Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

MDI II: PSMS Bab 1

Bab 1

Syidah mengerang kesakitan. Sakit yang dialaminya rasanya sudah tidak tertanggung lagi. Dia sedang terbaring di atas katil sendirian, mengerikutkan badannya, cuba menahan kesakitan yang dia alami. Sejak dulu lagi dia akan mengalami kesakitan ini selama beberapa hari. Bila dalam keadaan begini Syidah akan makan ubat penahan sakit tetapi sebenarnya kesakitannya itu tidak hilang terus, cuma bila dia ambil ubat tersebut, akan berkurangan sedikit kesakitannya. Syidah mengeluh sendirian. Sepanjang peringkat remaja dia mengalami sengugut tetapi sejak akhir-akhir ini keadaan dia makin teruk. Kini pada umur tiga puluh tiga tahun, bukan berkurangan sakitnya tetapi makin lama makin teruk sakitnya, yang Syidah ingat, keadaan dia makin teruk sejak dua tahun yang lalu. Kadang-kala Syidah tidak berdaya untuk bangun terutama pada hari pertama. Kemudian pada hari-hari berikutnya terutamanya pada hari bekerja, Syidah bertahan dengan ubat tahan sakit. Hanya tuhan yang tahu kesakitan yang dia tanggung selama ini. Semua orang, terutamanya di pejabat tidak faham keadaan Syidah. Syidah tahu mereka mengelar dia dengan bermacam-macam gelaran. Singa, Dragon lady, andalusia dan macam-macam lagi. Syidah tahu pada kakitangan bawahannya, Syidah terlalu tegas dan garang. Pantang silap sedikit kerja mereka, Syidah akan marah di depan-depan semua orang. Kata-katanya kadang –kala begitu tajam sekali.

“Memanglah kalau perempuan lambat kawin, memanglah mcam tu.” Itu kata mereka di pejabat. Syidah tahu cerita tentang kegarangan dirinya sudah diperkatakan semua, bukan di hanya pejabatnya sahaja, tetapi di jabatan-jabatan lain juga. “Kalau hendak dia baik, suruh dia kahwin je… Baiklah nanti.” “Kalau dah garang macam tu, siapa yang hendak kahwin dengan dia, dekat pun orang takut.” Syidah pernah terdengar kakitangan bawahannya mengata tentang dirinya. Syidah kenal suara yang bercakap itu. Nurul, Sarinah dan Amin. Mereka semuanya baru sahaja kena basuh cukup-cukup dengan Syidah kerana kerja yang tidak sempurna. Syidah terus masuk ke dalam bilik air selepas itu, kepalanya terasa amat sakit. Dia basahkan mukanya untuk meringan rasa sakit kepalanya. Bahagian abdomennya mula terasa ‘cramp’. Belum sempat dia keluar dari bilik air, dia terdengar kakitanganya mengata tentang dia di luar pintu bilik air.

“Amboi-amboi…. mereka sedang mengumpat aku!” Geram betul Syidah. Ingin dia sergah mereka semua, tetapi dia mendiamkan dirinya. Lagipun dia rasa tidak selesa. Syidah terus buka pintu bilik air dan keluar dari situ. Rupa-rupanya Khairul, pegawainya pun ada bersama mereka yang sedang mengumpat dia. Semuanya tergamam kerana tidak sangka Cik Syidah ada dalam bilik air dan telah terdengar perbualan mereka. Syidah terus jalan meninggalkan mereka semua. “Sedap sahaja mereka bercakap.” Kata Syidah sendirian. Dia mula rasa sedih. Mereka ingat dia tidak ada perasaan. Mereka ingat dia sengaja suka hendak marah-marah.

