Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

Etdus 17: Langkah Demi Langkah Membina Kehidupan Bersama

Bab 17

“Baru tahun tiga dah nak kawin!” Sergah Mak Timah. “Ini yang mak tak suka ni. Orang hantar ke Universiti tu suruh belajar, bukan suruh kawin.” Mak Timah berleter tidak henti-henti.
“Ini sudah sibuk nak kawin. Pelajaran ke mana, kerja pun belum lagi. Nanti bila dah kawin belajar pun nanti terbengkalai.”
“Bukan macam tu Mak. Mak dengarlah dulu.” Ma scuba menerangkan keadaan dirinya dengan emaknya, tetapi Mak Timah tidak boleh menerima apa-apa ketika itu.
“Abahnya cakap sikit dengan anak awak ni. Geram Mah di buatkan.” Gagang telefon di serahkan kepada Pak Ali.

“Abah dengar dulu kata Mas ni.” Kata Mas perlahan-lahan.
“Mas….” Lembut sahaja kata-kata Pak Ali. “Baik Mas balik dulu, kita bincang elok-elok. Cakap dalam phone macam ni tidak guna.” Suara Mak timah yang berleter masih kedengaran.
“Baiklah abah. Mas cuma nak cakap dulu takut abah dan mak terkejut nanti bila Mas balik.”
“Baguslah tu. Kita bincang baik-baik. Ini kawan Mas yang mana ni. Abah kenal ke?”
“Tidak Bah. Mas kenal dia sejak belajar di UKM ni.”
“Oh macam tu. Kenapa tergesa-gesa pulak nak kawin ni. Mas kan masih belajar lagi.”
“Itu yang Mas nak bagi tahu abah dan mak. Belum sempat apa-apa mak sudah marah.”
“Emak Mas tu bukannya apa. Tak mahu Mas berhenti belajar bila sudah kawin. Rugi sahaja apa yang Mas sudah usahakan selama ini.”
“Mas janji abah, Mas tidak akan berhenti belajar. Malahan Mas bercita-cita akan sambung belajar lagi selepas ni.”
“Baguslah tu..Apa pun Mas balik kampung dulu. Kalau boleh kawan Mas tu pun datang sekali. Senang kita bincang baik-baik.”
“Baiklah Abanh. Hujung minggu ni. Mas akan balik.”

