Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

MDI II:PSMS Bab 3

MDI II: PSMS Bab 3
 

Syidah termenung di hadapan screen computer tanpa berkelip matanya.  Dia hendak melayari  laman web untuk mencari jodoh.  Memang banyak laman web mencari jodoh tetapi laman web  dari luar negera.  Hanya satu dua laman web tempatan.  Syida rasa tidak percaya dengan apa yang dia baca. Takut semua laman web ini hanyalah laman web yang tidak sah dan hanya akan menipu pengguna sahaja. Rasa berat jari nya hendak menaip apa yang dia hendak cari.   Malu juga rasa dalam hati Syidah untuk layari  laman cari jodoh walaupun tidak ada sesiapa yang nampak dia berbuat demikian di dalam biliknya.  Kalau kakitangan dia di luar tahu apa yang Syidah hendak lakukan mesti mereka ketawa pecah perut.  Mereka semua memang tidak suka dengan Syidah dan selalu mengata tentang Syidah. 

“Anak dara tua, Andalusia. Andartu.! Desprado.”  Syidah tahu gelaran-gelaran yang mereka berikan kepada dirinya.    Tetapi dia keraskan hatinya dan buat-buat seperti dia tidak perduli tentang cercaan mereka semua.  Tetapi disebalik kekerasan yang ditunjukkan di luaran, mereka semua tidak sedar  bahawa Syidah juga ada perasaan dan selalu terasa dengan kata-kata mereka.  Tidakkah mereka yang mencaci dan mencerca dirinya sedar bahawa jodoh dan pertemuan itu ditentukan oleh tuhan.   Syidah tidak pernah minta dirinya jadi begini.   Bukan Syidah berlagak atau terlalu memilih.  Syidah bukanya  memilih. Kalau dia tidak layan Hisham dulu pun sebab dia masih terlalu muda dan sedang belajar.  Takkan itu pun di katakan memilih.  Selepas Hashim tidak ada orang lain yang hendak dengan Syidah.  Sudah takdir Syidah begini.   Umur sudah hendak mencecah 33 tahun, masih belum berkahwin.  Apa yang Syidah harus lakukan.  Sebelum ini dia tidak mempunyai perasaan yang begitu mendadak untuk mendapat anak, apatah lagi untuk berkahwin.  Sekarang pun, Syidah tidak ada perasaan untuk berkahwin.  Dia sudah dapat menerima takdir yang ditentukan oleh tuhan kepada dirinya.   Tetapi kini  yang membuat dia begitu terdesak sekarang ialah keinginannya untuk mendapat anak hasil dari darah daging dia sendiri dan keadaan kesihatan dirinya.    Jika orang seperti  orang barat yang bukan berugama islam,   boleh dapat anak nya sendiri tanpa perlu berkahwin dahulu, Syidah memang akan memilih untuk tidak berkahwin.  Sebab bukan kehadiran seorang suami yang Syidah hendakkan.  Sama sekali Syidah bukan terdesak hendakkan seorang lelaki dalam hidupnya.  Syidah mahukan seorang anak!  Cara dia hendak dapat anak dari darah dagingnya sendiri ialah dengan berkahwin.  Dan dengan masalah kesihatan yang Syidah alami dan tingkap waktu yang makin tertutup Syidah perlu bertindak cepat. 

Syidah sudah fikirkan jalan-jalan yang dia perlu ambil untuk menyelesaikan masalah yang dia alami ini. Apa yang dia hendak buat sekarang ialah salah satu jalan yang SYidah sudah fikirkan, mencari jodoh melalui internet.  Ternyata lebih senang cakap dari membuatnya.  Rasa sepertitidak percaya Syidah akan mendapat suami melalui internet.  Macam main-main sahaja.   Ataupun Syidah boleh cuba cari pasangannya melalui iklan surat kabar.  Lain cara, itupun kalau Syidah  sanggup untuk beritahu tentang masalahnya dengan emaknya dan Kak Syira, minta Kak Syira dan abang Ghazali yang membantu carikan jodoh untuk Syidah.  Abang Ghazali mesti kenal ramai lelaki di luar sana.  Sesiapa sahaja yang sanggup jadi suami Syidah, untuk dia dapat anak.  Selepas dapat anak, mereka boleh berpisah.  Syidah sanggup bayar sesiapa yang sanggup jadi bapa untuk anaknya itu.

