Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

Siapa Aku DI sisi Mu Bab 1

Bab 1

Jurutera muda yang baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur tidak sabar menunggu di kaunter pendaftaran. Jarinya di ketuk-ketuk di atas muka meja kaunter yang licin itu. Sambil menunggu penyambut tetamu keluar dia memandang sekeliling kawasan rumah penginapan yang akan dihuninya selama tiga bulan ini. Suasana tengahari di Cameron Highland sejuk dan dingin. Tambahan pula bumi baru sahaja di simbah hujan. Kebanyakan ciri-ciri kolonial Cameron Highland masih dikekalkan, kebanyakan bangunan dan rumah masih mengekalkan rekabentuk rumah gaya 'English Country', mengingatkan semua kepada zaman kolonial British.

Cantik sungguh keadaan disekeliling rumah tumpangan ini. Bunga-bunga yang indah menghiasi kawasan perkarangan rumah tumpangan ini. Cantik dengan bermacam-macam warna dan bentuk-bentuk yang menarik. Memang seperti bunga-bungaan di negara temprate. Terkenang masa pula pemuda ini ketika dia belajar di Brigthon, United Kingdom. Tetapi masa itu dia tidak ada masa untuk memerhatikan keindahan bunga-bungaan. Banyak aktiviti lain yang lebih menjadi tumpuannya ketika itu. Jurutera muda itu tersenyum sendirian mengingati zaman-zaman dia di university tersebut. Dia pelajar paling aktif dan popular di kalangan pelajar di situ. Menjadi rebutan ramai gadis sehingga sekarang ini.

Sehingga sekarang dia masih lagi menjadi buruan gadis-gadis di Kuala Lumpur. Malangnya kali ini dia kena bertugas di Cameron Highland selama tiga bulan. Tentu satu kehidupan yang menjemukan. Jiwanya sudah sebati dengan lampu neon di malam hari dan kilauan lampu-lampu kelab malam di Kuala Lumpur, bandaraya yang tidak pernah tidur.

Bunyi suara berdehem perlahan mengembalikan dia dari lamunannya. Dia mengalehkan badannya menghadapkan keseluruhan tubuh badannya yang segak ke arah kaunter. Di hadapannya terdapat seorang gadis muda yang sedang memberikan senyuman manis kepadanya. Gadis tersebut memakai baju kebaya biru, berbunga tulip kuning, sesuai dengan bentuk tubuhnya yang langsing. Rambutnya panjang hingga ke melepasi paras bahu, lurus lebat dan licin. Mukanya putih, hidungnya tidak terlalu mancung, tetapi cukup cantik terletak sesuai dengan bentuk mukanya yang bujur sirih. Bibirnya mongel bewarna merah jambu, begitu manis sekali. Matanya bulat dan besar tidak padan dengan mukanya yang bujur sirih itu, Tetapi membuatkan mukanya kelihatan menarik sekali. Dia terpukau sebentar melihat wajah yang tersenyum kepadanya itu.

“Encik, boleh saya bantu,” tanya gadis itu lembut, tiba-tiba bibir mongel itu mengukir senyuman yang manis kepada tetamu yang baru tiba itu.
Degupan jantung pemuda itu terhenti sebentar. Senyuman manis itu seperti panah yang dilepaskan dari busar terus menusuk ke dalam kalbunya. Dia terpukau seketika dengan panahan istimewa itu.

“Uh....Company saya ada buat buat booking untuk saya,” kata pemuda itu. Matanya masih belum melepaskan pandangan gadis yang dihadapannya.

“Nama Encik?” Tanya gadis itu lagi.

“Khairil Izwan.”

“Oh! Untuk tempahan selama tiga bulan tu,” kata gadis itu lagi, tanganya pantas membuka buku tempahan dan matanya mencari-cari nama Khairil Izwan.
“Iye,” Izwan menjawap ringkas. Dia segera memulihkan dirinya dari terpukau oleh senyuman tadi. Dia di sini untuk bekerja. Bukan hendak leka dengan senyuman manis tadi itu. Lagipun dia sudah penat, memandu dari Kuala Lumpur. Dia hanya mahu merehatkan dirinya sahaja.

“Lama ye.. Encik akan tinggal di sini.” Tanya Gadis itu. Dia tidak perasan yang Izwan tidak mahu lama-lama lagi berada di situ, mahu segera ke biliknya.

“Saya kena bertugas sebagai resident engineer untuk projek pembangunan Hotel di sebelah tu,” terang Izwan, melayan juga soalan gadis itu walaupun pada mulanya dia malas hendak berbicara. Kemudian dia bertanya lagi dengan gadis itu.

