Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

Aku Yang Kau Tinggalkan 8

Bab 8


Nia merenung keluar jendela, Hari ini sudah sah dia menjadi isteri Zaril Ikhwan. Dia luar sana, kenduri-kendara masih berjalan rancak. Ramai juga para jemputan yang hadir meraikan perkahwinan Nia dan Zaril Ikhwan.

“Macam kenduri kawin betul-betul!”Kata Nia sendirian.

Memang betul pun! Nia bukan kawin olok-olok. Nia sudah menjadi seorang isteri. Nia seperti macam tidak percaya dengan segala yang berlaku. Semua terjadi dengan begitu pantas sekali. Banyak kali Nia ingin membatalkan perkahwinannya dengan Zaril Ikhwan tetapi dia tahu dia tidak boleh berbuat demikian. Puan Zainun terlalu banyak menabur budi terhadap keluarga Nia. Sebaik baik sahaja dia memberitahunya yang emak kena menjalankan pemeriksaan lanjut untuk memastikan jantung emak berada dalam keadaan baik, Puan Zainun terus membuat temujanji untuk emak menemui pakar sakit jantung di hospital Pakar di Pulau Pinang. Sebaik sahaja selesai pernikahan Nia, Encik Nor Zaidi akan membawa emak ke sana untuk pemeriksaan lanjut. Nia sungguh rasa terhutang budi dengan Puan Zainun. Mana mungkin dia mengecewakan Puan Zainun dengan membatalkan perkahwinan dia dengan Zaril Ikhwan?

Semua urusan perkahwinan di uruskan oleh Encik Nor Zaidi. Semua di bereskan dengan cekap oleh peguam itu. Entah macamana dia membuat ayah hadir bersama dalam majlis pernikahan itu pun Nia tidak pasti. Ayah datang seorang. Mungkin ini juga atas permintaan Encik Nor Zaidi sebab tidak mahu mengeruhkan majlis perkahwinan Nia dan menyakitkan hati mereka sekeluarga terutama emak yang masih tidak sihat lagi. Mungkin Encik Nor Zaidi telah membayar sedikit wang sagu hati kepada ayah. Walaupun ayah hadir ke majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan Nia dengan Zaril Ikhwan, tetapi ayah tidak mahu menjadi wali kepada pernikahan itu dan Encik Nor Zaidi segera menyelesaikan urusan pernikahan itu dengan menggunakan wali aqrab, iaitu Shahid sebagai saudara lelaki bertindak sebagai wali bagi pernikahan tersebut.

Majlis pernikahan dijalankan lebih awal lagi dalam satu majlis yang ringkas. Puan Zainun tidak mahu orang ramai mengerumuni majlis itu kerana tidak mahu Zaril Ikhwan menjadi resah . Akad nikah dijalankan diruang keluarga di bahagian bawah rumah. Hanya orang yang tertentu sahaja yang menghadirinya, Kedua pihak pengantin, Shahid, ayah, Shafiq, saksi-saksi dan beberapa orang keluarga terdekat. Mak Cik Rosnah juga hadir di majlis akad nikah tersebut. Dia telah di bawa ke rumah Puan Zainun oleh Encik Nor Zaidi bersama dengan Nia. Walaupun dia nampak lesu, Mak Cik Rosnah gembira dan bersyukur dapat hadir sama dalam majlis akad Nikah itu.

Sebaik sampai di rumah Puan Zainun, Nia terus di bawa masuk ke dalam bilik Zaril Ikhwan. Bilik itu dihias indah. Zaril Ikhwan juga sedang menunggu di dalam bilik itu. Dia memakai baju melayu serba putih, sama seperti baju kurung Nia. Tetapi jambang dan rambut panjangnya tidak dipotong juda tidak dikemas rapi.. Zaril Ikhwan sedang duduk, dia nampak tenang hari ini. Zaril Ikhwan tidak memandang wajah Nia langsung. Seperti biasa hanya melihat dinding biliknya sahaja.

Nia mengambil peluang ini untuk melihat betul-betul wajahnya, Nia agak terkejut, di bahagian pipi kanannya ada parut panjang bermula dari tepi hidung hingga ke telinga kanannya. Mesti parut dari kecederaan yang di alami dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya tempoh hari. Parut dimukanya itu membuat mukanya kelihatan menakutkan. Kenapa dia tidak perasan akan parut itu semasa dia melawat Zaril Ikhwan tempoh hari. Nia serta merta mengigil kesejukan. Ingin dia lari dari situ juga, apa yang dia tahu tentang Zaril Ikhwan? Macamana dia hendak sesuaikan diri dengan lelaki yang berparut hodoh di mukanya itu? Zaril Ikhwan juga tidak berapa sihat, mood dia yang bertukar-tukar. Sekejap ok, sekejap tidak. Boleh ke Nia menghadapi semua ini? Nia hilang keberaniannya buat ke sekian kalinya.

“Ya Allah! Selamatkan daku, Ya Allah. Tolong Nia, Ya Allah. Biarlah semua ini hanya mimpi” Rayu Nia, mencari jalan keluar di saat-saat terakhir. Siapa akan menolong dia melepaskan diri dari semua ini?
Tiba-tiba Mak Cik Rosnah masuk ke dalam bilik itu, wajahnya berseri dari biasa, walaupun nampak keletihan. Puan Zainun dan Mak Cik Siah berada belakang Makcik Rosnah. Mak Cik Rosnah menghampiri Nia, Nia segera memeluk emaknya. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan.

“Nia, Nia, kena gembira, hari ini hari perkahwinan Nia.” Mak Cik Rosnah melihat wajah anak kesayangannya itu, lalu mengesat air matanya.

“Eh! Nia menangis? Kenapa Nia? Nia menyesal ke?” Wajah Mak Cik Rosnah serta merta bertukar menjadi risau. Nia menyesal menyebabkan wajah gembira emaknya bertukar menjadi muram.

“Tidak emak, Nia gembira, Nia menangis sebab tengok emak sudah sihat.” Nia sedar dia tidak ada jalan keluar lagi. Dia adalah harapan terahir emaknya. Nia mesti tabahkan hati dan teruskan dengan janjinya itu. Demi untuk emak! Demi untuk adik-adik.

Tidak lama kemudian Tok Kadi masuk ke dalam bilik tidur itu. Dia duduk di kerusi berhampiran dengan Zaril Ikhwan dan bertanya beberapa soalan kepada Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan kelihatan baik-baik sahaja hari ini. Soalan-soalan ringkas yang ditanya Tok Kadi dijawab dengan tepat. Mungkin pelik sikit pernikahan mereka yang dijalankan di rumah lelaki tetapi nampaknya Tok kadi relaks sahaja, mungkin dia sudah lihat banyak benda yang lebih pelik. Atau Encik Nor Zaidi sudah terangkan keadaan mereka kepadanya terlebih awal lagi.

“Itu Nia Atirah. Zaril kenal dia?” Tok Kadi menunjukkan ibu jarinya ke arah Nia yang sedang

duduk di sisi katil bersama Mak Cik Rosnah dan Mak Cik Siah.

“Sayang.” Jawab Zaril Ikhwan sambil menganggukkan kepalanya lalu mengikut tok kadi menunjukkan ibu jarinya ke arah Nia.

“Sayang Nia?” Tanya Tok Kadi sambil tersenyum. Zaril Menganggukkan kepalanya lagi.

“Sayang.” Jawab Zaril Ikhwan. Puan Zainun lega kerana hari ini mood Zaril Ikhwan agak baik.

“Hari ini saya akan nikahkan Zaril dengan Nia Atirah. Boleh?” Jelas Tok kadi lagi.

“Boleh.” Zaril Ikhwan menganggukkan kepalanya. Tok Kadi memandang Nia, Nia hanya menganggukkan kepalanya.

“Baiklah, mari kita mulakan. Lebih cepat lebih bagus. Lepas ini ada satu lagi akad nikah yang saya akan jalankan di kampong sebelah.” Ujar Tok Kadi lagi.


Puan Zainun membawa Zaril Ikhwan keluar dari bilik itu, mengekori Tok kadi. Mereka diikuti oleh Mak Cik Siah, Makcik Rosnah dan Nia. Nia duduk di atas kusyen yang disediakan berwarna merah hati, di apit oleh makcik Siah dan Mak cik Rosnah. Manakala kaum lelaki semua berkumpul di tengah-tengah ruang keluarga. Oleh kerana keadaan Zaril Ikhwan, Encik Nor Zaidi sudah mengaturkan supaya Zaril Ikhwan diwakili oleh bapanya sendiri, Encik Zahari. Duduk sebelahnya ialah emak kepada Zaril Ikhwan, Puan Hanida dan adik lelakinya Zainul Azman. Nia belum sempat dikenalkan kepada emak Zaril Ikhwan. Manakala seorang lagi adik perempuan Zaril Ikhwan tidak dapat hadir kemajlis pernikahannya kerana sedang belajar di luar Negara.

Shahid juga sudah menunggu di sebelah tok kadi, bersama dua orang saksi, Encik Nor Zaidi dan seorang lelaki lagi yang Nia tidak kenali. Akad nikah berjalan dengan lancar, dengan sekali lafaz dari wakil Zaril Ikhwan, mereka sah menjadi suami isteri.

Kini Nia duduk seorang diri di dalam bilik tidur mereka berdua. Setelah bersalam-salaman dengan beberapa orang dari keluarga Puan Zainun, Nia masuk semula ke dalam bilik. Zaril Ikhwan bersama dengan kedua ibu bapanya di luar di ruang tamu. Dia nampak gembira dapat bersama emak dan bapanya. Di luar sana majlis kenduri masih berjalan dengan meriahnya. Kata Mak Cik Siah, nasi beriani dan lauk kenduri di luar sana tu sangat enak. Tetapi Nia tidak ada selera untuk menjamah makanan. Dia hanya bersarapan pagi tadi. Sarapan terakhir sebelum dia bergelar seorang isteri.