Mas meletakkan gagangan telefon. Dia termenung seketika di hadapan telefon. Sudahlah nak telefon pun susah. Memang sukar untuk membuat panggilan telefon memelaui telefon awam di kampus ini. Bila dah bercakap lagi sukar. Mas kemudiannya pergi duduk di sebelah Jun yang sedang menunggunya di bangku.
“Apa kata Mak abah kau Mas?”
“Apa lagi Mak aku melentinglah. Kau bukan tak tahu Mak Timah kau tu macamana.” Jawab Mas
“Itulah aku dah cakap ingat senang nak cakap benda macam ni dalam telefon sahaja. Ini benda serious. Kau degil.”
“Kalau aku balik bawa Shazan, lagi dia terkejut. Sekurang-kurangnya dia sudah ready. Mak aku tu bukan kau tak tahu, buat dia meradang depan Hakim dan Shazan nanti. Sekurang-kurang Abah sudah slow talk dengan dia sekarang ni. Bila kami balik, dia sudah dapat control marah dia.”
“Pandai kau, susun strategi dengan emak kau.”
“Terpaksa Jun. Ini Mak Timah tau. Belum lagi kami hendak cakap hendak nikah tanpa buat apa-apa kenduri.”
“Eh... Kau ni betul ke mas. Nekad aje aku tengok. Aku macam tak percaya yang kau buat keputusan macam ni.” Kata Jun melihat kawannya itu, tiba-tiba sahaja telah menjadi dewasa dengan sekelip masa.
“Habis tu apa yang aku nak buat. Mereka memerlukan aku. Hakim dan Shazan.”
“Kau tu, betul ke kau cintakan Hakim. Setahu aku, kau pun tak sure kau betul-betul cintakan Hakim.”
“Hakim perlukan aku dalam hidupnya. Aku pun sayang dengan dia. Maybe I also half way in love with him already. Tetapi ketika aku memeluk Shazan, Aku terus jatuh cinta dengan Shazan. Aku tidak sanggup berpisah dengannya. Shazan perlukan aku. Hakim juga sangat perlukan aku.”
“Kau nak korbankan semuanya sebab Hakim?”
“Kalau tidak Hakim nak berhenti belajar.” Jawab Mas. “Tapi tidak ada sesiapa paksa aku, Aku memang hendak lakukan ini. Aku saying mereka berdua.”
“Habis tu kalau kawin, macam nak tanggung Shazan?”
“Itu bukan masalah sangat. Arwah Abang Halim ada sedikit wang simpnan. Yang penting Shazan kena ada seorang ibu dan bapa untuk menjaganya. Most important is for Shazan to have a stable home as soon as possible. Kalau Hakim masih single macam ni dan sedang belajar pulak. Kakak Kak Alia nak ambil Shazan. Dia tinggal di Sarawak. Sekurang-kurang kalau Hakim sudah kawin, mereka tidak akan buat tuntutan lagi.
“Berat tangungan ni Mas. Memanglah sukar Mak kau nak terima kenyataan ini.”
“Aku tahu Jun. Aku harap abah boleh memujuknya.”
“Habis tu kau nak kawin dengan segeralah.”
“Iyalah. Sesegera yang mungkin.”
“Lepas tu kau nak duduk mana?”
Aku dan Hakim nak pohon duduk di rumah kelamin. Hakim pelajar aktif, mungkin pihak Hal ehwal pelajar boleh pertimbangankan masalah kami ini. Hakim mendapat sokongan dari Dekan Pusat pengajian Komputer. Mereka tidak mahu Hakim berhenti belajar. Hakim kan pelajar terbaik PPK. Lagipun pihak Universiti sedang merancang hendak memberikan biasiswa penuh kepada Hakim untuk terus sambung belajar.
“Kamsis mana kau nak duduk ni?”
“Tak kiralah kamsis mana pun, B, ke, C, ke atau E. Janji kami akan bersama.”
“Bila kau belajar macamana?”
“Hantar Shazan ke rumah orang atau taman asuhan kanak-kanak UKM tu. Itu pun Pihak Hal Ehwal pelajar akan bantu.”
“Semuanya kau dah fikirkan. Aku tak tahu apa nak cakap lag cuma satu sahaja lagi. What about your own dream, impian kau sendiri. Kau mahu lepaskan semua sebab Hakim dan Shazan?”
“Itu semua impian. Sekarang ini semua impian aku ada pada Hakim dan Shazan. Ini adalah realiti.” Jawab Mas dengan penuh yakin.
“Kau yakin ke? Macamana perasaan kau dengan Hakim. Aku tak rasa kau cintakan dia betul-betul.”
Mas menganggukan kepalanya, Mas yakin dengan cintanya pada Hakim, dan akan lebih mendalam lagi selepas mereka bergelar suami isteri nanti.
**********