“Yang lain-lain sudah tiba ke?”

“Ada dua orang yang sudah tiba dan dua orang lagi belum tiba. Bilik mereka semua berhampiran dengan bilik Encik Izwan,” jawap gadis manis itu.

"Azrul sudah sampai?" Izwan bertanya tentang rakan baikny.

Siti Hajar meneliti buku pendaftaran dan kemudian memberitahu Izwan, " belum Encik Izwan." kemudian dia memberikan borang untuk Izwan mengisi butir-butir peribadinya untuk tujuan penyimpanan rekod.

Izwan mengisi borang dengan segera dan memberikan kembali kepada gadis tersebut. Bagus juga Azrul belum sampai, jadi Izwan yang dapat berkenalan dulu dengan gadis ini. Izwan melihat nama yang tertera di dadanya. Siti Hajar. Siti Hajar kemudiannya menyerahkan kunci bilik kepada Izwan sambil tersenyum.

“Welcome to Kelly’s Inn, Sir. Hope you enjoy your stay here,” katanya lagi. Lalu dia keluar dari kawasan kaunter untuk membawa Izwan ke biliknya.

“Thank You,” balas Izwan, mengambil kunci dan mengalas begnya lalu mengikut gadis yang bernama Siti Hajar itu dari belakang. Lenggok liuk lembut gadis itu juga menarik hatinya. Badannya langsing dan susuk tubuhnya menarik. Gadis yang menarik dan manis seperti Siti Hajar sepatutnya bekerja di hotel lima Bintang yang banyak terdapat di kawasan ini. Kenapa agaknya dia hanya bekerja di rumah penginapan kecil seperti Kelly’s Inn. Padahal di hotel-hotel sana gajinya mungkin lebih lumayan. Izwan berteka-teki sendirian.

Setiba di bilik Izwan, Izwan membukakan pintu biliknya. Siti memasuki bilik tersebut sambil membuka suiz lampu dan kipas. Kain langsir yang menutup tingkap juga di buka oleh Siti Hajar. Setelah memerhatikan bahawa semua keperluan bilik itu cukup, dia bergerak menuju ke pintu untuk meninggalkan bilik itu. Sebelum beredar, Siti Hajar berkata. “We serve tea at 4.30 pm and dinner at 8.00pm until 10.00 pm. Is that all sir,”

“Yeah that’s all. I won’t come out for tea. But I will want dinner tonight.,” jawap Izwan.

“Okay sir. Have a nice stay,” Gadis itu pun berlalu pergi meninggalkan Izwan.

Izwan menutup pintunya dan memerhatikan keadaan bilik yang akan dihuninya selama tiga bulan ini. Walaupun rumah penginapan ini nampak agak ringkas, tetapi reka bentuk dalaman bilik mengambarkan cita rasa yang mewah. Izwan agak terpegun dengan keadaan bilik ini. Katil Poster bed yang besar terletak di tengah-tengah ruang bilik ini. Kertas dinding dan jenis kain langsir, cadar dan perabotnya yang mempamerkan warna biru dan emas membangkitkan suasana Keinggerisan. Bau harum bunga lavender memenuhi ruang biliknya. Bilik air yang juga besar dan cantik dan dilengkapi dengan kelengkapan seperti tub mandi dan pancutan mandian air panas. Izwan berpuas hati dengan keadaan bilik ini. Dia terus membaringkan badannya yang keletihan setelah memandu dengan lama tadi. Tanpa di sedarinya dia terlena.

**********************************8

Dewan makan Kelly’s Inn ini tidaklah terlalu besar. Keseluruhan rumah penginapan ini mempunyai lima belas bilik tidur. Syarikat mereka memilih rumah tumpangan ini kerana hargannya yang berpatutan berbanding dengan hotel lima bintang yang banyak terdapat di Tanah Rata dan Brincang. Lagipun rumah tumpangan ini terletak bersebelahan dengan tempat mereka bertugas iaitu sebuah projek pembangunan Hotel bertaraf Lima Bintang. Ini akan menjimatkan masa dan kos dari segi logistik. Selain daripada itu keadaan ini akan keselesaan kepada pekerja keranan mereka kerana bertugas di sini selama 3 bulan. Makanan di sediakan oleh pihak rumah tumpangan untuk penghuni. Dengan ini pihak syarikat berharap agar kakitangannya yang bertugas di sini akan dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.
Cuma terdapat beberapa orang yang memenuhi ruang dewan makan. Izwan duduk di meja yang berhampiran dengan dinding kaca. Siti Hajar menghampirinya sambil memberikan menu untuknya lalu bertanya “Encik hendak makan buffet atau ala carte.”