Mak Cik Rosnah masuk kembali ke dalam bilik tidur Zaril dan Nia. Dia sudah mahu pulang ke rumahnya. Mak Cik Rosnah menghampiri Nia lantas memeluknya.

“Nia, Nia jadilah seorang isteri yang baik. Emak rasa Zaril Ikhwan seorang yang baik. Dia tidak akan sia-sia Nia, bukan macam ayah. Emak tahu mungkin dia tidak berapa sihat sekarang ini. Mungkin satu hari nanti dia akan puleh juga. Emak akan sentiasa doakan Nia. Nia anak yang baik. Nia jadilah isteri yang baik pulak. Emak hendak balik rumah kita kejap lagi ni. Nia tinggal di sini. Jaga diri dan jaga nama emak dan keluarga kita.” Nasihat Mak Cik Rosnah dengan panjang lebar. Nia menjadi sebak, emak sudah hendak pulang ke rumahnya, tinggal Nia seorang diri di rumah yang penuh dengan orang asing dan suami yang tidak dikenalinya. Dia memeluk emaknya kali terakhir. Mak Cik Rosnah pun mengalirkan air matanya, besar sungguh pengorbanan anak sulungnya itu. Mak Cik Rosnah berharap sebagai balasan dari kebaikan Nia, dia akan dapat mengecap kebahagian bersama suaminya Zaril Ikhwan.

Setelah mak cik Rosnah meninggalkan bilik itu, Nia segera mandi dan kemudian bersembahyang zohor. Setelah selesai sembahyang Nia berdoa panjang. Harapan Nia, agar dia dapat bersabar menempoh semua dugaan yang mendatang.

“Hemmm.” Tiba kedengaran bunyi suara orang berdehem. Nia menoleh kea rah suara itu. Puan Hanida, emak Zaril Ikhwan sedang menunggu Nia selesai sembahyang.



“Emak, maaf. Saya tidak sedar emak ada di sini.” Kata Nia, sambil bangun lantas melipat telekong sembahyangnya itu dan menyimpan di dalam almari pakaiannnya. Puan Hanida menjeling tajam ke wajah Nia. Puan Hanida tidak nampak seperti usianya, dia kelihatan muda untuk mempunyai anak yang sudah mencecah umur dua puluh tujuh tahun. Rambutnya berwarna perang dan dilepaskan panjang, begitu menarik sekali penampilaannya. Wajahnya cerah, hidung mancung, matanya dihias dengan eye shadow berwarna perang, dengan yang dicalit dengan gincu merah. Sesekali pandang, nampak seperti orang dari Negara Barat atau atau orang Pan Asia. Cantik betul emalk mentuanya itu. Mungkin emak mentuanya ingin mengalu-alukan Nia ke keluarganya. Nia memberikan senyuman kepada Puan Hanida, Nia berjalan menuju ke mentuanya itu.



“I nak tengok perempuan macamana yang mak mentua I kawinkan dengan anak I.” Kata Puan Hanida agak sinis. Nia terhenti langkahnya untuk menhampiri Puan Hanida. Dia tidak pasti sama ada dia harus ke hadapan atau mengundur ke belakang.

“Orang tua tu ingat dia pandai, carikan budak kampong ni dan kawinkan dengan Zaril Ikhwan. Tu sahaja cara dia hendak make sure Zaril Ikhwan akan duduk dengan dia di sini. Husband I pulak setuju sahaja!” Sungut Puan Hanida lagi.

“Emak…”Nia cuba bercakap dengan Puan Hanida. Dia ingat dia salah dengar kata-kata awal Puan Hanida.

“Apa emak-emak? I takkan mengaku you ni anak menantu tau! Jangan panggil I emak!” Sergah Puan Hanida.

“Baa…baik .” Kata Nia. Dia jadi bingung, kenapa sampai jadi begini. Nia tidak sedar ada orang yang tidak setuju dengan perkahwinannya dengan Zaril Ikhwan. Dia ingat dia akan membantu Puan Zainun.

“Eh! You tu tak padan dengan Zaril Ikhwan tahu! Kalau Zaril Ikhwan sihat, orang kampong macam you ni dia tak akan pandang langsung, tahu! Mak mentua I tu dah nyanyok! Anak I di kawinkan dengan some uneducated kampong girl! You ingat kalau Zaril Ikhwan okay, dia setuju ke dengan this marriage?

“Saya, … saya cuma hendak membantu Abang Zaril, mudah-mudahan dia akan semboh.”

“Iye ke? Ke sebab duit yang mak mentua I bagikan.”

“Ummm Ummmm..” Wajah Nia menunjukkan dia bersalah.

“Berapalah duit yang you dapat, untuk you jual diri you? You desperate sangat ke?” Nia rasa sedih, dia memang perlukan sangat duit untuk membantu emaknya, dia juga ingat dia membantu Puan Zainun dan Zaril Ikhwan tetapi Puan Hanida membuat dia rasa begitu hina kerana berkahwin semata-mata hendakkan duit yang dihulurkan oleh Puan Zainun.

“Hendak tolong sembohkan Zaril konon… You ingat you doctor ke? Pandai sangat ke? Sudah macam-macam doctor kami pergi tahu. Ingat kami tak try ubatkan dia ke? Ingat kami ini bodoh ke? Ingat kami tak perdulikan anak kami ke? Baru kawin sehari sudah pandai-pandai kata orang! Herdik Puan Hanida lagi.

“Saya tak maksud macam tu, Puan.”

"You saja hendak susahkan I ye? Panggil I Puan ye! You berani panggil I Puan depan-depan orang lain. You jaga! Nanti Mak Mentua I tu saja cari salah I lagi. You nak menyusahkan I ye?”

“Tak…Niat saya hendak membantu sahaja. Jawab Nia.

“Sudahlah. Nak bantu konon. Baik you jangan harap dia tu semboh! You tau tak? Kalaulah dia tu tiba-tiba sembuh, dia akan buang you straight away tau! Dia takkan setuju di kawinkan dengan orang macam you tau! Girl friend dia orang kelas-kelas tau. Anak orang kaya-kaya. Highly educated tahu. You faham ke highly educated tu apa maknanya. Main angguk-angguk je?” Perli Puan Hanida.

Memang Nia faham, Kalaupun dia tidak masuk Universiti dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Bahasa Inggeris pun dia masih lagi faham makna “highly educated”, tetapi Nia hanya mendiamkan dirinya. Mereka semua tidak tahu yang walaupun dia mengambil tempat Ani yang tidak menamaatkan perskolahannya, Nia pula berpelajaran tinggi. Mungkin Puan Zainun yang cakap pada anak-anaknya, dia sengaja memilih orang yang tidak berpelajaran macam Ani sebagai isteri Zaril supaya isterinya akan menjaga suaminya dengan baik. Seorang yang redha dengan rezeki yang ada tanpa ada cita-cita tinggi hendak keluar dari rumah dan bekerja, yang mempunyai karier. Memang mana ada orang yang hendak kawin dengan cara begini, kecuali orang yang terdesak macam Nia.


“I hendak cakapa dengan you, Zaril Ikhwan sudah ada girl friend tau, dia orang sudah hendak bertunang tahu before the accident happened. Dalam dia keadaan macam ni, bolehlah you all manipulate dia. Kalau dia dah baik. You ingat dia akan stay macam ni aje. Dia akan balik pada tunang dia. Faham! Tak sedar diri!”

Berat sungguh hati dia menerima kata-kata kesat dari Puan Hanida. Kalau betullah kata-kata Puan Hanida, Nia pun suka juga. Dia pun boleh bebas dari perkahwinan ini dan hidup bebas dengan orang yang dia sayangi. Tidaklah dia terperangkap dengan Zaril Ikhwan di rumah ini selamanya.

“Kalau you tengok si Raihana, bakal tunang Zaril, you akan tengok you tu dengan dia macam langit dengan bumi. Mak mentua I pun, kalau yepun hendak carikan isteri yang bodoh untuk Zaril, sekurang-kurangnya carilah yang cantik sikit. Ini kurus kering macam tak cukup makan! Teruk sangat ke family you ni?”

Nia memandang wajah ibu mertuanya. Berapa lama lagi mak mertuanya hendak menghina dia di dalam bilik ini pun Nia tidak tahu. Sampai bila dia boleh menahan sabarnya juga Nia tidak boleh janji. Sebaik-baik Nia dia juga ada tahap kesabarannya. Nia harap Mak mertuanya itu akan menghentikan perbuatannya sebelum Nia pulak naik marah. Bukan Puan Hanida seorang sahaja yang boleh naik aangin. Nia pun boleh naik angin kalau sudah tidak tahan dihina oleh mak mertua nya itu, terutama kalau dia mula mengungkit tentang kekurangan Nia dan keluarganya. Nia sedar dirinya tidak begitu menarik. Lainlah Ani yang cantik jelita. Nia rasa begitu rendah diri. Pada hari pernikahannya ini pun dia kelihatan biasa sahaja. Tidak ada mak andam yang menghias dirinya supaya kelihatan lebih lawa untuk hari yang sepatutnya begitu bermakna dalam hidupnya. Dia cuma menyapukan mukanya dengan bedak debu dan bibirnya di sapu dengan gincu kepunyaan Ani yang ditinggalkan di meja solek usang yang terletak di dalam bilik tidur. Nia ingat hari ini dia nampak lebih cantiksedikit dari biasa tetapi bila mendengar kata-kata dari Puan Hanida, Nia rasa dia hanya menipu dirinya sendiri. Dia bukan ada paras rupa yang menawan.


“Nida, sudah berkenalan dengan Nia ke? Bagus-bagus. Mari kita semua keluarga ambil gambar keluarga.” Tiba-tiba sahaja Puan Zainun menegur dari pintu bilik itu. Mendengar ajakan Puan Zainun, Puan Hanida segera memberikan senyuman dan menarik Nia bersamanya keluar dari bilik itu. Tanganya mencengkam lengan Nia, Nia tahu dia member amaran kepada Nia supaya jangan memecahkan tembelangnya depan Puan Zainun.

