Pinta SayangMu Sedetik

Pinta SayangMu Sedetik
Hendak beli PSMS dari direct dari Alina Haizar dan mendapat tandatangan AH sekali dengan harga RM 32 (termasuk bayaran pos bagi Semenanjung) dan RM35 (termasuk bayaran pos bagi Sabah dan Sarawak), sila pm AH utk dapatkan no akaun utk pembayaran atau Whatssaps 0176262577 Jika berminat untuk dapatkan PSMS,  bank in ke No account Maybank: 566010606537 (AHA Publisher) Selepas itu email/sms/whatsapp slip bayaran nama dan alamat penuh...utk tujuan penghantaran...

Etdus 9: Hakim di ambang Kejayaannya

Bab 9
2007

Mas berdiri di tingkap pejabatnya, memerhatikan seketika sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berjalan keluar dari bangunan fakulti. Mereka sedang rancak berbual. Riuh rendah dengan gelak ketawa anak-anak gadis. Seronoknya berada dalam alam remaja, bebas dan masa depan tertera dengan luas. Mas mengeluh sambil mengalehkan pandangnya ke arah Dr Abu Hassan yang dari tadi memerhatikan sahaja gelagat Mas. Tangan Mas sedang memegang surat tawaran melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Mas tahu dia tidak akan menerima tawaran ini. Dia sengaja mencuba-cuba nasib meminta untuk melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah falsafah ke New Zealand. Sudah menjadi satu kemestian pensyarah di Univesiti untuk menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah, baru boleh di maju ke hadapan dalam kariernya. Dalam masa enam bulan lagi Mas akan menyambut hari jadinya yang ke 35 tahun, Dia perlu mendapatkan ijazah Kedoktorannya sebelum terlambat. Ramai rakannya yang seperti Dr. Abu yang sudah mendapat PhD. Malahan ada juga juniornya yang sudah memegang Ijazah PhD. Jadi macamana pun Mas kena juga berusaha untuk mendapatkan Iajazah Kedoktorannya. Tetapi untuk membuatkanya di luar negara tidak mungkin sekali.

“MFAT, New Zealand akan tanggung semua pembiayaan sekolah anak-anak kau Mas. Untung tahu. Kalau kau dapat sambung bawah MFAF. Ministry of Finance and Trade, New Zealand. Bukan senang nak dapat biasiswa. Dia cuma ofer pada negara ASEAN dan cuma dua pelajar sahaja yang terpilih setiap tahun. Your proposal must be really impressive for them to select you.”
“Aku bukan tak hendak Abu, tapi macamana nak sambung belajar di sana. Suami aku takkan nak tingga di sinil.” Keluh Mas. Kau lain le. Isteri kau, Risma is working with the government boleh ambil cuti tanpa gaji.” Isteri Dr Abu seorang guru, lebih mudah bagi Dr. Abu untuk menyambung pengajiannya enam tahun dahulu. Kini rakannya itu sudah mempunyai ijazah Kedoktoran sejak tiga tahun yang lalu, Mas tidak ada apa-apa lagi. Untuk Mas meningkatkan kareernya, Mas perlu mendapatkan Ijazah Kedoktoran ini.
“Sana fakulti environment agak berkembang dengan baik. Especially tentang animal diversity. Bagus kalau kau ke sana? Rugilah mas.” Saran Dr. Abu, mengeleng-gelengkan kepalanya, dia rasa rugi betul jika Mas menolak tawaran ini. Mas adalah rakan sekerjanya yang paling lama. Mereka sama-sama menuntut di Universiti ini sejak di tahun satu lagi di peringkat Izajah Sarjana muda hampir tujuh bleas tahun yang lalu. Mas memang bijak dan tekun orangnya. Tetapi nasib mereka berbeza, pada masa Dr Abu telah menlanjutkan pelajarannya, Mas pula sibuk dengan kommitment keluarga.

“Abu, you know, I don’t think Hakim will let me. Lagipun aku pun tak hendak. Hakim let me sambung belajar lagi pun sudah cukup baik.”
“Hakim tahu it is the University’s requirement, kau kena ambil PhD, kalau tidak mana nak dapat pengesahan dalam jawatan. Nanti junior-junior, anak murid kau jadi professor dulu sebelum kau kan ralat nanti. Hakim tahu kan?”

“Dia tahu, jadi dia suruh aku buat PhD dengan Universiti tempatan sahajalah.” Jawab Mas.

