Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

Etdus 18:Tidak semua orang bernasib baik, mendapat kebahagian selepas berumah tangga

Bab 18

2007

Mas puas meneliti dirinya di hadapan cermin. Dinner malam ini agak penting buat Hakim.
Sejak akhir-akhir ini banyak jamuan makan malam yang perlu Hakim dan Mas hadiri. Mas memandang cermin lagi. Nasib baik dia dapat menurunkan berat badannya.   Jun telah membantu Mas berusaha mengembalikan bentuk tubuhnya ke bentuk asal. Berjam-jam di habis dengan di salon & Spa Jun untuk menurunkan berat badannya yang hampir mencecah 70kg. Ini gara-gara selepas melahirkan anak yang keempat, Mikhail, tubuhnya seperti hilang kawalan lagi. Memang selama ini Mas sedar dirinya agak overweight. Badannya memang temban dan berisi sejak asal, tambahan sejak mula dia mengandung dan melahirkan Sazali. Tetapi selama ini Mas buat tidak perduli. Dia terlalu sibuk untuk menjaga dirinya. Mas tidak mahu menghadapi kenyataan yang dia memang sudah overweight. Tetapi selepas tiga bulan melahirkan Mikhail, satu hari Mas melintasi cermin di pejabatnya. Mas betul terperanjat melihat betapa gemuknya badan dia sebenarnya. Lebih mengerunkan tubuhnya sudah hampir seperti seperti tubuh Mak Timah, Ibunya. Seramnya rupanya sudah macam emaknya yang sudah mencapai umur 60 tahun. Mas bertekad untuk berbuat sesuatu.

“Kadar metabolisma badan kau dah menurun.” Jun berleter apabila Mas meminta pertolongannya. “Aku sudah lama cakap kau tak mahu dengar. Wanita apabila meningkat umur macam kita ini kalau tak execise, amalkan cara pemakanan yang betul memang kalah dengan peredaran waktu. Kau tengok aku ni. Maintain aje.”

Memang tak di sangkal susuk tubuh badan Jun pula masih cantik dan menarik. Maklumkan tuan punya salon kecantikkan.

“Aku sudah cakap dulu lagi, kau kena jaga diri kau, Mas sedang berada di salon kecantikkan Jun. Jun terus berleter sambil mengenakan body wrap ke atas tubuh Mas. Memang begitu teruk hendak menguruskan berat badan Mas. Hampir empat bulan Mas menjalankan rawatan perapian badan dengan Jun. Akhirnya Mas berjaya merampingan tubuhnya. Tetapi nyata lebih sukar lagi untuk mengekalakn berat badannya supaya tidak kembali gemuk. Jun mengenakan kawalan yang ketat ke atas tabiat  pemakanan Mas.

Kini sudah dua tahun dia berjaya mengekalkan berat badannya kepada berat badan unggul.. Malahan lebih ringan dari masa dia di di universiti dulu. Hasil kerja Jun sungguh baik. Mas sendiri kagum tengok potongan badannya. Walaupun berat badannya sangat berkurangan, potongan badannya menampakkan lebih matang dan lebih seksi...maklumlah sudah orang yang sudah mempunyai empat anak. Memang bukan mudah untuk mendapat hasil begitu. Jerih juga Mas kena tahan di bully Jun sepanjang tempoh dua tahun ini.

Di samping rawatan badan, Mas kena mengamalkan rancangan pemakana yang sihat untuk mengekalkan bentuk badan yang langsing. Banyak perubahan cara makan yang di kenakan oleh Jun ke atas dirinya. Mula-mulanya sukar betul Mas hendak ikut cara pemakanan sihat sebegini. Tetapi lama-kelamaannya dia sudah biasa dengan makan yang kurang lemak dan kurang gula dan banyak sayur dan buah-buahan seperti yang disarankan oleh Jun.

Muka kau ni pulak kena rawatan kolagen kata Jun. Baru lah mengembalikan kemudaan wajah kau. Nanti aku buatkan analisi wajah kau dan aku akan membuat rawatan yang sesuai untuk wajah kau.
“Nasib kau baik. Kulit kau masih halus dan gebu. Cuma kena maintan sahaja. Dan perlukan buat rawatan untuk kembalikan kesegarannya.” Terangkan Jun.
“Memang kulit aku banyak freckles, aku kan selalu berjemur di panas terik mata hari. Pergi kerja lapangan dengan student, dengan researchers. Itu kan sudah tugas aku.” Ujar Mas.
“Bukan tak boleh buat kerja-kerja berjemur tu. Tetapi kau kena rajin lindungkan wajahnya dengan sun block dan mosturisers.” Faham. Kata Jun. Mas mencebek mukanya,  jemu dengar Jun berleter. Mas rimas dengan semua ini.