“Marilah Nia.” Katanya dengan manis sekali. Nia terpaksa mengukir senyum di bibirnya kerana tidak mahu Puan Zainun mengesyaki sesuatu.


“Kak Nia, mari sini sebelah abang Zaril.” Salah seorang sepupu perempuan Zaril Ikhwan, Yati memanggil Nia, dia menarik Nia supaya duduk di sebelah Zaril Ikhwan. Mereka yang lain berdiri disebelah atau dibelakang Nia dan Zaril Ikhwan. Selepas menangkap gambar beramai-ramai, Yati menyuruh juru kamera, adiknya Yamin, menangkap pula beberapa gambar Nia dan Zaril Ikhwan, di ruang keluarga dan juga di dalam bilik.

“Kak Nia mesti ada gambar kenang-kenangan. Bukan hari-hari kita kawin. Sayang tau kalau tak ada gambar kenang-kenangan.” Kata Yati. Nasib baik Zaril Ikhwan mahu menurut sahaja kemahuan Yati, supaya gambarnya dengan Nia diambil. Kehadiran sepupu-sepupu Zaril Ikhwan yang lebih muda membuat keadaan di rumah Puan Zainun lebih ceria, dapat menghiburkan sedikit hati Nia. Mereka nampaknya begitu ikhlas mahu membuat Nia rasa selesa berada di rumah yang begitu asing buat dirinya. Begitu juga anak-anak Puan Zainun yang lain termasuk bapa mertuanya Encik Zahari. Cuma Puan Hanida sahaja yang tidak senang dengan kehadiran Nia. Dan tidak lupa juga suaminya Zaril Ikhwan yang buat tidak tahu langsung tentang Nia.


Nasib baik Puan Hanida tidak duduk lama di rumah emak mertuanya itu. Sebaik sahaja kenduri selesai dan semua tetamu balik, Puan Hanida dan Encik Zahari bersiap-siap hendak balik. Puan Zainun cuba menghalang mereka balik tetapi mereka berdua tetaphendak balik ke Kuala Lumpur malam itu juga. Menurut Encik Zahari, mereka akan terbang ke London besok atas urusan kerja.


Zaril Ikhwan juga nampak sedih bila emaknya Puan Hanida berkeras hendak balik petang itu juga. Nia perasan bahawa Zaril Ikhwan ada memberi tindakan positif terhadap emaknya. Dia nampak lebih alert dan nampak aktif semasa berada bersama Puan Hanida. Nia berharap sangat Puan Hanida memeluk Zaril Ikhwan semasa dia mengucapkan selamat tinggal. Muka Zaril Ikhwan seperti kanak-kanak yang dahagakan belaian kasih sayang ibunya. Tetapi sayangnya Puan Hanida tidak langsung menyentuh Zaril Ikhwan, bersalam tangan dengan Zaril Ikhwan pun tidak. Adakah Puan Hanida malu dengan keadaan Zaril Ikhwan? Anak-anaknya yang lain cukup `perfect’ bukan macam Zaril Ikhwan yang berparut hodoh di mukanya dan mengalami ganguan mental. Apabila Nia menatap wajah kacak Zainul Azman, adik Zaril Ikhwan, Nia dapat bayangkan bahawa Zaril Ikhwan juga pada suatu masa dahulu seorang yang tampan dan segak. Zaril Ikhwan. Mungkin sekarang ini Puan Hanida tidak sanggup untuk melihat Zaril Ikhwan sekarang yang bukan lagi Zaril Ikhwan yang dulu. Puan Hanida menjauhkan dirinya bukan kerana dia tidak sayang tetapi mungkin tidak sampai hati dan sedih melihat keadaan Zaril Ikhwan.

Zaril Ikhwan berdiri lama di luar rumah memerhatikan kereta emak dan ayahnya pergi meninggalkan rumah Puan Zainun.

“Nia, bawak Abang Zaril masuk dalam, hari sudah hendak gelap ni.” Tegur Puan Zainun.

“Baik Wan.” Jawab Nia. Nia memegang lengan Zaril Ikhwan dan menganjak dia masuk ke dalam. “Mari abang Zaril, kita masuk ke dalam. Sudah hendak masuk maghrib ni.”

Zaril Ikhwan menjeling ke arah Nia, kemudian menarik lengannya dari pegangan Nia dan terus masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Nia. Puan Zainun segera menghampirinya.

“Nia, Nia kena sabar dengan Abang Zaril Nia tu. Dia belum biasa dengan Nia. Nanti bila lama-lama nanti, dia akan biasa dengan Nia.”

“Baiklah Wan.” Kata Nia, dia sebenarnya tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Oleh sebab Nia tidak mahu sendirian dengan Zaril Ikhwan di dalam bilik tidur mereka, selepas sembahyang maghrib, Nia terus menyibukkan dirinya di dapur, mengemas dan menyediakan hidangan makan malam dengan Neng, pembantu rumah Puan Zainun. Sepupu-sepupu Zaril Ikhwan juga berkumpul di dapur Puan Zainun menemani Nia. Mereka nampaknya suka dengan kehadiran Nia, nampaknya mereka ingin membuat Nia rasa selesa di rumah Wan mereka.

Setelah lewat malam, Nia sudah tidak dapat mengelakkan dirinya lagi, semua orang termasuk neng sudah hendak masuk tidur, Nia terpaksa juga masuk ke bilik tidurnya yang juga bilik Zaril Ikhwan. Nia masuk ke dalam biliknya perlahan-lahan. Bilik tidurnya sudah malap. Hanya lampu tidur yang terpasang. Peti televisyen juga terpasang tanpa ada penontonnya. Penghawa Dingin dipasang dan keadaan bilik begitu sejuk sekali. Nia mengigil kesejukan. Dia mencapai tuala dan baju tidurnya lalu masuk ke dalam bilik air untuk mmbersihkan badannya dan menyalin pakaian serta mengambil wuduk untuk sembahyang Isyak. Semua di lakukan dengan senyap kerana takut mengejutkan Zaril Ikhwan yang nampaknya sudah nyenyak tidur di tengah-tengah katil.

Setelah selesai sembahyang isyak, Nia menghampiri katil yang sepatutnya menjadi tempat tidur mereka berdua. Zaril Ikhwan tidur ditengah-tengah katil yang bersaiz `king’ itu. Nia rasa dia tidak boleh tidur disebelah Zaril Ikhwan kerana ke dua-dua belah katil itu terlalu sempit. Nia teringat ada dua biji bantal `spare’ yang terdapat di bahagian atas lamari pakaian. Dia mengambil bantal-bantal itu dan tidur di kerusi sofa yang terletak di di dalam bilik itu yang berhampiran dengan rak buku besar. Nasib baik saiz sofa agak besar membolehkan Nia tidur dengan agak selesa. Nia juga mengambil sehelai kain batiknya untuk dibuat selimut. Agaknya di sinilah dia akan tidur sepanjang hidupnya nanti? Nia tidak tahu apa lagi yang akan dia hadapi selepas ini. Nia sudah terlalu penat, sebaik sahaja dia meletakkan kepalanya di bantal Nia terus terlelap.

Aku Yang Kau Tinggalkan 6

Bab 6

“Semua dokumen sudah siap. Cik Nia sila baca dahulu dengan teliti sebelum menandatangani nya.” Terang Encik Nor Zaidi, peguam Puan Zainon. Dia telah datang ke rumah Nia bersama dengan Mak Cik Siah.

“Apa ini semua Encik? Maaf saya tak faham.” Nia pelik, kenapa begitu banyak dokumen yang dia perlu tanda tangani.

Sejak dia bersetuju untuk menggantikan tempat Ani untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan, semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali. Nia hanya bertemu dengan Puan Zainun sekali. Ketika itu Puan Zainun datang ke rumah Mak Cik Siah untuk bertemu dengan Nia. Dia Cuma melihat wajah Nia, kemudian bertanya nama dan umur dan meminta kepastian akan kesanggupan Nia mengantikan tempat Ani. Nia mengesahkan yang dia sanggup dan bertanyakan tentang wang yang Puan Zainun berikan kepada Mak cik Rosnah tempoh hari. Puan Zainun memberitatahunya, dengan persetujuan Nia menggantikan tempat Ani, mereka tidak perlu membayar balik wang itu. Wang itu adalah kepunyaan Mak Cik Rosnah. Nia merasa lega. Ini bermakna tanah tapak rumah dan kebun mereka selamat buat masa ini. Mesti emak senang hati. Nia harap dengan ini emak akan segera pulih dari sakitnya itu. Nia akan lakukan segala yang perlu untuk membuat emak kembali bahagia.

Kemudiannya pendaftaran untuk perkahwinan telah dibuat. Nia kemudiannya di bawa untuk mengikuti kursus perkahwinan. Pemeriksaan perubatan juga telah dilakukan. Sekarang ini cuma menunggu hari pernikahannya sahaja. Puan Zainun akan membuat kenduri kecil-kecil dengan menjemput saudara dan jiran-jiran terdekat sahaja. Manakala di rumah Nia pula tidak akan diadakan kenduri dengan alasan Mak cik Rosnah tidak sihat. Puan Zainun nampaknya hendak semuanya diselesaikan dengan cepat. Mungkin dia takut Nia akan menukar fikiran seperti Ani jika diberi lebih banyak masa.

“Ini adalah perjanjian sebelum perkahwinan yang Cik Nia kena tandatangani. Pre nuptial agreements.” Encik Nor Zaidi cuba member penjelasan kepada Nia. Nia terkejut.

“Kenapa kena ada perjanjian sebelum perkahwinan.” Dia tidak pernah dengar orang lain yang dia kenali kena menandatangai Perjanjian sedemikian rupa. Ini macam Perkahwinan Orang yang terkenal di Barat.

“Cik Nia kena faham, Puan Zainun mahu menentukan masa depan cucu dan cicitnya nanti terjamin.” Jawab Encik Nor Zaidi lagi. Jawapan peguam itu membuat Nia lebih terkejut.