Mungkin boleh Syidah sendiri yang tanya dengan kawan-kawan di pejabatnya yang sanggup jadi suaminya sementara.  Mereka tidak perlu ada hubungan intim pun.  Hanya perlu menjadi penderma sahaja. Adakah orang lelaki yang sanggup berbuat demikian demi kerana wang?  Kalau iye, inilah gen yang dia hendak mengalir dalam darah anaknya? 

“Hummmpppp..”  Syidah mengeuh sendiri. Kalau macam itu susahlah hendak dapat penderma sperma sebab  tinggi pulak criteria yang Syidah hendak, dia hendak baka gen yang baik-baik untuk  anaknya itu. 

“Dalam keadaan begini, kau masih lagi hendak memilih pulak!”Syidah marahkan dirinya.    

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dan terus di buka dari luar.  Khairul menjengah kepalanya ke dalam sambil tersenyum. Syidah terkejut, mengelabah Syidah di buatnya. Dia segera tekan Exit untuk keluar dari laman web yang sedang dia layari.  Tetapi tidak berjaya, laman web yang dia layari ‘hang’ seketika.  Syidah pura-pura sibuk.  Mula mencari dokumen di mejanya.

Khairul terus masuk ke dalam bilik tanpa di ajak dan duduk di kerusi berhadapan dengan Syidah.  Wajahnya masih tersenyum.  Khairul ada hajat besar yang dia hendak minta  dari Cik Syahidah, ketuanya.  Selalunya kalau kena gaya, Cik Syahidah akan beri sahaja apa yang Khairul minta. Yang penting jangan ada orang dengar dan tahu yang dia dapat layanan istimewa dari Cik Syahidah.  Khairul rasa dia tahu kelemahan CIk Syahidah.  “Lelaki lebih  muda! Atau lelaki!”  Kalau lelaki lebih muda minta sesuatu dengan lemah lembut dari Cik Syahidah, mesti dapat.  Kalaulah yang minta sesuatu itu ialah orang perempuan. “Huh!  Mesti tak dapat punya!”  Kelebihan itu yang Khairul gunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.    Lagipun Cik Syahidah bergaji besar, kalau Khairul hendak kesempitan wang, CIk Syahidahlah tempat Khairul meminjam.  Kadang-kala tidak perlu bayar pun.  “Aku yang beruntung!” 

Hari ini Khairul hendak pinjam duit lagi dengan Cik Syahidah.  Sudah hampir hujung-hujung  bulan begini, dia tidak cukup wang untuk beli susu dan pampers untuk anaknya yang berumur setahun.   Sejak melahirkan anak mereka, isterinya telah berhenti kerja. Dengan satu lagi mulut yang perlu diberi makan,  Khairul dapati dia seringkali mengalami kesempitan wang.  Kalau difikir-fikirkan menyesal juga dia suruh isterinya berhenti kerja, walaupun gaji seorang kerani bukanlah sebanyak mana tetapi sekurang-kuranganya dapat membantu menampung perbelanjan harian mereka.  Bayi zaman sekarang ini terlalu banyak makan belanja, lampin pakai buang dan susu yang mahal.  Kalau zaman Khairul kecil dulu dia hanya pakai lampin kain yang boleh menjimatkan wang, tambahan susu yang diminum ialah susu ibu.  Orang zaman sekarang seperti isterinya sudah tidak tahu apa itu lampin kain dan tidak mahu menyusu bayi kerana takut rosak susuk badan.  Walaupun di hospital dan klinik banyak menyarankan penyusuan ibu tetapi Farisya tetap enggang menyusukan anaknya.  Banyak alasan yang dia gunakan, tidak cukup susu, bayi  tidak kenyang, selalu menangis dan yang paling penting sekali ialah tidak mahu rosak bentuk badan.   Kenalah Khairul yang berbelanja lebih, di luar kemampuan dirinya.  

Setelah dua tahun berkahwin, Khairul mula rasa letih dengan segala-galanya.  Kadang-kala dia rasa dia hanya mahu bebas dari segala tanggungjawab dan kembali seperti masa dia sebelum kahwin dulu.  Dia ada masa dan wang untuk bersuka-suka dengan rakan-rakannya yang lain.  Ada wang lebih untuk diberikan kepada emaknya dan adik-adiknya yang masih belajar.  Khairul teringatkan panggilan telefon emaknya yang meminta Khairul bantu member duit kepada adik perempuannya yang sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam.  Khairul tidak berupaya untuk berikan wang tersebut.  Hendak belikan susu dan lampin pakai buang untuk anaknya pun tidak cukup, inikan hendak diberikan duit pada keluarganya.  Kalau dia cuba hendak tolongkan isterinya akan mengamuk dengan Khairul. 

