertarik dengan gaya dan penampilan lelaki itu tadi.  Syidah meluat betul dengan lelaki sengal itu.  Syidah menyampah betul dengan dia.

“Dia ingat dia handsome sangat.  Mr Macholah konon.”  Syidah mengomel dalam hatinya.  Pakai rugged macam dia masih remaja, memanjang dengan seluar jeans dan t shirt.  Taulah dia tak de kerja. Tak payah berpakaian kemas.  Tetapi pakailah ikut kesesuaian umur.  Berlagak macam orang belasan tahun.  

“Kalau dia nampak aku, rosak rancangan aku malam ni.” Syidah makin tundukkan wajahnya di belakang menu tersebut.  Elok tak ada sesiapa yang tahu apa yang Syidah hendak lakukan, nanti satu Malaysia akan tahu.   Rosak rancangan Syidah nanti. 

“Hmmm… you have made your choice, Syidah?”  Soal Adrian, temannya untuk malam ini.  

“Oh.. Oh..  No….” Jawab Syidah.

“It’s  okay.  Can I make a suggestion?”

“Ummpp… okay….what do you suggest?”

“We will take the apartment soup.”

“Okay.”

And then, I suggest   a duck and mango salad.  How about that?  You like it?”

“Yes…” 

For the main course why don’t we try the tenderloin with wild mushroom.?”

“That sounds great.”
"Great..!" Ulang Adrian sambil menjeling ke arah wajah Syidah, tersenyum.  Syidah tidak faham kenapa.

"You know, some people say that wild mushrooms are an aphrodisiac."  Sambung Adrian dengan penuh makna.     Syidah jadi malu dengan tenungan mata Adrian.  "Forward betul Adrian ni."  Kata Syidah dalam hati.  Dia tunduk malu.

Adrian terus lihat menu di hadapannya kemudian dia letakkan menu tersebut dan tersenyum pada Syidah.. 

"For dessert, you should choose.yourself.  I know how woman is when it comes to dessert..  It is something so personal.”

“Oh … Adrian.  You are so right.”  Ujar Syidah.   Adrian  seorang lelaki yang mengerti isi hati seorang wanita.   Banyak yang dia tahu untuk ambil hati wanita. 

“But I still would like to know which one you will choose.  Which is your favourite?      

"Me... I would like to recommend Eton Mess.It is a broken crisp meringue with strawberry and coulis.   It so out of the world.”  Kata Adrian. 

Syidah tersenyum melihat kesungguhan temannya mala mini.  Mungkin ada peluang untuk mereka berdua.  Adrian seorang yang charming, pandai ambil hati Syidah.  Sepanjng malam tumpuannya hanya pada Syidah.  Syidah rasa mungkin ada keserasian antara  dia dengan lelaki di hadapannya itu.  Syidah tersenyum sendiri.  Harap-harap inilah lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anaknya nanti.  Rupa parasnya boleh masuk dalam kategori good looking.  Umurnya dalam tawal empat puluhan   Cukup matang orangnya.  Yang penting, dia pandai ambil hati Syidah.  Dia juga seorang seorang yang berkelulusan luar Negara dan mempunyai pekerjaan yang baik sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta di bandaraya Kuala Lumpur.  Memang sesuai sangat dengan Syidah.  Boleh di bawa ke tengah dan ketepi. Kalau bawa ke majlis rasmi pun tidak lah Syidah malu.  Orangnya berpakaian kemas dan bergaya pun kena pada tempatnya. 

“Bukan macam sorang tu.”  Syidah mengomel sendirian. Fikirannya kembali kepada lelaki yang dia paling meluat itu sekali dalm dunia.  Matanya menjeling ke arah meja yang di duduki oleh lelaki tersebut.  Nasib baik lelaki itu duduk membelakangkan badannya   Jadi Syidah boleh duduk makan dengan aman, tanpa ada kemungkinan lelaki itu pulak terjeling ke arah meja Syidah dan ternampak musuh ketatnya sedang berdating dengan lelaki  yang kacak. 

“Eh,  kalau difikir-fikirkan,   kalau ternampak bagus juga!”  Kata Syidah lagi.  Lelaki tu pernah cakap tak ada lelaki yang hendak dengan  orang macam Syidah.  Biar dia tengok, Syidah dengan temannya.  Menyesal pulak  Syidah.  Patutnya Syidah jangan sorokkan wajahnya tadi.  Biar lelaki sengal tu nampak Syidah.