Mereka semua tidak tahu yang ketika itu Syidah kesakitan. Mereka tidak memahami keadaan Syidah. Mereka semua tidak tahu sejak akhir-akhir ini keadaan Syidah makin lama makin teruk. Malah beberapa hari sebelum sakitnya datang, Syidah sudah rasa tidak selesa. Semua perkara akan membuat dia sakit kepala atau sakit hati. Kadang kala perkara yang kecil-kecil seperti bunyi yang bingit, ketawa mengilai, seretan kerusi atau jawapan dan juga lawak bodoh pun akan buat dia rasa marah. Terasa hatinya bagai di sagat-sagat, sehingga dia akan keluarkan kata-kata pedas kepada semua di sekelilingnya. Syidah tahu kadang kala dia melampau, dia asyik marah-marah. Tetapi dia sendiri tidak dapat tahan perasaan marahnya itu. Dia dalam kesakitan. Agaknya ketidakseimbangan hormone dalam badannya yang membuatkan keadaannya jadi begini. “Aduh...” Syidah mengerang kesakitan, dia memegang bahagian abdomennya. Pinggangnya terasa bagai hendak putus dua kerana ketegangan.. Seluruh organ dalam abdomennya terasa bagaikan hendak keluar dari bahagian lantai pelviknya. Terlalu perit dan sakit. Darah yang keluar juga terlalu banyak dan berketul-ketul. Hari ini sakitnya lebih dari biasa. Ubat tahan sakit yang tidak langsung beri kesan walaupun sedikit.

“Syidah...” Syidah tidak sedar emaknya sudah berada di dalam bilik tidurnya. Syidah tidak dengar emaknya ketuk pintu dan memanggil namanya. Akhirnya Mak cik Khamsiah buka pintu sendiri dan masuk ke bilik anaknya itu. Mak Cik Khamsiah bawakan tunku panas dan air milo untuk Syidah. Sejak pagi tadi dia tunggu Syidah turun untuk bersarapan bersama. Walaupun hari ini hari Sabtu, mereka tetap bersarapan bersama, Cuma lambat sedikit dari hari-hari bekerja yang lain. Mak Cik Khamsiah sudah agak, mesti sakit Syidah datang lagi. Sejak semalam dia tengok Syidah sudah agak pucat. Syidah mengadu sakit kepala. Sejak semalam lagi Syidah tidak lalu makan dan terus masuk tidur agak awal. Melihat tarikh hari ini, Mak CIk Khamsiah sudah boleh agak sakitnya datang melawat lagi. Mak Cik Khamsiah duduk di sisi katil, sebelah anaknya yang sedang mengerikut kesakitan. Kesihan dia tengok keadaan anak perempuannya itu. Mak Cik Khamsiah tahu, keadaan sebegini banyak terjadi pada perempuan yang belum berkahwin apatah lagi yang sudah makin bertambah usianya. Tetapi Sejak akhir-akhir ini keadaan SYidah makin teruk.


Mak cik Khamsiah urut belakang Syidah perlahan-lahan, kesihan dengan nasib yang menimpa anaknya. Walaupun Mak Cik Khamsiah pandai mengurut dan boleh jaga orang bersalin tetapi nampaknya apa yang dia cuba lakukan sebelum ini juga tidak meringankan sakit Syidah. Dia tidak dapat membantu Syidah. Lagipun Syidah bukan mahu makan ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan air akar kayu. “Sakit?” Kata Mak Cik Khamsiah sambil mengusap dahi anak bungsonya itu. Syidah hanya menganggokkan kepalanya dengan lemah, wajahnya berkerut menahan sakit. “Syidah, emak rasa Syidah kena pergi jumpa doctor. Lain sangat sakit SYidah sejak akhir-akhir ini.” Saran emak.