Dr. Abu meletakkan kembali surat tawaran biasiswa MFAT, New Zealand itu ke meja Mas. “Habis tu buat kau minta?”

Abu sudah lama benar kenal dengan Mas. Hakim dan anak-anaknya adalah priority Mas yang nombor satu. Sayang sekali, rugi orang macam Mas tidak dapat meneruskan pengajian itu demi keluarga. Mas seorang pendidik dan penyelidik yang baik.

“Aku sebenarnya teringin nak menyambung belajar ke sana, aku cuba sahaja. Tak sangka nak dapat pulak tu.”
“It is your choice.”
“Apa Aku hendak buat Abu. Kau tahu My family comes first.”
“Aku tahu…Lagipun you don’t need to work hard. You can afford not to work pun sekarang ini.” Kata Dr Abu.
“Itu aku tahu… tapi….”
Dr Abu tahu, Mas ada cita-cita yang hendak di capai.

“Anyway…. Your have the whole semester to consider. Aku tak boleh lah kata apa lagi. It is all up to you… Aku pergi dulu Mas.” Dr. Abu berlalu pergi. Mas sudah banyak bekorban untuk keluarga, anak-anaknya. Sebab itu Dr Abu sudah jauh kehadapan berbanding dengan Mas. Walaupun Mas dan Dr. Abu, sama-sama buat Ijazah Sarjana dahulu. Kemudian Mas terus berhenti belajar setelah mendapat ijazah Sarjana Sainsnya, manakala Dr. Abu terus sambung membuat ijazah Kedoktorannya di United Kingdom. Dr Abu telah lama disahkan dalam jawatan, malahan kini dia sedang dalam pemerhatian pihak Universiti untuk di naikkan pangkat kepada Professor Madya. Tetapi Mas masih di takuk lama. Sudah enam tahun dia masih memegang jawatan yang sama pengajar. Selagi belum mendapat PhD, pihak Universiti tidak akan mengesahkan jawatan pensyarah kepada kakitangannya pengajarnya. Mas terlalu sibuk dengan anak-anaknya. Anak mas yang bungso sekarang ini baru berumur dua tahun, Mikhail namanya. Mira tujuh tahun, Sazali, 12 dan Shazan 15. Mas terlalu sibuk dengan tanggung jawab terhadap keluarganya, sibuk membesarkan empat orang anak-anaknya.

Mas tinggal sendirian dalam biliknya. Dia berfikir tentang nasib dirinya. Tidak mungkin dia dapat ke sana, Mas kena belajar sahaja di sini. Sekarang ini Hakim terlalu sibuk dengan bisness nya. Kadang-kala Mas rasa biarlah Hakim tidak terlalu berjaya seperti kini. Pada masa dahulu banyak masa yang Hakim dapat tumpukan kepada Mas dan anak-anak. Memang Mas dahulu mengharapkan Hakim berjaya dalam bisnessnya tetapi tidaklah sampai terlalu sibuk sehingga dia tidak ada masa dengan anak-naak. Mas cuma inginkan bisnes Hakim berjaya, bukannya hendak menjadi terlalu sibuk untuk menjadi kaya. Sejak menjadi menjadi ahli perniagaan yang berjaya Hakim sudah tidak banyak masa. Kadang-kala berhari-hari dia tidak bersua muka dengan anak-anaknya. Tetapi Mas tidak dapat berbuat apa-apa. Hakim berhak mendapat kejayaan dan kekayaan yang dia telah usahakan selama ini. Kini Mas sebenarnya tidak perlu bekerja lagi. Kalau susah-susah nanti Hakim akan suruh Mas berhenti kerja sahaja, kerana sekarang ini busines Hakim sudah betul-betul maju.

“I can afford it.” kata Hakim. “Mas boleh jadi surirumah sepenuh masa.”
Tetapi Mas tidak mahu berbuat demikian. Anaknya sudah semakin besar. Dalam beberapa tahun lagi nanti dia tidak tahu apa nak buat dengan masa lapang yang ada. Lagipun dia sudah bertungkus lumus sekian lama untuk sampai ke tahap sekarang. Dia tidak mahu membuang sahaja usahanya selama ini begitu sahaja. Mas masih ingin bebakti sambil mengajar anak bangsa sendiri. Lagipun, emak bapanya sudah banyak berkorban ingin melihat anak perempuan mereka berjaya, Mas tidak mahu menghampakan mereka dengan hanya duduk diam di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa. Mas tahu sejak dia kecil, ibu bapanya mempunyai harapan yang tinggi terhadapnya. Dia ingin memenuhi harapan mereka walaupun umurnya sudah meningkat. Ada banyak perkara yang membuatkan ibunya kecewa dengan tindak tanduk Mas, terutama sekali apabila dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Hakim pada masa umurnya masih muda lagi. Pada ketika itu Mas masih belajar. Pada ketika itu mereka sangka Mas akan gagal dalam pelajarannya. Tetapi Mas telah berjanji dia akan terus meyambungkan pelajarannya dan tidak akan mengecewakan harapan mereka.