Bukan mudah untuk memujuk Mak Timah. Dia sudah lama impikan majlis perkahwinan yang sempurna untuk anak perempuan tunggalnya ini. Malam berinai, Upacara kenduri dan persandingan yang penuh istiadat. Jenaka seloka mak andam dan sanak beranak yang berkumpul ramai. Dia berangan mahu mengupah Mak Andam yang terkenal di pekannya itu. Macam anak-anak kawan-kawannya yang lain. Mak Timah mahu adakan kenduri besar-besaran. Kenduri yang menjadi buah mulut satu kampung. Itulah impian Mak Timah, seorang ibu kepada anak perempuan nya yang seorang itu. Kecewa dan hampa hatinya bila mendengar Mas hanya mahu menjalakan majlis pernikahan tanpa kenduri-kendara besar-besaran. Puas Mas memujuk Ibunya. Nasib baik Pak Ali sangat rasional orangnya. Hakim dilihatnya seorang yang baik dan matang. Walaupun bagi Pak Ali, dia terlalu muda. Untuk menjadi seoang suami apatah lagi menjadi bapa. Tetapi nampaknya ini semua bukan pilihannya lagi kerana semuanya tuhan sudah takdirkan. Pada usia sebegini, dia telah menjadi bapa, memikul tanggung jawab yang ditinggalkan oleh abangnya. Pada hal jika Hakim menyerahkan sahaja bayi itu kepada saudara kakanya pun tidak ada sesiapa yang akan menyalahkannya. Dari situ Pak Ali dapat menilai yang Hakim seorang yang baik. Mak Timah masih tidak bersetuju dengan apa yang Mas dan Hakim rancang. Mukannya muncung kerana dia tidak dapat apa yang dia kehendaki.

Akhirnya Shazanlah yang membuat Mak Timah setuju untuk Mas berkawin. Tiba-tiba sahaja Pak Ali mengambil Shazan dari dakapan Mas lalu di berikan kepada Mak Timah. Melihat wajah kecil yang mulus itu tidur dalam dakapan nya membuat Mak Timah tidak sampai hati untuk berterus-terusan berkeras Hati. Mas juga nampaknya sudah nekad dengan keputusannya. Persetujuan diberikan juga apabila Mas berjanji tidak sesekali akan mengabaikan pelajarannya dan akan bekerja selepas belajar nanti.
****************

Upacara pernikahan dijalankan dengan secara ringkas. Pak Ali yang menikahkan Hakim dan Mas.Wakil pihak lelaki ialah kawan-kawan Hakim dan juga ibu bapa Bakri.   Hanya kenduri arwah di adakan di rumah Mas semasa majlis pernikahan di jalankan.   Mereka hendak menyelesaikan semua masalah ini dengan cepat kerna sudah masuk pertengahan semester. Selepas ini mereka ingin menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Lagipun Hakim sudah masuk tahun empat. Dia perlu membuat penyelidikan bagi tesisnya. Hakim sudah banyak ketinggalan dalam pelajarannya.

Semuanya yang serba ringkas dan segera. Baju pengantin pun tak sempat ditempah. Pada Mak Timha perkahwinan hanya sekali seumur hidup dan patutu diadakan dengan betul-betul dan dengan meriah. Mak Timah betul-betul terkilan, sebab itu bukan angan-angannya untuk Mas, tetapi terpaksa terima saja apa yang berlaku. Tetapi cucu segeranya yang di dalam dakapannya menjadi penawar yang paling mustajab. Sedikit demi sedikit Mak Timah terpaksamenerima kenyataan ini. Seminggu selepas pernikahan, Hakim dan Mas kembali kekampus untuk menyambung pelajaran bersama-sama dengan Shazan. Nasib mereka baik kerana dapat tinggal di rumah kelamin Kamsis B dekat dengan Fakulti pengajian Mas.
Rakan-rakan Hakim bertungkus lumus mencuci rumah tersebut dan menyediakan rumah tersebut untuk pasangan pengantin baru itu. Sal begitu bersungguh-sungguh ingin menebus kesalahan yang dilakukan tempoh hari. Bertungkus lumus dia cuba menyediakan suatu yang istimewa, seperti membelika peralatan dapur dan sedikit perabut untuk Hakim and Mas, memasuki rumah mereka yang pertama itu.