Tapi kalau lelaki sengal itu tahu, nanti dia beritahu orang lain,  dan mesti juga akhir-akhir sekali cerita ini  mesti sampai ke pengetahuan saudara mara Syidah.  Nanti Kak Syirah mesti marah Syidah kalau dia tahu Syidah masih lagi meneruskan rancangan gilanya itu.  Jadi untuk memastikan rancangannya berjaya, lebih baik Syidah diamkan diri. Tidak payah menunjuk-nunjuk dengan lelaki sengal itu  yang Syidah  sudah ada teman yang yang serasin dengannya. Teman yang begitu perihatin tentang dirinya dan bakal menjadi bapa kepada anak Syidah.  Seronoknya Syidah.  Dia sudah jumpa oang yang paling sesuai untuk menjadi bapa kepada anaknya. Orangnya segak, baik hati dan bijak dan berpengetahuan.  Kalau begini, untungnya Syidah. Baru beberapa kali menggunakan khidmat cari jodoh online sudah dapat bertemu yang serasi dengannya.

Makanan yang mereka order telah sampai dan mereka mula makan.  Syidah yang agak teruja, hilang rasa selera makannya. Dia makan perlahan-lahan sebab tidak mahu Adrian ingat dia tidak sudi makan.

Syidah lihat Adrian makan dengan berselera sekali.  Tetapi yang buat Syidah lebih tertarik lagi dengan Adrian ialah apabila melihat Adrian makan dengan tertib ettique meja yang sempurna sekali. “A true gentleman and a charming table manners.”  Kata Syidah dalam hatinya.   Memang sesuai betul lelaki ini untuk Syidah.  Kalau sudah kahwin dengan Syidah nanti tidaklah Syidah segan kalau di bawa ke majlis-majlis makan malam rasmi yang dihadiri oleh ketua Syidah dan orang-orang penting lain.  Pandai bercakap bahasa Inggeris pulak itu.   Memang sesuai dengan  cita rasa Syidah.

“Syidah, you are so preoccupied.  You don’t seem to be here.  You don’t enjoy my company?”  Tegur Adrian bila mendapati perhatian Syidah tidak tertumpu kepadanya.  Adrian nampak agak kecewa melihat gelagat Syidah yang sedang fikirkan hal lain selain dari dirinya. ”

“Oh.. Oh…no.”  Jawab Syidah.  Dia terlalu suka  dapat teman yang memenuhi semua ciri-ciri yang dia kehendaki untuk menjadi suami dan bapa kepada anaknya.  Bayangkan kalau Syidah dapat kedua-duanya sekali. Suami dan anak!  Bahagianya.  Mesti lengkap hidup Syidah.

 “You don’t like to be here with me?”

“No..no…Tak…  Oh… I am sorry.  I am so sorry. I was so happy to be here with you.”  Terang Syidah.  Dalam hati dia tertanya-tanya. Apa kata Adrian, kalau Syidah ajak Adrian kahwin mala mini juga?

Nampak macam Adrian pun suka dengan Syidah.  Adrian kecil hati bila Syidah tumpuan Syidah tidak tertumpu kepada dirinya malam ini.  Bolehkah ini terjadi pada Syidah?  Baru pertama kali bertemu, mereka sudah boleh klik bersama.  Syidah rasa Adrian serasi dengan dirinya dan Adrian pun tertarik dengan Syidah.  Syidah macamana?  Adakah dia tertarik dengan Adrian?

Syidah tertanya-tanya dirinya sendiri.  Memang dia tidak pernah fikirkan sejauh itu. Yang Syidah tahu, dia hendak cari seorang calon suami yang akan menjadi bapa kepada  anak Syidah.  Anak yang   dia inginkan sangat.

 Takkan baru malam ini bertemu, Syidah sudah tahu sama ada dia tertarik dengan Adrian atau tidak.  Semua ini perlukan masa.   Tetapi Adrian  nampaknya seperti sudah suka sangat dengan Syidah,  hendakkan perhatian Syidah.

“Syidah.  I really want you to enjoy yourself tonight.  I hope you like me.  I know we can be more than friend.”  Kata Adrian lagi. 