“Kenapa? Saya tidak faham.”

“Baiklah saya terangkan, dalam perjanjian ini, harta, wang dan tanah milik Puan Zainun semuanya akan diberikan kepada Zaril Ikhwan dan Cik Nia sebagai isterinya sebagai pemilik bersama.”

Terbeliak mata Nia mendengar penjelasan peguam tersebut.

“Tetapi ada syarat-syaratnya. Jika Cik Nia meninggalkan Encik Zaril atau terjadi penceraian yang yang dituntut oleh mana-mana dua pihak, Perjanjian itu akan terbatal. Penamaan Cik Nia sebagai pemilik bersama kepada harta itu akan terbatal.

Tetapi jika ada anak hasil dari perkahwinan Cik Nia dan Encik Zaril, harta itu semua akan jatuh kepada anak atau anak-anak Cik berdua selepas kematian Encik Zaril dan Cik Nia. Jika Cik Nia menuntut cerai atau menuntut untuk berpisah dari Encik Zaril ataupun meninggalkan Encik Zaril, hak penjagaan anak atau anak-anak dengan serta merta akan jatuh kepada Encik Zaril atau keluarganya. Cik Nia tidak akan ada hak langsung ke atas anak atau anak-anak hasil dari perkahwinan ini.

Nia betul-betul terkejut dengan penerangan Encik Nor Zaidi.

“Kenapa sampai macam ini perjanjian ini dilakukan.”

“Puan Zainun ingin memastikan Cik Nia akan menjaga Encik Zaril Ikhwan selepas dia sudah tiada nanti.”


“Kenapa cakap macam ni? Saya tidak faham.”

“Cik Nia kena tahu yang Puan Zainun sudah tua, Dia tidak sihat kini. Dia hanya mahu memastikan yang cucunya itu dijaga dengan baik. Dan dari apa yang saya lihat, Cik Nia ini seorang yang baik, yang akan menjadi isteri yang baik untuk Encik Zaril Ikhwan.”

Sehingga sekarang Nia belum bertemu dengan bakal suaminya itu. Yang dia tahu, menurut Mak Cik Siah, Zaril Ikhwan tidak berapa sihat sekarang ini. Nia agak pelik juga memikirkan tentang tentang Zaril Ikhwan. Dia tidak kisah pun bila bertukar calon isteri. Ani atau Nia, nampaknya tidak ada makna langsung. Nia makin mengesyaki sesuatu. Nia ingin memprotes.


“Cik Nia juga tidak boleh bekerja selepas berkahwin dengan Encik Zaril. Cik Nia mesti menumpukan sepenuh perhatian kepada Encik Zaril Ikhwan. Cik Nia akan diberi elaun bulanan sebanyak RM2000.00 setiap bulan untuk kegunaan dan keperluan peribadi Cik Nia sendiri.”

Bila mendengar elaun peribadi yang Nia akan terima apabila berkawin dengan Zaril Ikhwan kelak. Nia mendiamkan diri dan berfikir sendirian. Duit itu boleh diberikan kepada emak. Senanglah hidup emak nanti. Tetapi Nia tidak boleh menerima sahaja keadaan ini tanpa bertanya. Banyak yang dia ingin tahu. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, Nia tidak boleh berdiam diri dan menerima sahaja keadaan yang akan di tempohinya tanpa mendapat jawapan.

“Sebelum saya tanda tangan perjanjian ini, saya perlu mengetahui beberapa perkara.”

“Apa dia yang Cik Nia hendak tahu?”

“Encik Zaril Ikhwan sakit apa? Nampaknya Puan Zainun begitu risaukan Encik Zaril Ikhwan sehingga dia sanggup berbuat apa- sahaja untuk melindungi cucunya itu.”

“Oh Cik Nia tak tahu lagi?” Soal Encik Nor Zaidi. Itu sahaja yang peguam itu boleh katakana tanpa memberi penjelasan kepada soalan Nia.

“Sebelum saya tandatangani perjanjian ini, saya hendak bertemu dengan Encik Zaril Ikhwan.”

“Eh, Cik Nia hendak batalkan ke perkahwinan ini. Susah nanti.”

“Bukan, saya bukan hendak batalkan, sebelum saya sain perjanjian ini saya hendak jumpa dengan Encik Zaril Ikhwan dahulu. Adilkan permintaan saya?”

Encik Nor Zaidi hanya terdiam. Dia risau memikirkan jika, gadis di hadapannya itu menukar fikiran untuk mengahwini Zaril Ikhwan, susahlah dia nanti. Mereka kena cari calon lain dan dia kena buat balik semua dokumentasi yang perlu. Itupun kalau ada gadis lain yang hendak kawin dengan zaril Ikhwan. Bukan semua orang yang sanggup, walaupun telah disogok dengan wang ringgit. Encik Nor Zaida berpendapat, jika Nia Atirah bertemu dengan Zaril Ikhwan, bermakna perkahwinan ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku.

“Cik Nia kena ingat….. Kalau Cik Nia batalkan perkahwinan ni, Cik Nia kena bayar balik duit Puan Zainun tu.” Peguam itu mengingatkan Nia.

“Encik Zaidi. Saya tak kata saya hendak batalkan. Saya tahu kami ada ambil duit Puan Zainun, saya Cuma hendak bertemu dengan Encik Zaril sebelum saya menanda tangani perjanjian ini. Itu sahaja.” Jelas Nia dengan sabar. Nia kesihan juga dengan Encik Nor Zaidi yang nampak begitu risau jika Nia membatalkan niatnya itu.

“Baiklah, nanti saya akan beritahu Puan Zainun.” Kata Encik Nor Zaidi lagi. Wajahnya nampak agak risau. Tetapi Nia tetap dengan keputusannya. Dia hendak bertemu dengan Zaril Ikhwan dahulu sebelum dia menandatangani perjanjian itu.

**********************************.

Nia dan Mak Cik Siah terpinga-pinga melihat Encik Nor Zaidi yang berjalan dihadapan mereka, memasuki sebuah rumah bungalow yang berpagar. Pagi-pagi tadi Mak Ciak Siah datang ke rumah Nia dan menyuruh dia bersiap-siap kerana sebentar lagi Encik Nor Zaidi akan datang mengambil mereka untuk melawat suatu tempat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Mereka sampai di Bandar Ipoh pada pukul 12.00 tengahari. Mereka berhenti untuk makan tenghari selepas itu. Encik Nor Zaidi membawa mereka ke rumah ini yang terletak di Pasir Puteh.

Ada seorang wanita berbangsa Tionghua yang menunggu mereka di muka pintu. Dia membuka kunci mangga di gerigi besi pintu itu lalu menjemput mereka masuk. Encik Nor Zaidi masuk ke dalam diikuti oleh Maki k Siah dan Nia. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah itu, Nia dapati ianya berbau dettol, seperti di hospital.. Ada beberapa bilik terdapat di bahagian bawah rumah itu. Keadaan di dalam rumah itu agak sepi.

“Mana semua orang, Nancy?” Soal Encik Nor Zaidi.

“Waktu tengahari ini macam lepas makan, dia orang tidurlah.” Jawap wanita Tiong Hua itu.

Apabila mereka hampir dengan bilik-bilik yang terletak di bahagian bawah rumah itu, Nia dapat semuanya bertutup rapat. Setiap pintu bilik ada tetingkap kaca yang membolehkan mereka menjenguk ke dalam bilik-bilik itu. Setiap bilik mempunyai penghuni, ada yang sedang tidur, ada yang sedang baing-baring sahaja dan ada yang sedang duduk di atas kerusi tanpa berbuat apa-apa. Nia dapati setiap tingkap dalam bilik dipasang dengan gerigi besi.

“Pak Cik, Pak cik, bangun duduk atas. Jangan tidur atas lantai. Nanti sejuk” Kata Nancy, kemudian dia bergerak ke bilik lain. Nia menjenguk ke dalam bilik itu. Dia lihatya seorang lelaki melayu separuh abad yang sedang baring di atas lantai. Lelaki itu bangun lalu duduk di atas lantai sambil mengaru-garukan kepalanya. Kemudian dia baring semula di atas lantai itu.

“Itu orang dulu kerja lawyer di KL. Lepas tu dia sakit. Family dia tak larat jaga, sebab dia suka mengamuk. Bagi pecah-pecah barang. Dia orang hantar dia duduk sini.” Jelas Nancy.

Nia dan Mak Cik Siah terkejut mendengar cerita Nancy.

Mak Cik Siah menarik perhatian Encik Nor Zaidi yang bertanya lebih lanjut. “Ada orang buat macam ni, Encik Zaidi?”

“Ada, dia orang ada duit untuk bayar, tetapi tak ada masa untuk jaga orang macam ni. Di sini ada nurse on duty 24 jam. Setiap minggu ada doctor datang melawat untuk bagi ubat pada penghuni yang sakit.”

“Aunty, kenapa tak makan?” Kedengaran Nancy menegur seorang lagi penghuni. Seorang wanita India yang juga dalam usia limapuluhan.

“Tak sedap, macamana mau makan. Panggil Rajoo, suruh Rajoo datang.” Gesa perempuan India tersebut.”

Ini aunty, sudah hilang ingatan, dia ada kena angin ahmar. Dia tak ingat Rajoo anak lelakinya sudah mati. Anak-anak lain tak larat jaga dia sebab dia selalu merayau-rayau hingga sesat. Mereka risau pasal dia, bila dia orang pergi kerja, dia akan keluar rumah.

Nia masih tidak faham kenapa dia dibawa ke situ. Mak cik Siah bertanya lagi. Dia orang ini tidak boleh bergerak bebas ke? Kena kurung ke?”