Bermulalah episod baru dalam hidup mereka. Jodoh pertemuan yang tidak dapat dijangka. Mula-mula agak kekok Mas menjalankan rutin hariannya yang kini amat berbeza dari dulu. Kadang kala Mas tidak percaya dengan semuanya yang berlaku begitu pantas. Tiba-tiba dia sudah bergelar isteri dan ibu. Memikul tanggungjawab yang begitu besar dan berat. Ada ketikanya Mas tidak rasa dia kini seorang isteri, dia masih gadis sepeti Jun, Noy dan Risma, bebas gembira tanpa ada tanggungjawab terhadap suami dan anak. Kadang-kala Mas takut menghadapi semua itu, tetapi Hakim sangat memahami kegusaran Mas dan sentiasa memberi Mas masa untuk membiasakan dirinya. Mereka masih muda dan masih banyak masa untuk menyesuaikan diri masing-masing. Membuat Mas mula yakin dengan dirinya sendiri.

“Aku yang sibuk bercinta macam hendak rak, dating sana sini, sibuk sangat hendak bertunang. Kau pulak yang kawin dulu. Lepas tu ada anak pulak.” Komen Jun sambil mengelengkan kepalanya. Selama ini Mas tidak kisahkan sangat pasal boyfriend, pasal dating, pasal kawin tetapi Mas yang kawin dulu dari dia.
“Itulah orang kata jodoh.” Kata Abu. Mereka sedang belajar di perpustakaan. Sekarang ini mereka bergilir-gilir mengambil masa untuk ke perpustakaan untuk berbincang dengan rakan-rakan. Hakim semakin lama semakin sibuk kerana kerja penyelidikannya. Mas terpaksa berkorban untuk belajar di rumah sahaja. Sekali-sekala sahaja Mas dapat bersama dengan kawan-kawan untuk sessi perbincangan seperti malam ini.

Nasib mereka baik apabila jiran mereka, Kak Ani telah menawarkan dirinya untuk menjaga Shazan semasa mereka pergi belajar. Suaminya, Ustad Ridzuan menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Fakuli Pengajian Islam. Mereka berasal dari Kedah. Kak Ani mengikut Ustad untuk tinggal di rumah kelamin. Anak-anaknya sudah besar. Ada yang sudah masuk universiti dan belajar di sekolah Asrama. Ini peluang Kak Ani untuk mencari sedikit pendapatan dan mendapat teman menghilangkan kesunyian dan kebosanan. Kak Ani tidak kisah kalau Mas hendak ambil Shazan pukul berapa pun. Ustad memanjang sibuk dengan pengajian dan aktiviti usrahnya. Kadang kala, Kak Ani minta Mas tinggalkan Shazan bermalam di rumahnya. Dia kesunyian sendiri. Tetapi Mas tidak mahu berbuat demikian. Walau bagaimana sibukpun, dia mesti pastikan yang Shazan tidur dengannya. Lagipun Mas tidak sanggup berpisah dengan bayi kesayangannya itu. Kasih Mas pada Shazan tidak dapat di nilaikan lagi. Shazan adalah anak Mastura Ali.

Hakim pula, walaupun dalam kesibukan, dia cuba juga untuk menghabiskan masa dengan Shazan. Walaupun Mas sudah melakukan semuanya tetapi Hakim tidak mahu mengambil peluang di atas kebaikan Mas. Mas sudah banyak berkorban demi Hakim dan Shazan. Hakim sekarang ini mahu menghabiskan pengajiannya dan selepas itu bekerja agar dia akan dapat menjaga Mas dan Shazan. Semuanya yang berlaku selepas itu adalah satu seri pengorbanan demi pengorbanan. Terutamanya pengorbanan mas.