Mas mengambil semula surat tawaran Universiti dan tawaran biasiswa yang diterimanya itu. Di bacanya sekali lagi, kemudian dia mengeluh. Lalu dilipatnya kemas-kemas terus di simpan di dalam lacinya. Walaupun dia tahu memang mustahil baginya untuk menerima tawaran itu tetapi di hatinya tetap ada keinginan yang membara itu. Ini adalah cita-citanya sejak mula belajar, hendak menyambung pelajaran hingga peringkat yang paling tinggi, hendak belajar di luar negara. Tetapi apakan daya Mas. Nampaknya cita-cita dan harapannya itu tidak akan dicapainya. Mas mula mengemaskan barang-barangnya. Matanya memandang ke arah jam di dinding biliknya. Waktu kerja sudah tamat. Setelah selesai tugas di pejabat Mas bergegas pulang ke rumah. Mas kena menyiapkan dirinya untuk Majlis pada malam ini. Malam ini terlalu penting buat Hakim.
*********************
Hari ini genap harijadi Hakim yang ke 37. Hari ini melambangkan hari kejayaannya. Malam ini Hakim akan di beri anugerah usahawan muda yang berjaya, peringkat kebangsaan. Ini adalah atas usahanya menaikkan nama Malaysia dari segi ciptaan perisian computer yang berinovatif dan berdaya saing. Hakim telah berusaha keras sejak dia mula keluar dari university lima belas tahun yang lalu. Hari ini segala usahanya telah mula menampakkan hasilnya.

Jadi Mas tidak mahu membuat Hakim susah hati untuk berbincang tentang keinginannya melanjutkan pelajarannya itu. Hari ini adalah hari istimewa untuk Hakim. Nampaknya cita-cita untuk menjadi seorang jutawan sebelum umurnya mencecah 40 tahun benar-benar terjadi. Kini syarikat komputer Hakim menrupakan salah syarikat yang berjaya mendapatp status MSC.

Mas sedar kejayaan ini adalah hasil dari titik peluh usaha yang tidak pernah kenal jerih. Mereka berdua bukan dari orang yang berada. Mereka bedua telah melalui berbagai perit dan jerih untuk Hakim sampai ke tahap ini. Mas juga banyak membantu di dalam kejayaan Hakim. Dia menjadi pendorong yang member semngat kepada Hakim. Malahan jika tiada Mas di sisi, kemungkinan Hakim tidak akan berjaya seperti in.

Tetapi kini memang Mas hendak sangat Hakim dapat menghabiskan lebih masa dengan anak-anaknya mereka. Adakah Mas terlalu mementingkan dirinya. Hakim telah berusaha keras selama ini pun demi untuk menjamin masa depan anak-anak mereka. Bukan untuk kebaikan sesiapa, kebaikan mereka juga. Mas memandang ke arah rumahnya yang baru sahaja di duduki mereka. Rumah bungalow tersergam indah di Bandar Tun Hussein Onn. Jauh, jauh lebih mewah berbanding dengan flet pelajar yang mereak duduki pada mula-mula berkawin dahulu.
“Tetapi……..,” getusnya sendirian. “Alangkah bahagianya mereka ketika itu dalam flet let pelajar yang begitu kecil.
“You are being selfish!” Mas memarahi dirinya sendiri.

“Tidak ini apa perasaan aku yang sebenar.”

Rumah besar dua tingkat dengan enam buah bilik tersergam indah, sesuai dengan pemiliknya yang sudah bergelar jutawan. Reka bentuk rumah begitu menarik dengan hiasan dalam yang cantik. Sesuai jika di buat majlis untuk orang-orang bisness dan kenamaan. Tamannya luas menhijau, idaman semua satu keluarga, di sudut kanan terdapat sebuah kolam ikan yang cantik. Berbagaipokok di tanam de sekeliling rumah. Ruang yang cukup luas untuk Mas membuat aktiviti kesukaannya, berkebun bunga dan untuk anak-anak mereka bermain.