“Kita pun tak cukup duit, hendak bagi pada adik abang pulak! Banyak cantik!  Entah-entah dia sedap-sedap habiskan duit di kampus, kita yang kena ikat perut!”  Jerit Farisya, isterinya sambil mencekak pinggang dan menjegilkan matanya kepada Khairul.  Macam tidak percaya Khairul melihat wajah isterinya itu.  Macamana gadis  yang begitu manis dan lemah lembut yang dia kahwini dulu boleh jadi begitu kasar dan garang sekali.  Kalau Khairul hendak hidup  dengan perempuan yang garang dan selalu marah-marah, baiklah dia kahwin dengan Cik Syahidah.  Memanglah  selalu kena marah dengan Cik Syahidah tetapi sekurang-kurangnya poketnya lebat. Dapat bawa kereta besar, dulu Cik Syahidah bawa kereta Honda Accord.  Baru-baru ini dia baru tukar kereta baru BMW 3 series.   Memang boleh bergaya habis kalau kahwin dengan CIk Syahidah  dan  tidaklah banyak tanggung jawab seperti sekarang ini. 

CIk Syahidah yang dia angan-angankan itu kini berada didepannya, sedang memandang Khairul dengan wajah geram kerana Khairul masuk ke dalam biliknya tanpa minta kebenaran dahulu. Nasib baik dia sempat juga keluar dari laman web mencari jodoh yang dia layari  tadi.  Kalau tidak mesti Khairul akan beritahu kakitangan yang lain.  Mesti dia jadi bahan ketawa dalam pejabatnya hari ini.

“Kenapa ni?  Masuk bilik orang tak  bagi salam.  Ada  saya kata awak boleh masuk bilik saya?” Soal Syahidah, sengaja dia  menjegilkan matanya dan meninggikan suaranya untuk menghilangkan rasa malunya kerana nyaris-nyaris pecah tembelang dengan Khairul. 

“Alah Syidah. Kenapa marah-marah ni.  Saya datang hendak tengok CIk Syidah, lama Cik SYidah duduk sendirian dalam biliknya.  Kami semua tunggu juga di luar.  Selalunya kita ada mesyuarat pada hari pertama, minggu pertama setiap bulan.  That is today…”

“Hari ini tak ada meeting!”  Sergah Syidah.  “Masing-masing sudah ada kerja yang kena buat. Apa hendak tunggu mesyuarat lagi.  Buat saja.  Hendak kena suruh juga ke?”

Khairul terus tersenyum walaupun disergah oleh Syidah. 

“Bukan apa.  Sudah biasa sangat.  Syidahkan penting ketepatan dan displin yang tinggi.  Kami semua sudah biasa dengan cara Cik Syidah.”  Puji Khairul. 

“Iye ke?” Soal Syidah.  Tidak dia sangka pulak caranya menjadi satu contoh teladan untuk kakitangnya.  Setahu SYidah kakitanganya bengang dengan displin dan peraturan yang SYidah tetapkan sebab ketua-ketua yang lain tidak begitu tegas dengan kakitangan mereka.   Kakitangnya sahaja yang kena datang tepat pada waktu, tidak boleh menular sesuka hati waktu pejabat dan selalu kena balik lambat untuk siapkan laporan.           

“Iye. Betul,  Syidah. Eh….  Sudah dekat waktu makan tengahari.  Tak hendak turun makan ke?”

“Ummmm…” Syidah keberatan untuk keluar makan sebab dia hendak guna masa tengahari itu untuk buat sesuatu yang lebih penting.”

“Tak hendak makan ke?  Hendak saya  belikan apa-apa? Tapau?”  Soal Khairul.  Belum sempat Syidah jawab, Khairul terus sambung lagi.  “Alah Syidah, takkan hendak duduk di pejabat ni aje.  Marilah kita turun makan.  Kalau tak mau makan di bawah, kita pergi tempat lain. Alamanda ke?  Presint 9 ke atau Presint 8.  Kalau hendak makan di Presint 14 pun oleh  juga. Boleh makan nasi beriani di Mr Kebab.  Buat apa hendak duduk sorang-sorang dalam bilik ni.  Jomlah”  Pujuk Khairul lagi dengan lembut sekali.