“Nanti esok lusa baiklah...” Jawab Syidah. Dia cuba mengelak dari membuat emaknya susah hati, tetapi di dalam hatinya dia sedar yang mungkin ada yang tidak kena dengan dirinya. Dia perlu berjumpa doctor untuk mendapatkan kepastian. “Dengar cakap emak ni jangan degil.” Kata Mak CIk Khamsiah lagi. “Baiklah emak. Nanti-nanti Syidah pergilah. Bukan hari ini. Orang sakit ni emak.” Protes Syidah. “Iyelah... minum milo ni.. lepas tu baru boleh makan ubat. Bukan makan ubat perut tengah kosong.” Tegur Mak Cik Khamsiah lagi. Emak tolong angkat badan Syidah untuk beri dia minum air milo. Kemudian emak hulurkan tunku kepada Syidah untuk di letakkan di bahagian abdomennya, mungkin kepanasan tunku itu akan menolong mengurangkan kesakitannya. “Ain dan Haziqkan datang petang ni, bawa Fatin sekali. Jadi emak hendak masak sikit untuk dia orang nanti.” Mak Cik Khamsiah kemudiannya bangun. “Jangan lupa makan ubat.” Mak cik Khamsiah keluar dari bilik Syidah. DIa hendak sediakan hidangan tengahari untuk Ain dan Haziq. Seronok rasanya bila cucu kesayangannya akan datang nanti. Selalunya hanya mereka berdua sahaja yang makan bersama, sunyi betul terasa sebab tinggal mereka berdua sahaja di rumah itu sejak anak saudara Syidah dan cucunya, Ain Safiah berkahwin dan meninggalkan mereka. Ain Safiah sekarang ini tinggal di Kuala Lumpur bersama dengan suaminya Amar Haziq. Dengan susah payah, SYidah bangunkan dirinya dan makan dua biji pil penahan sakit. Kemudian dia baring semula. Syidah pejamkan matanya. Baru Syidah teringat yang Ain Safiah berjanji akan datang dengan suaminya dan anaknya ke rumah mereka pada hujung minggu ini.

“Aduh….” Syidah mengerang kesakitan. DIa memang hendak Ain Safiah datang ke rumah, hendak jumpa lagi dengan anak Ain Safiah yang baru berumur tujuh bulan. Comel betul anak mereka. Syidah ingin mendukong Fatin dan menghidu bau bayi Fatin. Dia sayang sangat dengan Fatin Najwa, anak Sulong Ain Safiah dan Amar Haziq. Cucu kesayangan Datin Izzah dan juga cicit Mak Cik Khamsiah. Tetapi dalam keadaan Syidah kesakitan begini, dia tidak ada mood untuk berjumpa dengan sesiapa pun. Dia Cuma mahu baring di atas katilnya sehingga kesakitannya redha. Dia harap Ain Safiah akan faham dengan keadaan dirinya.


Tiba-tiba sahaja Syidah terasa teramat sedih. Dia ingin sangat bersama dengan Fatin hari ini, bermain-main dengan Fatin. Kehadiran Fatin seolah-olah mengisi kekosongan yang melanda dirinya kini. Perasaan rindu yang teramat sangat mula menyelinapi dirinya. Sejak dari pertama kali dia menyentuh Fatin, kasih sayangnya melimpah terhadap bayi kecil itu. Timbul rasa naluri keibuannya bila dia memeluk Fatin rapat ke dadanya. Saat-saat begini yang buat Syidah rasa sedih kerana dia masih bujang dan tidak mungkin mempunyai anak yang keluar dari rahimnya sendiri. Selama ini Syidah tidak menyesal yang sampai sekarang dia masih belum bertemu dengan jodohnya dan masih keseorangan. Tetapi sejak dia mendakap Fatin didadanya, mencium keharuman seorang bayi suci yang tidak mempunyai dosa, Syidah mula rasakan yang dia kehilangan semua nikmat ini kerana dia tidak berkahwin. Syidah mula rasa menyesal kerana mengambil ringan tentang jodohnya sebelum, terlalu memilih dan selalu merasakan yang dia ada banyak masa lagi. Syidah selalu rasa dia tidak perlu tergesa-gesa hendak kahwin. Akibatnya sehingga kini dia tidak berumah tangga lagi dan keseorangan dan yang paling merugikan dia tidak punyai anaknya sendiri.


Sebenarnya bukan tidak ada lelaki yang berminat dengan Syidah, semasa dia belajar di US lagi ada pemuda yang bernama Hisham yang ingin menjadi teman tetapi SYidah tidak layan. DIa mahu focus dan habiskan pengajiannya, tidak mahu bercinta semasa belajar. Hisham kecewa tetapi tidak lama kemudian dia dapat teman lain. Hisham dengan temannya berkahwin semasa mereka belajar di US lagi. Paling akhir sekali Syidah dengar Hisham kini sudah ada 4 orang anak. Baru kini SYidah mula terfikir, kalaulah dia beri peluang pada Hisham ketika itu, kemungkinan dialah yang menjadi ibu kepada keempat-empat anak-anak itu. Tentu seronok bila balik ke rumah, di kelilingi oleh anak-anak yang comel dan suami yang mengasihi dirinya.