“Ini yang ada masalah sikit. Sebab itu dia duduk sini, dekat bilik Nurse. Nurse ada dua puluh empat jam di sini. Ada yang duduk di sebelah sana, ok sikit, bolehlah lepas, tak payah kurung. Dia orang boleh jalan tak cederakan orang lain dan diri sendiri.” Terang Nancy dengan panjang lebar. Mereka meneruskan lawatan dari bilik ke bilik, ada beberapa orang perempuan dan lelaki tionghua yang menjadi penghuni bilik-bilik itu tetapi mereka sedang tidur.

Tiba-tiba mereka mendengar satu jeritan yang datang dari bilik hujung. Mereka segera meluru ke bilik itu. Nancy cuba menenangkan pemuda yang berada di dalamnya.

“Asrul, Asrul.” Nancy kemudiannya berlari kea rah bilik yang bertanda “nurse”. Nia dan Mak cik Siah menjenguk ke dalam, seorang lelaki muda, dalam lingkungan dua puluhan sedang duduk di bawah meja. Dia menghentak, hentakkan kepalanya dengan ke meja tersebut sambil menjerit-jerit. “Sakit! sakit!”

Darah mula mengalir keluar dari dahinya. Tidak lama dua orang lelaki yang berpakaian serba putih menghampiri bilik tersebut. Mereka membuka kunci dan menarik Asrul keluar dari bawah meja dan memegangnya dengan kuat. Asrul meronta-ronta minta dilepaskan sambil menjerit-jerit kesakitan. Apabila mendengar jeritan Asrul, semua penghuni dalam bilik-bilik lain mula mmbuat bising, ada yang menjerit-jerit seperti Asrul. Keadaan rumah yang aman tadi menjadi hiruk pikuk. Tidak lama kemudian Nancy datang dengan membawa jarum suntikan. Apabila melihat Nancy datang dengan jarum suntikan, Asrul meronta-ronta minta dilepaskan.

“Tak mahu! Tak Mahu, Jangan bagi dia cucuk.” Jerit Asrul.

Asrul, relaks, kenapa Asrul mengamuk ni? Tanya Nancy, tegas. Tangannya dengan pantas menyucuk ubat penenang di lengan Asrul. Asrul tidak dapat melawan dua orang lelaki sedang memegangnya itu

“Aku hendak sembahyang, macamana aku hendak sembahyang duduk sini. Mana sejadah aku, mana songkok aku? Aku sudah lama tak sembahyang! Najsi! Najis! Aku hendak cuci ni lantai-lantai ni. Ake hendak sembahyang!” Jerit Asrul lagi, tetapi selepas itu dia menjadi lemah dan tidak melawan lagi. Mereka mengangkat Asrul ke atas katil dan membiarkan dia tidur.


“Kenapa dia duduk sini. Muda lagi tu.”

“Dia selalu mengamuk dan cederakan diri sendiri, Mak cik. Itu sebab emak bapa dia hantar sini, Dia orang tak larat nak jaga di rumah. Jiran-jiran pun takut kalau dia ada di rumah. Dia selalu jerit-jerit, buat bising tak kira siang atau malam. Parent dia kerja, habis siapa mau jaga. Hantar sini juga.”

“Segak-segak macam ni pun boleh jadi macam ni, Kesiankan Nia”. Tanya Mak Cik Siah lagi.

“Tak boleh usahakan ke untuk cari ubat?”

“Family sudah give uplah. Sudah macam-macam ubat kasi.”

“Ini apa sakit, Tengok okay sahaja.” Soal Mak Cik Siah lagi.

“Ini atas sakitlah Aunty.” Jawab Nancy.

Mak Cik Siah mengeleng-gelengkan kepalanya, terharu melihat anak muda yang cukup anggota tubunya di kurung sedemikian rupa dalam rumah yang dipenuhi dengan orang tua dan pesakit-pesakit mental. Bukan akan memulihkan Asrul lagi, buat dia jadi lebih teruk lagi.

Nia terus berjalan dan tiba di bilik besar yang dipenuhi meja makan. Ada pinggan-pinggan nasi yang masih belum diangkat oleh amah.

Hidangan tengahari tadi terdiri dari nasi, ikan goreng dan sayur kobis goreng . Tidak menyelerakan langsung. Begitu kering sekali tanpa berkuah. Beberapa pekerja Indonesia dilihat sedang mengangkut pinggang mangkuk yang terletak di atas meja.

“Siapa yang masak makanan ni?”

“Itulah Indon-Indon yang masak.”

“Berapa bayaran yang dikenakan untuk tiap-tiap orang ni Nancy.”

“Lebih kurang RM1500 lebih.” Jawab Nancy. Kalau ada ubat, doctor mari check, extra cost ma. Kadang-kadang dekat RM2000 ribu juga ada. Tak da mahal punya.”

Dekat Dua Ribu ringgit, harga untuk memberikan tanggungjawab menjaga pesakit ini kepada rumah jagaan ini. Bayar dua ribu sebulan dan masalah selesai. Nia berkata-kata sendirian dalam hatinya. Adakah ini untuk kebaikan pesakit itu sendiri atau akan menjadikan mereka lebih teruk. Dalam keadaan begini mereka tidak aka nada peluang untuk sembuh. Macamana orang muda seperti Asrul, adakah dia akan menghabiskan sisa hidupnya yang masih panjang lagi di sini?

“Di Ipoh ni banyak terdapat nursing home macam ni, Cik Nia.” Terang Encik Nor Zaidi. Kalau Cik Nia hendak, kita boleh lawat dua tiga rumah jagaan macam ni lagi. Ini yang antara rumah jagaan yang agak tinggi bayarannya. Yang lain rendah sikit dan kemudahannya pun kurang sikit. ”

“Kurang macamana?”

“Biliknya kecil lagi, ada yang kena kongsi bilik. Perkhidmatan jururawat bukan 24 jam. Hanya ada penjaga sahaja yang standby 24 jam.

“Saya tidak faham kenapa Encik Nor Zaidi bawa kami jauh-jauh begini untuk melihat rumah-rumah jagaan ni.”

“Tidak mengapa kalau Cik Nia tidak faham. Cik Nia tengok sahaja rumah-rumah jagaan ini dahulu. Selepas ini saya akan terangkan pada Cik Nia dan mak cik nanti.”

Rumah jagaan yang mereka lawati selepas ini tidak begitu elok keadaannya seperti rumah jagaan yang pertama mereka lawati. Dua tiga rumah jagaan yang dilawati makin teruk keadaannya. Keadaan rumah-rumah itu kotor dan sempit. Penghuni-penghuninya juga kelihatan tidak dijaga dengan betul. Mereka kelihatan kotor dengan pakaian yang nampaknya tidak berganti berhari-hari. Ada penjaga yang menggunakan bahasa yang kasar kepada penghuni-penghuni yang kebanyakkannya seperti orang yang sudah hilang akal. Yang mengelikan Nia dan Mak Cik Siah, ada penghuninya yang sedang di kurung dilihatnya sedang bermain dengan najisnya sendiri. Orangnya masih muda, tetapi wajahnya kosong, seperti tidak mempunyai apa-apa perasaan. Biliknya berbau busuk.

“Kenapa biar dia main dengan benda kotor. Kenapa tak cuci.”

“Mak cik tak boleh makcik. Ini sekarang bulan terang, dia nanti naik angin. Tunggu dua tiga hari lagi, dia akan baik. Masa dia baik, makcik. Betui-betui baik. Nanti dia cuci balik semua kotor-kotor ni..” Jawab penjaga India, Yoges, namanya.

“Iyeke?” Tanya Mak Cik Siah lagi.


Iye, kalau dia mengamuk, tiga hari kami semua tak boleh tidur. Dia jerit-jerit sampai pagi.” Terang Yoges lagi.

Seorang pemuda yang duduk sendirian diruang tamu menarik perhatian Nia, Dia nampak normal. Dia sedang memerhatikan penghuni-penghuni yang lain. Yoges nampak Nia memandang lelaki muda itu. “Ini Hakim. Hakim kata apa kabar.” Yoges menarik perhatian Hakim dengan menunjukkan dua jarinya ke mata Hakim lantas ke matanya sendiri.

“Apa kabar ?” Hakim menurut arahan Yoges.

“Kabar Baik.” Jawab Nia sambil tersenyum, tetapi Hakim sudah hilang daya pemerhatiannya kembali memerhatikan penghuni yang lain.

“Kenapa dengan dia ni? Mak Cik tengok okay sahaja.”

“Dia memang okay, sebelum dia kena accident. Lepas tu dia hilang ingatan. Kadang-kadang dia ok, kadang-kadang dia lupa. Dia asyik merayau-rayau dan selalu hilangkan diri dari rumah. Family tak tau macamana hendak take care especially bila dia orang tak ada di rumah pergi kerja. Ada satu hari dia kena pukul dengan samseng. Nasib baik tak teruk. So dia orang ambil keputusan bila week day, dia orang hantar dia sini. Nanti bila weekend baru dia balik.”

“Mak cik rasa, bila duduk di sini, orang sihat pun boleh jadi gila.” Bisik Mak Cik Siah pada Nia. “Kenapa mereka sanggup letak anak atau emak, bapa mereka di sini.”

Kata-kata terakhir mak Cik Siah didengari Yoges. Yoges menjawab soalan Mak Cik Siah,” susah mak cik, tak ada orang sanggup jaga dia orang. Mula-mula bolehlah. Lama-lama tak larat mak cik. Nanti ada masa dia orang mengamok, family tak tau apa mau buat. Budak-budak kecil takut tengok dia orang buat perangai. Sini ada nurse, atau guard jaga. Doktor on call pun ada. Boleh kasi mandi, kasi cuci. Kasi jaga, bagi ubat. Semua trained punya.”

Mak cik Siah dan Nia hanya menganggukkan kepala mendengar cakap Yoges. Yoges menyambung lagi.

Mak cik jangan terkejut tau, ada banyak rumah macam ni di Ipoh. Ramai orang sakit tau di dunia ini. Orang yang duduk sini belajar punya orang tau. Ada pernah kerja bank, lawyer, cikgu, doctor pun ada. Bila sudah sakit ini macam jadilah.”