Bagi tempat tempat yang paling disukainya ialah rumah orkidnya. DI situ dia mendapat ketanangan dan kepuasan dalam menanam dan menjaga pokok-pokok orkidnya. Seakan dia mendapat semangat baru bila berada di sini. Kelihatan anggerik hutan yang menjadi kesayangannya hidup mekar.

Mas lihat Sazali dan Mira sedang bermain badminton. Manakala shazan sedang menunggu gilirannya untuk main sama. Mikhail di tolak oleh bibik dalam kereta sorong.

“ What a perfect family!” getus Mas dalam hatinya. Cuma yang kurang di mana ketua keluarganya. Buat masa ini, Mas tidak mahu menjadikan satu isu besar. Mas bercadang untuk berbincang panjang dengan Hakim selepas ini. Mas menghampiri anak-anaknya, satu teriakan cukup untuk membuat mereka yang lain tersenyum gembira. Mikhail memanggil mama, mama,… Bibit membawa Mikhail kea rah Mas.
Mira juga berlari mendapatkan Mas dan memeluk pinggang Mas Kemudian Mas mengambil Mikhail, lalu didokongnya, Mas mencium pipi gebu anaknya itu. Rindunya Mas pada anak-anaknya. Bahagia Mas melihat wajah anak-anaknya yang tersenyum gembira menyambut kepulangannya. Mas kemudiannya duduk berbual memerhatikan anak-anaknya seketika. Bibit masuk ke dalam rumah, menyediakan makanan untuk Mikhail. Selalunya waktu begini, bibit akan member Mikhail makan.

Mas kemudian dia menyuapkan menyuapkan Mikhail makan nasi, sementara Mikhail sibuk berlarian di taman yang indah ini. Anak-anaknya yang lain menyambung permainan mereka. Setelah puas melayan anak-anaknya, Mas kemudian bangun untuk naik ke tingkat atas rumah, dia memandang ke arah Shazan. Nampak benar kehampaan di muka anaknya, Sekejap sangat masa yang Mas luangkan untuk bersama mereka petang ini.

“Mama kena siap ni Shaz, Malam ni ada dinner.”
“Papa mana, mama pergi sorang ke?” Soal Shazan, anak perempuan Mas yang sulung.
Papa di pejabat Shaz, nanti driver datang ambil Mama. Itu sebab mama kena cepat ni. Nanti Shaz, tengokkan adik-adik ye.”

Cerah muka Shazan kembali.
“Okay Mama, no problem, besokkan cuti, boleh kami tengok VCD yang Shaz baru beli tu nanti.”
“Okay Shaz. Syukur mempunyai anak perempuan yang sudah besar, boleh diharapkan untuk menjaga adik-adik. Walaupun ada pembantu rumah Indonesia Mas lebih suka dengan kehadiran Shazan untuk sama-sama menengokkkan adik-adiknya.

Mas harus bersiap segera. Dia kena kelihatan cantik mala mini, dia tidak boleh memalukan Hakim pada mala mini.
**************************
Sepuluh tahun yang lalu merupakan tahun-tahun yang begitu menguji kepada Hakim dan perniagaannya. Hakim telah bekerja keras dan sentiasa membawa idea-idea baru. Hakim telah memasuki program incubator MTCD. Dia berusaha tanpa mengenal jemu. Banyak kali apa yang dia usahakan gagal dan cadangannya di tolak tetapi Hakim tidak pernah putus asa dan akhirnya ia berjaya dengan teknologi ciptaan terbarunya mereka. Sejak pertama kali Syarikat Hakim Berjaya, dia tidak menoleh kebelakang lagi. Syarikat mearih kejayaan demi kejayaan.
Kali ini ialah kali ketiga Syarikatnya memenangi anugerah Reka cipta technopreneur yang terbaik.
Hakim menang seorang genius dan seorang ahli perniagaan yang baik. Sejak dahulu lagi Mas percaya dengan kebolehan Hakim dan yakin satu hari nanti Hakim akan berjaya.