“Aku suggest kau ambil pengambilan vitamin C dan E.” Sambung Jun lagi. “Kau kena buat facial treatment selama 6 sessi untuk melihat perubahan ketara pada wajah kau.”

“Banyak belanja ni. Patutnya orang yang berwang, kulit mereka cantik gebu dan kemerahan..manakala yang di kampung dan buruh kasar muka di makan tua. Semua duit semuanya menjadi.” Getus Mas, apabila dia melalui program pemulihan wajah dengan Jun itu. Tidak cukup dengan pengalaman diet yang betul. Jun menyuruh Mas memakan jamu bagi mengekalkan awet muda. Banyak juga Mas berhabis-habisan untuk memulihkan badanya dan rupanya. Semuanya atas panduan dan nasihat Jun. Mas akur sahaja dengan nasihat Jun. Mas bersyukur kerana Jun banyak membantu. Kalau ikutkan dirinya memang dia tidak pandai tentang dandanan ini. Dia dan Hakim sibuk menguruskan hidupan dan bisness sehingga cara pakaian dan penjagaan dirinya hanya ala kadar sehaja.

“Aku susah payah ni ada sebab, kau dengar cakap aku .  Aku hendak cerita sikit. Baru-baru ni aku jumpa kawan kita satu kamsis dulu. Kau mungkin ingat couple ni. Zurina dan Din. Ingat tak dulu selalu bersama, pergi kuliah sama-sama, pergi library sama-sama jalan kaki. Kadang-kala kita Nampak they orang sama-sama naik Bas Sum pergi Kajang. Din selalu tunggu Zurina, bila hendak pergi kuliah. Kan kita kata pasangan sejati. Lepas tu bila pak we dah dapat motor, naik motor ke sana ke sini.
Mas menganggukkan kepalanya. Dia maih ingatkan pasangan yang ideal itu.

“Oh Ya ingat tak masa konvo, kita Nampak they all datang dengan kereta proton megavalve yang baru masa tu. Mungkin baru beli masa itu untuk konvo.”

“So kenapa, adake  ending ke cerita kau yang berjela-jela ini.” Soal Mas yang masih tidak faham tujuan Jun bercerita. Malas hendak dengar gossip tentang orang.

“Kau dengar cakap aku ni. Memang masa susah dulu sama-sama. Sekarang ini bila dah kawin, dah ada duit, bila sudah pakai BMW, tiba-tiba bini tu dah tak cukup kelas untuk naik BMW dia. Dah gemuk, dah tua. Sekarang ini dia bawa girl friend dia yang cun melecun naik BMW dia tu hari-hari. Bini tinggal kat rumah.”
“Eh! Pandai je kau ni. Mana kau tahu?”
“Aik…mesti dari Zurina sendiri, dialah datang mengadu kat aku. Sekarang ni baru hendak kuruskan badan dia, nak bagi nampak cantik. Nak dapat balik perhatian Din. Tapi sudah terlambat rasanya. Aku dengar Din, suaminya sudah kawin lain.
“Habis tu, macamana nak buat. Gadis yang tackle Din tu, tak rasa apa-apa ke?”
“Zaman sekarang ini perempuan macam-macam rupa. Daring pulak tu. Hakim tu aku tengok awet muda. Jangan kau susah payah membantu dia untuk berjaya, esok dia cari yang lebih muda dan bergaya. Jangan sampai nak bawa kau ke majlis mana-mana dia malu. Tak sama cantik menawan macam dia.” Jun berleter macam mak nenek.

Memang betul kata Jun, Hakim masih lagi boyish seperti dahulu. Selama ini Mas tidak pernah terfikir yang Hakim akan cari perempuan lain. Hakim tidak pernah beri sebab untuk membuat Mas rasa sangsi terhadap dirinya. Hakim cuma sibuk berkejra dan membesarkan anak-anak mereka. Mereka pasangan yang saling memahami antara satu sama lain. Hakim pula tidak pernah cemburu dengan Mas. Walaupun kadang kala mas kena melakukan kerja-kerja lapangan dengan rakan-rakan penyelididik. Mereka jarang bergaduh dan bertengkar macam pasangan-pasangan yang lain. Mereka adalah pasangan ideal yang saling mengerti antara satu sama lain. Tetapi demi kerana sayang dengan suaminya dan menjaga status Hakim sebagai usahawan berjaya dan seorang jutawan muda, Mas mesti kelihatan cantik dan lawa. Oleh sebab itu Mas bertungkus lumus, menjaga kecantikan tubuh dan rupanya. Hasilnya memang tidak sia-sia. Hakim juga memuji imej dan penampilan Mas yang baru ini. Tidaklah segan dia membawa Mas ke mana-mana Majlis rasmi.