Tidak akan Hakim tiba di puncak kegemilangannya tanpa pengorbanan dan kasih sayang tidak berbelah bagi Mas. Selepas Hakim habis belajar, tiba-tiba peluang pekerjaan berkurangan. Untuk mendapat pekerjaan dengan agensi kerajaan bukan mudah. Terdapat pembekuan pekerjaan. Tetapi oleh kerana dia pelajar IT, dan seorang pelajar cemerlang, Hakim dapat kerja dengan pihak Bank. Hakim mengambil sahaja apa tawaran yang dia terima, demi untuk keluarga kecilnya itu. Tetapi nyata pekerjaan pejabat yang rutin bukan darah daging Hakim. Dia seorang berjiwa usahawan.

Mas pula tidak berjaya mendapat keputusan kelas pertama yang diidamkannya. Dia cuma dapat Kelas dua atas. Mungkin bebanan sebagai seorang ibu dan isteri membuat dia kurang cemerlang sebagai pelajar. Selepas belajar Mas bekerja sambilan di Fakulti sebagai pengawai penyelidikan. Ramai dari rakan-rakan mereka yang mendapat pekerjaan sementara seperti itu. Tahun di mana Mas menamatkan pengajiannya merupakan tahun yang agak teruk berlaku kemelesetan ekonomi dan bilangan pelajar Universit yang menggangur meningkat. Ini adalah tamparan hebat bagi kebanyakan graduan-graduan universiti temapatan dan luar negara. Setelah bertungkus lumus belajar balik ke Malaysia duduk menganggur. Ramai graduan diserapkan ke dalam Skim Khidmat Siswazah. Skim Khidmat Siswazah pula hanya memberikan gaji RM400.00. Alangkah malunya ketika itu. Setelah belajar bertungkus lumus selama bertahun-tahun lamanya, ada yang belajar di luar Negara pulak itu, dapat kerja sementara dengan gaji yang jauh lebih rendah dari gaji seorang kerani. Nasib Hakim dan baik agak baik kerana dapat pekerjaan setelah habis belajar. Walaupun bukan pekerjaan tetap, tetapi ianya masih merupakan sumber pendapatan bagi keluarga. Apa pun mereka bernasib baik dan sudah dapat berdikari sebaik sahaja tamat belajar. Mungkin rezeki Shazan.

Selepas masuk tahun kedua bekerja, Hakim mula bosan, dia bercita-cita hendak membuka perniagaan komputernya. Apabila Hakim hendak berhenti kerja dari Bank, ramai rakan yang menghalang. Mereka risau dengan sikap Hakim yang mengambil risko. Dia bukan bujang lagi, dia sudah bekeluarga. Ibu bapa Mas lagi susah hati melihat gelagat menantu mereka. Sudah ada kerja, hendak pula berhenti.

“Anak bini ni siapa siapa akan tanggung.” Mak Timah bersungut lagi. Memang Mak Timah ada rasa geram dengan menantunya seorang ini. Pada Mak Timah, Mas patut dapat seseorang yang jauh lebih baik dari Hakim. Sejak berkawin dengan Hakim, Mak timah tengok hidup Mas begitu payah sekali. Tambahan kerjanya sebagai pengawai penyeldik yang tidak tetap itu. Rumah mereka yang kecil dan tidak secantik rumah orang lain.

Bagi Mak Timah sepatutnya mereka berdua yang berkelulusan Universiti sepatutnya mempunyai rumah dan kereta besar, seperti anak kawan-kawannya di kampung. Mas dan Hakim cuma duduk menyewa di Flet di Bangi dan menaiki motorsikal Hakim yang kini sudah di mamah usia. Semuanya Mak Timah banding-bandingkan dengan orang lain. Cara hidup Mas juga tidak disenangi oleh Mak Timah. Mak selalu keluar untuk menjalankan kerja lapangan, masuk hutan. Seminggu di Taman Negara, seminggu di Pulau Tioman dan lain-lain lagi. Rimas perut Mak Timah melihat kedua anak menantunya. Hidup tidak sesempurna orang lain. Keduanya asyik sibuk, rumah tunggang langgang. Serba kekurangan pulak tu. Bila Mak Timah berleter, Mas cuma kata, sabar dahulu sekarang ini mereka masih bergelut dan sedang berusaha untuk membina kehidupan yang lebih baik. Mak Timah cuba menerima penerangan Mas dan cuba bersabar. Tiba-tiba sekarang ini pula dengar cerita Hakim hendak berhenti kerja kerana hendak berniaga, lagilah Mak Timah geram. Mas pulak itu relaks sahaja, ikut sahaja dengan kehendak dan kemahuan suaminya. Hakim sepatutnya bersifat lebh bertanggung jawab dan bekerja dengan tekun untuk menyara keluarganya.