“Kalau sudah sakit macam ni. Saudara pun boleh putus asakan Nia.” Kata Mak cik Siah, dia teringatkan Zaril Ikhwan. Apa sebenarnya tujuan Encik Zaidi membawa Nia melawat rumah-rumah jagaan ini. Mak Cik Siah juga ingin mengetahuinya.

“Oklah Mak cik dan Cik Nia, mari kita balik. Sekarang sudah hampir pukul 6.00 petang. Kita pergi sembahyang dulu, Lepas tu kita balik ke Perlis.” Encik Nor Zaidi mula bergerak keluar dari rumah jagaan itu. Nia memandang Hakim sebelum dia beredar. Hakim sedang memandang mereka. Dia tersenyum sambil mengangkat tangannya melambai kea rah mereka.

“Tengok tu Nia, Kalau ikut apa yang mak cik Nampak, dia tu normal aje. Macamana dia boleh jadi penghuni di sini. Kasihannya. Simpang malakikat 44, janganlah kita sampai di hantar ke sinikan Nia. Atau ke rumah orang tua-tua bila mak cik sudah tua nanti. Harap-harap ada anak-anak mak cik yang sanggup jaga makcik bila sudah tua nanti.” Mak cik Siah berdoa agar dia tidak ditimpa nasib seperti mereka-mereka yang dia lawati hari ini. Nia juga berharap begitu.

Mereka tiba di Kampung pada pukul sebelas malam, setelah berhenti sembahyang jamak zohor dan asar, kemudian berhenti sekali lagi di Perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak untuk makan malam dan sembahyang maghrib.

Nia masih belum mendapat lagi mendapat jawapan kepada persoalannya. Dia juga belum ditemukan dengan Zaril Ikhwan. Nia memandang kepala Encik Nor Zaidi yang sedang memandu keretanya. Mak Cik Siah baru tersedar dari tidurnya yang lena, dia tertidur sejak mereka bertolak dari Sungai Perak tadi.

Encik Nor Zaidi melihat wajah Nia dari cermin keretanya. Dia tahu Nia masih belum puas hati. Nia mesti tertanya-tanya kenapa dia dibawa ke Ipoh untuk melawat rumah-rumah jagaan tersebut. Encik Nor Zaidi hanya menjalankan arahan Puan Zainun. Malahan apa yang dia buat hari ini lebih dari tugas biasanya. Tetapi dia kasihan dengan Puan Zainun dan ingin membantunya, dengan segera menyelesaikan masalahnya itu.

“Cik Nia, esok pagi saya akan datang ambil Cik Nia dan Mak Cik Siah untuk pergi ke rumah Puan Zainun.”

“Oh! Pukul berapa?”

“Pukul 9.30 pagi.”

“Baiklah Encik Nor Zaidi. Kami akan tunggu.” Sahut Nia. Dia akan bertemu dengan Zaril Ikhwan akhirnya. Berdebar-debar rasanya di dalam Nia. Dia tidak tahu apa yang dia akan lakukan apabila dia bertemu dengan Zaril Ikhwan nanti. Nia sedar dia tidak boleh menarik balik keputusannya untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan tetapi sekurang-kurangnya dia masuk ke gerbang perkahwinannya itu dengan mata yang terbuka dan dalam keadaan sedar dengan apa yang dia lakukan.

********************************************

Aku Yang Kau Tinggalkan 5


Bab 5

"Kak Nia, Kak Nia..." Shafiq nampak cemas.

"Shafiq kenapa ni?" Nia baru mengorak langkah dari rumah Mak Cik Siah.
"Emak Kakak, emak..."

"Kenapa dengan emak?" Nia terhenti langkahnya. Shafiq kelihatan tercungao-cungap.

"Emak, emak Kakak Nia, ayah...ayah.."
"Shafiq, bertenang dulu Shafiq. Tarik nafas dulu."
"Emak dan abah bergaduh teruk di rumah."
Nia Atirah terus berlari balik ke rumah mereka yang terletak lebih kurang 300 ratus meter dari rumah Mak cik Siah. Shafiq ikut berlari menuruti Nia Atirah di belakang.

“Mana abang Shahid?”

“Dia keluar sekejap tadi. Dia kata hendak jumpa kawan-kawan. Dia hendak tengok sama ada orang kampong sudah tahu apa yang berlaku pasal Ani dan Sazali. Shafiq kata tak mengapa, abang Syafiq boleh jaga emak. Tiba-tiba ayah balik dan mereka bergaduh.” Jawab Shafiq sambil tercungap-cungap berlari bersama Nia.

Apabila Nia menghampiri rumahnya kedengaran suara orang bertengkar, sekali-sekala terdengar bunyi barang di campak. Nia Atirah segera naik ke atas rumah. Dia sungguh terkejut dengan apa yang sedang berlaku di depan matanya. Ayah sedang menampar muka emak. Emak menjerit kesakitan tetapi dia tidak berdiam diri, dia cuba melawan semula. Ayah menolak emak sehingga jatuh dan kemudian menendang tubuh emak. Nia Atirah menerkam kepada emak dan cuba menghalang ayah dari menendang emak lagi dengan melindungi tubuh emak dengan tubuhnya. Sepakan ayah mengena ke tulang rusuk Nia. Nia kesakitan tetapi masih melindungi tubuh emak. Emak menangis sayu. Shafiq menarik ayah jauh dari Nia dan emak. Ayah menjerit-jerit kemarahan.

“Perempuan tak guna. Anak perempuan sorang tu pun tak boleh jaga. Anak dara kau tu pun macam kau juga, mengatal. Bagi malu orang.”

“Jangan hendak mengata Ani, awak tu lagi memalukan keluarga ini, dengan perangai awak tu.” Balas emak. Walaupun emak kesakitan dia tetap menjawap kata-kata ayah. Pelik juga Nia melihat gelagat emak pada kali ini. Emak tidak pernah melawan kata-kata ayah. Kali ini nampaknya emak tidak mahu mengalah. Dia sudah hilang kesabarannya yang di kawal selama ini.
“Menjawab ye hah menjawab ye?’Tengking ayah, dia menghampiri emak semua hendak menendang tubuh emak tetapi dilindungi oleh Nia Atirah.
“Jangan ayah! Sudah! Sudah.” Jerit Nia sambil melindungi emak dengan tubuhnya.

“Kau suruh betina tu tutup mulut dia. Kalau tidak kena dia nanti. Tak larat aku hendak bela betina ini. Menghabiskan duit. ” Kata Ayah, Shafiq menarik Ayah jauh dari emak.

“Awak yang bela saya? Betina yang di pekan tu yang awak bela. Duit dalam rumah ini habis awak belanja pada dia. Duit pajak tanah tu habis awak beri pada betina tu. ” Kemarahan emak tidak dapat dibendung lagi.
“Dia bini aku, apa salahnya, aku bagi pada dia. Takkan kau sorang aje yang bolot semua.”

“Hah! Bini awak?” Kata emak terkejut. Nia Atirah dan Shafiq juga terkejut. Ayah sudah kawin lain rupanya.

“Bila awak kawin? Habis tu duit hendak bayar hutang judi awak macamana?” Jerit emak, kesabaran emak sudah hilang.

“Itu semua urusan aku, kau perduli apa. Tanah itu aku punya, Aku boleh buat apa sahaja yang aku hendak tahu!” herdik ayah. Nia Atirah terkejut melihat wajah ayah yang garang. Sebelum ini ayah tidak macam ini. Walaupun dia banyak menyusahkan mereka sekeluarga tetapi dia tidak pernah berkasar dengan mereka. Dia tidak pernah memukul emak. Adakah perubahan ini disebabkan oleh ayah sudah berbini muda?

“Habis tu hutang awak macamana? Kita sudah tidak ada tempat tinggal lagi. Kita kena pindah dari rumah ini. Mana hendak tinggal.”

“Entah mana aku tahu, aku ada rumah, bini aku ada rumah besar. Apa yang hendak disusahkan. Kau orang punya masalah selesaikan sendiri!”

Ayah masuk ke dalam bilik tidur dan mula mengelongkar dalam almari. Emak mengikut ayah masuk ke dalam bilik. Nia Atirah dan Shafiq juga mengikut mereka ke dalam bilik. Takut keadaan akan jadi lebih buruk. Wajah mereka terpapar rasa kerisauan yang amat sangat. Belum pernah mereka meyaksikan pertelingkahan antara emak dan ayah selama ini. Sebenarnya pertelingkahan seperti ini ada berlaku antara emak dan ayah sejak akhir-akhir ini, tetapi tidak diketahui mereka oleh kerana mereka tidak ada dirumah, masing-masing berada di asrama. Hanya Ani yang tahu apa yang berlaku antara emak dan Ayah. Ani rasa rumah mereka bagai neraka, membuatkan Ani memaksa dirinya menerima lamaran Puan Zainun demi untuk membantu keluarganya.

Tiba-tiba emak menjerit lagi. “Awak jangan ambil itu, Itu barang saya.” Emak meluru ke arah ayah yang sedang menyelongar laci emak. Ditangannya ada seutas rantai emas.

“Eish, kau hendak buat apa dengan emas ini. Hendak buat apa hendak hias-hias lagi. Aku hendak emas ini.” Ayah menolak emak dengan kasar. Emak jatuh terjelepok. Ayah menyelongkar laci emak, dia terjumpa baki duit yang Puan Zainun beri. Emak sudah langsaikan gadaian tanah. Baki yang ada emak hendak buat kenduri kawin Ani nanti dan membeli barang-barang persiapan untuk Ani.

“Jangan! Jangan ambil duit tu. Jangan itu duit Puan Zainun, saya hendak pulangkan sebab Ani sudah lari.” Emak bangun dan menghampiri Ayah lagi. Ayah menolak tubuh emak yang lemah ke lantai. Dia mengenggam seikat duit kertas limapuluh ringgit sambil tersenyum. Dalam hatinya dia berkata.