Hakim ialah teman seuniversiti yang Mas kenali sejak tahun pertama di Universiti. Kepintaran dan kekacakan wajahnya membuat di pelajar popular di UKM pada ketika itu. Mas tersenyum teringatkan suaminya. Dia sedang berada di dalam kereta Mercedes Hakim yang sedang dipandu oleh pemandu mereka. Tidak sangka Mas, mereka sampai hingga ke tahap ini, dengan bungalow indah tersergam, kereta mewah dan pemandunya sendiri. Mereka kini benar-benar berada di puncaka kejayaan mereka, Mas begitu bangga dengan Hakim.

****************

Pada Majlis Anugerah malam ini sungguh ramai dari tetamu dari orang kenamaan dan pencipta-pencipta terkenal cipya nama dalam bidang IT. Mas tidak kekok berada bersama mereka walaupun ternyata bidang penglibatan masing-masing amat berbeza dengan Mas. Mas terlibat sama dengan kerja-kerja Hakim sejak dari mula lagi. Mas percaya dengan impian Hakim bila tidak ada sesiapa yang percaya dengannya. Dikalangan technopreneur-technoprenuer , Mas boleh masuk dalam perbincangan mereka kerana dia sentiasa meningkatkan pengetahuannya di dalam bidang ini supaya dia tidak kekok dalam majlis seperti ini. Mas tidak mahu mengecewakan Hakim. Kalau tidak termanggu juga dengan bahasa-bahasa computer yang terkini. Mas dapati orang-orang muda yang ramai menyertai bidang business IT ini. Satu bidang yang sedang berkembang pesat buat masa ini selari dengan cita-cita dan aspirasi negara.

Mata mas mencari-cari wajah suaminya. Kelihatan Hakim sedang berbual dengan beberapa orang yang terkenal dalam bidang ini. Hakim di keliling oleh ramai orang termasuk wanita-wanita jelita. Tetapi Mas tidak pula merasa cemburu, Mas tahu diri Hakim. Mereka adalah pasangan ideal. Malam ini Hakim betul-betul Nampak berseri. Wajahnya yang kacak tersenyum gembira. Dia sedang melayan seorang kenamaan yang berminat untuk menjalakan usaha sama denga Hakim. Kalau usaha sama ini Berjaya, makin berkembanglah bisness Hakim. Mas cuma melihat gelagat Hakim. Memang Hakim patut bergembira malam ini.

Selepas menerima hadiah, Hakim di minta memberi sepatah dua kata ucapan kepada semua. Mas cuma tersenyum menanti ucapaan kata dua dari Hakim. Dia memandang sahaja dari tempat duduknya. Walaupun selama ini Mas memeang low profile dan tidak suka menonjolkan dirinya dalam majlis seperti ini, walaupun dalam kejayaan mala mini, Maslah tunjang utama dalam menyokong kejayaan suaminya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MTDC yang memberikan peluang kepada syarikat saya, bimbingan dan tunjuk ajar selama ini. Begitu kakitangan saya yang berkeja siang dan malam untuk menjadikan project kami satu kejayaan yang boleh dibanggakan.” Hakim sedang memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usahanya itu.
“Terima kasih kepada Y Bhg Dato……”
Berjela-jela ucapan terima kasihya. Mestilah Hakim berkata demikian, demi untuk menjamin dia mendapat sokongan di masa akan dating. Hakim memang pandai dalam bidang ini.

“Ok sekian sahaja. Sekian….Terima kasih.” kata Hakim, dia menoleh untuk turun dari pentas. Mas kecewa. Hakim tidak menyebut langsung namanya. Mas berpaling ke belakang, dia hendak ke bilik air, menyembunyikan kecil hatinya. Mas memujuk dirinya. Mungkin dalam keadaan begitu teruja dengan kejayaannya, Hakim terlupa akan dirinya. Mas rasa malu dengan dirinya sendiri. Kenapa Hakim boleh lupa akan dirinya. Padahal semua nama yang dia sebut. Tetapi Mas tidak boleh ambil hati. Ini adalah soal bisness. Takkan dia hendak Hakim jadi sentimental di atas pentas dan asyik menyebut nama isterinya, walaupun isterinya banyak membantunya….

“Got cha Mas,” tiba-tiba Hakim menyambung ucapannya. Para tetamu ketawa melihat gelagat Hakim.
“My wife thinks I forgot to thank her.” Lagi penonton ketawa melihat Mas termangu-mangu. Kemudian tersedar, Halim mengenakan dia dengan berpura-pura lupakan untuk mengucapkan terima kasih. Wajah Mas mula menguntum senyuman.