Tetapi Mas sedikit pun tidak menghalang niat Hakim. Mas terlalu yakin dengan Hakim. Selama ini Mas yang memberikan dorongan dan sokongan. Kadang-kala Hakim berputus asa untuk mengejar cita-citanya, menjadi usahawan IT yang berjaya. Tetapi kehadiran Mas di sisinya membuat dia dapat teruskan niatnya itu. Dengan Mas di sisinya , Hakim selalu rasa dia boleh buat apa- apa saja. Mas buat dia rasa dia boleh berjaya. Demi Mas dan anaknya Hakim akan cuba sehingga dia berjaya.

Berbagai-bagai kurusus perniagaan yang diceburi Hakim. Setelah itu Hakim membuka syarikat komputernya sendiri secara kecil-kecilan setelah mendapat pinjaman MARA dan menggunakan wang simapan Abang Halim. Sambil menjual dan membekal komputer kepada Univesiti dan pelajar-pelajar UKM, Hakim mengajikan beberapa orang graduan yang menganggur untuk menjalan servis menaip tesis dan mencetak tesis. Di samping itu Hakim menambahkan perkhidmatannya kepada mengfotokopi kertas dan menjilid buku atau tesis. Kadang kala apabila musim menghantar tesis, Mas juga turut membantu Hakim di masa lapangnya untuk menaip tesis-tesis yang dihantar oleh pelajar kepada syarikat Hakim. Memandangkan kawasan perniagaannya di sekitar kawasan kampus, Hakim juga meluaskan perniagaanya bagi memperbaiki dan menservis komputer. Dalam masa dua tahun, pernigaannya berkembang dengan agak baik.

Walau bagimana Hakim masih tidak puas kerna dia masih ada cita-ciata yang lebih tinggi. Dengan ini Hakim dapat meluangkan masa untuk membuat programming. Hakim berminat menjadi service provider dan solution provider kepada syarikat-syarikat lain. Akhirnya sekali dia berjaya di pilih masuk ke program “The MSC ‘Start Your Own Business’ Programme” yang diimplementasikan oleh MSC Technopreneurship Centre (MSC-TeC. Program ini ialah untuk melatih dan membina kebolehanan tempatan, terutama di kalangan graduan-graduan lepasan univerisit dalam bidang teknologi informasi dan komunikasi. Dengan ini mereka boleh membina sendiri peluang-peluang pekerjaan dengan memberikan pengetahuan, sumber dan langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan baru dan strategi untuk mengekalkan ketumbuhannya itu. Inilah yang Hakim cari-cari selama ini. Peluang untuk menubuhkan businesnya sendiri. Program incubator ini memberikan teknopreneur satu keadaan kondusif untuk mereka mengasuh idea mereka dan menukar idea-idea ini menjadi satu business yang Berjaya. Penoperasi incubator akan memberikan panduan, khidmat mentor dan bantuan kepada tenoprenuer-teknopreneur ini, di sampan mereka mendapat insentif di bawah jaminan kerajaan.
Syarikat Hakim telah ditubuhkan selepas itu sebagai total solutions provider. Dan syarikatnya telah tumbuh menjadi salah sebuah Systems Integrators yang unggl. Ianya memberikan khidmat penyelesaian pemkomputeran dengan teknologi terkini di samping menyediakan peralatan hardware dan software yang terbaik.
Matlamat dan tujuan Hakim bagi syarikatnya ialah – Mendapat Kepuasan pelanggan sepenuhnya. Untuk mendapat maklamat ini, Hakim terua membuat pelaburan dalam tiga factor yang boleh meransangkan pertumbuhan iaitu Pengguna, Rakan Kongsi dan Teknologi.