“Mamat ini betul ke? Beriya memujuk rayu dengan Syidah.   Syidah beritahu dirinya.

“Syidah.. I know you might not believe what I want to tell you.”

“What.”

“Hmmmm…”  Adrian seperti keberatan untuk meneruskan kata-katanya. Mukanya kelihatan kemerah-merahan. 

Tiba-tiba Andrian memegang tangan Syidah yang terletak di atas meja.  Syidah terkejut dengan tindakan Adrian.  Dia cuba Tarik tangannya tetapi pegangan Adrian ke atas tangannya agak kuat. Bila Syidah tidak lagi menarik tangannya dari pegangan Adrian, Adrian mula mengusap-usap tangan Syidah dengan lembut.  Naik bulu roma Syidah bila Adrian buat sedemikian rupa. 

Adrian memandang wajah Syidah dengan matanya yang redup.

“Syidah… I have to tell you this.”  Kata Adrian dengan penuh kelembutan. 

“Yes… Adrian.  Uhhh… what you want to tell me?”

“I really really like you.”

“Uh… really?  But we just met.”  Kata Syidah.  Baru sejam sahaja berlalu sejak kali pertama mereka bertemu muka.  Syidah bagaikan tidak percaya.  Adakah ini yang dikatakan magic.

“I know, we just met.  But I really like you.  I hope we can be more than just a date tonight.”

“Huh…?” Syidah terkejut dengan pengakuan berani Adrian.  Takkan Adrian sudah hendak jadi teman Syidah. Cepatnya!

Belum sempat Syidah berkata apa-apa waiter datang menghidangkan dessert yang mereka pesan.

“Enjoy your dessert ma'am.  “ Kata waiter sambil tersenyum, melihat Adrian yang sedang mengusap-usap tangan Syidah.  Malu Syidah di buatkan. 

“Thank You.” Balas Syidah.  Seram sejuk Syidah dibuatnya dengan usapan lembut Adrian.  Syidah cuba Tarik tangannya tetapi masih tidak dilepaskan oleh Adrian.

“Adrian..    pinta Syidah perlahan.

“Ummmmmm.”  Jawab Adrian. 

“Please.  People are watching.”  Pinta Syidah.  “Malunya Syidah bila  orang lain di meja sebelah ternampak Adrian terus mengusap-usap tangannya..   Tetapi bila dia cuba tarik tangannya dari pegangan Adrian, Adrian pegang kuat dan tidak lepaskan.

“So soft.  So smooth.”  Puji Adrian.  Tanpa  Syidah sangka.  Adrian angkat tangan Syidah, lalu mencium lembut jari Syidah.   Begelojak semua organ-organ dalam tubuh Syidah.  “Romantiknya!”

Selepas mencium jari jemari Syidah, baru Adrian lepaskan tangan Syidah.    Syidah terus letakkan tangannya di bawah meja. Takut Adrian memegang dan mengusap tangannya lagi.  Seram sejuk Syidah dibuatnya.  Adrian memandang tepat kea rah muka Syidah yang kemerah-merahan sambil tersenyum.  Senyumannya begitu memikat sekali.  Syidah rasa seperti dia sedang menaiki roller coaster.  Dia tidak bersedia kerana tindakan Adrian terlalu cepat.  Jantung Syidah berdegup dengan kuat sekali.

“Syidah, eat your dessert.   I can’t wait to have you for a dessert.”  Kata Adrian dengan pandangan mata yang begitu mengoda sekali.

“What!  Wwwwhat do you say?”  Soal Syidah, tidak percaya dengan apa yang dia dengar. 

Tanpa menjawab soalan Syidah.  Adrian ambil sudu dan scoop sedikit meringue lalu di suapkannya ke mulut Syidah.

Merah muka Syidah menerima suapan dessert dari Adrian.

“Is it nice?”

“Yes.. It’s delicious.”  Terasa  dessert di mulutnya itu cair dalam mulutnya.

“I  want to tell you something.  This is the restaurant specialities.”

“Really?”  What was it again? The dessert?”  Syidah  tidak boleh ingat nama dessert yang dia sedang nimati itu.  Adrian terlalu romantic orangnya.    Syidah rasa  kalau di beri masa, dia boleh jatuh cinta dengan layanan Adrian.    Adrian menyuapkan dessert lagi ke mulutnya.