“To my dear Mas, given me all the strong support and who belief in me, when no one did.” Para tetamu memberikan tepukan gemuruh kepada Hakim dan mas. Merah muka Mas, bangga mendapat penghomratan dan ucapan terima kasih daripada Hakim. Hakim sengaja menguji Mas rupanya. Hakim turun dari pentas dan berjalan menuju kea rah Mas. Hakim tersenyum gembira.

“Hakim you saja mengusik Mas,” tegur salah seorang rakan mereka.
“Takkan I lupa isteri ni. Kata Hakim tersenyum lebar. Mas kelihatan cantik hari ini. Hakim meletakkan tanganya di pinggang Mas. Memang Hakim rasa dirinya sangat beruntung pada malam ini. Semua pengorbanannya dan usahanya telah membuahkan hasil. Dia kini seorang teknopreneur yang Berjaya. Hasrat Hakim ingin hendak memberikan Mas kesenangan dan kemewahan telah berhasil. Siapa yang percaya yang mereka boleh Berjaya selepas berhempas pulas selama bertahun-tahun lamanya. Hakim benar-benar gembira malam ini. Hari ini hari jadinya yang ke 37 tahun, dan dia telah Berjaya mencapai apa yang di cita-citakan selama ini.

Mereka sekeluarga baru sahaja berpindak ke bungalow baru yang tersergam indah. Hakim mencapai cita-citanya untuk menjadi jutawan sebelum umurnya mencecah 40 tahun. Malahan sekarang ini budah umur duapuluh tahun juga sudah ada yang mencapai status jutawan.
Mala mini dia di beri anugerah “Best technopreneur”. Syarikat perniagaannya telah berkembang baik dan ada beberapa syarikat lain yang hendak menjalankan usaha sama. Hakim menjeling ke arah isterinya yang bersamanya selama 15 tahun. Mas kelihatan begitu cantik mala mini. Badannya ramping di jaga rapi dan kulit mukanya mulus dan licin. Malahan Hakim rasa mala mini Mas kelihatan jauh lebih cantik dari biasa. Cantik dari masa mula-mula Hakim mengahwini Mas. Hakim rasa begitu bertuah. Mas adalah seorang isteri yang begitu baik dan setia dan tgelah menjadi pendorong kejayaannya. Mas juga telah banyak berkorban untuk Hakim. Tidak sesiapa dapat menyangka mereka telah Berjaya menempuh kepayahan dan akhirnya Berjaya seperti ini. Hakim sendiri tidak menyangkanya. Hakim beryukur dengan nikmat yang di terimanya. Tanpa sokongan Mas, tanpa kasih saying Mas, Dia tidak akan sampai di tahap ini.

Sambil tersenyum kepada Mas, Hakim berbisik kepadanya. “Mas marah abang ke?”
“Taklah.” Jawab Mas sambil tersenyum. “Mas ingatkan abang sudah lupa Mas. Tapi tidak mengapa. In all the excitement, mungkin abang lupa.”

“Takkanlah abang lupa dengan Mas. My Mas, You know, all this won’t happen without your sacrifice.” Kata Hakim lagi. Tersenyum lebar, Mas mendengar kata-kata Hakim. Gembira betul hati Mas. Beruntung Mas mendapat suami seperti Hakim. Mas bangga dengan suaminya itu. Tetapi perhatian Hakim sudah beraleh kepada kumpulan Dato Kamil yang sedang menghampirinya. Hakim sudah lama ingin bertemu dengan Dato Kamil dan beberapa kali cuba membuat temu janji untuk bertemunya melalui pembantu peribadninya. Nampaknya malam ini malam yang bertuah untuk Hakim. Pembantu peribadi Dato Kamil melambai ke arah Hakim untuk di temukan dengan ketuanya. Dia memberikan senyuman manis sambil berbisik kepada Mas.

“Mas, Abang nak jumpa our biggest potential client. Mas mingled around dulu ye.” Mas mengangguk sambil melihat Hakim pergi. Hakim mendekati pembantu peribadi Dato Kamil sambil tersenyum. Matanya memandang ke arah orang yang dia ternanti-nanti untuk bertemu sepanjang malam ini.
Senyuman Hakim semakin melebar, untungnya dapat isteri seperti Mas, yang begitu memahami dirinya. Mas boleh ,membawa dirinya sendirian di dalam majlis itu. Tidak ada orang seperti Mas.