************************
“Lawanya nya kau malam ni Mas. Tegur Jun dari belakang. Mas tersintak. Fikirannya sudah jauh melayang rupanya. Mas lihat Jun tersenyum bangga dengan kreavitinya menghias Mas malam ini. Di waktu yang begini, usia tua mula mengejar, Mas memerlukan semua bantuan yang dia perlu untuk kelihatan segar dan sentiasa menarik. Nasib baik ada Jun. Memang kata-kata Jun ada kebenaranya. Mas Nampak muda dan segar untuk dinner malam ini. Harap-harap Hakim akan bangga dengan penampilan Mas.
“Kalau macam ni Hakim memang tak pandang sesiapa. Tengok kau sahaja.” Tambah Jun lagi, sambil tersenyum.
Mas tersenyum, dia tak pernah sangsi dengan kejujuran Hakim. Hakim suami yang dikasihinya. Kalau boleh ingin hidup mati pun bersama. Itulah harapan dan doa Mas selama ini.

“Pukul berapa dinner malam ni bermula?”
“Pukul 8.” Jawab Mas. Sejak Hakim mendapat pengiktirafan teknopreneur sejak beberapa bulan yang lalu, banyak betul majlis jamuan yang harus mereka hadiri. Kadang-kala Mas cuma dapat berjumpa Hakim semasa majlis Jamuan begini sahaja. Lain waktu Hakim terlampau sibuk. Dia sedang terlibat dalam satu projek baru dengan Dato Kamil Mas faham sangat perangai Hakim. Bila sudah terlibat dengan projek tertentu, dia akan menjadi begitu tekun dan komited. Jika tidak masakan dia boleh berjaya. Tetapi Hakim sudah janji akan meluangkan lebih masa dnegan anak-anak sebaik sahaja projek ini selesai. Mas berusaha untuk bersabar dan menyabarkan anak-anaknya yang juga sudah rindukan kehadiran Hakim. Sudah lama mereka tidak menghabiskan `quality time’ with Hakim..

“Kau pergi seorang ke ni? Hakim di mana?”

“Hakim akan join aku di ballroom tu nanti. Dia ada tugas yang belum selesai. Pagi-pagi dia dah bawa dinner suit, Dia akan salin di pejabat aje.” Terang Mas dengan panjang lebar. Jun cuma mengangguk angguk, menunjukkan faham. Jun sudah lama kenal Mas dan Hakim. Mas adalah sahabat rapatnya sejak Universiti lagi. Ramai antara kawan-kawan mereka yang lain yang telah bercerai berai terutama bila umur begini. Kebanyakannya yang suaminya dah jumpa pucuk baru. Ada juga yang si isteri pulak yang dapat pak we baru. Habis rosak rumah tangga mereka Jun harap sangat ini tidak terjadi pada rumah tangga kedua sahabat baiknya itu.

“Aku harap kau berdua sentiasa bahagia. Some people are lucky. Bukan macam aku.” keluh Jun.

Kesian Mas mendengar keluhan Jun itu. Nasib yang menimpa Jun memang malang sekali. Sudah sepuluh tahun Jun menjanda. Dia juga telah serik untuk berkahwin lagi. Perkahwinannya dengan Abang Azman yang dipuja-pujanya sejak dari muda lagi cuma sampat menjangkau 5 tahun.

“5 tahun di dalam neraka.” Itu yang Jun dapat gambarkan kehidupannya dengan Abang Azman dulu merupakan pujaan hatinya itu. Sepanjang 5 tahun dia itu di dera secara mental dan fizikal. Jun tidak sangka Abang Azman yang begitu sayang dengan dirinya sebelum ini boleh berubah laku dengan teruk sebaik sahaja mereka berkawin. Rupa-rupanya selama ini Jun belum mengetahui siapa diri Abang Azman sebenar. Apabila sudah kawin dan tinggal sebumbung baru sifat sebenarnya muncul, selama ini dia berjaya menyembunyikan sikapnya dari pengetahuan Jun.