Syidah akhirnya setuju apabila di pujuk oleh Khairul.  Lagipun duduk seorang diri sambil memikirkan nasib dirinya yang malang akan membuat dia kebingungan.  Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi.  Buat sementara waktu ini mungkin elok Syidah cuba lupakan sekejap masalah dirinya.  Mungkin setelah dia tenang sedikit dia boleh fikirkan jalan terbaik yang dia harus ambil untuk selesaikan masalahnya itu.

“Okaylah.  Jomlah kita keluar makan.  Kita makan di luar lah.  Jemu dengan makan di kafetaria.”  Kata Syidah.

“Okay, Macam tulah.   Relaks sikit, Syidah.  Syidah kerja kuat sangat. Jom kita pergi.   Biar saya drive. Syidah sit back and relaks.” Ujar Khairul, terus menghulurkan tangannya untuk mengambil kunci kereta dari Syidah.  Khairul tersenyum sendiri.  Nasib baik Syidah hendak ikut dia keluar makan.  Kalau SYidah hendak suruh dia tapau saja tadi,  memang jenuhlah dia hendak cekau duit untuk belikan SYidah makanan.   Agaknya dia tidak makanlah tengahari ini.  Tetapi bila mereka keluar makan macam ini selalunya memang Syidah yang bayar.  Seingat Khairul selama dia bekerja dengan SYidah, kalau makan bersama,   SYidah yang akan bayarkan.  Adalah sesekali Khairul yang akan bayar itu pun kalau masa dapat gaji.    Sebab itu  masa bujang dulu, Khairul selalu banyak duit.  Dia memang selalu keluar makan dengan SYidah sebab  Syidah bukan ada ramai kawan.  “Win win situation ..”  Khairul temankan SYidah makan, kalau tidak SYidah keseorangan, macam kera sumbang.  Manakala Khairul pulak sentiasa dapat makan free.  Kadang-kala sehari suntuk, sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam,  dia asyik dapat makan free, semua CIk Syahidah yang bayarkan.   Dapatlah dia jimat duit dan kelihatan seperti orang yang mewah bila keluar dating dengan Farisya.   Emaknya dikampung juga asyik memuji Khairul sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab kerana selalu memberi wang kepada mereka sekeluarga.

Selepas dia berkahwin,  dia jarang keluar makan dengan Syidah.  Sibuk dengan bininya yang cantik itu.   Syidah pun ketika tahu Khairul sudah bertunang dan hendak kahwin nampaknya mula menjauhkan diri dari Khairul,  dan sejak dia kawin jarang mereka keluar makan macam dulu, kalau keluar pun hanya untuk makan tengahari. 

“Agaknya Syidah berangan hendak tackle aku agaknya.  Itu yang dia selalu keluar makan dengan aku.   Mentang-mentang aku baik dengan dia.” Teka Khairul ketika itu.  “Dia tak tahu, aku baik dengan dia sebab poket dia penuh. Kalau tidak aku pun tak ingin hendak dekat!”   Khairul terlalu bangga dan ego waktu itu.  Maklumlah dapat gadis ang cantik sebagai tunang.  Takkan dia hendak kahwin dengan ketuanya yang lebih tua dari dirinya.  “Malulah aku.  Takkan aku hendak anak dara tua tu, buat bini. Macam aku ini tidak ada orang yang hendak!” Ketika itu, Khairul berfikiran begitu.  Pada dia, Syidah tidak layak untuk dirinya.  Tetapi sekarang ini dia sudah mula berubah fikiran.  Terutama sekali bila dia sering kesempitan wang seperti sekarang ini.

Kalaulah dia kahwin dengan Syidah, mesti dia yang pandu kereta BMW yang baru ini setiap hari untuk ke pejabat.  Tidaklah dia dengan kereta second handnya yang sudah beberapa kali masuk worksyop.  Semuanya memerlukan wang. Isterinya hendak lebih wang.  Anaknya memerlukan wang.  Keluarganya di kampong memerlukan wang. Hutang kad kreditnya sudah makin bertambah-tambah, apa yang dia bayarkan setiap bulan tidak sedikit pun mengurangkan hutangnya itu.  Khairul mula rasa sesak nafas, dia seperti berada dalam kapal yang hendak meletup. 