“Eton mess.  I tell you want.  This is the favourite dessert of the late Lady Di.”

“Oh.. really.  I can see why?  It’s delicious.”

“It melt in your mouth.” 

“Yes…”
"And you my darling is going to melt in my arms tonight."

Melompat jantung Syidah mendengar kata Adrian.

Adrian cuba untuk suap kan dessert itu lagi ke mulut Syidah tetapi Syidah  menolak tangan Adrian. 

“It’s ok.  I am full.”  Hilang selera Syidah untuk makan.

Adrian meletakkan sudu dessert itu di piring lalu memandang wajah Syidah semula.

“Well, I think it’s time for us to leave.”  Adrian mengangkat tangannya lalu memanggil waiter untuk mendapatkan bil pembayaran.  Bila bil sampai, Adrian tidak benarkan Syidah melihat pun bil mereka, dia terus bayar bil tersebut.

Syidah betul-betul rasa Adria seorang gentleman.   Kalau Syidah keluar makan dengan lelaki, selalu Syidah kena bayar atau masing-masing bayar sendiri. Jarang ada orang yang bayarkan Syidah makan.  Adrian memang sesuai untuk jadi psangannya.  Adrian pula sangat-sangat romantic orangnya. 

Setelah selesai membuat pembayaran, mereka bersedia untuk meninggalkan restoran tersebut.  Adrian segera bangun dan dengan begitu sopan, tolong Tarik kerusi untuk Syidah.  Cair Syidah oleh layanan romantic Adrian.

Kemudian mereka berjalan kea rah lif untuk beredar dari situ.  Semasa berjalan, Syidah terasa Adrian meletakkan tangan di pinggangnya.  Syidah rasa malu dengan perlakuan Adrian.  Dia cuba lepaskan dirinya dari pelukan Adrian, tetapi tangan Adrian masih melekap di pundaknya.  Adrian nampaknya tidak mahu lepaskan.  Oleh kerana tidak mahu menarik perhatian orang lain, Syidah biarkan sahaja sehingga mereka masuk ke dalam lif. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam lif, Syidah tarik dirinya dari pelukan Adrian tetapi Adrian tidak mahu lepaskan. Malah dia peluk Syidah dengan lebih kemas lagi.  Pintu lif ditutup tetapi Adrian tidak tekan butang lif untuk turun.  Dia halang Syidah dari cuba mencapai butang lif G.  Kemudiannya dia tarik Syidah rapat dengan tubuhnya. Wajahnya hampir dengan wajah Syidah.  Dia unjukkan wajahnya ke hadapan wajah Syidah, hendak cium bibir Syidah.  Syidah menarik wajahnya jauh ke belakang, mengelakkan dirinya dari di cium Adrian.  Syidah kemudiannya tolak badan Adrian sekuat harinya sehingga terlepas pegangan Adrian.

Adrian senyum, kemudian dia raih tubuh Syidah sekali lagi sebelum sempat Syidah jauhkan diri dari Adrian.  Syidah cuba tolak tubuh Adrian jauh dari dirinya.  “Kenapa tiba-tiba Adrian jadi agresif.

Bibir Adrian makin hampir menyentuh bibir Syidah, Syidah pusing wajahnya di kiri dan ke kanan, cuba mengelak bibirnya disentuh bibir Adrian .  Pelukan Adrian makin kuat.  SYidah tidak terdaya menolak Adrian lagi. Adrian pegang dagu Syidah dengan kuat, sakit dagu Syidah. Adrian asak Syidah hingga ke penjuru lif.  Syidah tidak dapat bergerak.  Bahagian bawah tubuh Adrian telah mengunci tubuh Syidah di penjuru lift itu.  Syidah tidak dapat pusing wajahnya untuk mengelakkan bibirnya dari sentuh bibir Adrian. Syidah kesakitan, dia pejamkan wajahnya kumpul sekuat yang mungkin tenaganya untuk tolak Adrian.

“Don’t fight me Syidah.  I know you want this, the whole time.”  Kata Adrian.
“ Nooooo.”  Kata Syidah.  Bibir Adrian sudah dekat sangat dengan bibir Syidah.  Syidah tidak rela diperlakukan sedmikian rupa oleh Adrian, macam dia perempuan murahan. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.    