Dalam saat-saat begini, barulah terasa sangat betapa sunyinya hidup Syidah selama ini. Dia tidak mempunyai ramai kawan, kakitangan di pejabatnya benci dengan dia. Hanya emak yang ambil perduli tentang dirinya. Saudara maranya yang lain ada hal dan masalah mereka masing-masing, tidak ada masa hendak layan sangat dirinya. Kalau dia ada seorang anak pun jadilah, tentu dia tidak sesunyi begini. Dan bila dia sudah tua nanti, ada juga orang yang akan mengambil tahu tentang dirinya, ada juga doakan dia bila dia sudah tiada. Apa akan jadi pada dirinya yang sendirian nanti bila dia sudah tua? Kalau emak ada lagi, boleh emak jaga dirinya. Tetapi kalau tidak, siapa yang akan berada bersamanya nanti. Siapa yang menjaganya nanti seperti sekarang ini. Semua persoalan ini membuat Syidah rasa sayu. Baru kini dia menilai semula kehidupannya dan terasa dia telah sia-siakan masa dan peluang yang telah diberikan kepadanya. Syidah teringin sangat mempunyai seorang anak, sebelum peluang yang ada pada dirinya tertutup, selagi dia masih lagi dalam peringkat umur mampu untuk melahirkan seorang anak. Dalam linangan air mata itu, ubat penahan sakit mula berkesan dan Syidah terlelap.


 ******************************

“Cik Syidah… let me explain what is happening inside you now.” “Doktor.. what is happening now? Why do have this pain?” “Please don’t worry. Sabar…biar saya terangkan apa yang berlaku. First let us look at the result of ultra sound yang kita jalankan tadi. And according to you, you have excessive bleedings and blood clots and severe period pain. Right?” Soal Doktor Maria, doktor pakar sakit puan yang memeriksa Syidah. Syidah menganggokkan kepalanya, sudah kurang sabar dengan sikap Doktor Maria yang masih berbasa basi dengan dengannya. Dia sendiri yang pilih untuk bertemu dengan Doktor Maria. Ada beberapa doctor pakar sakit Puan lain di hospital swasta ini tetapi Syidah lebih selesa dengan Doktor wanita sebagai seorang wanita muslim dan juga kerana dia belum berkahwin lagi. Tidak sesuai rasanya doctor pakar sakit puan lelaki yang memeriksa dirinya, walaupun doctor-doktor pakar lelaki itu di rekomenkan sebagai doctor pakar sakit Puan terbaik di hospital itu. :It’s that right Cik Syidah?” Soal Doktor Maria lagi. “Ya… “ Jawab


Syidah sambil menganggokkan kepalanya, masih cuba bersabar, dia sebenarnya kerisauan untuk tahu apa sakitnya dengan segera. “Sebelum ini saya memang ada period pain tetapi sejak akhir-akhir ini keadaan saya makin teruk.

“Period pain ialah sesuatu yang biasa pada setiap wanita. Some woman experienced mild pain but some woman has a severe pain.” Terang doctor lagi. “tapi dalam hal CIk Syidah ini ada benda lain sikit. Saya suspect semua ini adalah symptoms endometriosis atau pun kemungkinan ada fibroid dalam Rahim CIk Syidah. Cuba lihat ketulan-ketulan yang ada dalam gambar ultrasound ini.”

Syidah terasan darah sejuk mengalir dalam tubuhnya. Apa yang dia takutkan selama ini menjadi kenyataan. “Serious ke Doktor?” Tanya Syidah dengan perlahan. “Saya tidak boleh cakap lagi. Saya kena periksa dulu dengan lebih lanjut dan ambil sample untuk buat biopsy. We need to arrange for MRI. Saya hendak tahu the exact position of the fibroid. We make another appointment for these procedures, okay.. Buat masa sekarang saya akan beri ubat ibuprofen untuk tahan sakit.”