Setelah melalui semua jerih dan payah, sekarang syarikat Hakim mempunyai status MSC dan hasil dari syarikat Hakim ialah Syarikat yang menjadi buruan teruata dari segi perisian.
Sekarang ini pada umur 37, Hakim sudah menjadi seorang jutawan. Bila melihat kembali kisah silamnya, Hakim betul-betul bekerja keras untuk sampai ke tahap yang dicapainya itu. Semasa dia muda, dia tidak pernah merancang hidupnya akan menjadi begini. Dia Cuma mahu enjoy zaman mudanya sepuas-puas hatinya, enjoy sakan masa belajar di UKM, lepas itu pergi ke overseas. Enjoy pulak hidup di sana puas-puas. Kemudian baru balik dan fikir hendak kerja dan bekeluarga. Apa hendak risau abah dan Abang Halim ada. Tetapi manusia hanya mampu merancang. Tuhan yang mentakdirkan. Hakim bekerja dengan begitu bersungguh-sungguh, tidak dia sangka dia ada kebolehan sebgitu sehingga dia boleh Berjaya macam sekarang ini. Bagi Hakim Dia boleh berjaya kerana Mas percaya dengan kebolehannya. Tanpa sokongan Mas, dan usaha keras Mas, Hakim tidak akan sampai ke tahap ini.
Tetapi selama ini mereka tidak ada masa langsung untuk betul-betul menikmatik hidup mereka. Anak-anak dengan sekelip masa sudah membesar. Hakim sedang merancang hendak menghabsikan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarganya. Kini dia sudah boleh berbuat demikian. Dia sudah mampu, lebih dari mampu dan patut tumpukan perhatian pada keluarganya pula.

Sebaik sahaja habis projek Hakim dengan Dato Kamil, Hakim akan menghabiskan lebih banyak masa dengan Mas dan anak-anaknya untuk melancong. Tiba-tiba dia terfikir, tidak lama lagi hari Jadi yang ke 35 akan tiba... Tiga bulan lagi. Masa itu kemungkinan projek Hakim dengan Dato Kamil sudah `take off.’ Hakim akan buat surprise untuk Mas. Bawa dia melancong ke, atau honeymoon ke. Jika difkirkan-fikirkan, mereka tidak berpeluang pun pergi berbulan madu semasa berkahwin dulu. Kawin sahaja terus dapat anak segera. Mereka tidak ada masa langsung. Hakim tersenyum sendiri. Dia akan rancang satu trip bulan madu yang istimewa untuk Mas. Bulan madu yang pertama setelah 15 tahun berkahwin. Tentu Mas terkejut besar nanti.

Mas tidak tahu rancangan Hakim. Bagi Mas hidupnya sudah cukup bahagia, di samping Hakim . Hidupnya lengkap dengan anak-anak kesayangannya. Mulanya dengan Shazan, yang terpaksa hidup serba kekurangan bersama dua ibu bapa yang masih belajar. Shazan memang anak yang baik. Bertuah sungguh Mas mendapat Shazan. Permata di hatinya. Kemudiannya selepas habis belajar, mereka menerima kedatangan anak kedua, Shazali selepas Shazan berumur tiga tahu, beberapa tahun kemudian Mira dan akhir sekali Mikhail. Anak-anak ini melengkapi hidupnya. Mas begitu bahagia di samping Hakim dan anak-anaknya. Tidak apa apa yang Mas inginkan lagi dalam hidupnya ini, dia dikurniakan anugerah paling berharga, suami dan anak-anak yang tercinta.