Jun telah menghabiskan sebahgian daripada usia remajanya menyanjungi Abang Azman. Malahan semasa belajar di Universiti, Jun tidak pernah tengok orang lain. Hatinya hanya pada Abang Azman. Tetapi sayangnya itu diletakkan pada tempat yang salah. Perangai sebenar Azman,  baru Jun ketahui sebaik sahaja mereka memulakan hidup baru sebagai suami isteri. Rupa-rupanya Abanag Azman seorang yang panas baran dan terlalu kuat cemburu. Jun selalu jadi mangsa panas barannya itu. Tetapi kerana terlalu sayang Azman, Jun cuba bersabar harap-harap Azman akan berubah perangai.

Sebagai sahabat karib, Mas tahu masalah yang dihadapi Jun. Telah beberapa kali Mas minta Jun mengambil tindakan atau membawa suaminya ke kaunselor. Sebelum sesuatu yang buruk dan luar kawalan berlaku

“Satu hari nanti dia akan mencederkan kau dengan lebih teruk lagi.” Mas berkata dengan geramnya melihat lebam di tangan Jun.

“Tak apa Mas. Lepas itu dia kan minta maaf. Dia sayangkan aku, cuma tidak dapat mengawal perasaannya sahaja. Lagipun salah aku sebab membiarkan gagang telefon salah letak..Jadi dia tak dapat menhubungi aku sepanjang hari.” Sebenarnya Azman tuduh Jun bergayut dengan kekasih sepanjang hari, sebab itu Jun di lempangnya beberapa kali.

“Nak marah marahlah...ini nak bunuh orang.” Leter Mas lagi. Baik-baik Jun. Aku takut dia jadi semakin teruk. Tetapi Jun masih mendiamkan diri dan menerima sahaja deraan yang diberikan oleh Azman.

Apabila dia mengandung anaknya yang sulong, Jun sudah tidak dapat menahannya lagi, Suatu malam dia telah di belasah oleh suaminya, sebabnya dia terlupa memanaskan makanan malam itu. Jun yang sedang mengandung 7 bulan sampai nyawa-nyawa ikan di pukul oleh Azman. Setelah puas menumbuk, menyepak dan terajang, Azman telah membaling Jun hingga terperosok di tepi dinding. Jun pura-pura pengsan. Itu saja cara untuk menyelamatkan dirinya. Apabila melihat Jun kaku terbaring Azman terus keluar dari rumah.

Melihat Jun yang sedang terdiam, mengingatkan Mas tentang peristiwa ngeri yang menimpa Jun itu. Telefon berbunyi dengan nyaring memecah kesunyian malam. Hakim telah mengangkat telefon, Mas masih tidur.

“Tolong aku...” Hakim suara Jun yang begitu sayu.

“Jun, kau ke ni...” Hakim bingkas bangun , mendengar suara Hakim yang cemas, Mas terus terjaga

“Tolong aku Hakim.” Mas merampas telefon dari Hakim, “Jun kenapa kau Jun.”
“Aku rasa aku sedang keguguran.. tolong Mas, tolong selamatkan anak aku... talian telefon terus putus... Mas teurs mencapai apa sahaja yang ada dan memakainya, terus keluar dari rumah untuk mendapatkan Jun. Hakim telah pun keluar menuju ke kereta. Tanpa banyak soal, mereka telah bergerak ke rumah Jun, sudah dapat mengagak apa yang berlaku.

Walaupun Mas selalu sebut tetapi tidak sesekali Mas menyangka Azman akan bertindak liar kawalan hingga sebegini rupa. Mas cemas sepanjang perjalanan dari rumahnya ke rumah Jun. Darah sejuk mengalir keseluruh badannya. Mas berdoa agar Jun masih dan anaknya boleh di selamatkan sepanjang perjalanan ke rumah Jun.

“Ya Allah ya tuhan ku , selamatkan Jun.”

Apabila Hakim dan Mas tiba di rumah Jun, mereka sangat terkejut melihat keadaan Jun sangat menyedihkan. Darah terpercik di merata-rata. Bagaimana Jun boleh selamat dari penderaan ini, hanya tuhan yang tahu. Mas mengambil cadar dan menyelubungi Jun, untuk menghalang Jun dari mengalami shock dan membuat keadaannya lebih teruk lagi. Hakim mengangkat Jun masuk ke kereta, terus membawa Jun ke hospital. Keadaan Jun sangat kritikal.