Khairul mula tarik nafas panjang. Biar oksigen masuk ke dalam otaknya untuk dia berfikir apa yang dia harus lakukan.   Semasa makan tengahari nanti, dia akan mula minta simpati Syidah.  Syidah mesti akan beri Khairul pinjam duit.  Kalau Khairul pandai mengayat Syidah  baik-baik, silap-silap Syidah akan beri sahaja duit yang di minta, bukan setakat meminjamkan sahaja.  Nasib baik Khairul masih anda angsa emasnya di dalam diri Syidah.  “Selamat Khairul…”  Khairul menghela nafas panjang, sambil memandu kereta BMW  menuju ke arah present 14.

  ***********************************************88

“Kenapa Syidah, saya tengok macam ada masalah besar aje.  Sejak akhir-akhir ini Syidah asyik duduk dalam bilik sahaja.”

“Eloklah… Tak ada sesiapa yang akan marah kau orang. Tak ada sesiapa hendak complain lagi”

“Actually,  I miss all that.”

“Huh!”

“Betul!  Kalau Syidah tak keluar bagi arahan pagi-pagi macam selalu SYidah buat dulu, rasa macam tidak lengkap hari saya.”

“Huh!”  Syidah memandang wajah Khairul seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.  Mereka sedang tunggu Nasi Beriani yang di pesan. Untung betul Khairul. Kalau tidak keluar dari Cik Syahidah, tidaklah dapat dia jamu selera  dengan Nasi Beriani kambing tengahari ini. Makan tengahari secara ala kadar di kafetaria sahajalah nampaknya.    Yang penting sekarang, buat dan cakap apa sahaja untuk buat Cik Syahidah senang dengan dirinya.  Cik Syahidah sahajalah yang  boleh keluarkan dia dari kesempitan yang dia alami sekarang ini.

“Betul Syidah. Saya suka dengan cara Syidah.  Semua orang cakap  orang bawah Syidah berdisplin dan pandai buat kerja.  Ada yang cuba-cuba hendak ambil staff Syidah tau.”   Khairul memang hendak ambil hati Syidah hari ini. 

“Really!  Siapa yang hendak ambil staff saya?  SOal Syidah,sambil itu Syidah mula rasa kembang. 

“Encik Rashid beberapa kali cakap sesiapa hendak pindah ke jabatan dia, dia hendak.”

“Encik Rashid hendak ambil you all.  Wow!  This is new.  Saya tak tahu pun ada orang hendak curi staff saya.”  Ujar Syidah. 

“Bukan ENcik Rashid sahaja, ada ramai lagi.  Puan Lee pun ada juga cakap,  kakitangan Syidah bagus.  Kami cakap sebab Cik Syahidah yang bagus.”  Terang Khairul lagi.

Macam tidak percaya pulak SYidah dibuatnya bila dengar kata-kata Khairul.  Memang Syidah sudah latih kakitangannya dengan baiksupaya mereka menjadi kakitangan yang berdisplin dan cekap buat kerja.  Hari-hari dia pastikan mereka buat kerja dengan sempurna, Syidah tidak lepaskan sahaja kakitangan buatkerja tanpa pengawasan ketat. Sebab itu kakitanganya takut dengan SYidah.  Setahu SYidah kakitanganya selalu bengang dengan dia, bukannya  suka dengan SYidah.

“Really!”  Soal Syidah.

“Betul.  Kalau bukan Syidah yang ajar selok belok inspection yang baik dan terperinci, saya mesti tidak boleh buat.  Sekarang ini pun Puan Lee kata saya cekap dan hendak saya join jabatan dia.”

“So, Khairul hendak tukar jabatan ke?”  Soal Syidah.

“Eh..tak maulah. No way.  Saya suka kerja bawah Syidah. Banyak yang saya belajar dengan Syidah.  Staff Syidah yang lain pun cakap macam juga.”  Puji Khairul.

“Iye ke? Bukan kau orang asyik mengata saya di belakang saya.  Bukan saya tidak dengar.”  Kata SYidah, sengaja menguji Khairul.  Syidah pernah dengar kakitangnya mengata tentang dia.  Hari ini Khairul cakap sesuatu yang berlainan pulak.  Kakitanganya suka dengan cara Syidah membimbing mereka semua.