“Nampaknya malam ini dia boleh main judi lagi. Kalau menang besar, bini barunya mesti suka hati. Mesti dia dapat layanan istimewa dari isteri barunya malam ini.”

Ayah seperti tidak dengar tangisan emak langsung. Telinganya sudah dipekakkan.

“Jangan ambil duit itu. Apa kami hendak buat nanti. Duit Puan Zainun kena dipulangkan. Tanah pun sudah tergadai. Kami hendak duduk mana?”
“Anak awak kan ada, suruh dia kerja, suruh dia bela awak! Sudah lama dia menyusahkan semua orang, menghabiskan duit asyik hendak belajar, belajar. Tak habis-habis hendak belajar. Kerja tak dapat juga. Eloknya lepas sekolah hari tu kawinkan sahaja. Tidak menghabiskan duit. Menyusahkan orang sahaja.” Kata Ayah dengan kasar.

Terguris hati Nia Atirah. Ketika dan saat itu, timbul rasa perasaan benci terhadap ayah. Selama ini dia tetap bersabar dengan segala yang ayah telah lakukan. Dia cuma harap ayah akan berubah, tetapi hari ini dia Nampak ayah seperti orang lain, hilanag sudah rasa hormatnya kepada ayah. Ayah cuma seorang lelaki yang dayus, hidup atas susah payah emak, tidak bertanggung jawab langsung ke atas isteri dan anak-anak. Nia Atirah tidak pernah menyusahkan ayah, Dia belajar dengan wang bantuan kerajaan, Nia Atirah tidak pernah minta wang dengan emak. Dia begitu berjimat cermat semasa belajar. Dia selalu mengikat perut bila di sekolah. Dia tidak pernah berbelanja lebih di kantin dan cuma makan apa yang disediakaan di dewan makan. Semasa dia bersekolah, pakaian harian dan sekolahnya, dia beli dari jualan pakaian terpakai yang dijual di sekolah semasa ‘Jumble Sale’ di asramanya. Nia tidak pernah menyusahkan ayah. Nia Atirah memandang tepat ke arah ayah. Ke mana perginya kasih sayang seorang yang bernama ayah terhadap anaknya? Haiwan ciptaan Allah pun tahu menyayangi anaknya. Kenapa ayah sudah hilang semua sifat-sifat kemanusian itu?

Ayah masih menyelongkar dalam laci emak, semua barang-barang dicampak-campaknya ke lantai.

“Apa lagi awak hendak hah?” sergah emak.

“Aku tahu kau simpan banyak duit lagi, kau sorok-sorok supaya aku tak dapat ambil. Banyak cantik. Hendak makan sorang.” Ayah mula mencampak-campak kain baju emak yang tersusun kemas di dalam almari. Kemudia dia terjumpa satu bungkusan di ikat kemas, di celah-celah kain emak. Dia tersenyum kegirangan.

“Jangan ambil duit tu bang. Jangan, sudahlah abang ambil duit Puan Zainun, itu duit simpanan saya, Jangan ambil. Apa kami hendak makan?”
Shafiq pula menghampiri ayah dan cuba meminta ayah pulangkan bungkusan yang berikat itu.

“Ayah, jangan buat macam ni Yah, Kesihan emak.”
Ayah menolak Shafiq ke tepi.

“Kau jangan masuk campur.” Ayah memasukkan semua barang-barangnya ke dalam poketnya.

Shafiq menghampiri ayah lagi, cuba mengambil duit emak semula. Ayah menghalang Shafiq, menolaknya dengan kasar, Shafiq tidak dapat mengawal dirinya lalu jatuh, kepalanya terlanggar bucu almari cermin.
“Ya Allah! Emak menjerit panik melihat Shafiq terantuk kepala. Dari dahinya darah merah mengalir perlahan. Nia mendapatkan Shafiq, memeriksa luka di dahinya.

“Hendak bunuh anak ke? Awak sudah gila ke. Anak sendiri pun hendak buat macam ni.”

“Biarlah! Itu bukan anak aku, buat apa aku hendak buat peduli. entah anak siapa entah. Aku kena bela selama ini. Ini semua aku ambil sebagai balsan aku mengaku dia anak aku.” Kata ayah sambil menunjukkan beg yang diisi dengan rantai emas, duit simpanan emak dan duit Puan Zainun itu. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya sungguh kejam. Semua orang tersentak mendengar kata-kata ayah.

“Apa awak cakap ni?” Tanya emak, wajahnya kelihatan pucat lesi. Itukah sebabnya selama ini ayah tiba-tiba berubah. Ayah berubah semasa emak mengandungkan Ani.

"Dia bukan anak aku, aku tahu. Ani tu pun bukan anak aku. Kau ingat aku tak tahu? Tengok muka dia orang pun semua orang tahu. Tak sama dengan muka aku. Awak ingat aku bodoh? Aku tahu Rosnah.”
“Apa awak cakap ni. Awak tuduh Ani dan Shafiq bukan anak-anak awak. Apa awak merepek ini? Habis anak-anak siapa? Siapa yang meracun fikiran awak. Ini fitnah.!”

“Fitnah konon! Buang masa aku sahaja. Sudahlah. Aku akan keluar dari sini. Aku takkan balik sini lagi.” Ayah keluar dari rumah dengan membawa beg pakaian di tangannya.

Nia memeluk emak yang terjelepok di lantai, dia menangis sayu.
“Apa yang kita hendak buat lagi. Emak tak tahu apa emak hendak lakukan lagi. Kita sudah tak ada apa-apa lagi Nia.” Emak terus menjadi lemah longlai, tidak berdaya untuk bangun. Nia dan Shafiq terpaksa mengangkatnya ke atas katil. Emak terus baring mengerekut dan menangis. Kesiannya rupa emak ketika itu.

“Sudahlah emak, emak jangan risau lagi. Emak jangan risau.”
“Macamana tak risau, apa yang kita ada. Tak ada apa-apa lagi.”
“Shafiq pergi turun ke dapur, ambil air suam. Kak Nia tengok wajah mak pucat sangat ni.” Kata Nia, cuba mengaleh perasaan risau emak kepada hal lain. Kepalanya sedang ligat berfikir. Dia tahu apa yang patut dia lakukan. Dia terpaksa lakukan demi emaknya yang tersayang. Emak kelihatan bingung dengan kerisauan. Nia memeriksa tubuh kurus emak yang ditendang beberapa kali oleh ayah. Nampak kesan merah di bahagian belakang badan emak. Nia mengambil minyak angin lalu disapukan di belakang badan emak. Esok lusa mesti lebam ini akan bertukar warna menjadi biru. Ayah memang tidak berhati perut langsung. Nia memaafkan ayah atas apa yang dia telah lakukan ke atas emak kali ini. Mereka sudah banyak bersabar denga ayah tetapi kesabaran mereka bukannya dihargai ayah tetapi ayah mengambil kesempatan di atas kesabaran mereka. Kesabaran mereka ayah anggap sebagai kelemahan mereka yang boleh dia pijak-pijak sesuka hatinya.
Shafiq datang dengan membawa segelas air. Nia memberi emak air unuk diminum tetapi emak tidak mahu meneguk walaupun sedikit. Kemudian emak minta Nia dan Shafiq meninggalkan dia supaya dia boleh berehat sebentar. Waktu maghrib sudah hampir menjelang tiba.

Nia dan Shafiq keluar dari bilik emak dan kemudian Nia terus mandi dan bersedia untuk sembahyang maghrib. Selesai sembahyang maghrib, Nia segera ke dapur, memanaskan nasi dan lauk untuk makan malam. Baru dia teringat yang dia tidak menjamah makanan sejak pagi tadi. Nia terasa lapar betul. Dia memanggil Shafiq turun ke dapur untuk makan malam. Shahid baru pulang ke rumah. Rupa-rupanya dia singgah di masjid untuk sembahyang maghrib bersama rakan-rakannya sebelum dia pulang ke rumah.

Shahid kelihatan terpinga-pinga melihat rumah mereka yang berselerak. Nia menyuruh mereka makan dahulu. Mereka bertiga makan dengan tanpa banyak bicara. Nia Atirah dan Shafiq masih terlalu terkejut dengan apa yang berlaku petang tadi. Shahid pula dalam keadaan tertanya-tanya dengan apa yang berlaku. Setelah makan, Nia menceduk nasi dan lauk untuk dibawa kepada emak. Emak juga tidak menjamah sebarang makanan sejak semalam lagi. Nia takut dia akan jatuh sakit jika emak terus-terusan begini. Emak tertidur dengan dalam keletihannya, dia tidak bergerak langsung bila Nia cuba mengejutkannya.

Nia meninggalkan makanan yang dibawanya di meja solek dan keluar dari bilik tidur emak. Shafiq sedang duduk seorang di ruang tamu. Shahid sedang mandi di bilik air. Shafiq termenung di kerusi usang yang terletak di ruang tamu. Nampaknya dia sudah membersihkan pecahan-pecahan tembikar yang ayah campak petang tadi dan mengemas ruang tamu itu. Walau bagaimanapun, ruang tamu yang sempit itu itu kelihatan begitu suram. Keceriaan rumah mereka hilang sejak pemergian Ani.
“Shafiq ingat hendak cari kerjalah Kak besok.”

“Kerja apa Shafiq?”

Apa-apalah Kak, asalkan dapat duit. Mungkin minta kerja di pasaraya di pekan nanti. Shafiq kena usaha untuk bantu emak dan keluarga kita.”
Entahlah Shafiq, baguslah kalau Shafiq rasa begitu tetapi masalah kita lebih besar dari itu. Lagipun Shafiqkan masih sekolah. Bukan lama sangat cuti sekolah ni. Masalah yang lain ialah, dalam beberapa hari ini kita kena cari rumah lain. Ayah telah ambil semua duit simpanan emak. Memang Shafiq boleh bantu dengan cari wang. Tetapi kita perlukan wang itu sekarang. Bukan sikit, banyak Shafiq.”