Ketika dalam perjalanan itu, Mas rasa bersyukur kerana mendapat suami seperti Hakim. Hakim tidak pernah sekalinya pun menangani dirinya. Apatah lagi dipukul teruk sebegini sehingga nyawa-nyawa ikan. Hakim terus membuat laporan polis. Nasib baik umur Jun dan anak perempuannya masih panjang. Walaupun tidak cukup bulan, dia dapat di selamatkan dan di letakkan dalam unit kawalan rapi. Jun juga berada dalam unit kawalan rapi kerana kehilangan darah yang banyak akibat daripada pukulan dan turun darah yang di alaminya. Sepanjang malam Mas berada di sisi Jun untuk menemaninya.

Makcik Zainab, ibu Jun telah di panggil oleh Hakim, Mak Nab di terbangkan terus daripada JB dan Hakim telah mengambil di Lapangan Kapal terbang. Mak Nab mengangis tidak berhenti- henti, mengenangkan nasib Jun. Anak tunggal kesayangannya. Nasib baik Mak Nab ada untuk menjaga Jun dan anaknya selepas itu.

Rupa-rupanya Mak Nab tidak tahu menahu penderitaan Jun selama ini. Jun telah menutup masalahnya daripada keluarga sendiri. Mak Nab menyesal kenapa Jun tidak berkongsi masalah yang dihadapinya. Nasib baik Jun masih dapat diselamatkan.
Setelah kejadian itu, dengan bantuan Mas dan Hakim, Jun Berjaya menuntut cerai. Tidak lama kemudian Azman datang semula merayu-rayu untuk rujuk dengan Jun, Tetapi hati Jun telah di tutup mati, sehingga sekarang, Jun telah serik bersuami. Anaknya yang sudah anak dara kini di jaga oleh neneknya seperti menatang minyak yang penuh. Mak Nab terus mentap di KL untuk menjaga Jun selepas itu. Dengan bantuan Mas dan Hakim jugalah, Jun membina semula hidupnya. Bila di tanya pasangan hidupnya. Jun serik. Dia tidak mahu berada di situasi seperti itu lagi. Tidak akan!

“Bagaimana dengan anak kau, Jun, dia memerlukan seorang bapa...” Mas bertanya.
“Bapa! Kalau seperti Azman. Tidak sesekali. Tidak seperti Azman, bukan penuh dengan kasih saying, tapi penuh dengan tampar terajang.” Kata Jun dengan tegas.
“Tapi itu kata kau, dia macam mana, dia perlukan ayah?”
“Hakim kan sudah jadi bapa angkat dia. Cukuplah tu.” Jun bekeras hati dalam soal kawin. Dia lebih senang hidup membujang.
Sebagai seorang ibu tunggal Jun gigih membina hidupnya yang hampir musnah. Selepas berkawin dengan Azman, Jun tidak bekerja. Azman tidak benarkan dia bekerja kerana cemburu. Jun menyesal kerana dia terlalu bergantung dengan suaminya. Dia tidak ada kelayakan dan pengalaman untuk mendapat pekerjaan yang bagus. Kini dia kena membina sisa hidupnya yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman. Tetapi Jun cekal. Dengan bantuan Hakim, Jun mendapatkan kursus Mara dan pinjaman Mara dan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Bermacam-macam jenis penjualan langsung yang diceburinya. Sehingga sekarang dia berjaya mempunyai salum kecantikkannya sendiri. Jun berterima kasih dengan sahabat baiknya Mas yang sentiasa berada di sisinya, begitu juga Hakim yang sentiasa bersedia membantu Jun bangun sehingga dia boleh berdirikari seperti sekarang ini. Jun banyak berhutang budi dengan mereka berdua.

Sambil memerhatikan Mas melangkah keluar daripada salonnya hati Jun berkata.
“Mereka ialah pasangan yang terbaik dan yang paling ideal. Jun sentiasa mendoakan kebahagian mereka. Dia melambai kepada Mas. Mas melambai gembira, “aku pergi dulu, nanti lambatkan ada orang kebas Hakim...” Mas berseloroh.
“Iyalah. Pergilah and enjoy yourself.”
Mas kelihatan gembira. Sesetengah orang memang bernasib baik. Mas salah seorang dari mereka.” Jun berkata sendiri di dalam hatinya.