“Doktor, adakah ianya merbahaya? Akan jadi kanser?” “Kalau fibroid, jangan risau…Cik Syidah. Selalunya ianya benign atau non-cancerous tumor, selalunya ada pada perempuan yang melewati umur tigapuluhan, tetapi sekarang ini kes-kes fibroid ini terdapat juga pada perempuan dalam lingkungan dua puluhan.”

“Kenapa kita ada fibroid doctor?” Soal Syidah lagi. Kenapa dalam ramai-ramai perempuan dia yang mendapat nasib malang ini. Apa salah yang dia telah lakukan? Syidah tertanya-tanya sendirian.

“Kadang kala disebabkan kemungkinan kandungan estrogen yang tinggi keturunan, bangsa. Malahan menurut kajian para penyelidik perubatan, wanita Africa American lebih banyak mendapat fibroid berbanding dengan bangsa lain,.”

Kemudian Syidah teringatkan sesuatu, wajahnya berkerut kerisauan. Dia rasa sedih sangat. Doktor Maria tertanya-tanya kenapa Syidah nampak begitu sedih sekali. “Cik Syidah? Kenapa? Ada apa-apa yang Cik Syidah hendak tanya dengan saya lagi?” “Doktor… kalau macam ini saya ada harapan untuk mendapat anak?” Doktor Maria terdiam berfikir mendengar pertanyaan Syidah. Dia kemudainnya meneliti butir-butir peribadi Syidah.

“Cik Syidah masih ada window untuk mengandung dan beranak. Ada masa lagi. Sekarang ini adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan anak. Kalau sudah cecah umur 40 tahun dan lebih sudah tidak sesuai untuk mendapatkan anak. Tetapi biar saya buat MRI dulu dan kita tahu keadaan fibroid CIk Syidah. Kemudngkinan besar tidak ada masalah, kecuali kalau fibroid itu menyekat salur fallopian Cik Syidah atau fibroid jadi semakin membesar. Itu sahaja masalahnya… Tetapi ini tekaan saya, we can confirm after the MRI. Lagipun kita boleh buat beberapa option untuk remove the fibroid.” Terang Doktor maria dengan panjang lebar.

“Oh….” Kata Syidah, wajahnya yang tegang menjadi lebih tenang semula, lega rasanya bila dengar dia mungkin masih ada peluang lagi. “Nasib baik saya masih boleh beranak.” “Hmmm Cik Syidah sudah hendak kahwin ke?”

“Huh! Soal Syidah balik. “kenapa Doktor tanya saya hendak kawin ke?” “Iyelah… Cik Syidah kata hendak beranak? Mesti Cik SYidah sedang merancang hendak berkahwin dalam masa terdekat ini.” Serkap Doktor maria. “jangan lupa jemput saya.”

Terkedu Syidah mendengar kata-kata Doktor maria. Dia hendak sangat mempunyai anak sendiri. Tetapi walau bagaimanapun dia kena ada suami untuk dapat anak. Syidah rasa sedih kembali.

“Eloklah Cik Syidah kahwin cepat-cepat. Lepas itu cuba dapat anak. Mana tahu fibroid yang ada makin besar dan mengurangkan peluang dapat anak lagi bila umur sudah meningkat. Tetapi selalunya bukan macam itu.” Nasihat doctor Maria lagi.

Tetapi Doktor Maria tidak sedar kata-katanya itu amat menyedihkan Syidah. Macamana dia hendak cuba mendapatkan anak, dia belum berkahwin. Dia tidak ada rancangan pun hendak berkahwinm tidak ada calon suami pun yang hendak berkahwin dengan Syidah dalam masa yang terdekat ini. Terasa dirinya di rundung malang betul. “Bailah doctor.” Jawab Syidah lemah. “Jangan lupa kita setkan appointment untuk MRI secepat mungkin.” Kata Doktor maria lagi. Syidah menganggok lemah dan bangun dari kerusi dan terus keluar dari bilik Doktor Maria.