“Buffet,” kata Izwan ringkas.

“Silakan Encik,” Siti Hajar mempelawanya dengan lembut.

Izwan bangun menuju ke meja makanan yang sudah siap terhidang. Dia lantas mengambil pinggan nasi dan menyenduk makanannya.

Walaupun tidak banyak makanan yang dihidang, memandangkan bukan ramai sangat penghuni rumah tumpangan ini tetapi makanannya menarik perhatian Izwan.

Sup asparagus berkrim dengan roti perancis, Beberapa jenis lauk pauk, ikan, udang, daging kambing, sayur-sayur di atur dengan menarik.
Makanan pencuci mulut pula terdiri daripada kek keju dan blueberry filling membuka seleranya. Memang dia sedang kelaparan. Akhir sekali makan malamnya di sudahi dengan hidangan the bru Cameroon Highland yang terkenal. Izwan menyandarkan badannya di kerusi. Dia sudah kekenyangan. Memang enak sunguh masakan di Kelly’s Inn ini. Patutlah syarikatnya memilih rumah tumpangan ini.

“Make you feel at home.” Itulah kata pegawai pentadbiran yang membuat tempahan untuk mereka tempoh hari apabila Izwan dan Azrul memprotes keputusan syarikat untuk menempatkan mereka di Kelly’s Inn. Memang kalau ikutkan mereka berdua, mereka lebih suka jika di tempatkan di hotel-hotel besar seperti Heritage Hotel atau Strawberry Parks. Di tempat-tempat penginapan ini pub and grill dan pusat karoake. Tidaklah mereka bosan sepanjang masa mereka tinggal di sini. Ini duduk di Kampung Raja yang jauh dari semua itu. Jemunya. Harap-harap tiga bulan ini akan berlalu dengan segera.

Keadaan dewan makan tenang dan penghuni sedang menikmati makanan yang disediakan. Izwan memerhatikan sahaja mereka yang sedang makan di situ. Terdapat seorang lelaki berbangsa Inggeris yang duduk makan keseorangan. Dia nampaknya sedang sungguh-sungguh menikmati hidangan makan malam ini. Siti Hajar dilihatnya sibuk melayan semua orang. Dia singgah dari meja ke meja sampai menuangkan minuman air kosong, teh atau kopi kepada pelanggan.

Melihat Siti Hajar sedang bekerja membuat Izwan terfikir sendirian.
“Kerja apa asebenarnya gadis ini, di kaunter pun dia, sebagai bellboy pun dia juga, kini di dewan makan dia juga yang melayan.” Pelik Izwan melihatnya tetapi Izwan mencuci matanya dengan memerhatikan Siti Hajar. Hatinya begitu tertarik dengan gadis tersebut. Mukanya yang manis menegur semua orang. Tutur bahasa dan gayanya yang lemah lembut dan sikapnya yang begitu menghormati para tetamu membuat Izwan begitu tertarik untuk memandang nya dari jauh. Dia membuat semua orang rasa dihargai.
Setelah puas memandang SIti Hajar, Izwan mengeluh sendirian sambil memandang keluar dinding kaca. Hanya lampu-lampu malap yang dapat dilihatnya. Suasana disekitar begitu dingin sekali. Izwan memandang kea rah jamtangannya. Baru pukul pukul 9.00 malam. Apa yang hendak dia lakukan? Malam masih terlalu muda. Kalau di Kuala Lumpur, masa inilah dia baru mahu keluar, bersuka-ria hingga ke pagi. Bagaimana harus dia menghadapi kebosanan ini selama 3 bulan.

Izwan sudah merancang-rancang untuk balik ke Kuala lumpur setiap dua minggu. Azrul juga berpendapat sedemikian. Mati mereka berdua kalau di buru kebosanan begini selama tiga bulan.

Apa lagi yang dia hendak lakukan sekarang. Hendak tidur, dia baru bangun tidur. Hendak tengok Televisyen, tiada siaran yang menarik. Hendak turun ke Tanah Rata atau pergi ke Brinchang waktu malam begini, Izwan malas untuk meredah jalan yang berliku-liku pada waktu ini. Akhir sekali, dia bangun dan mula melangkah ke bilik nya sendiri.

2 comments:

wahhhhh ...citer baruuu....

 

permulaan cerita yang menarik.