Tiba-tiba terdengar bunyi suara orang di luar lif dan pintu lif mula terbuka. Adrian terus lepaskan pegangannya pada wajah Syidah. Tubuhnya tidak lagi mengunci tubuh SYidah. Dia berdiri sbeleah SYidah tetapai tangannya masih memeluk pinggang Syidah.  Dia pegang dengan kuat seperti memberi amaran agar Syidah jangan bergerak atau jangan berkata apa-apa.

Beberapa orang terdiri dari lelaki dan perempuan masuk ke dalam lif.  Rupa-rupanya lelaki sengal dan kawan-kawannya yang masuk ke dalam lif.  Syidah terus menundukkan wajahnya. Dia harap sangat lelaki itu tidak cam wajahnya.  Adrian berdiri sebelah Syidah, menutupi sebahagian dari wajah Syidah dari orang yang baru masuk lif itu.

Apabila lif sampai di G, pintu terbuka, mereka berdua keluar. Syidah tolak tangan Adrian dari pinggangnya.  Dia berjalan segera keluar dari restoran tersebut.

“Thank you Madam, please come again.”  Kata waiter di pintu hadapan.  Syidah terus berjalan laju, hendak turun ke bahagian basement untuk dapatkan keretanya.

Adrian ikut berjalan di sisi Syidah. “Let’s go to may apartment.  We can finish what we started just now.”  Bisik Adrian.  "I need to have you tonight!"

“In your dreams!”  Jawab Syidah.  Dia tolak tangan Adrian yang cuba menyentuh pinggangnya.  Syidah masuk lif untuk ke parking di basement.  Ada beberapa orang dalam lif, Syidah terus menyelit di celah-celah penumpang lif tersebut.  Adrian tidak dapat berdiri di sebelah Syidah.

Rupa-rupanya lelaki sengal dan rakan-rakannya juga masuk ke dalam lif yang sama.

“Sengal betul mamat sorang ni.   Syidah tundukkan wajahnya, cuba sembuntikan wajahnya dari di lihat oleh lelaki tersebut.  Sebaik sahaja lif terbuka, Syidah terus keluar dan mendapatkan keretanya.  Adrian tidak dapat keluar segera, di halang oleh lelaki sengal dan rakan-rakannya.

Syidah terus masuk dalam kereta.  Hidupkan enjin kereta dan terus mengerakkan keretanya menuju kea rah keluar. Nasib baik dia masuk ke dalam parking menggunakan card touch and Go.  Dia boleh terus keluar dari basement parking tanpa perlu membayar parking di kiosk.  Dari cermin keretanya dia ternampak Adrian keluar dari dari lif dan berdiri di tengah jalan memerhatikan sahaja kereta Syidah meluncur keluar dari parking.

14 comments:

Waaa sambung lagi.. Cepatlah buat novel teringin nak peluk MDI II plak..

 

MDI II... huh,,, title pun masih samar-samar... Nadia dah baying kan novel nya...hehh

 

Alahai alina semput akak baca part yg last tu teringat dulu penah lari dr mamat sengal yg akak tak suka , terasa mcm tu lh syidah rasa tahniah alina sbb blh bawa perasaan pembaca semua novel alina tak mengeciwakn , akak harap2 blh cepat dibukukn.

 

Who's the hero actually? Huhu! Janganlah mamat sengal tu. Anyway, berkurun tunggu akk update. At last, terupdate jgk. hehe

 

He3 buku2 u i x pnh missed tau... ;)

 

Terima kasih kak Mimi...memang kadang-kadang perkara begini pernah berlaku kannn..

 

nliyate... berkurun yerk... suka.... perkataan terupdate tu.....
tulah akak ni... sibuk memanjang..

 

Hoho! Tiap-2 hari stalk blog akk menantikan entry baru. Tapi next year maybe tak dpt nak stalk hari-2 sbb bakal sit-up for big examination. Tapi insyaAllah, ada masa lapang pasti sya akn jenguk jgk blog akk. Moga Allah merahmati akk and ease you. :)

 

Woahhh besttt sapa hero adrian or lelaki sengal tu...nk lagii

 

Ni yg buat sya jd stalker Alina Haizar ni

 

Rindu paksu maksu n baby twins

 

cerita yang bagus untuk dibaca...