***************************

 “Khairul… saya sudah penat hendak cakap banyak. Kenapa laporan ini tidak lengkap. Buat macam lepas batuk di tangga sahaja. Macam hendak tak hendak saja. Bukan kamu semua tak pernah buat laporan macam ni… Kalau saya marah, kau kata saya garang sangat. Macam rimau. Macam Mak Bonda. Tapi bila saya biar tengok apa yang kau orang submit pada saya. Macam hampas!” Kata Syidah. Terasa urat tengoknya mula tegang. Kenapa kakitangannya bersifat keanak-anakan dan tidak boleh buat kerja mereka elok-elok seperti yang SYidah hendakkan.

“Memang ini sahaja information yang kita dapat Syidah.” Kata Khairul lagi. Syidah jeling kea rah Khairul kemudian menjeling kea rah pintu biliknya yang terbuka. Mana tahu ada orang yang dengar perbualan mereka. Bila mereka berdua sahaja, Khairul akan panggil dia Syidah, dia akan gugurkan gelaran Cik. Syidah suka juga bila Khairul buat begitu, bermakna mereka berdua berkawan rapat. Tetapi dia tidak mahu kakitanganya yang lain dengar Khairul memanggilnya Syidah. Nanti hilang hormat dari kakaitangannya yang lain. Syidah dan Khairul memang baik sejak dulu lagi. Malahan dulu Syidah ingat Khairul ada hatin dengan dirinya tetapi tidak berani tackle Syidah sebab SYidah ketuanya. Tetapi Khairul ada teman lain dan telah berkahwin dua tahun yang lalu. Kini mereka masih lagi bekerja bersama dan masih lagi berkawan baik.

Cuma kadang kala SYidah rasa Kahirul ambil kesempatan atas persahabatan mereka dan ingat dia boleh lepas jika dia buat kerja yang sub standard dan Syidah tidak akan marah dengan dia seperti Syidah marah kakitangan yang lain. Khairul memang betul pun sebab Syidah tidak mahu marah-marah keada satu-satu orang yang dia anggap sebagai kawan baiknya. Dia bukan ada ramai kawan di pejabat ini. “But this is not good enough!” Kata Syidah, masih berlembut walaupun dia tidak puas hati. “Okaylah-okaylah… tengok apa yang saya boleh tambah lagi.

” Khairul ambil balik laporan yang dia berikan pada SYidah tadi dan keluar dari bilik. Wajahnya masam, geram dengan perangai SYidah yang cerewet, perempuan yang sukar untuk puas hati. Syidah nampak wajah Khairul yang masam cemberut. Nampaknya Khairul bengang dengan dia. Susah betul berada dalam keadaan Syidah. Mungkin salah dia juga, dia yang terlalu baik dengan Khairul sehingga Khairul rasa dia boleh buat salah tetapi tidak akan ditegur oleh Syidah. Tetapi sebagai seorang professional dalam kerjanya, Syidah tidak boleh biarakan Khairul buat kesilapan yang akan memberikan nama buruk kepada jabatan mereka. Dia ada tanggung jawab hendak tegur Khairul, walaupun sesuatu yang sukar dia lakukan.


Syidah mengeluh sendirian. Dia tidak ada masa hendak fikirkan sangat tentang masalah Khairul. Dia ada masalah yang lebih besar lagi yang menghantui fikirannya. Syidah keluarkan envelope dari begnya dan meneliti sekali lagi laporan doctor Maria. Pagi tadi dia telah pergi berjumpa dengan Doktor maria untuk mengetahui hasil MRI dan biopsi yang telah dilakukan beberapa hari lepas.

“Seperti yang saya cakap, Cik Syidah ada masalah fibroid tetapi ianya benign dan bukan cancerous. Cuma masalahnya ada fibroid ini ada banyak di beberapa tempat dan saya suspect dalam dua tahun terakhir ini, ianya membesar dengan agak cepat. Maybe that is why you experience severe pain dan heavy flow and also clotting. Somehow the rate of growth of the fibroid is quite worrying since one of the fibroid sudah agak besar dan hamper menutup tibu fallopian yang di sebelah kiri. Ada fibroid yang dekat dengan fallopian tiub sebelah kanan tetapi agak kecil lagi.” Syidah tergamam mendengar penerangan Doktor maria. D