“Taklah Syidah, biasalah kalau lepas SYidah marah kami tu ada yang bengang.  Kadang-kala  bukan bengang dengan SYidah pun, bengang dengan diri sendiri sebab buat kerja yang tidak sempurna, tidak macam SYidah.  Tapi sekejap sahaja bengang tu, sebenarnya kami suka dengan cara Syidah. Orang lain boss dia orang buakn perduli untuk improvekan diri staff.  Lantaklah, dia orang tidak perdulikan hendak melatih staff untuk jadi lebih cekap, improve mutu kerja.  Bukan macam SYidah.”

“Saya macam tidak percaya dengar apa yang Khairul cakap ni.  Khairul pun bila dengan dia orang, join sekali mengumpat saya.”  Syidah teringat yang dia pernah terserempak dengan Khairul dan rakan-rakanya amengata tentang Syidah.

“Tidaklah SYidah, saya tak mahu nampak sangat yang saya sokong Syidah seratus peratus. Nanti orang kata saya hendak bodek SYidah.  Bila dia orang tengah bengang mcam tu, saya ikut saja rentak dia orang, tapi pelan-pelan saya akan  cakap balik. APa pun saya tetap sokong CIk Syahidah seratus peratus.  Dia boss yang baik.  Walaupun dia tegas tetapi dia membuat kita jadi cekap dan dia betul-betul ambil tahu pasal kemajuan diri staff.  Apa pun terjadi, saya hormat dengan Cik Syahidah dan dialah boss yang terbaik untuk kita.”

Syidah memandang Kkairul dengan pandangan lain. Belum sempat Syidah jawab kata-kata Khairul, hidangan yang mereka pesan pun tiba. Sudah pukul 1.15 tengahari.  Perut memang tengah kelaparan.  Aroma yang Nasi beriani yang semerbak mencucuk hidung, kecur air liur.  Tanpa membuang masa mereka pun mula menjamu selera.   

Sambil makan, Syidah asyik memandang Khairul yang juga sedang makan dengan begitu lahap sekali. Macam setahun tidak makan nasi.  Berselera sungguh Khairul makan tengahari ini.  Sudah agak lama Syidah tidak keluar makan dengan Khairul.  Sejak dia sudah berkeluarga SYidah ingat Khairul sudah tidak mahu keluar makan-makan dengan dirinya seperti dulu.  Syidah ingat yidah ingat Khairul tidak ikhlas berkawan rapat dengan dia selama ini.  Rupa-rupanya dia salah.  Tidak dia sangka, begitu rupanya pandangan Khairul terhadap dirinya selama ini.  Memang antara staf-staf  Syida, Khairul yang paling rapat dengan SYidah.  Tetapi tidak dia sangka begitu setia Khairul terhadap dirinya, menyokong dirinya 100%.. Cuma kadang-kala Khairul sengaja tidak mahu tunjuk depan sataf-staf yang lain.  Seronok rasa Syidah tengahari ini.  Sekurang-kurangnya dia ada kawan di dalam diri Khairul.  Syidah yang jauhan diri dari Khairul sejak Khairul berkahwin.  Sepatutnya SYidah tidak berbuat demikian. 

“So..sekarang ini anak Khairul sudah umur berapa tahun?”  Soal Syidah. 

“Sudah setahun Syidah.”

“Oh Sudah besar.  Sudah boleh jalan.”  Bila sebut tentang anak, teringat Syidah tentang Fatim.  Dan teringat juga SYidah tentang anak yang dia kehendaki.  Masalah yang Syidah hadapi muncul kembali dalam minda SYidah.  Untungnya orang  lain yang sudah dapat anak.  Dia juga yang tidak ada rezeki. 

“Sudah..” Jawab Khairul, sudah selesai makan dan sedang menghirup fresh orange di hadapannya.kemudian Khairul sambung lagi..  “Dia jalan cepat, baru sebelas bulan dia sudah mula jalan.  Lasak sekarang ni.  Jenuh Farisya jaga dia sekarang ni.”

“Oh.. Bukan ke Farisya berhenti kerja untuk jaga anak Khairul tu.  Untung baby tu, ada emak jaga sepenuh masa.”

Khairul tersenyum sendiri.  Nampaknya Syidah sudah mula cair dengan kata-kata Khairulyang bersungguh-sungguh tadi.  Syidah sudah mula tanya pasal anak Khairul.  Lepas ini dengan mudah Khairul boleh cerita pasal anak dia yang sudah mula membesar dan masalah kewangan yang Khairul hadapi.  Memang benarlah kata-katanya tadi, CIk Syahidahlah jalan keluar bagi masalah kewangan Khairul.