Sebentar kemudian Shahid keluar dari bilik mandi, berseluar track sahaja sambil mengeringkan rambutnya dengan sehelai tuala.

“Hah! Kenapa pulak sampai macam tu, Kak?" Soal Shafiq kehairanan, rupa-rupanya dia tidak berapa mengetahui pergolakan yang berlaku dalam rumah mereka. Shahid juga Nampak ingin tahu apa yang telah berlaku. Tadi, selepas makan Shafiq ada memberitahunya yang apa yang berlaku di antara emak dan ayah.

“Ayah sudah gadaikan tanah kita Shafiq, Shahid, lepas tu dia gunakan duit itu untuk kawin lain. Emak hendak kahwinkan Ani dengan cucu Puan Zainun, dengan duit hantaran yang diterima, emak telah bayar balik tanah kita yang tergadai. Sekarang ini Ani sudah lari dengan Sazali. Kita kena dapatkan duit untuk bayar duit Puan Zainun.”
Shafiq mengeleng-gelengkan kepalanya. Shahid pun Nampak terkejut dengan apa yang ayah sudah lakukan.

“Shafiq akan kerja dan cari duit untuk bayar hutang emak tu. Kakak pun boleh cari kerjakan?”

“Itu memang tujuan kakak, tetapi sekarang ni akak kena uruskan emak dulu. Emak nampak berputus asa betul. Sudahlah ayah mengejutkan dia dengan berita perkahwinannya, duit emak pun ayah ambil.”
“Shafiq menumbuk-numbuk buku limanya ke tapak tangannya. Geram betul wajah Shafiq.

“Kenapa ayah boleh buat kita semua ini macam orang asing. Kita ni anak-anak dia Kak. Kenapa dia sanggup cakap kak Ani dan Shafiq tu bukan anak-anak dia?”

“Apa? Ayah cakap macam? Bila?” soal Shahid.

“Tadi, Shahid. Tetapi Shafiq, Itu helah orang yang hendak mencari alasan. Semua orang yang salah, dia tidak salah langsung. Dia sengaja menuduh emak, supaya dia tidak nampak bersalah.”
“Shafiq tidak akan maafkan ayah atas apa yang dia lakukan pada emak. Sanggup dia tuduh emak yang bukan-bukan. Mentang-mentang dia sudah kawin lain, selama ini dia duduk di rumah senang lenang, makan minum emak yang sediakan. Tiba-tiba bila ada bini baru, emak yang diburuk-burukkan. Shafiq tidak terima penghinaan yang dia berikan kepada emak Kak.”
Shafiq berkata dengan bersungguh-sungguh. Rupa-rupanya , walaupun Shafiq tidak melawan cakap ayah, dia menyimpan dendam atas tuduhan yang ayah lemparkan kepada emak. Nia Atirah juga mempunyai perasaan yang sama.
“Sabarlah Shafiq, lagipun ayah sudah meninggalkan kita dan rumah ini.”
“Tetapi dia tinggalkan dengan mengambil satu-satunya rantai emas emak dan wang keperluan kita. Lelaki jenis apa, ayah ini? Tidak bertanggung jawab langsung!”

“Shafiq, kita marah-marah di sini pun tiada penyelesaiannya. Sudah, kita jangan cakap pasal ayah lagi.”

“Habis apa kita hendak buat sekarang Kak.”

“Tak mengapa, kita boleh ikhtiarkan. Kita sudah besar Shafiq.”

“Macam ni Kak, Shafiq rasa Syafiq hendak berhenti sekolah Kakak.”

“Eh, jangan Fiq, SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Fiq jangan risau Kak akan cari jalan.”

“Tak mengapa, biar Shahid pergi kerja. Shafiq tak payah pergi kerja. Shafiq kena belajar betul-betul. SPM sudah dekat. Biar abang yang kerja.”
“Betul Shafiq.”

“Mungkin elok kalau semester depan Shahid tangguh pengajian dulu Kak. Biar Shahid kerja dulu.”

Eh! Jangan..”

“Habis tu macamana? Kakak tengok emak kat dalam bilik tu. Emak risau sangat. Shahid tak mau emak jatuh sakit sebab susah hati. Emak tu risau pasal rumah kita, pasal duit hutang Puan Zainun. Kalau dia minta balik dari tauke gadai tu pun tak cukup duit hendak bayar Puan Zainun, Ayahkan sudah ambil baki duit tu! ” Kata Shafiq, begitu risau sekali wajahnya. Bekas luka di dahinya Nampak merah. Kesihan Nia melihat wajah adik kesayangannya itu. Begitu risau sekali. Sepatutnya dalam usia begini Shafiq hanya fikirkan pasal peperiksaannya, bukan pasal masalah hutang yang ditanggung oleh emak.

"Masalah Ani pun satu lagi. Nasib baik, tidak ada sesiapa yang tahu pasal Ani lari dengan Sazali. Masa Shahid keluar tadi jumpa kawan-kawan dan di masjid pun tak ada sesiapa tanya pasal dia orang. Kalau orang tahu malu kita."

"Akak ingat hendak jumpa keluarga Pak Deris, cakap baik-baik dengan dia orang, suruh pujuk Ani dan Sazali balik. Kalau boleh jangan sesiapa tahau pasal kes Ani lari ni."

“Tak pe..Jangan risau dik. Nanti akak cuba cari jalan.”

“Apa Kak Nia hendak buat?” Tanya Shahid juga.

“Jangan akak buat yang bukan-bukan pulak.” Nasihat Shafiq, risau kalau-kalau Nia Atirah berbuat sesuatu dalam keadaan terdesak.
“Tidaklah dik, Kakak masih waras. Kakak akan cari jalan. Sambil tu cari kerja juga.”

Shahid berjalan masuk ke dalam bilik emak, mahu mejenguk macamana keadaan emak. Tiba-tiba kedengaran suaranya cemas memanggil Nia.
Kak Nia, Kak Nia, mari sini cepat. Tengok emak ni."
Nia Atirah belari ke bilik emak, berdebar jantungnya mendengar teriakan Shahid.

Emak sedang memegang dadanya dan kelihatan dalam kesakitan yang amat sangat. Dahinya berpeluh-peluh dan nafasnya kelihatan sesak, sukar hendak bernafas.

Nia mendapatkan emak dan memeluknya.
"Shafiq, pergi rumah Mak Cik Siah, minta tolong MAk cik Siah telefon Pak deris dan ambulan."

"Kenapa kak, hendak panggil Pak Deris?"

"Kak tak kira, siapa yang datang dulu, boleh bawa emak pergi hospital. Pergi cepat." Nia takut hendak memeberitahu adik-adiknya yang dia syak emak kena serangan jantung. Nia pernah baca di internet simptom-simptom serangan jantung.

Shafiq beredar dengan cepat menuju ke rumah Mak Cik Siah. Manakala Shahid tergamam, terduduk di sudut bilik. Dia kelihatan pucat melihat keadaan emak. Nia Atirah memeluk emak sambil menyuruh emak bertenang dan mengucap. Nia tahu dia kena menenangkan perasaan emak. Kalau emak berhenti bernafas, Nia kena lakukan CPR. Ya Allah! Boleh kah Nia melakukannya. Nia pernah membuat latihan CPR semasa menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah. Itupun Nia berlatih dengan menggunakan patung, Nia belum pernah lakukan ke atas mangsa yang sebenar. Nia menjadi gementar, tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Nasib baik emak nampaknya masih bernafas, walaupun dia memegang dadanya sambil mengerang kesakitan. Nia menggosok-gosok belakang emak sambil menyuruh emak mengucap berkali-kali. Dalam hatinya Nia berdoa tidak berhenti-henti memohon Allah selamatnya emak kesayangannya itu.
Entah berapa lama, Nia duduk dalam keadaan begitu, Nia pun tidak tahu. Shahid kelihatan menangis perlahan-lahan di sudut bilik. Tiba-tiba Nia rasa Mak Siah memegang tangannya yang sejuk, menyuruh dia melepaskan emak kerana bantuan ambulan sudah tiba. Para penyelamat segera memberi bantuan pernafasan kepada emak dan menyiapkan emak untuk di angkat ke dalam ambulan.

Baru Nia sedarinya keseluruhan badannya menggigil ketakutan, Mak Cik Siah memeluk Nia dengan erat sambil mengurut belakang badannya.

"Nia, Nia...." Nia masih belum boleh berkata-kata. "Shahid pergi ambil air suam sikit untuk Kakak. Dia terkejut ni, pucat lesi mukanya."

"Jangan risau, adik emak adik kena serangan jantung, tetapi bukan serangan kuat. Dia boleh bernafas lagi. Bagus adik telah tenangkan dia sehingga kami sampai." Nia tidak tahu siapa yang bercakap dengan dia, dia masih dalam ketakutan.

Terbayang di matanya, emak yang sedang kesakitan. Nia takut serangan jantung itu membuat emak meninggal dunia. Dia berdoa tidak berhenti-henti sepanjang dia menunggu ambulan tiba. Kini bila dia tahu emak selamat, Nia rasa begitu lega, dia mula menangis perlahan-lahan.

Shafiq naik ke atas ambulan bersama emak. Nia dan Shahid akan menyusul kemudian dengan Pak Deris. Pak Deris telah mempelawakan dirinya untuk menghantar mereka ke hospital malam itu juga. Nia Atirah ada perkara yang dia perlu selesaikan dengan Mak Cik Siah. malam ini juga dia kena selesaikan. Dia sudah tidak ada jalan lain lagi. Mereka sudah hilang kesemuanya. Kalau Nia Atirah kehilangan emak malam ini tadi, Nia Atirah akan menyesal seumur hidup. Nia Atirah mesti membantu emak selesaiakan masalahnya dan membuat emak senang hati. Emak begitu susah hati sehingga mendapat serangan jantung. Nia sudah tekad tekad dengan keputusan yang telah dibuatnya.



"Mak Cik... tentang yang kita bincang tadi petang. Nanti mak cik cakap dengan Puan Zainun. Nia akan ganti tempat Ani."