ia terasa-rasa harapannya kian hancur. Doktor Maria masih meneruskan peneranganya. “Fibroid ini terletak di dalam otot Rahim, itu yang membuatkan pendarahan yang berpanjang kerana dinding Rahim tidak dapat mengecut dengan sempurna setiap kali berlaku kitar haid. “Habis tu macamana doctor ..kenapa saya mengalami kesakitan yang amat sangat.” “tengok tu dalam MRI ini, ada juga terdapat jenis Fibroid yang dinamakan penduculated fibroid yang berbelit, ini menyebabkan kesakitan.” “Dengan kesakitan dan heavy bleeding yang CIk Syidah alami, selalunya kami syorkan ingin syorkan hysterectomy sahaja.”

“Hah… maksud doctor, selalunya kita akan buat pembedahan untuk buang Rahim.” “Doktor…” Ujar Syidah. “Tak ada jalan lain ke?” “Actually kalau pada patient yang sudah ada anak dan tidak mahu beranak lagi ini adalah jalan terbaik.”

 “Habis kenapa doctor syorkan saya buat hysterectomy juga?” Soal Syidah. Dalam masalah cik Syidah ni… Saya takut kalau kita tunggu lebih lama ada masalah lain timbul. Contohnya fibroid yang benign ini boleh bertukar menjadi maglinant iaitu cancerous. Ini saya conclude dari rate of growth fibroid ini yang saya rasa begitu cepat sekali. Ini akan merbahayakan keadaan Cik Syidah.”

“Tetapi kalau buang macamana saya hendak dapat anak Doktor. Mesti ada alternative lain. Please Doktor. Boleh tak saya biarkan dahulu sebelum buat apa-apa penbedahan.” “Kita boleh biarkan, Cik Syidah kena tahan sakit yang di alami sementara Cik Syidah hendak cuba dapat anak tetapi saya cadangkan Cik Syidah patut segera kawin dan cuba dapatkan anak. Sebab tanpa buat apa-apa, saya takut fibroid yang disebelah kanan juga menjadi besar dan tutup fallopian tiub sebelah kanan juga dan jika buat pembedahan sama ada di sebelah kiri atau kanan fallopian tiub tetap ada risikonya, peratus peluang kehamilan pun menurun dan ada kemungkinan terjadi kehamilan ektopik, kehamilan dalam tiub falopian. Jadi saya tidak mahu ambil risiko itu. Kalau betul Cik Syidah hendak dapat anak, Cik Syidah kena kahwin dan berusaha untuk mengandung dengan secepat mungkin, before this small window of opportunity tertutup langsung.” Nasihat Doktor Maria dengan panjang lebar.

“Kalau tidak?” “Mungkin ada peluang lain, IVF tetapi peratus kejayaan pun belum tentu. Cik Syidah boleh ambil anak angkat.

“No… Doktor… saya hendak anak saya hendiri. Saya teringin sangat hendak dapat anak saya sendiri.”

“Okay… kalau itu yang CIk Syidah hendakkan… Jadi lebih baik usaha normal way dulu. Insya Allah ada jalan. Discusslah dengan bakal suami Cik Syidah dan segeralah perkahwinan Cik Syidah dan immediately you should try to conceive.” Syidah hanya menganggokkan kepalanya.

Beriya Doktor Maria menyarankan Syidah untuk kawin dan segera berusaha untuk hamil, kalau Syidah betul-betul ingin mendapat anak. Doktor Maria tidak tahu yang dia tidak ada calon pun suami pun, bukan saja calon tunang, calon boyfriend pun tak ada. Mana Syidah hendak cari calon suami dalam dalam masa sesingkat mungkin. Siapa yang hendak kahwin dengan dia? Adakah lelaki yang sanggup dibayar untuk berkahwin dengan dia? Macam beli di supermarket atau beli online di internet. Orang kata semua benda di jual die bay. Adakah lelaki yang boleh jadi pak sanggup yang dijual di ebay? Syidah kebuntuan. Dia mesti cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalahnya itu dan memenuhi impiannya selama ini.

2 comments:

buku yang sangat bagus untuk di baca...

 

next for bab 2, it's a good story i ever read..
please visit for streaming/download free movie HD